6 minit bacaan

Blockchain ialah rangkaian yang menyokong pelbagai jenis pembangunan aplikasi seperti DeFi.

Semasa zaman blockchain 1.0, aplikasi blockchain mula berkembang pesat melalui Bitcoin. Walaupun peringkat blockchain semasa itu hanya menyokong pemindahan antara mata wang kripto, senario penggunaan tunggal sedemikian boleh membawa kepada kekurangan populariti. Oleh itu smart contract wujud.

Gabungan smart contract dan blockchain mengembangkan senario penggunaan blockchain, memasuki peringkat 2.0 dengan Ethereum sebagai wakil yang menunjukkan prestasi cemerlang. Kebanyakan projek DeFi (dengan jumlah yang kecil berbanding hari ini) pada asasnya dibangunkan hanya pada Ethereum oleh kerana pengalaman pembangunannya yang mesra pengguna dan persekitaran rangkaian yang matang. Oleh itu, Ethereum telah menerajui industri blockchain ini.

Apabila tiba tahun 2021, lebih banyak pesaing kuat Ethereum telah muncul disebabkan oleh 3 sebab berikut:

1. Dengan populariti pembangunan DeFi sejak Summer Defi pada Jun 2020, semakin banyak aktiviti transaksi berlaku di Ethereum.

2. Masalah kesesakan Ethereum terbongkar dan semakin teruk. Kenaikan mendadak yuran gas Ehereum telah mendorong setiap pembangun dan pelabur untuk mencari pengganti dengan kecekapan yang lebih tinggi dan kos yang lebih murah untuk para pengguna.

3. Lebih banyak fungsi menarik yang tiada pada blockchain Ethereum perlu dilengkapkan dengan kemas kininya sendiri atau blockchain lain.

Status semasa blockchain

Pada tahun 2021, pasaran DeFi terus berkembang dan kenaikan segmen NFT serta Gamefi telah mendorong populariti keseluruhan ekosistem blockchain. Berdasarkan bahagian pasaran blockchain TVL, Ethereum telah menurun sebanyak 9% daripada 73% kepada 64% dalam masa 6 bulan dan ini menunjukkan bahawa blockchain lain sedang pesat membangun dan terus mengambil bahagian pasaran Ethereum.

Footprint Analytics: Bahagian Pasaran Blockchain TVL pada 30 Jun 2021

Footprint Analytics: Bahagian Pasaran Blockchain TVL pada 23 November 2021

Bagaimana untuk menilai blockchain baru

Tidak seperti projek on-chain, rangkaian blockchain sebagai infrastruktur lebih menumpukan kepada pembinaan ekosistemnya. Sebaik sahaja ekosistem terbentuk, Matthew effect akan muncul (yang kaya bertambah kaya) dan akhirnya blockchain utama akan mengambil lebih daripada 80% bahagian pasaran (market share).

Harga ETH menunjukkan prestasi Ethereum meningkat daripada $10 (Disember 2016) kepada maksimum $4,000 (November 2021). Apabila blockchain baharu muncul, bagaimana kita boleh menentukan sama ada ia mempunyai potensi yang kuat untuk berkembang?

Dalam artikel ini, kami akan menilai potensi blockchain daripada 5 aspek berikut.

1. Prestasi

Kecekapan pemprosesan transaksi adalah penunjuk yang penting untuk mengukur prestasi blockchain. TPS (transaction per second) merujuk kepada jumlah transaksi yang boleh diproses oleh rangkaian sesaat. Lebih tinggi TPS, lebih tinggi kecekapan.

Perbandingan TPS antara 5 Blockchain Teratas

Kebanyakan blockchain baharu mendakwa mempunyai TPS yang tinggi. Walaupun “impossible triangle” wujud dalam dunia DeFi iaitu prestasi tinggi, keselamatan dan desentralisasi. Sebagai contoh, Solana terutamanya meningkatkan kadar penghantaran ( prestasi) tetapi apabila ia mencapai puncak pada masa-masa tertentu, rangkaian mula menjadi tidak stabil.

Pada bulan September, Solana mengalami masa henti rangkaian (network downtime). Penyelesaian yang lebih baik masih perlu dicari.

2. Harga token

Harga token mencerminkan bagaimana blockchain dinilai oleh pengguna dan juga mempengaruhi kos transaksi pengguna.

Footprint Analytics: Harga Token Beberapa Chain Baharu

Harga SOL, token Solana meningkat daripada $1.80 kepada maksimum $259 iaitu peningkatan 143 kali ganda dan juga token Avalanche AVAX meningkat daripada $2 kepada $135 iaitu peningkatan 66 kali ganda. Kedua-dua kes menunjukkan jangkaan pasaran yang tinggi.

Baca juga: Apa Itu Polygon (MATIC)? | Apa Itu Near Protocol (NEAR)? | Apa Itu Avalanche (AVAX)?

3. Ekosistem blockchain

Membangunkan ekosistem DeFi bukanlah sesuatu yang mudah. Untuk menilai potensi sesuatu blockchain, kesempurnaan ekosistemnya adalah sangat penting sama ada dari segi jumlah dan sektor.

Jumlah projek

Walaupun terdapat banyak projek yang digunakan, namun jumlah projek yang sebenarnya dalam talian tidaklah sebegitu banyak. Menurut Footprint Analytics, hanya 5 daripada 10 blockchain teratas mempunyai lebih daripada 50 projek secara on-chain.

Blockchain dengan kurang daripada 10 projek perlu diperiksa lebih lanjut. Sebagai contoh, Elrond iaitu blockchain yang popular baru-baru ini dengan lonjakan dalam TVL (Total Value Locked) pada bulan ini hanya mempunyai 1 projek DeFi di mana kestabilannya tidak menentu.

