Antara soalan yang paling ramai orang suka tanya dalam telegram grup, WhatApps grup, FB grup atau bermacam lagi grup yang wujud dalam alam maya ni.
“Harga BTC boleh naik sampai mana? Boleh hold lagi ke?”
“Boleh tak BTC turun ke harga $10,000 lagi?”
“Kat mana nak sauk ni? Tunggu kat $5,000 ok tak?
“Ni kalau BTC breakout ATH lama, memang boleh to-the-moon $500,000. Dah boleh beli sekarang ke?”

Maka berbagai jawapan yang akan dikongsikan oleh ahli nujum bola kristal berdasarkan kajian mereka menggunakan pelbagai teknik. Soalan yang ditanya tu tak salah. Jawapan yang dikongsi juga tiada silapnya.

Namun begitu, meramal pergerakan harga BTC bukan kerja mudah terutamanya untuk para newbies dalam dunia kripto. Adakalanya sesetengah trader menggunakan pendekatan yang aneh semata-mata mahukan ramalan mereka tepat. Contonya, sekumpulan trader di Thailand menggabungkan kepercayaan astrologi dengan analisa teknikal sebagai formula untuk meramal harga BTC. Bayangkan dalam trading platform anda, bukan sahaja ada chart dan nombor tetapi ada tanda star dan ramalan cakerawala.

Susah betul nak ramal harga BTC ni kan? Apapun, nak meramal pergerakan harga BTC tu tak salah. Sudah tentu kita nak beli kat harga support dan jual kat harga all-time-high. Cuma kita perlu ingatkan diri sendiri yang market bukan kita punya. Walaupun kita rasa, ramalan kita tu dah cukup cantik, tapi jangan kecewa jika harga tak bergerak mengikut apa yang kita ramalkan.

Jom tengok 5 kesilapan yang biasa trader lakukan dalam meramal pergerakan harga BTC.

1. Terlalu Pegang “Ketat-Ketat” Sejarah Mungkin Berulang

Selalunya trajektori harga Bitcoin dilakukan dengan melihat prestasi BTC yang lepas. Kita percaya apa yang pernah berlaku, pasti boleh berlaku lagi. Itu adalah satu pendekatan yang baik tetapi harus berhati-hati kerana mungkin terdapat perangkap yang kita tak sedar.

Topik hangat yang biasa dibincangkan ialah tentang Bitcoin Halving yang berlaku setiap 4 tahun yang mencetuskan lonjakan harga BTC. Mesti pernah orang kata, History Repeats Itself. Ia adalah satu kepercayaan atau mungkin spekulasi bahawa akan ada price rally selepas peristiwa halving 2024. Sebenarnya masih terdapat risiko jika kita mengabaikan keadaan pasaran semasa ketika halving berlaku.

Mungkin ramai juga yang menggunakan kaedah pulangan year-over-year sebagai panduan. Contohnya dengan mengambil kira purata kadar pulangan sejak tahun 2020 dan menjangkakan pertumbuhan masa hadapan. Tetapi harus diingat, hakikatnya pergerakan harga BTC akan menari mengikut pelbagai elemen dan sentimen pasaran termasuk perubahan polisi global, inovasi teknologi dan iklim ekonomi.

Sejarah boleh digunakan sebagai panduan kerana ia telah berlaku. Tetapi jika kita terlalu pegang “ketat-ketat” pada sejarah pergerakan harga, kadang-kadang ianya boleh menyebabkan kita gagal mendapatkan gambaran lengkap tentang pasaran semasa dan terlupa untuk melakukan strategi perdagangan atau pelaburan yang sesuai.

2. Pengaruh Media Sosial

Di Malaysia, purata pengguna internet berusia 16 hingga 64 tahun menghabiskan masa selama 2 jam 47 minit menggunakan media sosial setiap hari, lebih tinggi berbanding purata global iaitu 2 jam 31 minit. Statistik ini pernah disiarkan oleh Berita Harian online pada 11 Februari 2023 berdasarkan laporan Digital 2023. Jadi kita boleh anggarkan bahawa di seluruh dunia purata seseorang “melayan” media sosial adalah sekurang-kurangnya 2 jam. Maka tidak hairan jika ramai trader mahupun investor lebih percaya dengan ramalan yang dilakukan oleh influencer atau mana-mana tokoh berpengaruh.

Terdapat kajian yang mengaitkan antara trend yang ada di Twitter dan reaksi pasaran kripto. Jika ada Tweet tentang kripto yang trending, pasti ada pergerakan harga yang agak ketara. Ini menunjukkan analisa sentimen yang dicetuskan oleh sosial media dan influencer akan mempengaruhi emosi para pelabur dan pedagang, seterusnya menentukan arah pergerakan pasaran Bitcoin.

