9 minit bacaan

Trend pengumpulan Bitcoin semakin berkurangan dalam jangka pendek, walaupun terdapat trend permintaan jangka panjang yang sangat kukuh. Potensi untuk pergerakan peristiwa penyerahan (capitulation) telah tersedia, tetapi masih belum jelas seperti yang berlaku dalam kitaran pasaran sebelumnya.

Harga Bitcoin terus melakukan konsolidasi (consolidate) pada minggu ini, dengan menempatkan Bitcoin di julat harga yang rapat antara paras rendah $37,274 dan paras tinggi $42,455. Seperti yang dibincangkan dalam analisa on-chain Bitcoin minggu lepas, pasaran pada masa ini wujud dalam keseimbangan yang kecil, di tengah-tengah ketidaktentuan makro dan geopolitik yang tinggi yang bermain di platform global.

Pasaran sekarang sudah pun dua tahun daripada peristiwa penyerahan (capitulation) utama pada Mac 2020 yang menyaksikan harga Bitcoin menjunam lebih 52% iaitu turun daripada $8k kepada $3.8k dalam dua hari didagangkan dan menandakan berakhirnya kitaran bear 2019-20. Peristiwa penyerahan (capitulation) seperti ini selalunya menandakan penyingkiran yang lengkap dan menyeluruh untuk semua penjual yang masih ada dan mengubah arus memihak kepada pasaran bull.

Dalam analisa on-chain Bitcoin kali ini, kami akan menilai baki semasa antara pembeli dan penjual dalam percubaan untuk mengukur betapa hampirnya pasaran dengan penghujung kitaran bear (bear cycle) semasa.

Rumusan eksekutif

  • Ketidakpastian dan risiko makro adalah masalah (headwind) semasa yang jelas sebagai punca trend pengumpulan jangka pendek yang lemah.
  • Perbelanjaan oleh coin yang lebih lama sepanjang minggu lepas juga menurun sedikit berbanding minggu-minggu sebelum ini, walaupun ianya masih tidak berada pada tahap yang menandakan ketakutan atau kehilangan keyakinan yang meluas.
  • 82% daripada bekalan yang dimiliki oleh Pemegang Jangka Pendek (2.51M BTC) kini dipegang pada kerugian yang tidak direalisasikan, manakala jumlah bekalan yang dimiliki oleh Pemegang Jangka Panjang adalah menghampiri paras tertinggi sepanjang masa (ATH, all time high).
  • Walaupun terdapat permintaan jangka pendek yang lebih lemah, HODL kekal sebagai strategi pilihan dengan perkadaran coin yang lebih muda kini berada pada paras terendah sepanjang masa (ATL, all time low). Berdasarkan sejarah sebelumnya, ini boleh dikaitkan dengan pasaran bear peringkat lewat.
  • Kami memperkenalkan konsep baharu yang dipanggil kadar inflasi pasaran yang menunjukkan bahawa pada asas tahunan, Pemegang Jangka Panjang menambah baki mereka pada volume 7.6x lebih besar daripada hasil perlombongan. Ini adalah jangka panjang yang membina.

Ketidakpastian Memperlahankan Pengumpulan Jangka Pendek

Untuk permulaan, kita mulakan dengan metrik yang baru dikeluarkan pada minggu ini iaitu Bitcoin Accumulation Trend Score. Metrik ini direka bentuk untuk memantau dan memberikan gambaran besar agregat pengumpulan (aggregate accumulation) atau pengedaran wallet pelabur. Metrik ini mengenalpasti apabila entiti besar (contohnya whale) dan/atau sebahagian besar pasaran (contohnya shrimp dalam jumlah yang besar) menambah pegangan coin mereka. Metrik ini juga menapis keluar pelombong dan pertukaran

Metrik didagangkan antara nilai 0 dan 1 dengan tafsiran berikut:

  • Nilai yang lebih hampir kepada 0 (kuning/oren) menunjukkan pasaran sedang mengedar, atau terdapat sedikit pengumpulan bermakna berlaku (bearish).
  • Nilai lebih hampir kepada 1 (ungu) menunjukkan bahawa pasaran berada dalam pengumpulan bersih dengan baki wallet pelabur meningkat secara bermakna (bullish).

