Ripple (XRP) vs SEC | XRP Bukan Sekuriti
Akhirnya Ripple (XRP) mendapat kemenangan yang besar dalam kes saman oleh SEC
.
Ini boleh dikatakan kes yang besar dalam sejarah dunia Kritpo kerana ia melibatkan hal perundangan dan pengawalselian oleh pihak berkuasa, yang mana ia akan menjadi suatu guardline atau SOP yang akan di gunapakai dalam perundangan berkaitan hal kripto nanti, tetapi masih ada lagi syarat syarat lain yang dikeluarkan oleh mahkamah yang perlu dipatuhi, tapi sekurang kurangnya dunia kripto dah maju setapak lagi hasil dari kemenangan ini.
Apa yang penting ialah klasfikasi kepada aset Sekuriti telah dikenal pasti dan ini salah satu unsur penting bagi startup kampeni untuk memulakan projek mereka.
Kenapa Kemenangan kes XRP vs SEC Ni Sangat Besar Pengaruhnya Kepada Pasaran Kripto?
Top 10 altcoins seperti MATIC, ADA & SOL yang terkena tempias saman kategori Security(Binance Coinbase) oleh SEC awal bulan June tu pun semua tumpang pumping kali ni. BTC Dominance pula jatuh sebab modal dan naratif pelabur dah mengalir kepada altcoins.
Mahkamah memutuskan bahawa jualan XRP di institusi sememangnya Sekuriti (mungkin kerana institusi tertakluk kepada perundang kawalselia) tetapi walau bagaimanapun, jualan kepada pengguna di bursa adalah di oleh kan dan tidak di klasfikasikan sebagai Sekuriti (ini mungkin kerana kebanyakan bursa kripto tidak di kawalselia oleh badan perundang)
Manakala hadiah (gift/airdrop) , pelaburan, geran dan pemindahan menggunakan XRP juga dianggap bukan sekuriti.
Mari kita zoom sedikit hasil keputusan mahkamah ini. Ada 3 kategori XRP yang mahkamah berikan iaitu:
1.Institutional Sales(Security)
2.Programmatic Sales(Not Security)
3.Other Distribution(Not Security)
Mahkamah telah memutuskan bahawa XRP yang dibawah kategori 1-Institutional Sales tu tergolong sebagai Security, manakala XRP yang dalam kategori 2-Programatic Sales dan 3-Other Distribution tak cukup syarat Howey Test untuk dikategorikan sebagai Security.
Untuk keputusan mahkamah XRP kategori 1-Institutional Sales,
Kita boleh simpulkan bahawa yang mana-mana projek crypto lepas ni dah tak boleh nak buat allocation untuk VC/Funder/Early Investor dan yang seangkata dengannya. Dalam erti kata lain, lepas ni dah takde Whales yang boleh beli awal coin sesuatu projek.
Bab ni ada kebaikan dan keburukannya juga, kebaikannya bagi saya, oleh kerana sekarang ni banyak kejadian yang mana early investor/VC/Funder ni dah acap kali dumping on retail investor/ikan bilis boleh dikatakan pada setiap kali projek officially launch kat CEX/DEX.
Manakala keburukannya pula, tanpa mereka ni dana/fund dan support awal dari VC/Early Investor/Funder, agak susah la sikit atau lambat skit projek projek crypto ni nak bergerak kerana masalah modal kerena VC/Early Investor/Funder ni la yang selalu pump “modal” untuk menjadikan idea devs team mereka menjadi realiti.
Jadi…kalau takde modal, bagaimana start up kampeni nak tanggung semua kos gaji devs, programmer,liabiliti projek, R&D projek dan marketing semua tu?
Anda Ingin Belajar Setup Portfolio Kripto Secara Santai Tapi Untung Besar?
MyCryptoversity telah melahirkan 17 orang jutawan kriptoĀ dan ratusan pelajar yang telah mencapai status Bebas Kewangan sejak 2016.
Tarikh terdekat pada 29 & 30 Julai 2023, di UTMKL
Untuk keputusan mahkamah XRP kategori 2-Programatic Sales,
Lepas ni segala projek kripto oleh startup kampeni yang baru nak lancar, nak jual apa jua jenis coin atau token samada tak kiralah ICO ke IEO ke IDO ke STO ke Presales ke Whitelist ke, semua kena melalui exchanger, dah takde dah allocation kat whales bagai. Camni kiranya cam adil la kan, kita semua boleh beli je terus kat exchanger, tak perlu pening nak join itu ini bagai dah.
Untuk keputusan mahkamah XRP kategori 3-Other Distribution,
Yang ni agak tricky skit yang mana ia mungkin boleh bagi ruang manipulasi antara Kategori 1 dan 2.
Kalau kita lihat dalam kategori 1, mengatakan bahawa kalau aset dijual kepada Institusi, maka aset itu akan menjadi Sekuriti. Tapi kalau kita tengok Kategori 3, start up kampeni boleh guna perkataan “beri/hadiah” coin/token kepada VC/Early Investor/Funder, cuma jangan guna perkataan “jual” jer, kalau pakai perkataan “jual” aset akan jadi Sekuriti, tapi kalau pakai perkataan “hadiah” kira macam terlepas la..Ini seolah olah macam membenarkan start up kripto boleh “hadiahkan” coin/token kepada mana-mana VC/Early Investor/Funder – kita panggil 3rd party lah senang skit, janji jangan 3rd party ni bagi fund, capital direct kat dalam projek kripto tu.
Macam ada lobang yang menghalalkan cara kat situ kan?
Dalam erti kata lain, Whales/VC/Early Investor/Funder dan seangkatan dengannya tu semua masih ada cara untuk dapatkan allocation dalam mana-mana projek kripto, betul tak?
Ini kan undang undang manusia
Tapi apa apa pun, keputusan ini adalah kemenangan besar kepada coiner semuaš !
Tahniah saya ucapakan kepada pelajar dan pelanggan kami yang telah membeli dan hold XRP bersama kami sejak 2017 lagi #DukKampungTakpeJanjiAdaKripto
Kemenangan ini juga merupakan tamparan yang hebat buat Gary Gensler, Chairman SEC yang dilihat serangan keatas kripto lebih kepada unsur peribadi beliau sendiri.
Apa pendapat korang ?
Boleh tak XRP cecah ATH dalam next bullrun dan membuat ATH yang baru?
.