Agak ramai jugak yang text saya mintak tips & nasihat sebelum cebur diri ke dunia kripto.

Sebenarnya ada baaaaanyak nasihat dan tips, tapi ini 3 yang saya rasa penting.

Nasihat / Tips yang pertama ialah:
Fokus pada jangka masa panjang, selain dari ni semuanya drama belaka.

Yang ni adalah 100% benar tapi malangnya ramai diluar sana tertipu, terpedaya, dimanipulasi oleh media sosial duk papar kejayaan dan gaya hidup mewah seseorang itu hasil dari day trading, trader berjaya lah kononya. Padahal pada hakikatnya mereka ini ditaja oleh pihak pihak tertentu untuk promo projek mereka.

Kalau mereka kata mereka berjaya dan hidup mewah dari hasil trading, sesuungguh nya itu adalah satu penipuan.

Sebab hanya ada 2 kategori sahaja orang yang boleh mencipta, membina kekayaan sebenar dalam pasaran ini, iaitu FOUNDER & HODLER sahaja.

2 ni jer…bukan trader, bukan short term investor.

Selama saya dalam dunia trading ni sejak 2008 (BSKL), 2012 (Forex) & 2015 (Kripto) sehingga ke hari ini saya tidak pernah jumpa dan tidak pernah dengar orang yang menjadi jutawan hasil dari day trading dan short term investor.

Memang betul dengan trading secara short term kita mungkin bolehjadi kaya sekejap tetapi hakikatnya kekayaan short term trader tidak boleh mengatasi Kekayaan HODLER dan FOUNDER.

Fakta ini tidak ada siapa yang boleh nafikan.!

Kita tidak boleh mengatasi prestasi pulangan keuntungan seseorang yang telah membeli Bitcoin atau Ether pada masa awal kripto ini dicipta, walaupun kita trade sepanjang umur kita.

Boleh tak korang buat 100x dengan hanya trade dalam setahun? (kecuali kalau korang join program money game buat affiliate, mungkin boleh la kot, tapi kalau 100% trade memang confirm tak dapat, lebih lebih lagi dalam keadaan market macam ni)

TETAPI dengan pelaburan jangka panjang dalam kripto, insyallah kita boleh melakukannya.

Tak caya? boleh tengok salah satu portfolio saya kat sini >> https://t.me/cryptoblock_edu/2955

Nasihat / Tips kedua:
Jangan kedekut dalam bab menuntut ilmu!

Kalau kita nak capai sesuatu dengan cara yang betul, kita perlukan mentor / guru untuk bergantung, untuk bimbing kita kearah kejayaan. Kalau kita tidak suka cara ini, sayang nak melabur dalam ilmu, sedangkan ilmu itu diri kita sendiri juga bukan untuk orang lain jadi kenapa nak kena kedekut dengan diri sendiri?

Dan kadang -kadang kita fikir yang kita terlalu bijak, tak payah berguru hanya untuk sekadar mendengar pengalamanguru atau kita kita fikir kita boleh buat segala-galanya sendirian, belajar secara percuma kat media sosial pun boleh sebab orang cakapkan kripto & blockchain ni mudah, percayalah kalau ini mindset kita, kita akan lalui jalan yang sukar…percayalah!

Bukan itu jer, kita juga akan kehilangan banyak wang..lebih dari yuran kelas apabila cuba memikirkannya sendiri, cuba buat sendiri dan kita juga akan kehilangan banyak masa, kita buang banyak masa sebab kita akan buat kesilapan.

Dan perkara yang paling penting sekali adalah MASA sebab Bullrun ni dia tidak akan tunggu kita sehingga kita bersedia untuk.

Peluang datang dan pergi…tapi kalau kita terlepas nak belajar sekarang, kita terpaksa tunggu next Bullrun 4 tahun lagi (2028)

Sanggup ke?

Katakan jika kita duit lebihan katakan RM10K tersedia untuk dilaburkan dalam kripto…Jangan labur semua.

Pergi cari guru dan laburkan wang itu dalam majlis ilmu dulu, ilmu untuk kita tingkatkan tahap pemahaman.

Percaya lah, tak rugi pun bila kita dah ada ilmu ni.

Kalau rugi kenapa ahli ahli sukan diluar sana perlukan mentor/guru/jurulatih untuk membimbang mereka mencapai kejayaan?

Ada tak kita jumpa ahli sukan yang berjaya tu takde mentor?

Baca juga : Tips Mencari Projek Blockchain 100x

Nasihat / Tip ketiga:
Jangan percaya secara membuta tuli apa yang kita lihat di media sosial.

90% mereka yang nampak berjaya dalam media sosial ini tidak berjaya. Kebanyakan mereka hanya dibayar untuk mempromosikan projek – projek tertentu, kalau ada yang tunjuk pakai kreta mewah, ada rumah besar percaya la semua tu ditaja, kalau tak percaya cuba tengok setahun dua selepas posting yang mereka buat tu, kebanyakkan kembali “miskin”.

Kita fikir mereka berjaya kerana mereka post beberapa cerita gaya hidup mewah tetapi kebanyakkan nya mereka berjaya hanya dengan menipu orang (Scam) dan bukan berjaya dengan kemahiran pelaburan kripto mereka.

