Bitcoin sekali lagi berada di bawah tekanan setelah pasaran kripto mengalami kejatuhan. Sehingga tengahari hari khamis (30 Jun 2022), harga BTC telah turun sebanyak 5% dan ETH pula jatuh sebanyak 7%. Pada 1 Julai 2022, Bitcoin kembali berada di bawah $19,000. Harga terendah yang dicatatkan setakat ini bagi tahun 2022 adalah pada harga $17,594.
Kebanyakan pelabur berharap agar kejatuhan yang dicatatkan minggu lepas akan menjadi titik tolak kepada pemulihan pasaran kripto. Namun begitu, melihat kepada prestasi Bitcoin minggu ini, harapan itu mungkin tinggal harapan. BTC mengalami penurunan selama 5 sesi berturut-turut.
Tetapi bagi syarikat Microstrategy, co-founder dan CEO syarikat tersebut, Micheal Saylor berpendapat ini adalah masa yang baik untuk melakukan pembelian (buy on dip). Microstrategy baru-baru ini telah menambah pelaburannya dalam Bitcoin sebanyak $10 juta. Ini menjadikan syarikat tersebut memiliki hampir 130,000 BTC.
Setakat ini, pasaran kripto telah mengalami kemerosotan sebanyak 74.5% berbanding paras tertinggi yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. Bitcoin mengalami kemerosotan sebanyak 83% pada tahun 2018, setelah mencatatkan paras terendah berbanding paras tertinggi yang dicatatkan pada tahun 2017. Bitcoin turut mengalami kejatuhan sebanyak 72% pada Mac 2020 setelah BTC mencatatkan paras terendah berbanding paras tertinggi yang dicatatkan pada tahun 2019.
Persoalannya, adakah Bitcoin akan kembali pulih. Jom kita tengok carta pergerakan harga mingguan dan harian.
Masih pening kepala nak pilih platform perdagangan kripto? LUNO adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. CLICK untuk mendaftar
Carta Harga Mingguan
Ramai pelabur yakin bahawa Bitcoin akan kembali pulih. Tetapi di manakah harga terendah yang bakal dicatatkan Bitcoin? Matawang digital semakin popular dan penerimaan terdapat matawang kripto dilihat semakin meningkat. Pada masa kini, terlalu banyak matawang kripto dicipta dan sesetengahnya dicipta semata-mata untuk tujuan spekulasi dengan sedikit malah mungkin tiada fungsi dunia sebenar.

Berbeza dengan Bitcoin yang merupakan matawang kripto pertama dicipta dan ciptaannya mempunyai tujuan yang jelas. Bitcoin adalah matawang kripto paling popular dan terbesar di dunia. Perhatikan carta mingguan di atas yang menyaksikan dua pembetulan harga yang terjadi. Kedua-dua pembetulan terjadi pada paras sokongan 200-week moving average.
Selain itu, pergerakan harga BTC dilihat kuat bertahan pada zon harga $19,500. Zon ini pernah menjadi paras rintangan yang perlu dipecahkan sebelum harga BTC melonjak mencipta harga tertinggi baharu pada bulan Disember 2020. Pasaran matawang kripto kini dilihat melakukan lantunan sederhana di sekitar zon ini dan terus bergelut untuk kekal bertahan pada paras 200-week moving average.
Anda ingin melabur dalam kripto tetapi masih ragu-ragu?
Tak tahu bagaimana nak mula?
Jom belajar kripto di Portal Pendidikan Beranikripto
CLICK untuk mendaftar
Carta Harga Harian
Perhatikan juga pergerakan harga harian yang mana ianya terus bergerak dan cuba untuk menembusi paras sokongan uptrend (garisan biru). Manakala paras rintangan aktif (10-day moving average) berterusan menurun.

Harga Bitcoin bergelut untuk bertahan di atas paras $19,600 dan harga terendah dicatatkan setakat ini bagi tahun 2022 adalah pada sekitar $17,600. Sekiranya harga terendah ini tidak dapat bertahan, tidak banyak paras sokongan yang dapat menahan harga dari terus menjunam.
Kemungkinan zon sokongan seterusnya akan berada pada sekitar $13,800 – $14,000. Zon ini adalah paras tertinggi yang dicatatkan Bitcoin pada tahun 2019 yang dapat dilihat dalam carta mingguan. Bull berharap Bear tidak akan menolak harga ke situ. Oleh itu, sebagai pelabur, adakah ini peluang yang anda tunggu-tunggu? Atau ia adalah satu mimpi ngeri? Itu terpulang kepada kebijaksanaan anda.
Sumber: thestreet.com
Dapat 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier sebagai Pelabur Kripto Berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan kripto