Fenomena NFT di seluruh dunia telah mencetuskan kegilaan terhadap permainan NFT sehingga menjadi trend masa kini. Permainan seperti Axie Infinity, MOBOX dan Bomb Crypto telah menjadi kegilaan ramai. Apa yang menarik tentang permainan NFT ialah ia menawarkan konsep play-to-earn (P2E). Konsep ini secara tidak langsung dapat menjana pendapatan kepada mereka yang gemar bermain permainan secara atas talian.

Segmen permainan NFT dilihat mampu berkembang dengan baik pada tahun ini. Sememangnya permainan NFT amat menarik untuk diterokai, tidak kira sama ada anda seorang gamer atau seseorang yang masih mencari permainan NFT untuk dicuba atau anda adalah seorang pelabur/pedagang yang ingin menjana pendapatan melalui aktiviti pelaburan/perdagangan aset dalam permainan.

Jom kita lihat 6 permainan NFT terbaik yang bakal meletup pada tahun 2022.

Bagaimana NFT digunakan dalam permainan

Sebelum itu, mari kita fahami secara ringkas bagaimana NFT digunakan dalam permainan. Permainan NFT menggunakan NFT dalam hampir kesemua aspek dalam permainan termasuk karektor, peraturan, interaksi sesama pemain dan banyak lagi. Penggunaan biasa yang selalu kita dengar ialah NFT sebagai karektor. Contohnya, dalam Axie Infinity, pemain menggunakan karektor NFT masing-masing yang dipanggil Axies untuk berlawan (battle) dengan pemain lain. Selain itu, sebarang item digital dalam permainan juga boleh menjadi NFT. Ini termasuk harta, senjata, wearable bahkan ramuan (potion) dan jampi (spell) juga boleh menjadi NFT.

Dalam permainan yang biasa, aset-aset dalam permainan dimiliki oleh entiti berpusat. Sebaliknya, dalam permainan NFT, pemain bukan sahaja boleh mengumpul NFT malah boleh membeli dan menjual aset tersebut di marketplace permainan atau pasaran sekunder seperti OpenSea. Terima kasih kepada teknologi blockchain kerana membolehkan para pemain benar-benar memiliki NFT. Lebih menarik, pemain boleh memperoleh pendapatan.

Sesetengah permainan NFT membenarkan pemain melakukan stake untuk NFT mereka bagi mendapatkan ganjaran. Ada juga yang menyokong interoperability iaitu membenarkan aset yang sama digunakan dalam beberapa permainan. Jadi, kita dapat lihat bahawa permainan NFT ini benar-benar dapat mencipta revolusi dalam industri permainan.

Masih pening kepala nak pilih platform perdagangan kripto? LUNO adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. CLICK untuk mendaftar

Senarai 6 permainan NFT terbaik bagi tahun 2022 adalah seperti berikut:

1. AXIE INFINITY

Apabila kita memperkatakan tentang permainan NFT, sudah pasti Axie Infinity sering mencuri perhatian. Ia adalah permainan play-to-earn yang terbesar dalam industri dan yang pertama berjaya mencecah nilai jualan $1 bilion. Sekarang ia mempunyai all-time trading volume melebihi $4 bilion. Axie Infinity dibangunkan oleh sebuah syarikat start-up dari Vietnam iaitu Sky Mavis yang mengambil inspirasi daripada permainan Pokemon. Dalam permainan Axie Infinity, pemain perlu mengumpul digital pet (Axie) dan battle dengan pemain lain utnk mendapatkan ganjaran. Anda juga boleh membiakkan Axie yang anda ada.

Terdapat 2 token yang digunakan dalam Axie Infinity iaitu Smooth Love Potion (SLP) dan Axie Infinity Shard (AXS). SLP adalah ganjaran yang diperoleh pemain semasa bermain mod permainan yang berbeza. AXS pula berfungsi sebagai token tadbir urus (governance token). Pegangan AXS memberikan pemain hak mengundi dalam permainan ini. Pada ketika sumber artikel ini ditulis, harga purata Axie adalah sekitar $206.31 dan AXS didagangkan pada harga sekitar $52.

