KYC adalah singkatan kepada Know-Your-Customer. Jika anda pernah menggunakan platform pertukaran kripto atau membeli NFT, kemungkinan besar anda terpaksa melakukan KYC bagi tujuan pengesahan identiti anda. Pemeriksaan KYC adalah sesuatu yang penting dalam sistem kewangan global. Ia membolehkan perdagangan matawang kripto kekal mematuhi peraturan anti- pengubahan wang haram (anti-money laundering, AML).

Dari sudut pandang perundangan dan kawal selia, KYC adalah amat penting dalam mencegah kripto dari digunakan untuk tujuan jenayah seperti pemerdagangan manusia, pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganas. Tetapi bagi kebanyakan pencinta kripto, KYC hanya merosakkan prinsip asal kewujudan kripto kerana terdapat satu entiti berpusat yang mengawasi semua urus niaga dan transaksi kripto.

Walau apa pun perdebatan tentang KYC dan kripto, hanya ada satu perkara yang jelas iaitu polisi KYC dan AML adalah sebahagian daripada sistem kewangan global yang tidak akan hilang dalam masa tedekat. Jadi, aktiviti urus niaga matawang kripto dilihat tidak terkecuali.

Apa Itu KYC dan AML. Mengapa Polisi Ini Wujud? Benarkah kripto juga perlukan KYC?

Masih pening kepala nak pilih platform perdagangan kripto? Berpinar-pinar mata nak pilih aset kripto?

Jangan bimbang. LUNO kan ada…

  LUNO adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. CLICK untuk mendaftar

Prosedur KYC adalah untuk mengenalpasti dan mengesahkan identiti pelanggan. Pelanggan perlu melakukan beberapa langkah bagi menghalang penipuan dalam penciptaan dan penggunaan akaun. KYC bertujuan untuk memahami aktiviti pelanggan, mengesahkan sumber dana pelanggan dan menilai risiko pengubahan wang haram yang berkaitan dengan pelanggan.

Di Amerika Syarikat, polisi KYC telah mula-mula diperkenalkan pada tahun 1990-an untuk memerangi kegiatan pengubahan wang haram. Semasa proses KYC, beberapa maklumat pelanggan yang diperlukan adalah termasuk nama, alamat email, alamat tempat tinggal dan pengesahan gambar. Prosedur ini perlu dilakukan untuk melindungi pengguna daripada kecurian identiti dan memerangi pengubahan wang haram serta penipuan.

Polisi AML atau di Malaysia ia dikenali sebagai Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram merupakan satu polisi yang sudah lama diamalkan di Amerika. Ia bermula sejak wujudnya Akta Rahsia Bank 1970. Polisi AML ini diwujudkan bagi menghalang dan membendung penjenayah daripada menggunakan perkhidmatan bank untuk mencuci wang haram.

 

Anda ingin melabur dalam kripto tetapi masih ragu-ragu?

Tak tahu bagaimana nak mula?

Jom belajar kripto di Portal Pendidikan beranikripto.com

CLICK untuk mendaftar

Pada Ogos 2022, Jabatan Perbendaharaan Amerika telah memasukkan Tornado Cash ke dalam senarai sekatannya. Pihak Tornado Cash juga telah mengaku bahawa terdapat ketirisan yang mengundang kepada kegiatan pengubahan wang haram dan jenayah siber sehingga menyebabkan penangkapan pembangun Tornado Cash itu sendiri iaitu Alexey Pertsev yang dipercayai terlibat secara langsung.

Akta Rahsia Bank menghendaki setiap perniagaan menyimpan rekod dan memfailkan laporan yang boleh digunakan oleh agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mengenal pasti, mengesan dan mendakwa aktiviti pengubahan wang haram oleh organisasi jenayah, pengganas dan orang yang ingin mengelak daripada membayar cukai.

Polisi KYC telah menjadi mandatori di bawah akta USA Patriot Act of 2001. Pada Oktober 2002, Secretary of the Treasury telah mewajibkan KYC perlu dilakukan di semua bank di Amerika.