Footprint Analytics – Jumlah Projek DeFi pada 10 blockchain teratas

Sektor Projek

Kepelbagaian ekosistem blockchain adalah baik untuk keseimbangan dan kestabilannya dengan DEX (Decentralized Exchange) memainkan peranan penting. Blockchain dengan sektor projek yang terhad secara on-chain kekurangan infrastruktur yang mencukupi di mana ini boleh membawa kepada ekosistem yang tidak kukuh.

Footprint Analytics – Jumlah Projek DeFi mengikut Sektor pada 10 blockchain teratas

Aktiviti projek DeFi, tahap aktiviti pembangun dan kelajuan pelancaran sesuatu projek semuanya memberikan petunjuk sama ada sesuatu blockchain boleh menarik pembangun untuk melancarkan projek di atasnya.

4. Alat cross-chain

Boleh lihat di bawah jumlah semasa cross-chain bridges antara Ethereum dan blockchain.

Jumlah cross-chain antara Ethereum dan blockchain yang lain

Membina ekosistem sesuatu blockchain, cross-chain adalah amat penting kerana ia membolehkan dana mengalir merentasi satu chain ke chain yang lain dan pengguna boleh memindahkan aset dengan mudah. Ini bagus untuk meningkatkan jumlah transaksi secara on-chain.

Untuk projek blockchain yang tidak mempunyai atau sedikit cross-chain bridge, adalah baik untuk kita pertimbangkan cara bagaimana untuk berinteraksi dengan blockchain utama yang lain.

5. Rancangan jangka panjang untuk pembinaan ekosistem dan insentif

Perkara utama untuk sesuatu blockchain adalah membina ekosistem di mana memerlukan persekitaran pembangunan yang mesra, prestasi yang lebih baik dan pengalaman pengguna.

Keserasian yang baik menyediakan cara yang mudah untuk melancarkan projek secara terus ke blockcain baharu yang lain. Selain itu, blockchain yang menyokong jenis projek baru muncul seperti NFT, GameFi kebanyakannya amatlah dialu-alukan. Sebagai contoh, projek NFT di Solana agak aktif dan nilai transaksi telah pun melebihi $700 juta setakat ini.

Pada tahun 2021, banyak blockchain telah pun menubuhkan dana pembangunan mereka sendiri untuk pembangunan ekosistem masa hadapan:

  • Polygon melancarkan Dana DeFi $100 juta pada bulan April,
  • Terra mengumumkan pelancaran dana ekosistem $150 juta pada bulan Julai,
  • Avalanche Foundation mengumumkan program insentif perlombongan kecairan (liquidity mining incentive) $180 juta pada bulan Ogos
  • Fantom menganugerahkan sejumlah 370 juta FTM kepada projek dengan TVL melebihi $5 juta pada bulan Ogos
  • Celo mengumumkan program “DeFi for the People” bernilai $100J+ dengan Aave dan Curve dalam kalangan yang lain pada bulan Ogos
  • Harmony mengumumkan bahawa ia akan menyediakan lebih $300 juta dalam pembiayaan pada tempoh empat tahun akan datang untuk menyokong pembinaan eko pada bulan September,
  • Proximity Labs, sebuah organisasi penyelidikan dan pembangunan yang melabur dalam ekosistem NEAR mengumumkan akan memperuntukkan 40 juta token NEAR dalam tempoh empat tahun akan datang untuk menyokong ekosistem DeFi, bernilai lebih daripada $300 juta pada bulan Oktober

Program insentif blockchain ini dilancarkan untuk memotivasikan ekosistem. Selain menaikkan harga TVL dan Token, program insentif juga akan menarik lebih ramai pembangun untuk melancarkan projek secara on-chain.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, blockchain yang bernilai harus mempunyai beberapa kelebihan seperti:

1. Mesra alam: Berbanding dengan kesesakan dan yuran gas yang tinggi pada Ethereum, blockchain baharu pada dasarnya mempunyai kelajuan yang lebih pantas serta kos yang lebih rendah.

2. Penggunaan cross-chain bridges: Permintaan yang semakin meningkat untuk cross-chain bridges menjadikannya amat diperlukan.

3. Keserasian yang kukuh: membolehkan projek dilancarkan dan berhijrah ke blockchain baharu dengan cepat.

4. Penerokaan segmen baharu: ekosistem menarik pembangun untuk menggunakan projek trending seperti NFT, GameFi, dsb.

5. Program insentif: sama seperti Avalanche, Polygon telah melancarkan program Dana Defi untuk menggalakkan pemaju.

Lima aspek di atas mencerminkan kemampuan untuk sesuatu blockchain.

Pada masa sekarang, disebabkan kecairan yang tinggi dan volum transaksi, Ethereum masih menjadi pilihan pertama untuk kebanyakan projek DeFi.

Walau bagaimanapun, Ethereum bukanlah satu-satunya pilihan. Ia perlu bersaing dengan blockchain yang lain dari segi prestasi, ekosistem pembangunan dan inovasi. Industri blockchain akan menjadi kewujudan bersama multi-chain (multi-chain coexistence).

Mampukah Ethereum terus menduduki kedudukan utama dalam pasaran? Kita akan lihat bagaimana masalah integrasi data yang dibawa oleh projek cross-chain dan bagaimana masalah tadbir urus cross-chain akan diselesaikan.

Sumber bacaan daripada cryptoslate, coinmarketcap, footprint analytics dan mycryptoversity

Baca juga: Apa Itu Metaverse? | Apa Itu The Sandbox (SAND)? | Bagaimana Untuk Menyertai Projek Kripto Di Peringkat Awal?

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai seorang Coiner berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan crypto.

error: Content is protected !!