Pelaburan dan perdagangan matawang kripto telah menukar kehidupan ramai orang. Ada yang hanya berumur 25 tahun telah berjaya menjadi jutawan apabila harga kripto melambung tinggi. Keterujaan mendengar berita sebegini menjadikan sesetengah daripada kita terus berlumba-lumba membeli matawang kripto tanpa melakukan sebarang penyelidikan.

Tiba-tiba harga kripto yang telah dibeli tadi jatuh mendadak. Maka menangislah di bucu katil. Habis duit simpanan yang dikumpul bertahun-tahun. Bermulalah episod menyalahkan orang lain. Pernahkah perkara sebegini terjadi kepada anda?

FOMO atau Fear Of Missing Out adalah satu fenomena yang biasa dan boleh menyebabkan tekanan dalam kehidupan seharian. Dari sudut psikologi, FOMO adalah perasaan atau persepsi bahawa orang lain memiliki lebih keseronokan, menjalani kehidupan yang lebih baik atau mempunyai sesuatu yang lebih hebat dari anda. Kadangkala akan timbul rasa dengki dan iri hari sehingga menjejaskan self-esteem seseorang.

Dalam dunia pelaburan, FOMO berlaku apabila pelabur meletakkan sejumlah wang ke dalam aset yang biasanya telah melakukan kenaikan yang banyak. Kenaikan harga sesuatu aset akan menimbulkan keterujaan di kalangan pelabur terutamanya pelabur runcit. Pelaburan FOMO sangat berisiko untuk rugi kerana biasanya pelabur masuk ke dalam pasaran dengan tergesa-gesa tanpa melakukan penyelidikan.

Mengapa FOMO boleh berlaku? Bagaimana cara untuk mengatasi atau mengawal rasa FOMO tersebut. Berikut adalah 7 tip untuk anda mengelak daripada FOMO dalam pelaburan kripto.

Masih pening kepala nak pilih platform perdagangan kripto? LUNO adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. CLICK untuk mendaftar

Mengapa Pelaburan FOMO Bahaya

Kajian tentang FOMO telah dijalankan oleh 2 lagenda berkenaan behavioural economics iaitu Daniel Kahneman dan Amos Tversky. Mereka berpendapat bahawa manusia akan merasai rasa kehilangan dua kali ganda daripada rasa keseronokan mendapat sesuatu. Anda mempunyai kerjaya yang stabil, tetapi apabila anda melihat rakan anda dapat menjana wang dari pelaburan saham atau kripto, anda akan rasa seperti anda ketinggalan dan kehilangan peluang. Jadi anda mahu cepat-cepat masuk ke dalam pasaran supaya anda juga dapat menjana keuntungan.

Dunia pelaburan hari ini bukanlah sekadar nombor dan analisa teknikal. Ia mengenai pemerkasaan dan kawalan kewangan anda. Suatu ketika dahulu, pelaburan hanya diceburi oleh golongan tertentu. Pada hari ini, aktiviti pelaburan kelihatan lebih mudah atau murah. Jadi semua orang boleh menjadi pelabur.

Dengan naratif sebegini, maka timbul kisah-kisah kejayaan, pulangan berlipat kali ganda dan keadaan euphoria di kalangan para pelabur. Suasana pasaran menjadi begitu rancak. Harga aset-aset memuncak dan sekaligus menentang arus petunjuk ekonomi negara yang semakin meruncing. Walau bagaimanapun, bak kata pepatah kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Keadaan euphoria tadi sering diikuti dengan kejatuhan mendadak.

7 Tip Untuk Elak FOMO

Tip No 1: Hanya Melabur Dalam Projek Yang Anda Benar-benar Yakin

Terdapat terlalu banyak projek dalam dunia kripto. Setiap coin atau token mempunyai kegunaan yang tersendiri. Sebahagiannya memiliki potensi dan impak jangka panjang yang mampu mengubah kehidupan akan datang, manakala sebahagian lagi mungkin hanya sekadar coin “meme”. Jadi, bagaimana anda tahu coin yang mana patut anda beli?

Anda mungkin rasa cemburu apabila mengetahui seseorang itu untung dengan sangat banyak dalam kripto. Jadi anda cuba untuk “meniru” keuntungan yang dijana olehnya. Anda semakin teruja apabila mereka memberitahu anda supaya masuk ke pasaran sekarang sebelum harga memecut sekali lagi kerana mereka percaya masih terdapat potensi kenaikan harga.

Cara yang paling baik ialah anda lakukan sendiri kajian terhadap aset yang anda ingin labur. Apabila anda faham fungsi dan kegunaan sesuatu coin atau token, anda akan tahu sebab mengapa anda patut membelinya. Dengan cara ini, anda sebenarnya mengambil tanggungjawab ke atas keputusan pelaburan anda. Tidak salah untuk mendengar pendapat orang lain, tetapi adalah lebih baik jika anda mempunyai pendapat dan pendirian anda sendiri.