Kita dapat melihat bahawa tempoh dari Oktober 2021 hingga Jan 2022 adalah salah satu pengumpulan yang sangat kuat (> 0.9, ungu tua), mungkin oleh HODLers yang tidak sensitif terhadap harga. Walau bagaimanapun, untuk kebanyakan tahun 2022, metrik ini telah berubah-ubah antara nilai 0.2 dan 0.5. Ini menyerlahkan kesan ketidaktentuan makro global terhadap sentimen pelabur, dengan pengumpulan yang lebih lemah akibatnya.

Carta Langsung

Glassnode juga telah mengeluarkan panduan video untuk Accumulation Trend Score di bawah.

Minggu ini kami juga telah melihat peningkatan ketara dalam coin lama yang dibelanjakan. Coin lama dimiliki oleh pelabur yang mempunyai lebih banyak pengalaman dengan ciri turun naik pasaran Bitcoin dan sering dianggap sinonim dengan ‘smarter money‘.

Oleh itu, apabila kita melihat coin lama dibelanjakan pada paras yang lebih tinggi, ia boleh menunjukkan kecenderungan yang lebih menurun dalam sentimen dalam kelas para HODL. Coin yang lebih lama daripada 6 bulan mewakili 5% daripada semua volume perbelanjaan minggu ini, di mana merupakan peningkatan ketara daripada beberapa bulan sebelumnya.

Carta Langsung

Kita juga boleh lihat ini dalam metrik Binary Coin-days Destroyed dengan purata pergerakan 7 hari. Metrik ini akan didagangkan dengan lebih tinggi apabila coin lama dibelanjakan dengan cara yang berterusan. Nilai rendah (zon hijau) adalah kebiasaan untuk fasa pengumpulan apabila pasaran menurun manakala nilai tinggi (zon merah) adalah kebiasaan untuk trend menaik oleh kerana pelabur jangka panjang menjual kepada kekuatan pasaran (market strength).

Sejak September tahun lepas, Binary CDD telah didagangkan secara konsisten lebih tinggi daripada fasa pengumpulan biasa. Ini seterusnya menunjukkan bahawa masih terdapat beberapa tahap ketidakpastian pelabur jangka panjang (long-term investor de-risking) yang sedang berlaku.

Carta Langsung

Unit yang digunakan untuk menjejaki agregat umur coin yang dibelanjakan dipanggil coin-day. Ia mewakili jumlah masa coin kekal tidak aktif dalam wallet pelabur. Dari segi pandangan yang lebih makro, jumlah agregat coin-day destruction (CDD) sepanjang 90 hari yang lalu kekal rendah dari segi sejarah sebelumnya.

Semasa pasaran bear, metrik CDD-90 didagangkan pada paras rendah kerana pelabur perlahan-lahan mengumpul coin dan terdapat keutamaan agregat untuk HODL. Walau bagaimanapun, ia akan meningkat lebih tinggi berikutan peristiwa penyerahan (capitulation), oleh kerana ketakutan dan panik mewujudkan gelombang akhir tekanan bahagian jualan (sell-side) di mana meletihkan semua penurunan yang masih ada.

Metrik ini menunjukkan bahawa pengumpulan dan HODL ialah corak tingkah laku pilihan pada masa ini. Bagaimanapun kami masih belum melihat peristiwa penyerahan terakhir dalam kitaran bear ini, di mana telah pun berlaku dalam semua kitaran sebelumnya. Ia masih harus dilihat jika kitaran kali ini berbeza.

Bekalan Jangka Pendek Mengecut

Carta di bawah menunjukkan perkadaran relatif bekalan coin yang dimiliki oleh Pemegang Jangka Pendek (STH, Short Term Holder) yang terkumpul dalam tempoh 155 hari yang lalu. Kumpulan ini secara statistik adalah yang paling berkemungkinan untuk menjual coin mereka dalam menghadapi turun naik pasaran, terutamanya semasa pengeluaran penyerahan terakhir.

Menyokong pemerhatian kami di atas, kami terus melihat jumlah bekalan coin yang dimiliki oleh kumpulan Pemegang Jangka Pendek merosot. Ini hanya boleh berlaku apabila sebahagian besar bekalan coin tidak aktif dan melepasi ambang umur 155 hari lalu menjadi bekalan Pemegang Jangka Panjang. Bekalan STH yang mencecah paras rendah dari segi sejarah sebelumnya dikaitkan dengan peringkat akhir pasaran bear, oleh kerana pembeli yang sabar menghantar coin ke cold storage untuk dipegang dalam tempoh masa yang lama.

