Select Page

Dunia Crypto berkembang dalam semua dimensi, dari segi jumlah perdagangan, permodalan pasaran, dan juga dari segi produk dan perkhidmatan baru.

Apabila projek baru dilancarkan di pasaran, komuniti crypto mungkin tidak secara terang-terangan menunjukkan sokongan mereka atau menerimanya (kecuali jika disokong oleh syarikat terkenal atau sesuatu diberikan secara percuma!).

Oleh itu, untuk membawa sesuatu projek baru dalam arus perdana dan menjangkau minda masyarakat dengan membawa kesesuaian yang lebih baik, beberapa taktik atau alat pemasaran telah digunakan di dalam dunia crypto.

Tidak seperti taktik skema tradisional memberi potongan harga atau menawarkan sampel percuma, industri crypto menawarkan token percuma dalam setiap projek baru yang berkaitan, yang dikenali sebagai Crypto Airdrop.

Mari kita terokai salah satu pendekatan beberapa aliran airdrops cryptocurrency yang digunakan secara popular untuk membuat projek untuk mendapatkan komitmen komuniti crypto. Disamping itu, artikel ini juga akan menyenaraikan beberapa airdrop terkini pada masa ini di mana anda boleh log masuk untuk menuntut token anda.

Baca juga : Apa itu Altcoins?

 

 

APA ITU AIRDROP CRYPTOCURRENCY ?

Sekiranya anda ingin mengetahui segala-galanya mengenai cryptocurrency airdrops, maka soalan pertama yang jelas akan muncul di fikiran anda- Apa itu cryptocurrency airdrops?

Secara teori, airdrops adalah token awal cryptocurrency yang diberikan secara percuma dari sesuatu projek yang ingin mempromosikan diri mereka kepada komuniti crypo. Tetapi pada masa kini, bolehkah kita mendapatkan duit syiling digital sepenuhnya percuma?

 

Airdrop Cryptocurrency Adalah Percuma? Adakah kita benar-benar boleh dapatkannya secara percuma?

Jawapannya adalah Ya Boleh!, walaupun kita mungkin akan menghabiskan banyak masa untuk mencari projek tersebut. Pada masa awal industri kripto dulu, prosedur yang popular adalah dengan mengirim sejumlah kecil kripto / token ke wallet yang dibuat di Blockchain duit syiling digital ini. Pemilik portfolio yang menyokong format token ERC20 kadang-kadang dapat melihat sejumlah kecil syiling digital yang berbeza muncul di wallet mereka.

Kini, proses ini telah berubah, namun pemasar telah menyedari bahawa banyak orang di dalam komuniti bersedia untuk melakukan tugas-tugas mudah sebagai pertukaran untuk mendapatkan “cryptocurrency percuma”.  Oleh itu, kita dapat mengatakan bahawa airdrops  adalah bentuk pertukaran aset digital dengan masa dan usaha yang dilakukan oleh individual yang melaksanakan tugas-tugas mudah seperti berkongsi, menyukai atau mengulas tentang projek itu di media sosial.

Kelebihan lain ialah airdrops tidak memerlukan kita melabur aset digital atau mata wang fiat, kita tidak mengeluarkan sesen pun duit kita untuk mendapatkan airdrops – satu-satunya risiko yang kita ambil ketika melakukan untuk mendapatkan airdrops ini adalah masa kita sendiri.

Bagi pemula projek mula, mereka tidak perlu mengajikan ramai pekerja untuk melakukan kerja – kerja marketing untuk mempromosikan projek mereka.

Disini kedua – dua pihak adalah pemenang, pemula projek dapat mengembangkan projek mereka dan kita dapat percuma token duit digital iaitu Airdrops yang pada peringkat awal nya memang mempunyai nilai pasaran kerana ia baru bermula.

Baca juga : Ethereum 2.0 – apa yang kita tahu setakat ini

 Dapatkan T-Shirt MyCryptoversity MYR 55 termasuk postage

Bagaimanakah Cara Mengumpul Airdrops Dengan Selamat?

Pertama sekali, kita kena ingat peraturan keselamatan asas ketika memburu cryptocurrency percuma ini. Kita tidak boleh terus menganggap bahawa airdrops yang kita kumpulkan ini akan terus bernilai.

