7 minit bacaan

Jom kenali empat Layer-1 EVM yang bersedia untuk membuat kemajuan besar pada tahun ini.

Skalabiliti blockchain telah menjadi salah satu topik hangat dalam industri kripto sejak sekian lama. Apabila Ethereum mengalami kesesakan lalu menyebabkan yuran transaksinya mengalami kenaikan, terdapat lonjakan blockchain Layer-1 yang serasi dengan EVM (Layer-1 EVM-compatible) di pasaran.

Mari kita kenali beberapa Layer-1 EVM paling popular dan menjanjikan yang dijangka akan mencapai kemajuan besar pada 2022 apabila industri mengalihkan tumpuannya daripada Ethereum.

Moonriver (Kusama)

Moonriver ialah rangkaian kenari (canary network) Moonbeam berasaskan Polkadot yang dibangunkan oleh pasukan PureStake. Ia adalah platform serasi EVM (EVM-compatible) yang membolehkan pembangun menggunakan smart contract dan pejabat front-end dApp yang dibina untuk Ethereum kepada ekosistem Polkadot.

Semua kod baharu yang menuju ke Moonbeam dihantar ke Moonriver terlebih dahulu di mana ia diuji dan disahkan dalam keadaan ekonomi sebenar tetapi tanpa tekanan rangkaian permodalan pasaran (market capitalization) yang tinggi seperti Polkadot.

Moonriver memenangi lelongan parachain (parachain auction) kedua di Kusama secara besar-besaran dengan mengumpul lebih 205,000 KSM menggunakan crowdloan iaitu bernilai kira-kira $52.5 juta pada masa itu. Minat orang ramai terhadap Moonriver boleh dijelaskan dengan pendekatan berasaskan komuniti platform tersebut.

Tidak seperti projek saudaranya (Moonbeam) yang berasaskan Polkadot, Moonriver memperuntukkan sebahagian besar bekalannya kepada komuniti iaitu sebanyak 40% daripada bekalan MOVR diperuntukkan untuk insentif komuniti. 30% lagi bekalan akan diagihkan sebagai ganjaran kepada mereka yang menyumbang kepada crowdloannya. Baik pelabur Moonriver mahupun pasukannya tidak menerima sebarang peruntukan token.

Sehingga tahun 2022, majoriti total value locked (TVL) di Moonriver berasal daripada bridge Ethereumnya. Sumbangan TVL kedua ialah dari decentralized exchange (DEX) yang menyumbang 39.9% daripada bahagian pasaran pada platform tersebut.

Footprint Analytics: TVL mengikut Kategori

Moonriver terus menjadi parachain paling aktif di Kusama dengan memproses hampir 15 juta transaksi. Pada akhir tahun 2021, platform ini mempunyai 75 integrasi secara langsung dengan lebih 380,000 wallet dan lebih 1 juta MOVR dikunci dalam collator staking.

Sehingga kini, lebih daripada 3,000 token ERC-20 telah dicipta pada rangkaian Moonriver dan ini mengukuhkan kedudukannya sebagai kuasa dominan bukan sahaja dalam ekosistem Kusama tetapi dalam ekosistem kripto yang lebih besar juga.

Avalanche C-Chain (Avalanche)

Sebahagian daripada blockchain yang terbina dalam Avalanche ialah C-Chain iaitu contract chain hak milik rangkaian tersebut. C-Chain pada dasarnya adalah salinan Ethereum Virtual Machine (EVM) dengan membolehkan pembangun menggunakan smart contract yang dibina untuk Ethereum.

Contract Chain (C-Chain) wujud bersama dua blockchain yang lain iaitu Exchange Chain (X-Chain) dan Platform Chain (P-Chain). Memandangkan setiap chain berurusan dengan tugas-tugas khusus yang berbeza, rangkaian menjadi lebih cepat dan lebih berskala daripada blockchain yang menjalankan semua proses dalam satu chain.

Matlamat Avalanche yang lebih luas untuk menjadi pertukaran aset global dimustahilkan oleh C-Chain. Chain tersebut menyelaraskan pengesah rangkaian, menjejaki subnet aktif dan memudahkan penciptaan subnet yang baharu.

Token yang menggerakkan Avalanche ialah AVAX iaitu token utiliti aslinya (native utility token). Saling beroperasi (interoperable) merentasi subnet dan mainnet, token tersebut boleh distake oleh ahli komuniti Avalanche untuk menjadi pengesah rangkaian. Sewaktu penulisan ini, token itu mempunyai permodalan pasaran setinggi $4.5 bilion.

Pengguna yang tidak mahu stake token AVAX mereka pada rangkaian boleh juga digunakan dengan baik dalam salah satu daripada berpuluh-puluh protokol utama yang telah dilancarkan pada Avalanche. Berdasarkan rekod tahun lepas, nilai lebih daripada $11 bilion telah dikunci dalam Avalanche merentasi dApps seperti Aave, Benqi, Trader Joe, Curve dan SushiSwap.

DeFi Llama: Avalanche TVL

C-Chain memperoleh nilainya dalam ekosistem Avalanche daripada protokol pinjaman dApps yang popular seperti dinyatakan sebelum ini. C-Chain ialah rangkaian Avalanche untuk pinjaman yang menyumbang sebahagian besar TVL Avalanche.

Kesemua ciri ini telah menarik komuniti yang besar dan berkait rapat kepada Avalanche di mana telah mendorong kedua-dua token dan kegunaannya ke tahap baharu dan ramai yang percaya hype itu akan berterusan sehingga 2022.

