12 minit bacaan

Minggu 27, 2022

Buat masa sekarang, Bitcoin berada dalam salah satu prestasi harga bulanan terburuk berdasarkan sejarah sebelumnya apabila harga didagangkan turun -37.9% pada bulan Jun. Bitcoin telah menunjukkan pengusiran hampir sepenuhnya ‘pelancong’ pasaran dan ini meninggalkan keyakinan para HODL sebagai ‘mereka yang masih hidup dalam peperangan ini’.

Memandangkan separuh pertama tahun 2022 hampir berakhir, Bitcoin telah menunjukkan salah satu prestasi harga bulanan terburuk dalam sejarah. Harga didagangkan turun -37.9% sepanjang 30 hari yang lalu dan ini menimbulkan persaingan dengan pasaran bear 2011 untuk ‘juara’ bulan terburuk dalam rekod. Berdasarkan pengukuran skala, harga BTC adalah di bawah $10 pada tahun 2011.

Harga Bitcoin membuat konsolidasi pada minggu ini, menelan kerugian pada bulan itu dan mengekalkan julat dagangan yang stabil sekitar harga $20k iaitu harga tertinggi sepanjang masa (ATH, All Time High) pada tahun 2017. Pasaran dibuka pada paras tinggi $21,471 lalu didagangkan turun kepada paras rendah $18,741 pada pertengahan minggu sebelum membuat kenaikan untuk ditutup pada $19,139.

Dengan anggaran inflasi AS untuk bulan Jun kekal tinggi dan khabar berita berkenaan potensi kemelesetan membentuk, pasaran kekal berisiko tinggi. Ini terbukti dalam prestasi dan aktiviti on-chain Bitcoin yang telah berkurangan secara sederhana dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Dengan aktiviti rangkaian kini pada peringkat yang bertepatan dengan fasa bear paling teruk pada 2018 dan 2019, nampaknya penyingkiran ‘pelancongan’ pasaran yang hampir lengkap telah berlaku.

Aktiviti yang masih kekal bagaimanapun nampaknya selaras dengan trend yang menunjukkan konsisten terhadap pengumpulan keyakinan yang tinggi dan penjagaan diri (self-custody). Baki pertukaran semakin berkurangan pada tahap yang tinggi berdasarkan sejarah sebelumnya dan baki para Shrimp dan Whale meningkat dengan ketara.

Dengan tekanan pasaran yang kompleks dan boleh dikatakan berbeza, dalam edisi ini kami akan cuba mengenal pasti trend utama yang muncul dalam prestasi on-chain dan pengedaran bekalan untuk Bitcoin.

Berakhirnya ‘Pelancongan’ Bitcoin

Salah satu konsep paling asas dalam menganalisis Bitcoin ialah penilaian aktiviti on-chain. Idea utamanya adalah untuk mengenal pasti kekuatan relatif atau kelemahan dalam pangkalan pengguna dan terutamanya untuk mengenal pasti perubahan terhadap jenis rangkaian makro (macro network).

  • Aktiviti yang Tinggi selalunya sinonim dengan kemasukan permintaan baharu, peningkatan spekulasi dan biasanya dikaitkan dengan pasaran bull (ditunjukkan dalam warna hijau di bawah).
  • Aktiviti yang Rendah selalunya sinonim dengan permintaan yang sangat berkurangan dan minat yang menurun daripada pelancong pasaran dan juga adalah kebiasaan gambaran pasaran bear (ditunjukkan dalam warna merah di bawah).

Seperti yang akan kita fahami sebentar lagi, hampir keseluruhan jenis metrik aktiviti on-chain menunjukkan bahawa jumlah dan aktiviti pengguna rangkaian menghampiri kawasan pasaran bear yang paling dalam apabila dibandingkan dengan sejarah sebelumnya. Rangkaian Bitcoin menghampiri keadaan di mana hampir semua entiti spekulatif dan ‘pelancong’ pasaran telah disingkirkan sepenuhnya daripada aset tersebut.