2. BOMB CRYPTO

Dibina menggunakan Binance Smart Chain (BSC), Bomb Crypto ialah salah satu permainan NFT terhangat yang mesti anda cuba pada tahun 2022. Malah ia memenangi anugerah permainan blockchain terbaik pada tahun 2021. Mengikut data dalam DappRadar, Bomb Crypto menduduki tempat ke-2 dalam senarai bilangan pemain tertinggi dalam tempoh 30 hari. Di samping itu, dalam masa yang sama, ia telah menjana lebih $157 juta volume dagangan.

Bomb Crypto adalah permainan play-to-earn dan NFT berbentuk pixel yang berkisarkan watak yang dipanggil Bomber Heroes. Heroes adalah NFT yang disertakan bersama 6 jenis kuasa: Power, Bomb Range, Stamina, Speed, Bomb dan Ability. Mereka juga datang dalam beberapa jenis keistimewaan ataupun rarity termasuk rare, super rare, epic dan legendary. Permainan ini menawarkan 3 mod permainan berbeza: autoplay, story dan PVP.

Mula-mula pemain akan menggunakan Heroes untuk menanam bom dan mencari BCOIN. BCOIN adalah native token untuk permainan ini. Dalam mod story, pemain boleh melawan raksasa untuk mendapatkan barang berharga. Akhirnya, dalam mod PVP, anda perlu menggunakan Heroes untuk battle dengan pemain lain bagi memperoleh ganjaran NFT. Permainan ini boleh dikatakan agak mudah. Ini menjadikannya salah satu permainan yang terbauk untuk dicuba terutama jika anda baru menceburi dunia permainan NFT.

3. MOBOX

MOBOX ialah ekosistem permainan NFT yang popular. MOBOX dibina atas landasan BSC dan merupakan platform Free-to-Play-to-Earn (F2P2E) yang menghimpunkan yield farming dan farming NFT. Pada asasnya, ia mempunyai 3 komponen utama:

1) Pasaran NFT (NFT Marketplace) – Pemain boleh berdagang dan menyewa MOMO NFT

2) Pencipta NFT (NFT Creator) – Menawarkan set peralatan untuk mencipta NFT sendiri

3) Pencipta Permainan (Game Creator) – Menawarkan API untuk membangunkan dan melancarkan permainan pada platform

MOBOX mempunyai platform yang dipanggil MOMOverse yang boleh melakukan metaverse merentas platform (cross-platform metaverse). Di sini, pemain boleh mencipta konten mereka sendiri atau menikmati ciptaan orang lain dan memperoleh ganjaran. Semakin aktif pemain, semakin banyak ganjaran yang boleh mereka perolehi. Pemain boleh menyusuri alam metaverse menggunakan MOMO avatar. Dalam MOMOverse terdapat banyak makhluk NFT comel yang dikenali sebagai MOMO. Untuk memperoleh NFT MOMO, pemain perlu melakukan farming dan battle dalam pelbagai permainan. NFT Farmer, Blockchain Brawler dan Token Master adalah beberapa permainan yang tersedia di platform.

4. CRAZY DEFENSE HEROES

Crazy Defense Heroes ialah mobile game berasaskan play-to-earn yang baru dalam blockchain Polygon. Dibangunkan oleh Animoca Brands, ia adalah sekuel kepada permainan Crazy Kings. Ia ialah permainan tower defense dengan elemen RPF beserta koleksi kad dan mod berbilang pemain (multiplayer mod). Pemain boleh menghasilkan strategi pertahanan mereka sendiri melalui gabungan menara, mantera (spell) , wira (hero) dan kad peralatan. Mereka juga boleh memilih jenis dan latar belakang menara yang berbeza.

TOWER adalah native currency dalam permainan ini yang digunakan oleh pemain untuk melakukan transaksi. Pemain boleh memperoleh token dengan bermain permainan di platform Tower, termasuk Crazy Kings dan Crazy Defense Heroes. Permainan ini semakin diminati ramai apabila berjaya menduduki tangga ke-8 carta untuk permainan dengan bilangan pengguna tertinggi dalam tempoh 30 hari yang lalu (pada ketika sumber artikel ini ditulis). Dengan sokongan Animoca Brands, permainan ini sudah pasti menjadi salah satu permainan NFT terbaik untuk diperhatikan tahun ini.