Bekalan STH kini menghampiri paras terendah sepanjang masa di mana gambaran ini digunakan untuk pembinaan harga. Walau bagaimanapun, 82% daripada coin ini (2.51M BTC) pada masa ini dipegang dengan kerugian dan seterusnya yang paling berkemungkinan merupakan sumber tekanan bahagian jualan (sell-side).

Carta Langsung

HODL waves juga menunjukkan bahawa coin yang lebih muda daripada 6 bulan berada pada paras terendah sepanjang masa. 24.53% daripada bekalan beredar (ciculating supply) adalah dalam kumpulan usia muda ini, bermakna 75.47% daripada bekalan telah kekal tidak aktif selama lebih daripada 6 bulan.

Ini sekali lagi merupakan pemerhatian yang agak membina untuk harga dan menunjukkan bahawa HODL mendominasi tingkah laku pelabur, walaupun dengan risiko makro yang berlaku sebagai halangan (headwind).

Carta Langsung

Walaupun perkadaran bekalan coin muda semakin berkurangan, ia memegang sebahagian besar nilai yang direalisasikan yang semakin meningkat berbanding kitaran sebelumnya. Dalam erti kata lain, jumlah kapital dalam denominasi USD yang semakin besar yang dilaburkan dalam Bitcoin kini dipegang dalam coin yang terkumpul dalam tempoh 6 bulan yang lalu.

Pasaran bear peringkat hujung juga dicirikan serupa dengan perkadaran modal yang lebih rendah yang dipegang oleh coin yang lebih muda ini, apabila coin matang dalam wallet pelabur jangka panjang. Kumpulan umur 3bulan-6bulan khususnya (kumpulan kuning teratas dalam carta di bawah) pada masa ini berkembang dengan ketara, menunjukkan bahawa sejumlah besar bekalan yang dibeli antara September dan Disember tahun lepas masih dipegang erat.

Tanda-tanda Permintaan Jangka Panjang Berkekalan

Setelah mewujudkan konteks makro bagi bekalan bahagian jualan (sell-side supply), kami kini melihat ke arah isyarat permintaan julat yang lebih panjang (3bulan+).

Coinbase khususnya telah menyaksikan aliran keluar bersih yang sangat besar minggu ini, berjumlah 31,130 BTC ($1.18B). Ini adalah aliran keluar bersih terbesar sejak 28-Julai-2017. Corak aliran keluar bersih (bar merah) selepas Mac 2020 juga agak jelas dalam carta di bawah. Ini kekal sebagai isyarat yang kukuh bahawa pelabur semakin melihat Bitcoin sebagai aset yang relevan dalam portfolio moden.

Carta Langsung

Aliran keluar ini telah menurunkan jumlah baki yang dimiliki oleh Coinbase kepada 649.5k BTC, membawanya kembali ke paras yang terakhir dilihat pada pasaran bull tertinggi pada tahun 2017. Jumlah baki Bitcoin yang dimiliki oleh Coinbase kini telah menurun sebanyak 375.5k BTC (36.6%) daripada ATH (all time high) yang dicapai pada April 2020.

Aliran keluar besar seperti ini sebenarnya adalah sebahagian daripada trend yang konsisten dalam baki Coinbase, di mana telah menurun secara berperingkat-peringkat sejak dua tahun lepas. Sebagai pertukaran terbesar berdasarkan kepada baki BTC dan juga pertukaran pilihan untuk institusi yang berpangkalan di AS, ini seterusnya menyokong penggunaan Bitcoin sebagai aset makro oleh institusi yang lebih besar.

Carta Langsung

Jika kita lihat pada Illiquid Supply Shock Ratio (ISSR), kita dapat lihat peningkatan yang ketara pada minggu ini di mana ada menunjukkan bahawa coin yang dikeluarkan telah dipindahkan ke dalam wallet dengan sedikit sejarah perbelanjaan (little-to-no history of spending).

