Mungkin anda biasa mendengar tentang peristiwa Black Thursday. Ia adalah peristiwa bersejarah bagi pasaran saham kerana pada hari Khamis bersamaan 24 Oktober 1929, pasaran dibuka 11% lebih rendah berbanding penutupan pada hari sebelumnya. Panic selling telah berlaku sepanjang hari perdagangan. Peristiwa Black Thursday adalah permulaan kepada Great Stock Market Crash pada tahun 1929.

Mungkin hanya beberapa orang sahaja yang masih ingat apa yang berlaku pada hari tersebut. Mungkin mereka yang mengalami peristiwa hitam itu berharap mereka tidak akan mengharungi detik cemas itu lagi.

Black Thursday berlaku selepas pasaran saham di Amerika Syarikat mengalami bull run yang panjang iaitu selama sedekad. Pada hari tersebut, pedagang Wall Street mula cemas apabila pasaran dibuka 11% lebih rendah berbanding penutupan pada hari sebelumnya. Kejatuhan pasaran saham telah berlanjutan selama 2 tahun dan akhirnya menjurus kepada kemelesetan ekonomi.

Jadi adakah Bitcoin cukup kebal menangkis tragedi seperti Black Thursday dari berlaku? Hmm…mungkin tidak kerana Bitcoin juga terpaksa mengharungi peristiwa tidak enak sama seperti pasaran saham. Jom kita tengok 5 tragedi buruk yang pernah berlaku dalam pasaran Bitcoin.

Anda masih pening kepala nak pilih platform perdagangan kripto? LUNO adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. CLICK untuk mendaftar.

TRAGEDI 1: Jun 2011 (Mt. Gox Digodam)

Pada tahun Jun 2011, seorang YouTuber popular telah memuatnaik satu video yang menggemparkan untuk tontonan pengikutnya dalam channel miliknya, BookofNick. Video tersebut berbunyi seperti berikut.

“Hai semua. Nick di sini. Saya baru menyaksikan harga Bitcoin merosot dengan amat dahsyat. Harga Bitcoin turun mendadak dari $17.50 ke 1 sen. Ya benar. Kita boleh memiliki BTC dengan hanya 1 sen”.

Anda boleh menonton video tersebut di link berikut: https://youtu.be/jrikj7fy4MU

Hal ini terjadi setelah berita tentang Mt. Gox digodam tersebar. Mt Gox adalah satu syarikat perdagangan kripto yang berpengkalan di Shibuya, Tokyo, Jepun dan mengendalikan 70% transaksi BTC pada ketika itu. Pada 13 June 2011, Mt Gox telah melaporkan kehilangan 25,000 BTC. Episod kehilangan BTC yang digodam tidak berakhir di situ. Akhirnya pada 2014, mereka telah memfailkan muflis dan jumlah Bitcoin yang hilang adalah sebanyak 750,000 BTC.

Walau bagaimanapun, di platform perdagangan lain, harga dagangan paling rendah dicatatkan sekitar $2 dan pada akhir tahun 2011, harga BTC ditutup pada harga kurang dari $5.

TRAGEDI 2: Disember 2013 ( China FUD )

Dua tahun kemudian, Bitcoin mula mendapat perhatian ramai. Seorang ahli perniagaan yang mula berjinak menjadi personaliti televisyen pada ketika itu, Kevin O’Leary telah menyatakan bahawa Bitcoin adalah safe haven kepada sesiapa yang tidak percaya kepada sistem matawang fiat.

Micheal Saylor, mantan CEO syarikat Microstrategy telah melakukan tweet pada 13 Disember 2013 yang berbunyi seperti ini.

“#Bitcoin hanyalah nombor. Ia menunggu masa dan bakal menerima nasib yang sama seperti online gambling”.

Ya ini adalah Micheal Saylor yang sama, salah seorang individu yang mempunyai pegangan BTC terbesar sekarang.

Pada tahun 2013, China mula “memerhatikan” Bitcoin. Bank pusat negara China telah mengeluarkan amaran terhadap penggunaan Bitcoin sebagai legal tender. Harga BTC merudum 50% dari harga tertinggi iaitu $1,200 kepada kurang daripada $600.

Seorang penganalisa di foreign-exchanger broker Oanda, Edward Moya berkata beliau mula mengenali Bitcoin pada tahun 2014 dan harga BTC berada di sekitar $600. Pada ketika itu beliau amat terkejut kerana nilai BTC telah jatuh separuh dari harga tertinggi tetapi mengapa masih ada yang berani mengatakan BTC bakal mencecah $100,000 pada masa akan datang. Harga tersebut mungkin akan meningkat lebih tinggi apabila lebih ramai yang sedar kelemahan dalam sistem kewangan semasa dan Bitcoin memberi kebebasan individu mengawal kewangan sendiri.

Semakin merosot harga Bitcoin, semakin menarik untuk diperhatikan. Paling menarik ialah melihat para pelabur yang terus-terusan menggerakkan dan menyokong turun naik harga BTC, walaupun pada ketika itu Edward Moya tidak membeli Bitcoin.

