8 minit bacaan

Minggu 37, 2021

Kami menilai tindak balas pasaran pedagang dan pelabur Bitcoin berikutan minggu turun naik (volatility) diketuai oleh pasaran derivatif.

Pasaran Bitcoin mengalami penjualan (sell-off) turun naik yang tinggi pada awal minggu, dengan harga pada mulanya mencapai paras tertinggi baru $52,849, sebelum dijual ke paras terendah $44,196. Apa yang nampaknya menjadi pendorong utama di sisi penjualan (sell-side) adalah penyingkiran leverage yang berlebihan di pasaran niaga hadapan (future markets).

Sementara itu, di pasaran spot dan on-chain, trend pengumpulan pelabur dan pegangan jangka panjang yang signifikan berdasarkan sejarah sebelumnya kekal sihat dan berada dalam keadaan baik. Walaupun terdapat penjualan (sell-off) 50%+ yang berlaku pada bulan Mei, kenaikan kuat dari paras terendah $29k, dan kini terdapat lagi penjualan (sell-off) yang tajam lagi pada minggu ini, para HODL kekal muncul tanpa henti.

Minggu ini, kami akan melihat kedua-dua penyingkiran leverage yang memulakan penurunan harga, dan menteliti dinamik yang dapat dilihat dalam bekalan Bitcoin on-chain.

Derivatif Mengetuai Turun Naik Ke Bawah

Dalam analisa on-chain Bitcoin minggu lalu, kami membuat liputan berkenaan bagaimana pertumbuhan kontrak niaga hadapan faedah terbuka (futures contracts open interest), dan kadar pembiayaan pertukaran berkekalan (perpetual swap funding rates) yang semakin positif di pasaran Bitcoin dan Ethereum.

Ini menunjukkan peningkatan risiko yang menjadikan leverage berlebihan, dengan bias arah yang panjang (long directional bias), boleh menyebabkan penurunan harga. Pada hari Selasa, kedua-dua pasaran sememangnya menyaksikan penjualan (sell-0ff) yang ketara, dengan perdagangan Bitcoin turun lebih daripada $10 ribu dalam masa satu jam. Peristiwa ini berlaku untuk membersihkan sebahagian besar leverage yang terkumpul, dengan pasaran berkonsolidasi sepanjang minggu ini.

Dari paras tertinggi $13.4 Bilion dalam faedah niaga hadapan kekal terbuka (open perpetual futures interest), sejumlah kontrak bernilai $4 Bilion (30%) ditutup dan disingkirkan dalam masa satu jam. Leverage kekal stabil pada sekitar $9.4 Bilion untuk baki minggu ini.

Carta Langsung Perpetual Open Interest

Dengan menggunakan metrik Long Liquidation Dominance, kita dapat lihat bahawa sebelum penjualan (sell-off) ini, pasaran niaga hadapan (futures) sebenarnya mengalami sedikit tekanan kecairan pendek (short liquidation), yang membantu mendorong kenaikan harga ke paras tertinggi $52.8 ribu. Kecairan pendek (short liquidation) mewakili 80% daripada semua kecairan (liquidation) dalam tempoh ini.

Selepas sahaja mencapai puncak ini, perkara sebaliknya berlaku dengan perkadaran kecairan kontrak yang panjang (long contract liquidation) melonjak hingga 68%, apabila harga BTC turun lebih daripada $10 ribu dari paras tertinggi.

Carta Langsung Futures Long Dominance

Pasaran opsyen (option) juga menyaksikan lonjakan dalam volume, apabila pedagang dengan segera melindungi kedudukan mereka, dan memperoleh turun naik (volatility) premium. Ini telah menjadi tingkah laku yang agak biasa tahun ini di mana pasaran opsyen (option) secara konsisten melihat peningkatan aktiviti semasa penjualan (sell-off) pasaran.

Volume keseluruhan yang diperdagangkan di pasaran opsyen (option) telah berada dalam mod pemulihan sejak aktiviti melalui Mei hingga Julai tenang secara relatifnya. Selama beberapa jam sekitar penjualan (sell-off) pada hari Selasa, volume opsyen (option) yang diperdagangkan mencapai paras tertinggi berbulan-bulan  iaitu $1.3 bilion.

Carta Langsung Options Volume

Setelah tempoh yang sangat singkat kadar pembiayaan negatif sewaktu penjualan (sell-off), pasaran kekal (perpetual) telah kembali ke kadar pendanaan yang sedikit positif dengan menunjukkan bahawa pedagang masih mengharapkan momentum kenaikan harga. Walau bagaimanapun, perhatikan bahawa magnitud pembiayaan jauh lebih rendah dari sebelum berlakunya crash, menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya sebahagian penghilangan telah berlaku.

Coin Tidak Aktif Menguasai

Seterusnya kita akan mengkaji semula berkenaan bagaimana reaksi pasaran spot dan on-chain terhadap penjualan (sell-off) ini. Kita mulakan dengan melihat Purata Coin Tidak Aktif (Average Coin Dormancy) yang menunjukkan purata coin dibelanjakan pada hari itu, disesuaikan dengan setiap unit BTC yang dibelanjakan dengan dua pemerhatian utama:

  1. Tidak Aktif (Dormancy) tidak melonjak semasa penjualan (sell-off) yang menunjukkan purata usia coin yang dibelanjakan pada masa itu secara relatifnya muda, dan pemegang yang lebih lama tidak goyah.
  2. Tidak Aktif (Dormancy) terus menurun pada minggu ini dengan kembali ke sempadan bawah tempoh pra-bull 2020, menunjukkan bahawa pasaran mempunyai keutamaan yang kuat untuk pegangan jangka panjang.

