SOALAN

Adakah token meme halal?

JAWAPAN

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Walaupun adalah mustahil untuk memberikan hukum yang tepat bagi sesuatu token, secara prinsipnya, token meme harus dielakkan kerana  risiko ketidakpatuhan Syariahnya yang tinggi, kekurangan utiliti yang jelas serta kekurangan penggunaan yang yang telus.

Memiliki token yang dilabel sebagai ‘token pembayaran’ atau ‘mata wang alternatif’ tanpa melibatkan penggunaannya yang sebenar tidak mengjustifikasikan bahawa ia mempunyai penggunaan sebenar (real utility). Pada pandangan kami, token sedemikian tidak selaras dengan prinsip Syariah. 

Apakah Token Meme?

Token meme mempunyai definisi yang berbeza-beza, namun terdapat beberapa ciri persamaan dan karakternya yang boleh dikenalpasti tergolong dalam kategori token ini iaitu :

  • Terhasil dari bahan jenaka atau gurauan serta terkenal disebabkan hype di kalangan pedagang, berbanding dengan koin/token tradisional yang mempunyai tujuan penggunaan asal yang jelas dan diakui patuh Syariah.
  • Menggunakan platform media sosial sebagai pemangkin dalam menaikkan nilai sesuatu token tersebut.
  • Majoriti terdiri daripada pedagang baru (novice traders) dari golongan millennials yang melabur dalam token tersebut.
  • Populariti token ini bukan disebabkan sebarang nilai fundamental yang dimilikinya, sebaliknya mengharapkan pada populariti token semata-mata serta tanggapan bahawa memilikinya adalah sesuatu yang lucu atau ‘cool’.
  • Pedagang terpengaruh dengan “hype” yang dihasilkan di platform kerana FOMO (Fear Of Missing Out) atau “Taknak Ketinggalan”
  • Kerap berlaku jualan panik apabila terdapat sebarang berita kurang baik yang hanya akan menambah kepada ketidaktentuan pasaran (volatility) token.
  • Token biasanya terlalu mahal dari nilai sebenar (overpriced)
  • Token mengalami ketidaktentuan harga turun naik (volatility) yang lebih tinggi berbanding token lain.
  • Token lebih cenderung mengalami lonjakan yang sangat tinggi dalam jangka masa yang sangat singkat.
  • Penilaian lazimnya adalah berdasarkan potensi dan bukannya berasaskan kewangan

“Terima kasih byk Cikgu Mayee atas perkongsian ilmu utk kelas semalam. Pada saya kelas semalam pengisiannya sgt menyeluruh. Cikgu cover dari basic blockchain itu sendiri, basic cryptocurrency, pemilihan coin/token, portfolio setup hingga kepada penggunaan exchange dan wallet. Pada saya turutan topik yg cikgu kongsikan sepanjang kelas juga amat tersusun. Cikgu Mayee punya pengalaman luas dlm bidang investment dan trading berdasarkan kpd cara penyampaian ilmu dan latar belakang kerjaya cikgu sblm ini. Saya yakin kita tak salah memilih guru. Sekali lagi saya nak ucap terima kasih kpd Cikgu Mayee. Semoga kita semua dpt sama2 manfaatkan ilmu yg cikgu kongsikan semalam dan berjaya dlm pelaburan crypto 😊”

Salha MSaid

PRINSIP FIQH

        Adalah menjadi prinsip utama Syariah bahawa hanya aset yang mempunyai faedah dan kegunaan yang jelas boleh diperdagangkan. Ulama dari Mazhab Maliki, Imam ibn Arabi (rahimahullah) pernah menyebut bahawa aset yang sepatutnya ditransaksi dan diperdagangkan adalah aset yang  mempunyai matlamat tertentu (genuinely aspire), iaitu aset yang boleh digunakan dengan tujuan yang sebenar dan sah digunakan dari perspektif Syariah

       Imam al-Zarkashi (rahimahullah) dari Mazhab Syafi’i pula menyatakan bahawa aset patuh Syariah adalah  aset yang mempunyai kegunaan dan faedah/manfaat. Ahli fahaman Hanafi terkenal Ibn Nujaym (rahimahullah) yang memetik dari al-Hawi al-Qudsi turut menyatakan prinsip yang sama, iaitu aset telah diciptakan untuk kepentingan manusia. Ahli fahaman Hanbali yang hebat, Imam al-Mardawi (rahimahullah) menyatakan bahawa aset yang sah dalam Islam adalah aset yang mempunyai kes penggunaan (use case) yang patuh Syariah dan kes penggunaan yang sahih (valid use case).

      Huraian ini berasal dari konsep Syariah yang dikenali sebagai Mal. Mal adalah perkara yang membuat manusia ‘cenderung terhadap sesuatu. Secara amnya, manusia yang berfikiran waras dan munasabah akan lebih cenderung terhadap sesuatu yang memberikan kebaikan atau manfaat kepada mereka. Justeru, inilah intipati Mal, sesuatu yang memberikan manfaat. Apa-apa sahaja yang mempunyai kebaikan/manfaat dan mempunyai kegunaan yang jelas dan halal dianggap patuh Syariah. Apa-apa sahaja yang tidak mempunyai kegunaan (utility) atau tidak mempunyai manfaat yang halal, maka ia dianggap tidak patuh Syariah. Dan itulah hakikat Mal, sesuatu yang bermanfaat

      Tujuan penetapan syarat ini mengikut hukum syariah adalah kerana Islam melihat sesuatu transaksi yang berlaku perlulah adil dan saksama bagi kedua-dua pihak. Oleh itu, kedua-dua pihak berpeluang untuk mendapat keuntungan dan manfaat dari urusan tawar-menawar dan transaksi jual beli. Apabila satu pihak membayar wang atau memberikan sesuatu yang mempunyai nilai dengan kes penggunaan yang jelas (clear use case), pihak yang satu lagi hendaklah memberikan sesuatu yang setara dengan nilai yang ditawarkan iaitu mempunyai nilai kegunaan dan kes penggunaan yang jelas.

      Selain itu, syariah tidak mengiktiraf aset yang tidak mempunyai kegunaan yang munasabah sebagai subjek penjualan yang sah (subject matter of the sale). Kewajaran ini jelas atas prinsip untuk mencegah manusia dari menjual item di luar akal fikiran dan tidak berguna kepada mereka yang naif, mudah tertipu dan tidak menyedari apa yang sedang berlaku. Prinsip-prinsip ini melindungi dan menghalang manusia daripada tertipu dan diambil kesempatan. Intipati dalam shariah adalah untuk menetapkan perkara yang bermanfaat dan mencegah perkara yang berbahaya.

     Akhirnya, banyak token tersebut menyatakan bahawa mereka adalah mata wang atau token pembayaran. Dalam banyak keadaan, token tersebut tidak mempunyai tujuan seperti itu. Penggunaan ‘mata wang’ sebagai utiliti adalah sangat popular namun pada umumnya token tersebut tidak berfungsi seperti itu dari perspektif syariah.

Wallahualam. Hanya Allah yang lebih Mengetahui.

Mufti Faraz Adam
Penasihat Amanah
14/6/2021

Sumber : https://amanahadvisors.com/are-meme-tokens-halal/

Apa pendapat anda?

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai seorang Pelabur Crypto Berjaya seperti 16 orang student kami yang sudah menjadi jutawan crypto.

error: Content is protected !!