kredit gambar: ITChronicles

Masa telah mengubah lanskap pelaburan runcit di Malaysia. Pembangunan yang berlaku dalam teknologi kewangan masa kini telah membawa kepada penawaran produk kewangan yang pada ketika dahulu hanya boleh diakses oleh pelabur institusi dan golongan kayangan.

Walau bagaimanapun, budaya di Malaysia masih lagi cenderung atau lebih selesa menggunakan pendekatan yang diamalkan turun temurun seperti meletakkan keputusan pelaburan kepada ahli keluarga lain, mempercayai pendapat kawan-kawan tanpa melakukan penyelidikan dan lebih teruk ada yang hanya “ikut-ikut” kerana dimomokkan dengan pulangan yang lumayan.

Dapatkah budaya sebegini diubah? Jom kita lihat kupasannya berdasarkan hasil tinjauan yang dilakukan oleh Luno Malaysia.

Mengubah Cara Pemikiran

Dalam satu tinjauan yang dilakukan oleh Luno (platform pertukaran matawang kripto terbesar di Malaysia, hampir satu pertiga atau 31% orang dewasa di Malaysia lebih cenderung untuk dipengaruhi oleh ahli keluarga atau rakan-rakan ketika membuat keputusan pelaburan. Manakala 34% responden akan mendapatkan nasihat dari ahli keluarga dan rakan-rakan berkenaan strategi simpanan dan pelaburan.

Hann Liew, CFP, CFA, Pengasas Bersama & Pengarah Jirnexu, berkata tinjauan yang dilakukan oleh Luno telah mendapati tabiat kewangan kebanyakkan rakyat Malaysia yang biasanya dipengaruhi oleh budaya kekeluargaan yang kuat. Pendidikan awal kewangan akan bermula dalam sesebuah keluarga itu sendiri. Oleh itu perkembangan ilmu kewangan akan jadi terbatas atau mungkin terhenti.

Pelaburan secara tradisional telah terbukti memberi pulangan yang stabil, tetapi anda harus ingat bahawa lanskap pelaburan telah mengalami perubahan. Suatu ketika dahulu, pelaburan hartanah merupakan satu instrumen pelaburan yang selamat dan dapat menjana pendapatan pasif yang lumayan. Namun lihatlah sekarang, berapa banyak rumah yang tidak terjual di pasaran disebabkan harga yang terlalu tinggi. Jadi, hartanah pada masa kini dilihat tidak begitu menarik untuk dijadikan pelaburan.

Pada masa yang sama, produk kewangan yang suatu ketika dahulu hanya boleh diakses oleh golongan kayangan, kini boleh diakses oleh semua orang. Terima kasih kepada fintech kerana membolehkan pelabur-pelabur runcit melabur dalam pasaran ekuiti global, bond dan aset-aset alternatif lain. Kesemuanya boleh diakses hanya menggunakan telefon pintar. Lebih menarik, had minimum pelaburan turut diturunkan.

Cryptocurrency atau matawang kripto bukan sesuatu yang asing bagi rakyat Malaysia. Cryptocurrency menampilkan konsep terdesentralisasi dan token-token yang ditawarkan dibangunkan menggunakan teknologi yang telah terbukti lebih sedekad. Pelaburan kelas aset ini ternyata berpotensi memberi pulangan yang besar kepada pelabur. Tinjauan yang dilakukan oleh Luno mendapati ramai orang dewasa di Malaysia mula menerima kripto dan ini menandakan perubahan besar telah berlaku dalam pemikiran tentang pelaburan.

Tokenize

Populariti Kripto

Tanda-tanda perubahan terhadap penerimaan kripto telah dapat dilihat kerana semakin ramai rakyat Malaysia yang mula melabur dalam kripto. Lebih 300,000 akaun telah didaftarkan di Luno setakat ini, menjadikan Luno sebagai sebuah platform pertukaran kripto terbesar di negara ini. Terdapat juga data yang menunjukkan bahawa semakin ramai orang dewasa di Malaysia berminat untuk melabur dalam kripto.

Satu tinjauan oleh Luno mendedahkan bahawa 37% orang dewasa Malaysia percaya bahawa kripto boleh menjadi pelaburan jangka panjang dan 62% responden yang juga pelabur akan mempertimbangkan kripto untuk mempelbagaikan (diversify) portfolio mereka.

Paling menarik ialah lebih dari 1 dalam 3 orang yang masih belum melabur dalam kripto berkemungkinan akan mula melabur jika mereka diberikan pendidikan kewangan mengenai cara melabur dan berdagang yang betul dalam aset digital ini.

