Menurut kajian tinjauan oleh Pegurus Aset Digital Grayscale baru-baru ini mendedahkan bahawa lebih daripada separuh pelabur A.S. (55%) mempunyai minat untuk melabur dalam bitcoin, angka ini meningkat 19% lebih tinggi dari tahun lalu.

Ini bermaksud hampir 32 juta isi rumah di Amerika Syarikat yang berpotensi menjadi pelabur bitcoin.

Pemacu yang paling kuat untuk pelaburan bitcoin adalah wabak pendamik coronavirus, yang menyebabkan 63% responden melabur.

38% pelabur bitcoin telah melabur sejak 4 bulan yang lalu, dan hampir 2/3 dari mereka melaporkan bahawa kesan Covid-19 adalah faktor keputusan mereka untuk melakukannya.

Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa Bitcoin tidak lagi dilihat sebagai “Aset Kelas khusus yang menarik bagi sesetangah kumpulan pelabur.” Sebaliknya, Bitcoin tertarik untuk menjadi aset pelaburan arus perdana masa kini kerana laporan itu turut menjelaskan:

“Berdasarkan tinjauan tahun ini, pasaran potensi pelabur bitcoin adalah seramai 32 juta — berbanding 21 juta pelabur setahun yang lalu. Tahun ini, 62% pelabur melaporkan bahawa mereka ‘biasa’ dengan Bitcoin, berbanding 53% pada tahun 2019. “

Mata Wang Digital Menjadi Mainstream

Kajian ini juga menunjukkan bahawa hampir separuh dari mereka yang menyertai kajian percaya bahawa “mata wang digital akan dianggap sebagai arus perdana pada akhir dekad ini.”

Sementara itu, data kajian menunjukkan demografi pelabur berminat bitcoin tidak jauh berbeza dengan pelabur secara keseluruhan. Satu-satunya pengecualian yang ketara adalah kenyataan bahawa pelabur yang cenderung mempunyai minat terhadap bitcoin adalah rata-rata berusia dalam linkungan 42 tahun sementara mereka yang kurang berminat dengan bitcoin rata-rata berumur 49 tahun ke atas.

Lanjutan kajian ini memberikan maklumat mengenai latar belakang pendidikan mereka yang melabur dalam Bitcoin. Mengikut penemuan kajian, 29% pelabur bitcoin adalah pemegang ijazah sementara 17% tidak memiliki ijazah kolej.

Berkenaan dengan motivasi mereka untuk melabur dalam bitcoin, kajian mendapati bahawa 65% responden memilih bitcoin dengan jumlah pelaburan yang kecil, walau bagaimana pun peratusan ini lebih tinggi daripada angka untuk tahun 2019 iaitu 59%.

Apa pendapat anda berkenaan kajian ini? Sila berikan pandangan anda diruangan komen di bawah.

Sudahkah anda memilik akaun Pelaburan atau Portfolio Bitcoin atau Crypto lain?

Jika belum dan inginkan khidmat nasihat, sila hubungi admin di sini >>>

 

Sumber & Photo : bitcoin.com

<< Back

 

error: Content is protected !!