Metrik ini akan menjadi trend yang lebih tinggi apabila lebih banyak coin berpindah ke wallet sedemikian dan kita dapat lihat bahawa metrik ISSR pada masa ini mempunyai struktur pasaran yang serupa dengan pasaran bear 2018-2020, walaupun menggunakan skala masa yang lebih singkat. Metrik ISSR kini berada pada 3.2, yang bermaksud bahawa jumlah bekalan yang dipegang dalam wallet Illiquid adalah 3.2x lebih besar daripada gabungan bekalan Liquid dan Highly Liquid.

Metrik ini menunjukkan bahawa permintaan berterusan wujud, walaupun terdapat pergelutan harga.

Carta Langsung

Sebagai penutup untuk analisa on-chain Bitcoin kali ini, kami akan memperkenalkan konsep yang telah dibangunkan baru-baru ini oleh Glassnode dengan kerjasama David Puell (Ark Invest) yang dipanggil sebagai ‘market inflation rate‘. Metrik ini ialah ukuran kadar pengumpulan atau pengagihan tahunan oleh LTH (long term holder).

Mula-mula metrik ini mempertimbangkan pengeluaran Bitcoin kepada pelombong berbanding dengan bekalan edaran sebagai nominal inflation rate (kesan kuning), yang diandaikan sebagai tekanan bahagian jualan (sell-side pressire) yang berterusan.

Seterusnya metrik tersebut membuat perubahan harian mengikut tahun dalam bekalan Pemegang Jangka Panjang berbanding dengan bekalan edaran sebagai ukuran permintaan pasaran. Metrik tersebut mendarabkan nilai dengan negatif 1 supaya pengumpulan LTH akan mengembalikan kadar negatif (menaik), manakala pelupusan LTH akan mengembalikan kadar positif (menurun).

Akhir sekali, metrik tersebut menambah kadar pengumpulan LTH kepada kadar inflasi nominal untuk mengira market inflation rate (kesan hijau). Apa yang boleh kita lihat ialah:

  • Semasa pasaran bear peringkat akhir, kadar inflasi pasaran adalah sangat negatif (bekalan yang tersedia adalah deflasi), mencecah -14% hingga -15%. Ini bermakna LTH mengumpul ~15% daripada bekalan beredar (circulating supply) setahun melebihi terbitan pelombong (miner issuance).
  • Pada puncak pasaran bull, inflasi pasaran memuncak di atas inflasi nominal dan ini menunjukkan bahawa LTH meningkat dengan ketara kepada tekanan bahagian jualan (sell-side) melalui pelupusan (bekalan yang tersedia adalah sangat inflasi). Ini akhirnya membawa kepada lebihan bekalan dan memulakan pasaran bear.

Pada masa ini, kadar inflasi pasaran LTH berada pada -10.9%, bermakna LTH kini menambah bakinya pada 7.6x kadar terbitan. Ini menghampiri paras terendah dalam sejarah sebelumnya yang telah menandakan paras terendah pasaran bear dalam kitaran yang lalu dan merupakan satu lagi kesan pembinaan jangka panjang.

Rumusan dan Kesimpulan

Ketidakpastian yang dikaitkan dengan banyak risiko makro dan geopolitik telah melemahkan trend pengumpulan on-chain jangka pendek sejak Januari. Kita juga boleh lihat peningkatan sedikit perbelanjaan oleh coin lama minggu ini, walaupun ia masih tidak menunjukkan sebarang kerugian meluas keyakinan pelabur pada skala makro.

Dengan lebih 2.51M BTC dipegang oleh Pemegang Jangka Pendek pada kerugian yang tidak direalisasikan, masih terdapat risiko bahawa penjual masih belum habis (exhausted) sepenuhnya. ‘Potential energy’ untuk peristiwa penyerahan masih ada dan peristiwa sedemikian akan konsisten dengan semua kitaran bear sebelumnya.

Walau bagaimanapun, HODL terus mendominasi tingkah laku pelabur dan trend pengumpulan jangka panjang masih sangat membina.

Sumber bacaan daripada glassnode, investopedia, coinmarketcap dan mycryptoversity

Penafian: Laporan ini tidak memberikan sebarang nasihat pelaburan. Semua data disediakan untuk tujuan maklumat pembelajaran sahaja. Tidak ada keputusan pelaburan sepatutnya dilakukan berdasarkan maklumat yang diberikan di sini dan anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk keputusan pelaburan anda sendiri.

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai seorang Coiner berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan crypto.

error: Content is protected !!