Yang kedua, sekiranya semasa membuat kerja-kerja airdrops ini, kita ada terima mesej bahawa projek tersebut memerlukan kunci peribadi atau data sensitif kita yang lain untuk disahkan, yakin lah bahawa projek airdrop tersebut adalah 100% skim penipuan atau Scam.

Yang ketiga, sekiranya kita diminta untuk menghantar sejumlah aset crypto seperti BTC, ETH, LTC kepada mereka tetapi dalam masa yang sama, kita yang menjalankan tugas untuk bagi pihak mereka, di mana kita sepatutnya mendapat kripto percuma sebagai upah, bukannya menukar aset crypto kita dengan airdrop mereka.

INGAT!
Airdrop adalah percuma, kerana projek ini masih di peringkat pemulaan dan belum mempunyai nilai pasaran.

Adakah Berbaloi Mengumpul Airdrops?

Sebelum menyertai projek, kita perlu fikir adakah wajar kita meluangkan masa, habiskan masa kita untuk melakukan perkara yang belum tentu akan membawa hasil seperti diharapkan kepada kita?

Sekiranya kita baru memulakan pengembaraan kita dengan cryptocurrency, ini mungkin alternatif yang menarik daripada melabur keluarkan modal kita sendiri, betul tak?

Proses pemula airdrops mungkin juga merupakan kepelbagaian yang menarik, terutama sekali semasa pasaran tengah merudum kerana kita boleh dapat mengumpul banyak unit airdrop – ini faktor yang paling penting sekali dalam menentukan jumlah keuntungan yang bakal kita akan dapat jika airdrop ini bernilai suatu hari nanti, tetapi kita jangan lah bersemangat kerana kita akan mendapat untung dengan cara ini – kerana banyak projek yang menganjurkan airdrops akan menjadi dan kita tidak akan pernah melihat duit digital kita.

Walau bagaimanapun, ada kemungkinan aset digital yang diperoleh dari airdrops akan bernilai sesuatu dalam beberapa waktu.

Bagi yang mengikuti perkembangan posting saya di facebook saya atau di facebook page Nazrich Wealth Advisors & Malaysia Cryptoversity  atau channel telegram MyCryptoversity (Malaysia Cryptoversity) sejak 2017 kami pernah kongsikan cara-cara dapatkan Bitcoin percuma melalui projek airdops Pivot (2018), Electroneum (2018-2019), Stellar (2019) dan 2020 kami kongsikan airdrop Pi Network

Alhamdulillah, ketiga – tiga projek Airdrops yang kami pernah kongsi tahun 2018-2019 telah membuahkan hasil, aset telah bernilai dan boleh di tukarkan kepada Bitcoin & Ethereum.

Hanya airdrop Pi Network saja yang masih belum matang, projek masih berjalan dan jika anda ingin sertai projek airdrop ini, hanya klik di >>> Pi Network

Dan yang terakhir, sebelum saya tutup perkongsian ini.. ada berita baik kepada pemegang XRP, anda boleh claim Airdrop Spark Airdrop selepas 12 Dis 2010 ini, dimana anda bagi setiap 1 XRP yang anda ada, anda akan mendapat 1 Spark Airdrop Percuma.

Insyallah next posting saya akan kongsikan berkenaan Spark Airdrop dan cara-cara untuk claim..pastikan anda sentiasa ikuti perkembangan di MyCryptoversity ya!

Baca juga : Seminar Cryptocurrency & Blockchain (BeraniCrypto)

 

“Saya hampir terjebak dalam skim pelaburan scam crypto, tetapi nasib baik saya sempat bertanya cikgu mayee tentang skim tersebut dan saya terus buat keputusan untuk belajar dengan beliau. Dengan modul yang tersusun rapi yang disediakan oleh beliau, bermula dari asas crypto sehinggalah kepada fundamental crypto dan tipscara trade crypto, sekarang saya sudah celik dan mahir tentang crypto, tahu bagaimana nak buat keuntungan dalam crypto dengan kaedah yang cukup mudah.
High recommended kelas cikgu mayee!

Sunita Abdullah - Pahang

 

Photo : airdropalert

<<< Back 

error: Content is protected !!