7 minit bacaan

Metaverse berkembang pada kadar yang cepat. Projek terus membangun dan bersambung antara satu sama lain untuk membantu membawa lebih banyak aspek kehidupan digital. Blockchain sudah pun memainkan peranan penting dalam perkembangan ini.

Binance Smart Chain adalah lokasi kepada sejumlah besar projek metaverse. Ini termasuk permainan RPG seperti Cyber ​​Dragon dan Alien Worlds, metaverse universe SecondLive dan juga Kasino milik pemain yang dipanggil decentral.games. Permainan kad koleksi seperti TopGoal juga mempunyai tempat dalam metaverse.

Di blockchain Ethereum, Decentraland dan Sandbox menyediakan pengalaman metaverse yang serupa di mana pengguna boleh mencipta identiti digital, membeli tanah dan berdagang NFT di pasaran NFT. Kombinasi kerja, kehidupan dan permainan mereka malah membolehkan pemain mengambil bahagian dalam ekonomi DeFi play-to-earn. Dengan berinteraksi dan bermain permainan tersebut, pengguna berpotensi menjana pendapatan. Bloktopia memberikan pengalaman serupa di mana ianya menyediakan 21 tingkat bangunan pencakar langit digital (digital skyscraper). Pengguna boleh berdagang dan menyewa ruang hartanah di setiap tingkat untuk menjana pendapatan.

Walaupun projek Enjin belum lagi menawarkan dunia realiti maya 3D (3D virtual reality) untuk diterokai, ia sudah pun menyediakan tools untuk mencipta aset NFT dalam permainan. NFT ialah satu lagi bahagian penting dalam metaverse kerana ia boleh mencipta kebolehkumpulan digital (digital collectibility). Melalui Enjin, pengguna mencipta NFT cair (liquid NFT) yang boleh ditukarkan kepada token ENJ pada bila-bila masa.

Pengenalan

2021 telah menjadi tahun yang baik untuk blockchain dan crypto. Bermula daripada coin meme hingga bull run dan NFT, industri crypto sentiasa menjadi tajuk utama. Pada separuh akhir tahun lepas telah membawa kita satu lagi trend baru iaitu metaverse. Dengan matlamat untuk menggabungkan kehidupan sosial dunia sebenar, kerja dan teknologi imersif, metaverse telah berjaya menarik imaginasi orang ramai. Walaupun metaverse masih di peringkat awal, crypto sudah pun memainkan peranan utama. Mari kita selami beberapa projek blockchain yang membantu mewujudkan masa depan digital baharu ini.

Mengapa crypto dan blockchain penting untuk metaverse?

Untuk memahami betapa pentingnya crypto dan blockchain dalam metaverse, mari kita imbas secara ringkas apa itu metaverse. Metaverse ialah dunia dalam talian yang berkaitan yang boleh diterokai melalui avatar 3D. Pengguna boleh bekerja, bersosial, mencipta dan belajar semuanya di satu tempat. Fikirkan ia sebagai evolusi seterusnya untuk pengalaman penggunaan internet.

Walaupun web mempunyai pembayaran seperti PayPal dan kad, metaverse mempunyai kripto untuk membantu mewujudkan ekonomi digital. Blockchain telah terbukti sebagai teknologi yang berguna untuk enam bidang utama metaverse iaitu bukti pemilikan digital, kebolehkumpulan digital, pemindahan nilai, tadbir urus, kebolehcapaian dan kebolehoperasian. Teknologi Blockchain menyediakan penyelesaian yang telus dan kos efektif, menjadikannya sesuai untuk metaverse. Anda boleh meneroka enam bidang ini dengan lebih terperinci dengan membaca artikel Apa Itu Metaverse?. Mari kita lihat bagaimana ia digunakan pada projek metaverse merentasi pelbagai blockchain yang berbeza.