Anda ingin melabur dalam kripto tetapi masih ragu-ragu?

Tak tahu bagaimana nak mula?

Jom belajar kripto di Portal Pendidikan Beranikripto

CLICK untuk mendaftar

5. ALIEN WORLDS

Senarai permainan NFT tidak akan lengkap tanpa Alien Worlds. Mengapa? Jika anda seorang peminat metaverse, maka permainan ini adalah untuk anda! Pada asasnya, ia adalah metaverse NFT DeFi pada blockchain Ethereum, WAX dan BSC. Satu permainan berbentuk play-to-earn dan free-to-play dalam browser, Alien Worlds adalah salah satu permainan NFT yang paling pesat berkembang di pasaran. Hari ini, ia menjadi permainan paling popular dengan pangkalan pengguna tertinggi. Dalam tempoh 30 hari yang lalu sahaja, bilangan pengguna permainan melangkaui 1.23 juta!

Macam mana nak main Alien Worlds? Secara ringkasnya, pemain perlu meneroka metaverse merentasi tujuh planet dan melombong token yang dipanggil Trilium (TLM). Anda boleh menggunakan TLM untuk membeli NFT atau melakukan staking untuk dapat hak mengundi dalam permainan. Menariknya, setiap planet adalah DAO, dengan kerajaan yang dipilih sendiri. Jadi, bagaimana dengan NFT dalam game ini? Pada amnya, segala-galanya dalam permainan ini termasuk tanah, avatar dan peralatan adalah NFT. Seperti permainan NFT lain, anda boleh menukar aset ini dengan orang lain.

6. THETAN ARENA

Thetan Arena adalah permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) yang baru dilancarkan di blockchain BSC. Pemain bersama-sama rakan-rakan yang lain boleh membuat pasukan dan bertarung dengan pemain lain dalam pelbagai mod permainan seperti Battle Royale, Superstar dan Deathmatch. Permainannya ringkas dan memiliki grafik yang menarik. Ini menjadikannya cukup popular di kalangan peminat permainan MOBA. Malah, permainan pada masa ini mempunyai lebih 22 juta pemain!

Permainan Thetan Arena berkisarkan watak NFT yang dipanggil “Heroes”. Watak-watak ini dikategorikan dalam tiga kelas: Assassin, Marksman dan Tank. Permainan ini menawarkan 2 token iaitu

1. Thetan Coin (THC) – Matawang utama dalam permainan. Pemain boleh menerimanya sebagai ganjaran.

2. Thetan Gem (THG) – governance token. Pemain boleh menggunakan THG untuk mengembangkan Heroes mereka atau melakukan stake bagi mendapatkan ganjaran

DAFTAR SEKARANG

Macam Mana Nak Mula Main NFT Game

Anda sudah ada pilihan game di hati? Jika ya, anda boleh membeli terlebih dahulu aset dalam game tersebut. Apa yang anda perlu buat ialah anda perlu memiliki crypto wallet dan matawang kripto tertentu supaya anda dapat membeli token yang akan digunakan dalam game tersebut. Kemudian anda perlu mendaftar di laman web game tersebut, membeli NFT dari marketplace mereka dan anda boleh mula bermain.

Walaupun dalam artikel ini hanya dapat menyenaraikan 6 permainan NFT, sebenarnya masih terdapat banyak lagi permainan NFT yang menarik dan berpotensi. Jika anda berminat, anda boleh cuba bermain permainan seperti Illuvium, Idle Mystic, Galaxy Fight Club dan God Unchained. Permainan NFT ini akan terus berkembang pesat dan para pembangun permainan akan terus melancarkan permainan-permainan NFT yang baharu.

Happy gaming laughing

sumber: nftevening.com (12 March 2022)

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier sebagai seorang Pelabur Kripto Berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan kripto

error: Content is protected !!