5 minit bacaan
Harga Bitcoin dan mata wang kripto telah jatuh secara mendadak, menghapuskan nilai sekitar $300 bilion daripada gabungan semua pasaran kripto dalam masa dua hari sahaja.
Harga bitcoin turun ke sekitar $51,000 setiap bitcoin selepas didagangkan sekitar $69,000 beberapa minggu lalu dan ini merupakan kejatuhan hampir 30%. Pergerakan terbaru yang lebih rendah telah menyaksikan mata wang kripto utama lain termasuk ethereum, BNB Binance, solana, cardano dan XRP Ripple masing-masing kehilangan hampir 10% dalam masa 24 jam sahaja.
Penjualan bitcoin dan kripto secara tiba-tiba yang datang bersama beberapa penurunan serius pasaran saham adalah berikutan amaran yang dibuat oleh pelabur terkenal Louis Navellier bahawa “gangguan” Federal Reserve yang dijangka secara meluas boleh menyebabkan bubble bitcoin dan kripto.

Pasaran bitcoin dan kripto telah jatuh secara mendadak dengan ethereum, BNB Binance, cardano, solana dan XRP akan free fall. IMEJ/LIGHTROCKET OLEH GETTY IMAGE
“Fed semakin mengganggu dan ini sepatutnya mencipta pembetulan dalam aset berisiko yang mana bitcoin adalah sebahagiannya,” tulis Navellier dalam komen yang pertama kali dilaporkan oleh Insider. “Semakin banyak Fed menganggu, semakin banyak turun naik (volatility) yang harus kita lihat dalam kedua-dua saham dan bon dan ya, bitcoin juga.”
Bitcoin dan terutamanya mata wang kripto yang lebih kecil kekal sangat tidak menentu berbanding dengan pasaran tradisional dan mata wang kripto seperti ethereum, BNB Binance, solana, cardano dan XRP Ripple sering tidak menentu di lingkungan dua digit peratusan dalam beberapa jam sahaja.
Navellier memberi amaran bahawa harga bitcoin boleh turun di bawah $10,000 setiap bitcoin, kejatuhan lebih daripada 80% daripada set tertinggi sepanjang masa bulan lepas hampir $70,000. Harga bitcoin telah merekodkan penurunan yang serupa pada masa lalu, walaupun pelabur bitcoin dan kripto yakin harga bitcoin akan meningkat jauh lebih tinggi pada tahun-tahun akan datang.
“Saya akan mengambil penurunan di bawah $46,000 (purata pergerakan 200 hari) sebagai bendera kuning dan penurunan di bawah paras terendah musim bunga sebanyak $28,500 untuk menjadi double-top besar-besaran yang lengkap yang menunjukkan penurunan ke bawah $10,000 yang secara kebetulan akan menyamai pelbagai 80%+ kemerosotan dalam sejarah-sejarah sebelumnya,” tulis Navellier.
Navellier yang telah terlibat dalam pasaran dan memilih saham sejak tahun 90-an menunjukkan bahawa perbelanjaan iklan yang besar oleh syarikat kripto sebagai bukti kegilaan dalam pasaran bitcoin dan kripto. Platform dagangan seperti Crypto.com dan FTX telah menimbulkan kebimbangan dengan kempen berjuta-juta dolar dan tawaran penajaan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Harga bitcoin telah kehilangan hampir 10% dalam tempoh 24 jam yang lalu, menjunam ke paras terendah sekitar $51,000 setiap bitcoin—di mana satu tahap yang tidak dilihat sejak awal Oktober. Sementara itu, coin utama lain termasuk ethereum, BNB, solana, cardano dan XRP juga telah merosot. COINBASE
Kenaikan harga bitcoin yang memuncak di mana membawa mata wang kripto tersebut daripada paras terendah $4,000 pada Mac 2020 kepada paras tertinggi sekitar $69,000 bulan lepas bermula pada tahun lepas sekurang-kurangnya sebahagiannya disebabkan oleh langkah rangsangan besar-besaran yang dilakukan oleh Federal Reserve AS dan bank pusat lain di sekitar dunia sebagai tindak balas terhadap kesan ekonomi yang melanda pandemik Covid-19 dan lockdown yang dilaksanakan untuk membendungnya.
Kenaikan harga bitcoin telah meningkatkan gabungan permodalan pasaran mata wang kripto daripada sekitar $500 bilion waktu ini tahun lepas kepada paras tertinggi $3 trilion bulan lepas. Kebanyakan keuntungan tersebut datang daripada kenaikan harga yang besar dalam mata wang kripto yang lebih kecil dengan ethereum dan pesaingnya BNB Binance, solana, cardano semuanya jauh mengatasi bitcoin sepanjang 12 bulan yang lalu.
Fed kini mula “mengganggu” dasar ekonominya yang longgar berikutan peningkatan mendadak dalam inflasi dan pasaran buruh yang hampir pulih sepenuhnya. Walaupun data pekerjaan November berada di bawah jangkaan, kadar pengangguran jatuh kepada 4.2% turun daripada 4.6% pada bulan Oktober iaitu titik terendah dalam lebih daripada setahun.
“Jarang ada tajuk nombor yang begitu mengelirukan,” tulis Jay Mawji, pengarah urusan penyedia kecairan global IX Prime dalam komen yang dihantar melalui e-mel. “Betul, 210,000 pekerjaan baru yang dicipta pada November adalah satu kehilangan besar. Tetapi pemerhati pasaran yang jelas melihatnya sebagai gangguan dan bukannya kekecewaan. Kaji lebih dalam berkenaan angka dan laporan pekerjaan ini mendedahkan pasaran buruh yang teguh.”
“Secara ganjil, pertumbuhan yang lebih rendah dipasangkan dengan isu rantaian bekalan yang berpotensi daripada varian omicron baru sebenarnya boleh menyebabkan Fed menaikkan kadar lebih agresif daripada yang difikirkan sebelum ini dan semuanya dalam usaha untuk melawan kenaikan inflasi,” Jay Pestrichelli, Ketua Pegawai Eksekutif Firma pelaburan Zega Financial yang berpangkalan di Florida memberitahu Forbes.
Minggu lalu, pelabur kripto bilionair Mike Novogratz memberi amaran kepada pengerusi Fed Jerome Powell boleh mencetuskan kemerosotan pasaran bitcoin dan kripto pada tahun 2022 apabila dia bertindak untuk membendung inflasi yang melonjak ke paras tertinggi dalam 30 tahun.
Sumber bacaan daripada coinmarketcap, mycryptoversity dan forbes