Hi Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Di sebabkan sana sini dalam sosmed cryptorian duk pong pang pong pang pasal Airdrop, maka saya rasa musim airdrop dah mai dah kot.
Sebelum ni pada 5 Disember 2020 saya ada tulis skit pasai Airdops ni kat blog MyCryptoversity, kalau anda terlepas pandnag boleh klik kat sini : https://mycryptoversity.com/airdrop-cryptocurrency

Sementara menunggu waktu berbuka puasa ni, saya share skit pasal Airdrops

 

Apakah Airdrops & Bounty?

Sebenarnya banyak startup crypto mengedarkan coin percuma kepada komuniti mereka untuk war warkan projek mereka, meningkatkan bekalan yang beredar dan merangsang perdagangan. Proses pengedaran percuma ini dikenali sebagai Airdrops.

Kebanyakan Airdrops yang dikongsikan ialah “bounties” (titisan “kurniaan”), yang akan memberikan ganjaran token kepada yang menyertai program bounties kerana berjaya menyelesaikan tugas media sosial yang mudah (samada menyertai kumpulan telegram mereka, menyiarkan semula di sosmed lain (share) atau Hodl atau membuat NFT atau mencuba bridge mereka dan beberapa tugasan lain lagi.
.
Tawaran ini mencipta senario menang-menang diantara kedua dua belah pihak kerana startup crypto berjaya mendapat pemasaran percuma yang dilakukan oleh anda yang menyertai program bounti dan anda mendapat token berupa Airdrop secara percuma.

Mengapakah Projek Kripto dan ICO Memberikan Coin/Token Secara Percuma?

Sama seperti wang fiat, mata wang kripto hanya memegang nilai sebab orang percaya padanya dan mengiktiraf nilainya. Semakin ramai orang yang memiliki mata wang kripto, semakin besar komunitinya dan kemungkinan ia akan diterima pakai secara meluas dan nilainya meningkat.
.
Airdrops berkesan disebabkan oleh kesan endowmen, fenomena di mana orang akan menganggap nilai sesuatu hanya kerana mereka memilikinya. Sebenarnya semua ini adalah psykologi manusia yang memberikan nilai kepada sesuatu benda.
.
Dengan menjalankan program Bounty, startup DeFi boleh mewujudkan promosi kesedaran besar-besaran tentang projek mereka, penjualan token atau pra-ICO dengan kos yang minimum kepada mereka. Kempen media sosial membolehkan projek itu dikelnali kepada mereka yang tidak pernah mengetahui akan kewujudannya. Program Bounty juga boleh mencipta rangkaian pengguna yang luas dan bermotivasi untuk mendorong kejayaan projek dengan bersama sama melakukan task yang dianjur untuk penyenaraian pertukaran imbuhan yang berupa token yang dikenali sebagai Airdrops (Token yang masih didagangkan).
.
Dengan memberi ganjaran kepada pemilik token dengan Airdrop percuma, projek ini juga boleh menggalakkan pengguna untuk memegang (HODL) coin mereka untuk jangka panjang. Ini boleh mengurangkan tekanan jualan coin dengan berkesan dan strategi ini popular di kalangan beberapa projek kripto yang paling berjaya, seperti Stellar, Electoneum, Pivot, NXT, WAVES, Bitcore dan banyak lagi.

Bagaimanakah Kita Boleh Menuntut Airdrops?

Proses tuntutan berbeza bagi setiap projek startup. Sesetengah startup akan masukkan terus token secara automatik ke dalam wallet pengguna yang memiliki coin tertentu, biasanya dalam projek ini kita dikehendaki Hold sesuatu Coin untuk beberapa tempoh yang diberikan oleh syarikat startup. Projek lain adalah berdasarkan “Snapshot” dan hanya boleh dituntut oleh pengguna yang memegang token yang diperlukan semasa proses Snapshot.

 

 

Ada beberapa jenis Airdrops, diantaranya ialah Airdrops Hodler, Airdrops dan Bounties Media Sosial, Airdrop Hardfork dan Airdrops retroaktif

 

Airdrop Hodler

Contoh airdrop holder ialah Byteball, yang pada mulanya diedarkan kepada pemegang Bitcoin. Startup akan transfer Byte secara bulanan ke wallet setiap holder Bitcoin pada ketika itu mengikut kadar dengan jumlah BTC/GBYTE yang mereka pegang semasa transfer. Jenis bounty ini memang seronok sebab dengan hold 1 coin kita akan dapat coin yang berlainan, kira macam dividen la tapi dibayar dalam bentuk coin yang berlainan.