Address activity contohnya telah menurun sebanyak 13% daripada lebih 1M/hari pada bulan November kepada hanya 870k/hari hari ini. Ini menunjukkan sedikit pertumbuhan dalam pengguna baharu dan juga pergelutan untuk mengekalkan pengguna yang sedia ada.

Carta Langsung

Versi yang lebih maju bagi metrik ini ialah Number of Active Entities yang terhasil daripada algoritma pengelompokan oleh pasukan glassnode. Kaedah ini mengumpul pelbagai jumlah address dan tetapkan mereka kepada entiti on-chain lalu memberikan gambaran yang lebih tepat dan jelas tentang pangkalan pengguna aktif yang lebih berkemungkinan akan terjadi.

Active entities mengalami peningkatan yang ketara selepas ATH 2021 apabila pengguna baru membuat spekulasi mengenai kenaikan harga lagi. Walau bagaimanapun, jangkaan ini telah hilang sejak itu dan kini telah mewujudkan downtrend semasa. Terdapat kira-kira 244k Active Entities setiap hari yang mana merosot di sekitar bahagian bawah Low Activity Channel yang kebiasaannya terjadi bagi pasaran bear (seperti yang ditunjukkan dalam warna merah).

Gambaran pengekalan para HODL lebih jelas dalam metrik ini kerana Active Entities secara umumnya cenderung untuk membuat trend sideway dan ini menunjukkan kestabilan dalam beban asas pengguna (base-load of users).

Carta Langsung

Penyerahan (capitulation) pengguna boleh diperhatikan dengan jelas melalui kejatuhan Entities Net Growth yang menunjukkan perbezaan antara entiti baharu dan keluar secara on-chain. Dengan membuat pengecualian dua lonjakan utama sewaktu kejatuhan LUNA dan penjualan (sell-off) pada akhir bulan Jun, kadar pertumbuhan keseluruhan adalah kurang memberangsangkan.

Terkini, kadar pertumbuhan asas pengguna telah menjunam kepada sekitar 7k entiti baharu bersih (net new entities) setiap hari di mana serupa dengan paras terendah yang dilihat semasa paras pasaran bear yang paling teruk pada 2018 dan 2019.

Beban Asas Para HODL

Jumlah transaksi yang diselesaikan memberikan gambaran lanjut tentang permintaan untuk blockspace dan penggunaan rangkaian pada mana-mana hari tertentu. Menilai kiraan transaksi adalah sedikit lebih berbeza daripada Active Addresses/Entities atas dua sebab:

  • Had pada blockspace yang ada mewujudkan had pada kapasiti transaksi dengan bayaran sebagai injap pelepas (di mana sangat rendah, menunjukkan hampir tiada kesesakan yang boleh diperhatikan).
  • Peningkatan kecekapan teknologi transaksi seperti batching dan SegWit di mana kedua-duanya menyaksikan peningkatan besar-besaran dalam penggunaan sehingga 2020.

Penurunan yang sangat mendadak dalam kiraan transaksi (transaction count) boleh dilihat untuk menandakan pengakhiran pasaran bull pada Januari 2018 dan sekali lagi pada Mei 2021. Selepas melalui penyembuhan beberapa bulan, permintaan transaksi boleh dilihat bergerak secara sideway sepanjang saluran pasaran bear (bear market channel) tersebut. Ini menunjukkan kedua-dua kekurangan permintaan kemasukan baharu dan juga kemungkinan pengekalan beban asas pengguna (iaitu para HODL).

Carta Langsung

Untuk mengukuhkan lagi kenyataan ini, jumlah address dengan non-zero balance terus meningkat lebih tinggi lalu mencecah ATH (all time high) baharu sebanyak 42.2M dan hanya sedikit dipengaruhi oleh pengeluaran penyerahan (capitulation) baru-baru ini.