Tip No 2: Keuntungan Jangka Panjang vs Jangka Pendek

Dalam pelaburan, anda pasti mahu membeli pada harga rendah dan jual bila harga tinggi. Anda sering mengimpikan pulangan pelaburan yang lumayan setiap kali anda memasuki pasaran. Mari kita imbau kembali perjalanan harga coin seperti $SHIB yang melakukan kenaikan mendadak pada 8 Mei dan 11 Mei 2021. Selepas kenaikan tersebut, harga $SHIB mula jatuh perlahan-lahan pada bulan berikutnya.

Anda pasti teruja melihat spike harga yang dilakukan oleh $SHIB. Dalam hati anda pasti terdetik, “kalau begini, cepatlah aku boleh jadi kaya”. Apabila harga mula melakukan penurunan, anda menjadi begitu hampa. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda dapat mengkaji terlebih dahulu potensi sesuatu aset untuk jangka masa panjang.

Jika coin atau token itu mempunyai kegunaan nyata yang memberi nilai kepada pengguna, maka ia memiliki potensi yang baik pada masa hadapan. Apabila pengadoptasian yang lebih luas berlaku terhadap coin atau token itu, nilainya pasti akan meningkat juga.

Jika anda memiliki matlamat dalam pelaburan kripto, anda akan lebih memahami potensi pulangan sesuatu coin atau token yang anda labur. Ini adalah amat penting terutamanya jika anda bukan pedagang kripto yang aktif. Anda juga boleh memperoleh pulangan daripada aset yang anda simpan dengan melakukan staking atau lending.

Anda ingin melabur dalam kripto tetapi masih ragu-ragu?

Tak tahu bagaimana nak mula?

Jom belajar kripto di Portal Pendidikan Beranikripto

CLICK untuk mendaftar

Tip No 3: Mempelbagaikan Portfolio Anda

Anda mungkin ada mendengar coin tertentu yang dijangka harganya akan meningkat naik dan anda bercadang untuk melaburkan kesemua wang anda ke dalam coin tersebut. Anda pasti dapat meraih keuntungan yang besar sekiranya harga coin tersebut betul-betul naik, tetapi anda sebenarnya mengambil risiko yang teramat tinggi. Jika harganya merudum, seluruh portfolio anda menjadi merah menyala.

Cara yang baik ialah anda beli beberapa coin dan bukan hanya satu coin. Strategi ini dapat membantu mempelbagaikan portfolio anda. Sekiranya harga satu coin jatuh, mungkin harga coin yang lain naik. Jadi secara keseluruhannya, portfolio anda masih untung.

Contohnya, anda mungkin pening kepala untuk melabur dalam Cardano, Polkadot atau Ethereum kerana ketiga-tiganya adalah platform kontrak pintar yang bagus. Jadi, mengapa tidak melabur ke dalam ketiga-tiganya? Dengan cara ini, risiko portfolio anda tidak tertumpu kepada hanya satu coin kerana anda telah membahagikan risiko tersebut. Ini juga bermaksud, prestasi portfolio anda tidak bergantung kepada hanya satu coin.

Tip No 4: Guna Teknik DCA

Teknik DCA atau Dollor Cost Averaging adalah satu strategi yang mana anda melabur jumlah yang sama ke dalam sesuatu aset pada masa yang ditetapkan secara berkala tanpa mempedulikan harga semasa. Ini bermakna anda akan memiliki lebih banyak aset kripto apabila harga aset tersebut rendah. Apabila harga tinggi, jumlah aset anda yang anda beli pada ketika itu juga akan berkurangan.

Contohnya, anda memperuntukan $100 untuk membeli atau melabur dalam BTC setiap minggu. Jadi tidak kira samada harga BTC adalah $50,000 atau $60,000, anda akan tetap membelinya sebanyak $100 kerana sudah tentu harga BTC ada turun naiknya. Purata harga atau kos pembelian adalah antara harga tertinggi dan terendah.

Dollar Cost Averaging membantu pelabur mengawal emosi. Pelabur akan tetap memasuki pasaran dan meneruskan pelaburan tanpa mempedulikan harga semasa sesuatu aset. Beberapa platform perdagangan kripto seperti Crypto.com atau Gemini menyediakan pilihan untuk pelabur menetapkan jadual pelaburan secara berkala. Mungkin anda terpaksa menanggung yuran transaksi yang agak tinggi kerana anda perlu menggunakan kad kredit untuk tujuan pembelian aset kripto. Tetapi anda boleh berjimat jika anda melakukan pembelian secara manual.

Proses DCA memerlukan disiplin yang tinggi dan tidak dipengaruhi oleh emosi. Walau bagaimanapun, keputusan atau hasilnya adalah amat memuaskan kerana anda tidak cuba untuk menentukan masa pasaran.