Projek Metaverse di Binance Smart Chain

Sejumlah besar pembangunan telah berlaku di Binance Smart Chain apabila ia berkaitan dengan metaverse. Projek terdiri daripada permainan kad koleksi dengan pemain kehidupan sebenar seperti Top Goal kepada dunia gaya RPG (RPG-style universes) di Cyber Dragon dan Alien Worlds. Malah terdapat juga kasino milik pemain, decentral.games dan projek VR metaverse klasik yang menganjurkan acara dipanggil SecondLive. Anda boleh membaca artikel 5 Projek Metaverse BSC yang Perlu Anda Ketahui untuk mengetahui lebih lanjut tentang projek-projek yang ditawarkan oleh BSC.

Apa itu The Sandbox (SAND)?

The Sandbox ialah permainan blokchain di mana pengguna meneroka dunia maya yang mengandungi NFT (non-fungible token), persekitaran ciptaan pengguna dan kandungan-kandungan lain. Ditubuhkan sebagai permainan mudah alih pada 2011, The Sandbox telah berkembang menjadi permainan yang kompleks di Ethereum menggunakan Ether (ETH), dan token SAND untuk menggerakkan ekonomi dalam permainannya.

Pemain mencipta avatar dan identiti digital mereka sendiri iaitu konsep utama dalam dunia metaverse. Avatar boleh dihubungkan dengan wallet kripto untuk mengurus NFT pemain, token SAND dan aset blockchain yang lain. Malah pemain boleh mencipta permainan dan item maya menggunakan tool VoxEdit dan Game Maker. Program berkuasa ini boleh mencipta aset permainan video yang kompleks dan profesional, yang kemudiannya anda boleh menukarkan menjadi NFT. Memandangkan pengguna boleh membuat perdagangan dengan item-item tersebut, ini telah membangunkan model play-to-earn di mana pengguna boleh menjana pendapatan tambahan dengan bermain The Sandbox.

Apa itu Decentraland (MANA)?

Decentraland ialah dunia 3D di mana pemain membangunkan plot tanah mereka, menganjurkan acara, mencipta kandungan dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial yang lain. Ekonomi teras Decentraland adalah berdasarkan blockchain untuk mewujudkan identiti digital, pemilikan, dan barangan terhad untuk item unik. Ia adalah salah satu projek yang paling terkenal dan dikenali mendahului kegilaan metaverse yang berlaku pada akhir 2021.

Ditubuhkan pada 2016, Estaban Ordano dan Ari Meilich mengambil permainan 2D asas dan mengembangkannya menjadi dunia yang besar dengan NFT bernilai ratusan ribu dolar. Projek ini juga mempunyai token utiliti ERC-20 sendiri iaitu MANA.

Jadi bagaimanakah Decentraland masuk ke dalam metaverse? Perkara pertama sekali yang patut kita ketahui adalah bahawa decentraland boleh membawa banyak unsur metaverse ke dalam dunianya iaitu interface 3D, ekonomi digital, elemen sosial dan acara dalam permainan. Dengan lebih banyak projek yang diterapkan ke Decentraland, ia juga mempunyai aspek pusat utama untuk metaverse. Decentraland juga terkenal dengan NFT hartanah mayanya yang dipanggil LAND. Bersama-sama dengan menyediakan kuasa mengundi dalam decentralized autonomous organization (DAO) Decentraland, LAND telah menyaksikan kenaikan besar dalam harganya, menjadikannya popular di kalangan pedagang dan pelabur.

Bacaan lain: Adakah Bitcoin Mampu Mencecah $100,000 pada 2022?

Apa itu Enjin (ENJ)?

Enjin ialah platform blockchain yang memfokuskan pada penciptaan NFT yang digunakan sebagai item dalam permainan. Projek ini telah mengeluarkan kit pembangunan perisian (software development kits, SDK) untuk memudahkan penjanaan NFT berasaskan Ethereum untuk pengguna biasa. Memandangkan NFT telah menjadi bahagian penting dalam metaverse, Enjin telah berusaha untuk mencipta cara yang lebih selamat bagi orang ramai untuk mencetaknya.