Para influencer dan tokoh berpengaruh menggunakan platform media sosial seperti Twitter untuk menarik perhatian follower masing-masing. Pandangan mereka sama ada dalam bentuk simple posting atau artikel pastinya tersebar dengan pantas di alam maya dan berpotensi mencetuskan persepsi tertentu dalam pasaran. Kajian turut mendapati bahawa influencer atau tokoh tertentu mampu memberi impak besar kepada arah pergerakan harga Bitcoin.

Begitulah pengaruh media sosial yang berupaya mencetuskan huru-hara dalam pasaran. Kepada newbies, mesti pening nak ikut Tweet yang mana satu. Pening nak bezakan yang mana satu pandangan yang ada asas yang betul, yang mana satu “noise” yang cuma nak kasi hype coin atau token tertentu. Jadi sebagai trader dan investor, kita kena bijak memilih dan menilai pelbagai sumber yang sangat banyak di media sosial.

Tokenize

3. Terlalu Yakin Dengan Analisa Teknikal

Technical Analysis (TA) memang begitu sinonim dalam membuat ramalan harga Bitcoin kerana TA adalah satu kaedah yang “membedah” data sejarah harga dan volume dagangan agar kita dapat membuat jangkaan harga. Tetapi jangan lupa bahawa pasaran kripto selalunya amat sukar diramal.

– Analisa Jangka Pendek
Kesilapan yang sering berlaku adalah kita terlalu fokus kepada analisa jangka pendek. Walaupun kadang-kadang analisa itu betul, tetapi sangat perlu untuk kita melihat trend jangka panjang dan mengambil kira faktor asas atau fundamental. Analisa teknikal jangka pendek boleh menyebabkan kita mengabaikan dinamik pasaran yang lebih luas yang membentuk harga Bitcoin

– Mengabaikan Fundamental Analysis
Satu lagi kesilapan yang sering dilakukan ialah mengenepikan analisa asas (Fundamental Analysis). Tidak dinafikan bahawa TA itu penting , tetapi kita tak boleh berharap dengan TA semata-mata. Technical Analysis haruslah berjalan seiring dengan Fundamental Analysis (FA) kerana FA membolehkan kita mengenalpasti faktor-faktor intrinsik seperti keadaan ekonomi global dan berita yang berkaitan dunia kripto agar kita dapat gambaran pasaran yang lebih komprehensif.

– Terlalu Fokus Pada Chart Pattern
Bila kita terlalu memberi perhatian kepada chart pattern, kadang-kadang kita akan terlupa tentang level sokongan (support) dan rintangan (resistance). Chart pattern boleh menjadi sesuatu yang subjektif dan interpretasi boleh jadi berbeza. Jadi jika kita mengabaikan indikator teknikal yang lain, mungkin kita akan terlepas pandang perkara-perkara penting yang lain.

– Terlalu Fokus Pada Indikator Teknikal
Memang benar indikator teknikal memudahkan kita “bekerja”, tetapi jika terlalu bergantung kepada indikator teknikal sahaja pun tak bagus juga sebab indikator ni bersifat lagging. Jadi signal yang kita dapat dah agak lewat.

Oleh itu, TA haruslah digabungkan dengan beberapa kaedah yang lain agar kita mengemudi “lautan” ramalan harga Bitcoin.

4. Suka Kejar Harga
Pasaran Bitcoin bergerak seperti roller-coaster. Adakalanya kita tergesa-gesa membuat keputusan setelah melihat harga bergerak dengan begitu pantas. Berdesup naik. Takut tertinggal roket nak pegi bulan. Mula ada perasaan FOMO. Jadi kita akan lekas-lekas tekan buy.

Kita lupa dengan trading atau investment plan yang kita dah buat. Kita tak sedar yang kita dah buat panic buying. Tak lama lepas beli, harga turun dan sekali lagi kita panik. Sama ada kita akan buat panic selling atau kita guna teknik paling popular iaitu teknik harapan.

Berita pasaran akan sentiasa mempengaruhi pergerakan harga. Berita-berita seperti pengumuman kawal selia dan ekonomi global berjaya menimbulkan rasa panik di kalangan para pedagang dan pelabur. Walaupun biasanya perangai panik ni selalu terjadi pada newbie, ia boleh juga terjadi kepada mereka yang dah berpengalaman. Kita ni manusia biasa. Ada hari emosi terlebih manja.

Apapun sekiranya kita seorang yang sering melakukan reactive trading atau suka kejar harga, kita akan terlepas perkara-perkara penting dan ramalan kita seringkali tersasar. Kita perlu faham pergerakan harga Bitcoin berdasarkan maklumat yang tepat dan asas yang kuat.

Baca juga >>> Fahami Market Dinamik Bitcoin & Price Prediction

5. Terlalu Percaya Pada Robot

Kemunculan teknologi Machine Learning (ML) dan Deep Learning (DL) telah mempengaruhi cara ramai orang membuat ramalan harga. Teknologi ini berupaya memperhalusi ramalan melalui analisis data yang berterusan.