Rangkaian Bitcoin sering melihat penyingkiran wallet yang ketara semasa peristiwa jualan besar-besaran (sell-off event) dan dalam pasaran bear awal oleh kerana pelabur menyerah dan membelanjakan segala-galanya.

  • Januari hingga Mac 2018 menyaksikan penurunan sebanyak -7M address yang mana memulakan pasaran bear dan bersamaan dengan 24.4% daripada jumlah keseluruhan. Ini kekal sebagai pengurangan terbesar dalam rekod.
  • April hingga Mei 2021 menunjukkan kejatuhan -1M Non-Zero address sewaktu Great Miner Migration iaitu pengurangan sebanyak 2.8% dan reaksi yang agak ringan berbanding 2018.
  • Mei 2022 menyaksikan penyingkiran -430k address iaitu pengurangan sebanyak 1% dan secara ketara kurang teruk berbanding 21 April-Mei walaupun terdapat kejatuhan harga yang lebih besar.

Selepas 2018, keterukan penyerahan Non-Zero address dapat dilihat semakin berkurangan dan ini menunjukkan terdapat peningkatan tahap keyakinan dan keazaman dalam kalangan purata pengguna Bitcoin.

Carta Langsung

Aktiviti on-chain kekal teruk ‘disenyapkan’ dan meyakinkan di kawasan pasaran bear. Hampir semua pembeli dan penjual marginal nampaknya telah menyerah (capitulate) dan disingkirkan daripada rangkaian dalam tempoh 12 bulan yang lalu. Ini hanya meninggalkan kewujudan beban asas para HODL yang mempunyai keazaman dan keyakinan tertinggi. Terdapat sedikit pengukuhan yang datang ke bahagian permintaan Bitcoin (Bitcoin demand side) dan dengan itu harga dibetulkan sehingga para HODL ini boleh menetapkan paras lantai (floor level).

Pertukaran Perbezaan

Pertukaran kekal sebagai pusat infrastruktur pasaran Bitcoin dengan ratusan juta hingga berbilion dolar dalam nilai Bitcoin yang mengalir melalui on-chain setiap hari. Jumlah deposit dan pengeluaran pertukaran cenderung menunjukkan tahap sensitiviti yang tinggi dan mempunyai kaitan dengan harga spot.

Secara umumnya, kedua-dua deposit dan pengeluaran membuat trend bersama harga di mana memuncak di sekitar bahagian atas pasaran bull apabila aliran masuk permintaan spekulatif adalah tertinggi. Pengeluaran (hijau) selalunya lebih sedikit jumlahnya berbanding deposit (merah jambu). Ini disebabkan oleh pertukaran memproses banyak pengeluaran pelanggan dalam satu transaksi manakala deposit diproses secara individu.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, perhatian yang diperbaharui telah diberikan kepada penjagaan sendiri (self-custody) aset blockchain dengan beberapa perkhidmatan pinjaman menghentikan deposit dan pengeluaran pengguna. Mungkin sebagai tindak balas kepada kejadian malang ini, kita sedang melihat pengeluaran pertukaran meningkat manakala kiraan deposit terus menurun.

Ini adalah luar biasa dari segi sejarah dengan beberapa contoh serupa dalam tempoh 5 tahun yang lalu.

Carta Langsung

Kita juga boleh menilai penguasaan aktiviti berkaitan dengan pertukaran (exchange related) sebagai nisbah semua transaksi merentasi rangkaian. Daripada ini kita boleh mengenal pasti puncak dan penurunan aktiviti dalam aktiviti pelabur dan mengenal pasti perubahan dalam beban asas struktur pasaran.

