Kredit Gambar: TechRadar
Pertama kali NFT atau Non-Fungible Token mendapat perhatian ramai adalah pada bulan Mac 2021 apabila satu kolaj digital yang dihasilkan oleh seorang artis seni digital yang dikenali sebagai Beeple dijual dengan harga $69 juta. Sejak itu, NFT dianggap dapat menyimpan kandungan digital dan ia boleh dijual atau dibeli menggunakan lejar dalam talian, iaitu blockchain.
NFT sering dihubungkaitkan dengan hasil seni dan banyak didagangkan sebagai koleksi di platform seperti Opensea dan Rarible. Contoh terbaru ialah siri 8,888 “Pudgy Penguins” telah membuat kejutan yang mana setiap satu karektor memiliki ciri yang unik dan telah mencipta rekod jualan sebanyak ETH150 (lebih kurang $5juta).
Apakah sebenarnya yang dimiliki apabila seseorang itu membeli NFT? Apakah sebenarnya pemilikan NFT dari perspektif undang-undang? Jom kita fahami.
Sama ada satu-satu karya seni digital itu adalah hasil yang luar biasa atau penguin digital yang comel, NFT pada dasarnya ia adalah fail digital berformat jpeg atau gif yang boleh diniagakan. Tidak seperti koleksi seni fizikal, pemilik NFT tidak akan dapat mempamerkan aset mereka di rumah melainkan ia ditayangkan melalui skrin. Mereka mungkin menyangka ia boleh dipaparkan di laman web, tetapi ini tidak semestinya berlaku.
Untuk memahami NFT, penting untuk kita faham apa yang dimaksudkan dengan “fungible”. Fungible berasal dari perkataan latin iaitu fungi yang bermaksud melaksanakan (to perform). Tetapi dalam konteks yang lebih luas, ia bermaksud sesuatu yang boleh ditukar ganti dan ia berkaitan dengan sesuatu yang boleh dipindah milik.
Wang adalah sesuatu yang “fungible” kerana anda boleh membeli barang komoditi bernilai £10 dengan sejumlah wang £10. Tetapi NFT tidak boleh ditukar ganti seperti barang komoditi kerana NFT merupakan sesuatu yang bersifat terhad.
Kandungan NFT boleh dihasilkan dengan pelbagai cara. Ia boleh dihasilkan menggunakan aplikasi komputer dan inilah yang menjadi asas penghasilan sebanyak 10,000 karektor CryptoPunks yang unik pada tahun 2017. Muzik juga boleh menjadi karya NFT seperti yang dilakukan oleh penyanyi dan penulis lagu, Imogen Heap yang bekerjasama dengan sebuah syarikat muzik, Endless untuk menghasilkan siri muzik NFT beliau yang pertama berjudul “Firsts”. NFT juga boleh mewakili sebuah karya seperti karya seni Beeple ataupun satu pakej item seperti siri “NFT Yourself” oleh King of Leon yang mana aset yang ditawarkan adalah termasuk album muzik dengan ciri unik dan tiket konsert istimewa.
Hak Cipta vs Hak Milik
NFT membolehkan pemilik karya atau koleksi tertentu mendekati peminat mereka secara langsung. Sebelum kewujudan NFT, sesuatu seperti menjual ciapan pertama di Twitter atau fail gif bertemakan taco ataupun menjual karya seni dalam talian adalah sesuatu yang mustahil. Tetapi sekarang individu, syarikat atau sesebuah organisasi kebudayaan boleh melakukannya selagi mereka adalah pemilik yang sah.
Dinusha Mendis, seorang profesor dalam bidang Intellectual Property and Innovation Law di Fakulti Media dan Komunikasi, Bournemouth University menyatakan menurut undang-undang hak cipta di United Kingdom, pencipta karya memiliki hak cipta secara automatik ketika karya dibuat selagi ia mencerminkan ciptaan intelektual penciptanya. Ini bermaksud pencipta karya adalah pemilik kepada hak cipta dan boleh melakukan apa sahaja yang mereka inginkan dengannya.
Apabila anda membeli NFT dari pencipta, anda memiliki hak milik terhadap NFT tersebut. Walau bagaimanapun, pemilik NFT tidak mempunyai hak lain terhadap hasil karya tersebut. Ini termasuk apa-apa yang ditawarkan di bawah undang-undang hak cipta seperti hak komunikasi kepada umum (maksud lain ialah menjadikan aset tersebut tersedia untuk seluruh dunia) ataupun hak pengadaptasian atau hak penerbitan semula.
Keadaan ini adalah sama jika anda membeli karya fizikal. Memiliki sebuah lukisan tidak memberikan anda hak secara automatik untuk menayangkannya di khalayak ramai. Anda juga tidak mempunyai hak untuk membuat tuntutuan jika terjadi pelanggaran undang-undang hak cipta sekiranya seseorang menerbitkan semula karya tersebut. Untuk mendapatkan hak tersebut, anda perlu menjadi pemilik hak cipta karya atau hak cipta tersebut diberikan kepada anda oleh pencipta (secara bertulis dan ditandatangani).
Masalah dengan kandungan dalam talian ialah ia mudah dikongsi, disalin dan diterbit semula kerana sifat digitalnya. Pembeli NFT perlu memahami bahawa mereka didapati melanggar undang-undang hak cipta sekiranya mereka terlibat dengan aktiviti-aktiviti tersebut tanpa kebenaran pemegang hak cipta. Satu-satunya cara hak tersebut dapat dipindahkan adalah melalui syarat-syarat yang termaktub dalam NFT tersebut dan dijadikan dalam bentuk lesen.
Terdapat beberapa NFT yang mana pembeli diberikan hak untuk menggunakan NFT yang dimiliki dengan cara terhad. Sebagai contoh, pemilik NFT CrytoKitties hanya dibenarkan menjana pendapatan kasar maksimum $100,000 setahun. Terdapat juga pencipta yang menghadkan penggunaan karya mereka. Contohnya, King of Leon telah menetapkan bahawa muzik NFT mereka hanya boleh digunakan untuk penggunaan peribadi.
Oleh itu, pembeli harus jelas sebab utama mereka ingin membeli NFT kerana ia merupakan sebuah pelaburan yang spekulatif dan ia lebih kepada sebuah keseronokan memiliki sesuatu yang unik dari artis, jenama, pasukan sukan atau apa-apa sahaja yang dikagumi. Pembeli harus sedar bahawa blockchain tidak dapat mengetahui sama ada karya tersebut adalah tulen atau ciplak. Seseorang boleh mengambil karya orang lain dan menjadikannya sebagai NFT sehingga melanggar undang-undang hak cipta.
Kesimpulannya, NFT mungkin akan terus wujud tetapi ia menimbulkan persoalan terhadap pemilikan yang berkaitan tentang undang-undang hak cipta. Perkara ini mungkin masih samar bagi kebanyakan orang tetapi penting untuk anda fahami.
Sumber: crptonews.com
Assalamualaikum cikgu ,saya hakim dari batch Mac , saya berasa sangat bersyukur kerana dpt join kelas & circle cikgu .Ini kelas yg paling berbaloi yg saya pernah join . Sejak saya join kelas cikgu , kebanyakan asset cikgu kongsi yg saya follow telah terbang ke bulan. Roi yg saya perolehi kebanyakan dah lebih 100% .Terima ksih Cikgu Mayee ! Saya sgt rekomen kepada sesiapa yg baru sahaja ingin mengenali crypto utk subcribe kelas cikgu dan bersama sama kami utk berjaya !