Baca juga: Pasaran Bear 2022 Adalah Yang Paling Teruk Dalam Rekod — Glassnode 

Aurora (NEAR Protocol)

Aurora ialah Ethereum Virtual Machine (EVM) yang dicipta oleh pasukan di bawah NEAR Protocol. Rangkaian ini direka bentuk sebagai penyelesaian turnkey (turnkey solution)  untuk pembangun yang ingin mengendalikan dApps mereka dalam platform yang serasi dengan Ethereum (Ethereum-compatible), daya pemprosesan tinggi, berskala dan future-proof.

Memandangkan rangkaian berjalan di atas NEAR Protocol, ia mewarisi prestasi yang ditawarkan olehnya. Ini membolehkan rangkaian menawarkan bukan sahaja transaksi yang sangat pantas tetapi juga transaksi yang sangat murah. Satu lagi kelebihan utama yang ditawarkan Aurora ialah mata wang asasnya. Tidak seperti blockchain Layer-1 serasi EVM (EVM-compatible) yang lain, mata wang asas Aurora ialah token asli Ethereum iaitu ETH.

Aurora Bridge iaitu sebahagian daripada NEAR Rainbow Bridge membolehkan pengguna memindahkan aset mereka daripada Ethereum dalam persekitaran tanpa amanah (trustless) sepenuhnya.

Walaupun Aurora berkongsi pasukan dan teknologi di bawah NEAR Protocol, ia akan dikendalikan sebagai inisiatif bebas yang dibiayai sendiri. Rangkaian ini ditadbir oleh DAO (Decentralized Autonomous Organizations) dan ini menjadikannya salah satu daripada beberapa EVM yang telah melepaskan kekangan dan meletakkan kawalan rangkaian ke tangan komunitinya.

Pada suku pertama 2022, rangkaian itu bersedia untuk memperkenalkan staking untuk token aslinya iaitu AURORA yang ditetapkan untuk memberikan utiliti dunia sebenar pada mata wang kripto tersebut. Selain itu, dengan protokol seperti 1inch, Band, ShowSwap dan DODO semuanya mencari ‘rumah’ mereka di Aurora, token itu berpotensi untuk memberi pelbagai kemungkinan baharu untuk penggunanya.

Evmos (Cosmos)

Cosmos telah lama menanti untuk mencapai keserasian Ethereum (Ethereum compatibility) dan pengenalan Evmos pada September 2021 akhirnya membawa EVM ke dalam rangkaiannya.

Evmos ialah chain aplikasi agnostik (application-agnostic) yang boleh saling beroperasi (interoperable) dengan mainnet Ethereum dan mana-mana persekitaran yang serasi dengan BFT dan EVM lain. Integrasinya dengan protokol Inter-Blockchain Communication (IBC) menyediakan keserasian ini dan memudahkan pengguna dan pembangun untuk mengalihkan nilai antara pelbagai chain.

Platform ini ialah blockchain pertama berasaskan EVM dan serasi dengan IBC (IBC-compatible) serta merupakan blockchain di Cosmos yang memanfaatkan Cosmos SDK untuk menyediakan pengguna dengan kebolehkomposisian (composability), saling beroperasi (interoperability) dan finality pantas yang Cosmos tiada daripada Ethereum. Oleh itu, Evmos mampu menawarkan kepada pembangun ekosistem EVM yang menampung mereka untuk melancarkan aplikasi berasaskan Ethereum tanpa perlu menulis semula mana-mana kod mereka.

Ini berpotensi untuk meningkatkan dengan ketara jumlah projek masuk ke rangkaian Cosmos dan seterusnya mendorong ATOM iaitu token asli Cosmos ke paras yang lebih tinggi. Perkara yang sama boleh digunakan untuk EVMOS iaitu mata wang kripto asli platform Evmos yang akan diairdrop kepada semua pengguna yang telah membelanjakan gas pada kira-kira sedozen dApps berbeza pada Ethereum dan Cosmos serta pelbagai bridge EVM. Token itu juga akan diberikan kepada mangsa beberapa rug pull terbesar pada tahun 2021 dalam usaha syarikat itu panggilnya sebagai “rektdrop”.

Memandangkan berapa banyak pertumbuhan yang dialami kepada platform seperti Binance Smart Chain dan Polygon selepas membangunkan EVM mereka sendiri, ia adalah selamat untuk dikatakan bahawa Evmos mempunyai potensi untuk mendorong Cosmos menjadi tunjang utama dalam platform DeFi.

2022 akan menjadi tahun EVM

Keperluan untuk blockchain serasi dengan Ethereum (Ethereum-compatible) akan berterusan dalam jangka lama. Dengan projek berlumba-lumba untuk menawarkan daya pengeluaran tertinggi dengan yuran terendah, keempat-empat EVM ini akan memulakan kerja mereka pada tahun 2022. Persaingan antara mereka semakin hangat dan akan menjadi salah satu kuasa utama yang mendorong perubahan dan inovasi dalam industri kripto.

Ada yang mengatakan bahawa blockchain sebesar Avalanche akan menjadi blockchain yang menguasai pasaran sementara yang lain percaya bahawa pendatang baru seperti Aurora akan melihat pertumbuhan terbesar. Walau bagaimanapun, masih terlalu awal untuk mengetahui yang mana antara EVM ini akan memberi impak terbesar pada tahun ini.

Walau bagaimanapun, apa yang pasti ialah yuran dan latency yang rendah tidak akan mencukupi untuk menjadikan mana-mana Layer-1 EVM ini sebagai kuasa dominan dalam pasaran. Ciri-ciri lain seperti keserasian cross-chain dan UI (user interface) yang baik akan menjadi perkara yang mampu menarik komuniti yang paling kuat dan komunitilah yang akan menentukan sejauh mana mana-mana projek ini akan pergi.

Sumber bacaan daripada coinmarketcap, binance academy, cryptoslate, investopedia dan mycryptoversity

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai seorang Coiner berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan crypto.

error: Content is protected !!