Dunia dah canggih dah. Buat apa sakit kepala nak analisa itu ini. Lebih baik guna ChatGPT. Google Bard pun ada. Boleh guna, tak salah pun. Walaupun canggih, tak semestinya ia datang tanpa masalah terutamanya jika kita salah tafsir atau salah guna informasi yang diterima sehingga menyebabkan ramalan kita tersasar dan mendatangkan masalah pula pada kewangan kita.

Cuma perlu diingat bahawa teknologi ini adalah kecerdasan buatan (artificial intelligent). Manusia yang cipta. Bagaimana ramalan dibuat oleh robot? Ia dibuat menggunakan modelling technique dengan mengambil sample data termasuk historical price, technical indicator, sentimen yang berlegar di media sosial dan on-chain data.

Untuk membuat ramalan BTC, kita perlu faham faktor-faktor yang mempengaruhi pergerakan harga Bitcoin. Oleh kerana sifat semula jadi harga Bitcoin yang tak menentu, predictive equation yang digunakan dalam ML dan DL mungkin memberi jawapan yang tidak konsisten. Jadi adakah ramalan yang diberi Google Bard atau ChatGPT itu boleh dipercayai? Mungkin ya. Mungkin juga tidak.

Kesimpulan

Perjalanan Bitcoin masih jauh sebenarnya. Oleh itu, kita harus bergerak seiring dengan inovasi teknologi, tetapi kita mesti pandai menggunakannya. Walaupun media sosial dan influencer memainkan peranan yang penting, adalah penting untuk kita mempertimbangkan kesannya dengan teliti. Buatlah keputusan berdasarkan pengetahuan dan strategi.

Matlamat kita adalah untuk menggabungkan teknologi dengan pemahaman terdapat pasaran, mengelakkan diri daripada terperangkap dalam hype dan fokus pada pendekatan yang menyeluruh. Pasaran Bitcoin yang tidak menentu memerlukan kita menjadi seorang yang fleksibel dan berhati-hati.

Itulah juga yang diterapkan di MyCryptoversity oleh Cikgu Mayee. Tiada teknik “holy grail” dalam meramal harga Bitcoin atau mana-mana coin/token. Dan jadilah seorang yang fleksibel mengikut keadaan semasa kerana market bukan kita punya.

– Tamat –

sumber: cryptonews

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan perkongsian maklumat. Ia tidak bertujuan untuk digunakan sebagai nasihat pelaburan, perdagangan dan kewangan.

Kepada yang berminat untuk belajar tentang Blockchain, Kripto & Airdrop, boleh lah sertai Blockchain 101Β  Meet Up kami :

πŸ’’ Blockchain & Airdrop 101 Meet Up πŸ’’

πŸ”»Tarikh : 25 & 26 Nov 2023 (Sabtu & Ahad) Face to Face
πŸ”»Jam : 9pg – 5ptg
πŸ”»Tempat : Shah Alam (TBA)
.

🌟 Apa Yang Anda Dapat Dari Meet Up ini?

Meet Up ni ada 2 sesi iaitu secara Online dan Offline.

Dengan 1 Tiket, anda boleh bawak pasangan anda sekali ke Meet Up Offline

Dalam sesi Blockchain & Airdrop Meet Up ni, anda akan didedahkan dari A-Z berkenaan dengan dunia Blockchain :

πŸ‘‰ Bermula dengan cara pemikiran yang betul kepada memahami potensi dan peluang dunia Blockchain

πŸ‘‰ Dari pengenalan dan asas Blockchain kepada Pemahaman yang Mendalam

πŸ‘‰ Persediaan yang perlu ada untuk hadapi Bitcoin Halving dan next Bullrun

πŸ‘‰ Pelajari Kadeah Analisa Fundamental Blockchain Cara Kampung & Santai (Cap Ayam jer) tapi mampu pulangan yang lumayan

πŸ‘‰ Membina Portfolio yangΒ  betul dan tersusun

πŸ‘‰ Pelajari Kaedah yang telah terbukti berjaya melahirkan 17 orang jutawan Blockchain sejak diperkenalkan 2016.

πŸ’― BONUS ! πŸ’―
βœ…- Belajar Bagaimana Menjadi Seorang Airdrop Hunter dari seorang Real Airdrop Hunter
βœ…-Β Dapat Trading Journal (.xl)
βœ…- Support Channel Seumur Hidup

Lepas Meet Up ni dah tak perlu ke kelas Advance bagai dah, sebab anda sendiri dah boleh tahu mana mana satu projek bagus dan yang mana projek tak bagus!

Anda boleh tonton video feedback student kami di :

πŸ‘‰ https://t.me/TestimoniStudentMyCryptoversity
.

❌ Ini BUKAN Kelas Pelaburan, Skim Cepat Kaya, Nasihat Kewangan / Pelaburan. Ia 100% kelas Blockchain !

error: Content is protected !!