Memilih dengan bijak orang yang kita nak follow, yang boleh kita percayai dalam online juga memainkan peranan penting dalam laluan perjalanan kejayaan & kegagalan kita.

Pastikan kita pilih orang yang betul!

Ini tidak semudah apa yang kita fikirkan, contohnya kita berfikir seperti “kalau lebih ramai yang kita follow, atau lebih banyak grop yang kita follow, confirm lah lebih baik sebab kita lebih tahu banyak benda”

Kalau macam ni lah cara kita berfikir, ini adalah cara berfikir yang salah!

Salah sebab kripto ni bukan tentang berapa banyak yang kita tahu tetapi berapa banyak task yang kita buat.

Kalau kita nak berjaya, sebenarnya kita tidak perlu tahu semua benda pasal blockchain & projek kripto.

Cuba bayangkan kalau kita follow 10 influencer.

Sorang tu atau grup tu fokus pada trading, kita akan nampak trading lah yang sebenarnya boleh bantu kita buat duit.
Kalau kita follow yang fokus NFT plak, kita akan nampak NFT jer la yang boleh buat duit.
Kalau follow geng Staking, kita akan nampak staking jer lah cara terbaik untuk buat duit
Kalau follow geng Farming, bagi plak APY 200% – 400%, terjun plak kita dalam farming
Follow lagi geng Defi, P2E, M2E, Gaming, Airdrop, ICO, IEO, IDO…

Pastu tengok sifu tu profit, kita follow sifu profit tu..bila dah follow, asetyang dia bagi tak profit plak…pi cari plak sifu lain..

Jumpa plak sifu sembang tahap dewa,  semua benda dia tahu, tanya la apa saja, semua dia boleh jawap,  semua benda dia buat tu terbaik, dia sorang jer terbaik, orang lain cap ayam…projek tak patuh syariah pun dia bedal, siap share kat publik lagi…Aaa..mampoihh 🤣🤣🤣

Cuba bagi tahu saya boleh ke kita fokus kepada semua ni?
Boleh nampak kan bagaimana semua ni boleh ganggu fokus kita?

Last – last kita hilang fokus, mula lah tak tahu nak ikut yang mana satu…kan?

Feedback peserta Blockchain 101 Meet Up

Eh..panjang plak membebel kali ni..
Apa yang saya kongsikan ini sebenarnya boleh membetulkan segala-galanya, jika anda terima dengan hati yang terbuka kerana ini adalah asas penting sebelum anda melangkah masukke dunia krpto dan blockchain.

Seorang guru boleh mengajar bagaimana untuk membetulkan semua masalah teknikal tetapi bagaimana untuk memilih ‘seorang guru’ itu adalah sesuatu yang kita sendiri kena fikir..
.

Penafian :
Perkongsian ini hanyalah sekadar pendapat peribari penulis sahaja

Kepada yang berminat untuk pelajari tentang Blockchain & Airdrop, boleh lah sertai Blockchain 101 & Airdrop  Meet Up kami :

💢 Blockchain & Airdrop 101 Meet Up 💢

🔻Tarikh : 28 & 29 Okt 2023 (Sabtu & Ahad) Online
🔻Tarikh : 25 & 26 Nov 2023 (Sabtu & Ahad) Face to Face (TBA)
🔻Jam : 9pg – 5ptg
🔻Tempat : Zoom / Shah Alam (TBA)
.

🌟 Apa Yang Anda Dapat Dari Meet Up ini?

Meet Up ni ada 2 sesi iaitu secara Online dan Offline.

🛑 Kenapa 2 sesi?
Kerana ada task-task yang perlukan monitor, tunjukajar dari fasilitator, jadi ia hanya boleh di buat semasa meet up offline sahaja.

Dengan 1 Tiket, anda dapat join 2 kelas Online & Offline (kelas Online adalah Bonus) dan yang paling best anda boleh bawak pasangan anda sekali ke Meet Up Offline

Dalam sesi Blockchain & Airdrop Meet Up ni, anda akan didedahkan dari A-Z berkenaan dengan dunia Blockchain :

👉 Bermula dengan cara pemikiran yang betul kepada memahami potensi dan peluang dunia Blockchain

👉 Dari pengenalan dan asas Blockchain kepada Pemahaman yang Mendalam

👉 Pelajari Kadeah Analisa Fundamental Blockchain Cara Kampung & Santai (Cap Ayam jer) tapi mampu pulangan yang lumayan

👉 Membina Portfolio yang tersusun

👉 Pelajari Kaedah yang telah terbukti berjaya melahirkan 17 orang jutawan Blockchain sejak diperkenalkan 2016.

💯 BONUS ! 💯
✅- Belajar Bagaimana Menjadi Seorang Airdrop Hunter dari seorang Real Airdrop Hunter
✅- Dapat Trading Journal (.xl)
✅- Grup Support Seumur Hidup

Lepas Meet Up ni dah tak perlu ke kelas Advance bagai dah, sebab anda sendiri dah boleh tahu mana mana satu projek bagus dan yang mana projek tak bagus!

Anda boleh tonton video feedback student kami di :

👉 https://t.me/TestimoniStudentMyCryptoversity
.

Ini BUKAN Kelas Pelaburan, Skim Cepat Kaya, Nasihat Kewangan / Pelaburan. Ia 100% kelas Blockchain !

error: Content is protected !!