Antara Airdrops holder yang popular ialah :
• Byteball
• Lumen Stellar
• ARDR
• MEB

Peserta yang mempunyai “Diamond Hand” mampu menjana kekayaan yang ketara dengan hanya memegang coin yang melalui keadaan pergerakan pasaran yang tidak menentu. Kalau tanya saya, saya mengesyorkan anda hold airdrop anda selama mungkin sekurang kurangnya sampai selepas BTC halving.

 

Airdrops dan Bounties Media Sosial

Untuk mengambil bahagian dalam airdrop hadiah, anda perlu akan akaun sosmed yang aktif seperti di Facebook, Twitter dan Telegram. Kebanyakan pemberian hadiah memerlukan anda menyertai kumpulan Telegram dan berkongsi siaran di Facebook dan Twitter. Selepas melengkapkan langkah untuk menempah ganjaran, anda selalunya perlu mengisi borang dengan nama pengguna dan alamat wallet anda bagi tujuan edaran airdrops nanti.

 

Airdrop Hardfork

Hard fork ialah apabila mata wang kripto berpecah kepada dua mata wang berasingan. Hard forks pertama ialah Bitcoin Cash yang dipisahkan daripada Bitcoin di blok #478,558 pada 1 Ogos 2017. Fork Bitcoin dan forking rantai lain menjadi popular sejak itu. Hard fork ini saya lihat sebagai ia dividen yang berupa airdrop, tetapi sekrang saya tidak dapat mengesahkan keselamatan atau kesahihan projek hard fork ni, jadi sentiasa lahberhati-hati dan pastikan untuk menuntut airdrop hard fork ni anda pakai wallet yang kosong tak berkongsi dengan coin lain.

 

Airdrops Retroaktif

Ni adalah Airdrop model baru, maksud saya dari segi gerak kerja yang kita kena buatuntuk dapatkan Airdrop ini sebab ia lahir dari Defi dan kalau tak silap saya mula diperkenalkan pada 2020. Uniswap adalah DEX yang pertama memperkenalkan konsep unik ini dengan mengedarkan secara retroaktif token tadbir urus (governance token) baharu mereka UNI kepada pengguna awal Uniswap yang berinteraksi dengan protokol melalui perdagangan atau peruntukan kecairan. Setiap wallet yang berinteraksi dengan protokol sebelum snapshot boleh menuntut sekurang-kurangnya 400 UNI. Sesetengah pengguna menjana berjuta-juta dollar percuma daripada airdrop Uniswap ini.

Selepas kejayaan Uniswap ini, tidak lama kemudian beberapa protokol DeFi lain mula mengikuti.

Airdrops DeFi Retroaktif yang terawal ialah :
• dYdX
• Uniswap
• Instadapp
• Furucombo

Airdrops NFT

NFT (non-fungible token) ialah token unik dan tidak boleh ditukar, kita token NFT ni dalam lejar digital yang boleh digunakan untuk mewakili aset sebenar atau maya seperti karya seni, foto atau jenis fail digital yang lain. Karya seni token pernah menjadi sangat popular pada tahun 2021 apabila beberapa pengumpul NFT berjaya memperoleh keutungan yang banyak hasil dari jualan karya NFT mereka, maka seperti biasa la ramai newbie yang mula gelap mata dan mencuba nasib tetapi malangnya hampir 100% harga koleksi NFT ini telah tersungkur di pintu syorga.
Tapi sejak dua menjak ni peningkatan projek dan semakin ramai artis yang mula minted NFT mereka secara percuma melalui projek airdrop ni ia secara tak langsung telah meningkatkan kesedaran kepada newbie.
.

Itu lah serba sedikit perkongsian berkenaan dengan Airdrop, semoga perkongsian ini memberi manfaat. Pastikan anda membuat analisa dahalu sebelum membuat sebarang pembelian kripto.

Duk Kampung Takpe Janji Ada Kripto

Regards,
MayeeNazrich

error: Content is protected !!