Penguasaan transaksi pertukaran mencapai puncak hampir serta-merta selepas kedua-dua pasaran meningkat pada 2017 dan sekali lagi pada 2021 iaitu menguasai 80% hingga 94% daripada semua aktiviti. Ini menandakan tarikan terakhir dan kemasukan ‘pelancongan’ pasaran apabila pengguna baharu membeli di bahagian atas sejurus sebelum harga menjunam dan mereka kemudiannya disingkirkan daripada rangkaian.

Penguasaan transaksi pertukaran telah melalui detoks yang panjang sejak paras tertinggi Mei 2021 dan nampaknya stabil pada sekitar 50%. Ini menyokong pemerhatian awal kami bahawa pasaran menghampiri kawalan yang diterajui oleh para HODL.

Carta Langsung

Baki pertukaran terus menyaksikan pengeluaran bersih berskala besar dengan baki agregat menurun ke paras terakhir dilihat sejak Julai 2018. Keseluruhan baki di Pertukaran (balance on Exchange) telah menyaksikan aliran keluar agregat sebanyak -750k BTC sejak Mac 2020. Tiga bulan terakhir sahaja telah menyaksikan kira-kira 142.5k BTC dalam aliran keluar iaitu 18.8% yang luar biasa daripada jumlah keseluruhan.

Aliran keluar pertukaran pada skala ini terutamanya dalam menghadapi tindakan harga menurun yang melampau adalah menarik dan kami akan membuat pencerahan tentang aliran ini dalam bahagian seterusnya.

Carta Langsung

Kita boleh melihat perubahan dalam baki ini melalui pertukaran individu di mana kita melihat perbezaan yang menarik sedang berlaku:

  • Coinbase terus melihat aliran keluar bersih (net ouflow) coin dengan pengurangan agregat sebanyak -450k BTC sepanjang dua tahun lepas. Baki Coinbase telah menurun dalam fungsi langkah 10k hingga 30k BTC yang berterusan. Coin ini sedang dipindahkan ke wallet baharu yang tidak dikaitkan dengan entiti Coinbase. Ini mungkin penyelesaian jagaan untuk institusi berdasarkan saiz pegangan mereka.
  • Binance sebaliknya telah menyaksikan peningkatan baki bersih (net balance) kira-kira +300k BTC pada masa yang sama. Akibatnya, Binance kini telah menjadikan Coinbase sebagai pertukaran dengan bekalan Bitcoin terbesar seperti yang ditulis oleh TXMC pada minggu lepas.

Di samping prestasi harga bulanan yang paling teruk berdasarkan sejarah sebelumnya, pertukaran-pertukaran telah menyaksikan penurunan bulanan terbesar dalam rekod dengan mencecah kadar aliran keluar sebanyak -150k BTC/bulan. Ini menyumbang kepada kebiasaan pengurangan baki sebanyak 5.0% hingga 6.0% daripada jumlah keseluruhan sehingga bulan Jun. Ini sangat berbeza dengan kemasukan jumlah besar coin ke dalam pertukaran yang berlaku pada Mei-Jun 2021.

Ke Mana Perginya Semua Coin Tersebut?

Perubahan Exchange Net Postion Change dalam rekod dilengkapi dengan Illiquid Supply Change terbesar sejak Jun 2017. Illiquid Supply telah meningkat sebanyak 223k BTC pada bulan Julai dan ini mencerminkan pergerakan coin secara besar-besaran yang mempunyai sedikit atau tiada sejarah perbelanjaan ke arah wallet (secara umumnya ini bukan pertukaran).

Sekali lagi, ini adalah berbeza secara langsung dengan kedua-dua Mei 2021 dan semasa kejatuhan LUNA di mana kedua-duanya menyaksikan kejatuhan harga yang dibalas oleh kejatuhan dalam Illiquid Supply.

Carta Langsung

Apabila Pertukaran secara agregat terus berkurangan, kita dapat lihat pengumpulan agresif berlaku oleh pengguna Bitcoin terbesar (10k+ BTC) dan terkecil (<1 BTC). Kedua-dua Shrimp dan Whale telah menunjukkan skor hampir sempurna (biru) pada metrik Trend Accumulation Score sejak pertengahan Mei dan ini menunjukkan baki on-chain mereka telah meningkat secara kukuh dan secara konsisten.