Anda ingin melabur dalam kripto tetapi masih ragu-ragu?

Tak tahu bagaimana nak mula?

Jom belajar kripto di Portal Pendidikan Beranikripto

CLICK untuk mendaftar

TRAGEDI 3: Disember 2017 (Crypto Winter)

Jika anda perhatikan harga Bitcoin sekarang (sekitar $20,000) and harganya 5 tahun lepas. Pasti ramai yang skeptikal kerana harganya seolah-olah tidak bergerak.

Pada Disember 2017, harga Bitcoin melonjak ke $20,000 untuk kali pertama. Ramai pedagang malah pelabur awal Bitcoin memperoleh pulangan yang lumayan. Tetapi, panas yang diharapkan tidak bertahan hingga ke petang. Walaupun bukan hujan yang turun, tetapi salji telah menyejukkan kehangatan pasaran kripto menandakan musim sejuk bermula. Hanya selepas 12 hari, harga menjunam ke $12,840.

Kali ini bukan hanya Bitcoin berasa sejuk akibat salji yang turun. Aset kripto lain seperti Ethereum (ETH) dan Bitcoin Cash (BCH) turut mengalami nasib yang sama.

TRAGEDI 4: Mac 2020 (Pandemik Covid-19)

Bulan Mac 2020 adalah peristiwa yang tidak mungkin dapat dilupakan kerana virus Covid-19 menyerang seluruh dunia. Kehidupan harian manusia bertukar tanpa disangka.

Pandemik ini telah mencetus “Black Monday” pada 16 Mac 2020 apabila pasaran saham merosot sebanyak 13%. Covid-19 yang melanda berpotensi memberi impak yang buruk kepada sektor ekonomi. Pasaran kripto juga tidak terkecuali. Ketidakpastian yang berlaku telah menyebabkan aset kripto merudum sehingga menjadikan ia aset paling berisiko.

Bitcoin jatuh 57% ke harga terendah $3,867 selepas didagangkan menghampiri $10,000 pada bulan sebelumnya. Ethereum pula jatuh sehingga 46% pada minggu yang sama. Bob Laccino, pengasas bersama yang juga ketua strategi pasaran di Path Trading Partners berkata beliau tahu pasaran saham pasti akan pulih, jadi beliau mengekalkan apa yang dimiliki dan menambah pembelian.

Pandemik Covid-19 sebenarnya telah mencipta fenomena baru untuk pasaran kripto. Beberapa bulan kemudian, bank-bank di Wall Street dan firma-firma pelaburan seperti Black Rock, Alliance Berstei, Morgan Stanley dan Tudor Investment mula berbelanja berbilion dolar membeli Bitcoin. Paypal pula membenarkan 346 juta penggunanya memegang bitcoin. Ketua Pegawai Eksekutif JPMorgan Chase, Jamie Dimon yang sebelum ini amat memusuhi Bitcoin turut mula menunjukkan minat terhadap pergerakan harga Bitcoin.

Akhirnya pada 16 Disember 2020, harga Bitcoin mencecah paras $20,000 dan pada akhir tahun tersebut harga BTC mencapai $29,374.

TRAGEDI 5: Mei 2022 (Keruntuhan Blockchain Terra)

Tahun 2021 merupakan tahun yang gemilang untuk Bitcoin. Tetapi bull gagal meneruskan lariannya.

Tahun 2022 menyaksikan keruntuhan Terra, sebuah blockchain bersama stablecoin miliknya, UST. UST sepatutnya mengekalkan nilai $1 kerana ia disandarkan kepada USD. Tetapi setelah ianya tidak lagi disandarkan kepada USD, para pelabur dan pedagang mula hilang keyakinan terhadap native currency untuk blockchain Terra iaitu LUNA. LUNA merosot sehingga 99%.

Keruntuhan Terra telah menjejaskan pasaran kripto termasuk Bitcoin. U.S. Federal Reserve pula terus-terusan menaikkan kadar faedah untuk mengekang inflasi yang naik mencanak dan secara tidak langsung memberi tekanan kepada pasaran aset-aset berisiko seperti saham dan cryptocurrency.

Syarikat-syarikat pengurusan dana kripto tidak terkecuali menjadi mangsa keadaan pasaran. Three Arrows Capital yang pernah dikatakan sebagai sebuah syarikat pengurusan dana kripto paling selamat juga tersungkur. Pada 12 Jun 2022, Celsius Network, sebuah syarikat crypto lender terbesar dan paling berjaya telah mengumumkan kepada para pelanggan bahawa aset-aset mereka terpaksa dibekukan disebabkan keadaan pasaran yang terlalu ekstrim.

Pada bulan yang sama, Bitcoin telah merosot sebanyak 37%, jatuh dari $32,000 ke paras $18,000. Manakala Ethereum menjunam sebanyak 44%.

Adakah kita akan menyaksikan tragedi ke-6 pula pada tahun 2023? Mari kita sama-sama nantikan. 

Sumber: Coindesk

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai Pelabur Kripto Berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan kripto

error: Content is protected !!