Aaron Tang, Country Manager di Luno Malaysia mengulas tentang keputusan tinjauan. Penyelidikan yang telah dibuat menunjukkan bahawa masih banyak yang perlu dilakukan oleh badan penyeliaan kewangan dan pemain 

industri supaya pelabur runcit dapat memasuki pasaran kripto dengan berhemah. Kita dapat melihat ramai yang sedar risiko dalam pelaburan/perdagangan kripto dan cuba untuk meminimumkan risiko tersebut sebaik mungkin. Tetapi masih ramai juga yang gagal menguruskan risiko dengan baik.

Aaron Tang menyatakan minat terhadap kripto di kalangan rakyat Malaysia semakin tinggi. Perkara paling penting untuk dilakukan sekarang ialah usaha yang memfokuskan kepada ilmu kewangan agar dapat mendidik orang ramai berkenaan kes penggunaan (use case) dan potenti kripto itu sendiri. Orang ramai juga perlu dididik untuk menyusun strategi kewangan bagi meminimumkan risiko.

Adakah Pelaburan Kripto Sesuai Dengan Portfolio Setiap Pelabur

Menurut Luno lagi, walaupun ramai di kalangan pelabur di Malaysia berpandangan positif terhadap potensi kripto, para pelabur tetap mengamalkan pengurusan risiko yang baik. Sebagai contoh, 57% responden menyatakan bahawa mereka hanya akan merisikokan wang yang sunggup rugi untuk melakukan apa-apa pelaburan. Manakala 43% pula berkata mereka akan melakukan penyelidikan secara terperinci sebelum melakukan sebarang pelaburan. Sementara itu, 42% mendedahkan bahawa mereka hanya akan melabur kripto melalui platform yang sah dan dipercayai.

Hann Liew pula berpendapat, dengan hanya membuat peruntukan yang kecil untuk kripto tidak akan meningkatkan volatility dalam portfolio anda, tetapi meningkatkan potensi pulangan. Sebenarnya mempunyai peruntukan yang kecil dalam kripto berpotensi mengurangkan volatility dalam keseluruhan portfolio kerana kripto tidak berkait rapat dengan pasaran aset lain seperti saham, bond, hartanah dan lain-lain.

Manakala Aaron Tang menyatakan agak mustahil untuk mencadangkan peruntukan yang ideal dalam portfolio seseorang pelabur. Contohnya berapa peratus atau berapa jumlah wang yang harus diperuntukan untuk pelaburan kripto. Ianya bergantung kepada individu itu sendiri dan disebabkan itu perunding kewangan berlesen hanya akan membuat cadangan portfolio berdasarkan latar belakang dan tahap kewangan seseorang. Namun begitu, beliau berkongsi pandangan bahawa pelabur mula melabur dalam pasaran kripto untuk meningkatkan pulangan dalam portfolio yang sedia ada.

Kesimpulan

Walaupun rakyat Malaysia masih berpegang teguh dengan budaya pelaburan tradisional yang diterapkan sejak dulu lagi, ramai juga yang mula mencari rentak sendiri menceburi dunia pelaburan secara perlahan-lahan. Mereka telah menunjukkan kesediaan menerokai teknologi baru tetapi dalam masa yang sama, masih mencuba menjadi pelabur yang bijak dan bertanggungjawab. Kesediaan menerokai teknologi baru ini telah membuktikan bahawa terdapat perubahan dalam pemikiran kewangan yang tradisional dan diharap dapat melahirkan generasi yang lebih celik kewangan dan pelaburan.

Nota: Tinjauan oleh Luno telah dijalankan pada 27-31 Ogos 2021. Luno telah melakukan tinjauan tersebut secara atas talian ke atas 1015 orang dewasa Malaysia berusia 18 tahun ke atas. Semua angka yang dikongsikan dalam artikel ini diambil dari YouGov Plc.

Sumber: ringgitplus

Masih belum memiliki akaun Luno. CLICK di sini untuk mendaftar.

“Selepas saya join kelas Mycryptoversity.com aset digital saya berkembang 100%-400%, Isu yuran bagi saya amat rendah kalau nak dibandingkan dgn ilmu yg Sgt mahal tentang Dunia kripto dan profit yg berkali-kali ganda. Klu Tuan x dpt grow  akaun tu bukan masalah ilmu, cuma tindakan Tuan yang x de.”

Basit Farahiah Huda

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai seorang Pelabur Crypto Berjaya seperti 16 orang student kami yang sudah menjadi jutawan crypto.

error: Content is protected !!