Kohort/kategori yang memegang 10 hingga 10k BTC adalah hampir neutral sepenuhnya tanpa perubahan ketara pada pegangan agregat mereka.

Metrik Secara Langsung dalam Glassnode Engine Room

Memahami lebih dalam tentang perkara ini, kita dapat lihat bahawa Shrimp menambah baki BTC mereka pada kadar 60.46k BTC sebulan iaitu kadar paling agresif dalam sejarah. Ini bersamaan dengan 0.32% daripada bekalan edaran (circulating supply) sebulan. Menariknya, kadar pengembangan baki Shrimp melepasi rekod sebelumnya yang ditetapkan pada ATH (all time high) Dis 2017 apabila harga BTC juga berada pada $20k.

Kohort/kategori Shrimp jelas sekali melihat $20k sebagai harga yang menarik walaupun kali ini dengan arah aliran pasaran ke arah lain.

Carta Langsung

Akhir sekali, carta di bawah diperoleh daripada metrik Whale to/from Exchange Volume dengan Whale didefinisikan sebagai entiti dengan > 1k BTC (tidak termasuk pelombong dan pertukaran).

Secara bersih, whale telah mengeluarkan 8.69M BTC daripada pertukaran yang glassnode jejaki dan kitaran pengumpulan serta pengedaran mereka kelihatan berkait rapat dengan prestasi harga pasaran. Sejak April 2022, volume pertukaran whale kebanyakannya adalah pengeluaran dengan mencapai kadar ketara 140k BTC/bulan pada bulan Jun. Ini adalah kadar kedua tertinggi dalam tempoh 5 tahun yang lalu dengan hanya diatasi oleh pembetulan pada Januari 2021.

Kesimpulan

Aktiviti on-chain Bitcoin berada dalam kawasan pasaran bear dan penggunaan rangkaian terkini mencadangkan penyingkiran hampir lengkap semua ‘pelancong’ pasaran telah berlaku. Permintaan untuk blockspace adalah rendah dan pertumbuhan pengguna rangkaian adalah yang paling tidak memberangsangkan.

Walau bagaimanapun, di sebalik pertumbuhan pengguna yang tidak memberangsangkan, pasaran sedang mengalami beberapa perbezaan yang sangat menarik. Walaupun sejarah tahun yang teruk setakat ini dan prestasi bulan terkini menunjukkan harga terburuk sejak 2011, nada para HODL yang kukuh berterusan.

Baki pertukaran terus berkurangan apabila peserta mendapati momentum baharu ke arah penjagaan diri (self custody). Coin-coin ini nampaknya mengalir ke dalam wallet tanpa sejarah perbelanjaan dan pertumbuhan baki serta aktiviti pengeluaran pertukaran kedua-dua kohort/kategori Shrimp dan Whale berada pada tahap yang paling agresif dari segi sejarah.

Bear Bitcoin sedang rancak berlaku dan selepas itu para HODL pilihan terakhir adalah orang yang masih wujud dalam kitaran bear ini.

Sumber bacaan daripada glassnode, coinmarketcap, investopedia, paradigm dan mycryptoversity

Penafian: Laporan ini tidak memberikan sebarang nasihat pelaburan. Semua data disediakan untuk tujuan pembelajaran sahaja. Tidak ada keputusan pelaburan sepatutnya dilakukan berdasarkan maklumat yang diberikan di sini dan anda bertanggungjawab sepenuhnya atas keputusan pelaburan anda sendiri. Laporan ini juga menggunakan perkataan dwibahasa untuk memudahkan para pembaca memahami maksud-maksud yang tersirat.

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai seorang pelabur kripto yang berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan kripto.

error: Content is protected !!