Tip No 5: Jangan Asyik Semak Harga

Jika anda adalah orang yang sering melihat portfolio anda dan melihat berapa banyak yang anda rugi atau untung, anda mungkin perlu mengubah tabiat ini. Sering menyemak turun naik harga akan menjadi satu ketagihan.

Dengan menyemak harga terlalu kerap, anda mungkin akan dipengaruhi emosi. Anda cenderung untuk menjual pegangan anda apabila harga mula menurun. Sekiranya anda seorang pedagang jangka pendek, aktiviti menyemak harga adalah sesuai untuk anda. Namun jika anda adalah seorang pelabur jangka panjang, anda akan membeli dan menyimpan aset untuk satu jangka masa yang lama.

Turun naik harga dalam pasaran tidak dapat dielakkan. Daripada anda bimbang tentang prestasi portfolio anda sepanjang masa, lebih baik masa yang ada digunakan untuk perkara atau aktiviti lain yang berfaedah. Bagi mengurangkan godaan untuk menyemak portfolio anda, anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk melakukan staking atau lending dan ini boleh mengelakkan anda daripada melakukan jualan panik semasa bear market.

Tip No 6: Jangan Beli “dip” Tanpa Mengkaji

Beli pada harga “dip” atau terendah sememangnya diimpikan oleh setiap pelabur terutamanya apabila pasaran mula menunjukkan tanda-tanda untuk crash. Pelabur membeli aset kripto pada harga yang mereka percaya sangat murah dengan harapan mereka akan mengaut keuntungan yang besar apabila harga kembali meningkat tinggi.

Namun begitu, anda sepatutnya melakukan kajian mengapa harga sesuatu aset itu turun. Adakah disebabkan FUD (Fear, Uncertainty and Doubt) ataupun mungkin fundamental aset kripto tersebut telah berubah?

Apabila harga mula turun, anda seharusnya mengambil langkah berhati-hati dan bukan menggunakan teknik “harapan” bahawa harga akan kembali meningkat. Terdapat coin atau token yang terus-menerus turun harganya sehingga mengambil masa begitu lama untuk pulih. Oleh yang demikian, anda sepatutnya melabur ke dalam projek yang anda betul-betul yakin dengan potensi dan masa depannya supaya anda dapat menyimpan aset kripto tersebut dengan hati yang tenang.

Tahukah anda TOKENIZE adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. CLICK untuk mendaftar

Tokenize

Tip No 7: Labur Wang Yang Anda Sanggup “lebur”

Walaupun anda fikir bahawa matawang kripto memiliki potensi tinggi, anda tidak disarankan untuk membuat pinjaman dan menggunakan wang pinjaman tersebut untuk dilaburkan dalam pasaran kripto. Melabur menggunakan wang anda sendiri adalah pilihan yang paling selamat. Jika anda membuat pinjaman, ini bermakna anda telah menambah risiko dalam pelaburan anda kerana dalam masa yang sama anda terpaksa membayar semula pinjaman tersebut.

Lebih-lebih lagi, pasaran kripto memang begitu berisiko dan volatile. Jumlah wang yang ingin anda laburkan mestilah jumlah yang sanggup anda rugi. Terdapat banyak instrumen pelaburan di luar sana. Anda boleh melabur terlebih dahulu dalam aset kelas yang kurang volatile.

Contohnya anda boleh melaburkan sebahagian besar wang anda ke dalam pasaran saham atau bond dan memperuntukkan sebahagian kecil untuk pelaburan kripto. Oleh itu, sekiranya prestasi pelaburan kripto anda tidak memuaskan, ia tidak akan memberi kesan kepada keseluruhan portfolio pelaburan anda.

Kesimpulan

Pelaburan bukanlah semata-mata tentang keuntungan tetapi ianya lebih kepada pengurusan risiko. Anda perlu pastikan anda tidak mengambil risiko yang tidak sepatutnya. Walaupun pulangan yang mungkin anda terima daripada pelaburan kripto adalah sangat tinggi, tetapi volatility pasaran kripto juga amat tinggi.

Walaupun di luar sana, kita sering mendengar ramai orang yang mencanangkan bahawa mereka sedang berlumba-lumba membeli “next Bitcoin”, anda tidak perlu percaya bulat-bulat apa yang mereka kata. Anda mesti melakukan kajian terlebih dahulu dan perlu mempunyai justifikasi mengapa anda fikir anda perlu melakukan pembelian. Ini bagi memastikan risiko yang anda ambil adalah risiko yang mampu anda tanggung.

DYOR – Do Your Own Research

Sumber: thefipharmacist.com, pennymoney.com

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai seorang Pelabur Kripto Berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan kripto

error: Content is protected !!