KYC dan Matawang Kripto

Platform perdagangan kripto adalah amat penting dalam ekosistem kripto. Sama seperti bank dan bursa saham, walaupun kripto masih belum dikawal selia sepenuhnya, platform perdagangan kripto yang berpengkalan di Amerika seperti Coinbase, Binance.US, Gemini dan Kraken telah menggunakan “Pengesahan Identiti” sebagai mematuhi peraturan KYC.

Sebagai sebuah syarikat perkhidmatan kewangan yang dikawal selia, Coinbase dikehendaki mengenal pasti pengguna yang menggunakan platformnya. Para pelanggan perlu mengesahkan identiti mereka untuk terus menggunakan perkhidmatan Coinbase.

Jadi semua pelanggan yang ingin mendaftar sebagai pengguna di platform perdagangan kripto di Amerika, harus memberikan sekurang-kurangnya maklumat asas. Maklumat asas yang biasanya diperlukan adalah nama, alamat email dan tarikh lahir. Namun untuk menggunakan ciri-ciri penuh yang ditawarkan, contohnya pembelian atau penjualan token dalam jumlah tertentu, pengguna sekali lagi perlu memberikan maklumat tambahan seperti gambar kad pengenalan dan imbasan muka.

Walaupun matlamat utama KYC dan AML mungkin adalah untuk melindungi pengguna dan sistem kewangan, polisi ini juga dilihat telah menceroboh privasi pengguna dan seolah-olah menyediakan kolam data untuk penjenayah siber dan pencuri identiti. Isu lain yang berbangkit ialah apabila syarikat kripto terpaksa gulung tikar. Maklumat para pelanggan akan terdedah sebagai rekod mahkamah.

Contoh paling jelas adalah apabila syarikat pinjaman kripto, Celsius memfailkan kebankrapan Chapter 11 pada 11 Julai 2022. Kesemua maklumat pengguna dan akaun telah diberikan kepada pegawai mahkamah muflis. Apabila data ini didedahkan secara terbuka, ia membolehkan sesiapa sahaja melihat aktiviti on-chain yang berlaku dan setiap transaksi yang dilakukan. Website “Celsius Networth” pula membolehkan pelawat memasukkan nama ke dalam bar carian (search bar) dan melihat ranking mereka dalam “learderboard” paling rugi.

KYC dan Web3

Bagi kebanyakan orang, mendedahkan identiti dan lokasi seseorang adalah satu kebimbangan yang serius. Terdapat cadangan agar KYC ditambahbaik dan dibina lebih mesra Web3 dengan proses pengesahan identiti yang terhad.

Civic adalah sebuah entiti yang dilancarkan pada tahun 2015 dan berpengkalan di San Francisco telah menjadikan online identity sebagai bidang tumpuan khususnya untuk kegunaan Web3. Untuk perusahaan (enterprise), Civic menawarkan ciri pengesahan identiti yang unik yang dikenali sebagai Civic Pas. Manakala untuk para pengguna, Civic menyediakan Civic.me yang membolehkan mereka menguruskan identiti dalam talian, NFT, alamat wallet dan reputasi dari satu tempat di blockchain.

Projek-projek lain yang bakal menyediakan perkhidmatan Web3 KYC termasuk Polygon dengan Polygon ID, Astra Protocol dan Parallel Markets. Kesemua mereka mempunyai objektif yang sama iaitu menyediakan proses identifikasi dan pematuhan (compliance) yang lancar.

KYC akan terus menjadi topik yang sensitif terutamanya dalam industri kripto yang menawarkan idea terdesentralisasi yang berprinsipkan privasi dan transaksi tanpa pengesahan berpusat. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan semakin bernafsu memerhatikan setiap aktiviti kripto dan Web3. Nampaknya sistem kewangan sedia ada semakin menakluki crypto space. Mungkin KYC akan kekal selamanya. Tetapi para pembangun diharap sekurang-kurangnya dapat memudahkan prosedur agar tidak menyusahkan pengguna.

Sumber: decrypt.co

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai Pelabur Kripto Berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan kripto

error: Content is protected !!