Aduan biasa mengenai NFT ialah ia boleh menjadi tidak cair (illiquid). Anda perlu mencari pembeli untuk NFT anda di mana ianya boleh mengambil masa. Walau bagaimanapun, Enjin NFT sentiasa boleh dicairkan sebagai pertukaran untuk coin ENJ. Ini bermakna bahawa NFT akan sentiasa mempunyai nilai tertentu selagi harga ENJ tidak mencapai sifar. Memandangkan tidak perlu menunggu pembeli, menukar NFT kepada ENJ boleh memberikan kecairan segera. Dengan membantu menyokong kebolehkumpulan dan kekurangan digital (digital collectability and scarcity), Enjin kelihatan menjadi antara bahagian yang berguna dalam dunia metaverse.

Apa itu Bloktopia (BLOK)?

Bloktopia ialah satu lagi permainan metaverse VR yang terletak di bangunan pencakar langit dengan 21 tingkat. Sama seperti Decentraland dan The Sandbox, Bloktopia menyasarkan untuk menjadi hab untuk acara, pergaulan, kerja dan banyak lagi. 21 tingkat mewakili bekalan maksimum Bitcoin sebanyak 21 juta BTC. Projek ini menggunakan blockchain Polygon untuk menyokong empat aspek utamanya iaitu belajar, peroleh, bermain, mencipta.

1. Belajar – Bloktopia akan bertindak sebagai laluan untuk pengguna mempelajari tentang blockchain dan cara ia membantu menguatkan metaverse. Ia menyediakan cara yang lebih mudah diakses dan interaktif untuk belajar tentang kripto.

2. Peroleh – Bloktopia menerima model play-to-earn dengan token asalnya BLOK, hartanah maya yang dikenali sebagai Reblok dan peluang pengiklanan dengan Adblok.

3. Main – Pengguna seharusnya boleh bersosial dengan rakan dalam talian dan menikmati pelbagai jenis permainan dan kandungan binaan pengguna.

4. Cipta – Blocktopia menyediakan tools untuk pemainnya untuk mencipta persekitaran dan juga ruang iklan digital.

Play-to-earn telah menjadi topik hangat dalam permainan metaverse. Idea untuk memperoleh pendapatan melalui bermain dan berinteraksi dengan permainan adalah sangat menarik. Walaupun Decentraland dan The Sandbox membentangkan kaedah mudah untuk menjual hartanah, Bloktopia meneruskannya. Setiap tingkat Reblok boleh disewakan kepada penyewa atau disewa untuk satu acara. Pengguna juga boleh menjana pendapatan melalui pengiklanan oleh kerana pemain lain menghabiskan masa pada tingkat mereka (antara 21 tingkat yang disewakan).

☝️ Feedback dari Alumni MyCryptoversity ☝️
Sebelum Join MyCryptoversity, Saya Terciduk Beli Koin d Puncak, tapi… Setelah Berada Dalam circle Alumni, Portfolio Berkembang Sebanyak 300% !

Kesimpulan

Masih jauh lagi perjalanan dalam pembangunan metaverse. Jika anda bermain sendiri projek tersebut, anda dapat lihat bahawa mekanik, rupa dan rasa adalah agak asas. Banyak projek yang masih dalam peringkat perancangan dan tidak bersedia untuk diuji.

Walau bagaimanapun, satu perkara yang pasti ialah jumlah projek baharu terus meningkat. Tidak kira sama ada syarikat permainan besar atau projek kripto metaverse yang kecil, pembangunan berlaku dengan pantas. Projek yang dinyatakan di atas hanyalah tempat permulaan, jadi semak kemas kini dan berita secara kerap untuk mengikuti perkembangan metaverse.

Penafian: Artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja. MyCryptoversity tidak mempunyai hubungan dengan projek ini dan tiada pengesahan untuk projek ini. Maklumat yang diberikan melalui MyCryptoversity tidak membentuk nasihat atau cadangan pelaburan atau perdagangan. MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang keputusan pelaburan anda. Sila dapatkan nasihat profesional sebelum mengambil risiko kewangan.

Sumber bacaan daripada binance academy, coinmarketcap dan mycryptoversity

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai seorang Coiner berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan crypto.

error: Content is protected !!