Carta Langsung Entity Adjusted Dormancy

Bekalan yang dihidupkan semula (revived supply) adalah metrik yang menunjukkan berapa banyak volume BTC yang dibelanjakan yang lebih tua daripada usia tertentu. Kita boleh menggunakan tool ini untuk menilai sama ada terdapat kemasukan coin yang tidak dicairkan (illiquid) dan HODL sebelumnya kembali ke dalam peredaran kecairan (liquid circulation), atau jika coin lama kekal tidak aktif. Paras tinggi bekalan yang dihidupkan semula (revived supply) dapat menunjukkan perubahan negatif dalam keyakinan pelabur, manakala nilai yang rendah menunjukkan keyakinan HODLer kekal dalam keadaan baik.

Pada minggu ini, 1 tahun+ bekalan yang dihidupkan semula (revived supply) telah jatuh ke paras yang sangat rendah, kebetulan dengan yang dilihat pada tempoh pra-bull 2020. Berdasarkan asas median bergerak 7 hari (7-day moving median basis), kurang daripada 2.5k BTC berumur 1 tahun+ dibelanjakan setiap hari. Ini adalah 9x beberapa coin lama yang dibelanjakan jika dibandingkan dengan puncak pasaran bull 2021 pada Jan 2021, di mana lebih daripada 22.5k BTC dibelanjakan apabila harga mencapai $42k untuk pertama kalinya.

Pemerhatian ini disahkan dengan menilai perkadaran bekalan dalam gelombang HODL Muda (Young HODL Waves), yang berumur kurang dari 3 bulan. Di sini kita dapat lihat bahawa coin yang berumur kurang dari 3 bulan telah mencapai paras terendah sepanjang masa iaitu 15.9% daripada bekalan beredar (circulating supply). Sebaliknya pula adalah coin yang berusia lebih dari 3 bulan sekarang mewakili paras tertinggi sepanjang masa sepanjang iaitu 84.1% daripada bekalan.

Berdasarkan sejarah, tempoh di mana coin muda mencapai tahap minimum cenderung untuk berkolerasi dengan pasaran bear peringkat akhir (biru) setelah pengumpulan wang pintar (smart money) yang signifikan berlaku. Di sinilah di mana hype dan minat terhadap aset berada pada tahap terendah, sementara permintaan pengumpulan oleh pelabur wang bijak (smart money) berada pada tahap secara relatifnya tinggi. Ini menggambarkan coin muda dikeluarkan dari peredaran kecairan (liquid circulation) dan mula matang di dalam wallet pelabur.

Sebaliknya pula adalah kebiasaan yang berlaku di pasaran bull peringkat akhir (merah) dan puncak kitaran, di mana jumlah maksimum coin lama dibelanjakan dan dipindahkan kepada pelabur baru, tertarik dengan hype, liputan media dan kenaikan harga.

Pengumpulan Makro Bersambung

Para HODL sering digambarkan sebagai pembeli Bitcoin pilihan terakhir, yang melangkah masuk semasa turun naik (volatile) harga ke bawah, dan membuat tawaran mereka apabila pasaran kelihatan paling teruk. Pembeli berkeyakinan tinggi ini amat dihargai secara on-chain menggunakan usia coin, dengan menggunakan penyelidikan glassnode yang mencadangkan bahawa jangka hayat sekitar 155 hari adalah ambang yang sesuai antara pemegang jangka panjang dan jangka pendek.

155 hari yang lalu, pada pertengahan bulan April, pasaran Bitcoin didagangkan pada $60k, diperdagangkan hingga ke paras tertinggi sepanjang masa. Oleh itu, sebarang coin yang dibeli selepas ATH (All Time High) itu secara amnya akan diklasifikasikan sebagai Pemegang coin Jangka Pendek (Short-Term Holder, STH).

Carta di bawah menunjukkan bahawa paras tertinggi minggu ini iaitu $52.8k, lebih daripada 16.8% bekalan coin (coin supply) dimiliki oleh pemegang jangka pendek (STH) dan dalam keuntungan. Apa yang ditunjukkan ini adalah pengumpulan yang sangat besar yang berlaku antara tahap rendah baru-baru ini iaitu $29k, dan hingga sempadan bawah purata puncak Q2 (Q2 topping range).

Carta Langsung Relative LTH-STH Profit and Loss

Kita juga dapat lihat bahawa bekalan yang dimiliki oleh pemegang jangka panjang (Long Time Holder, LTH) telah mencapai 79.5% daripada semua coin BTC minggu ini, iaitu bersamaan dengan paras yang dicapai pada bulan Oktober, sebelum pasaran bull bermula. Malah, berdasarkan mutlak asas volume coin (absolute volume coin basis), pemegang jangka panjang kini memiliki coin terbanyak dalam sejarah, mencapai 12.97M BTC minggu ini. Puncak dalam bekalan yang dimiliki pemegang jangka panjang biasanya berkorelasi dengan pasaran bear peringkat akhir yang mengikut sejarah diikuti oleh tekanan bekalan (supply squeeze) dan permulaan kitaran larian bull (bull run).

Carta Langsung LTH Supply

Cukup mengagumkan apabila melihat jumlah BTC yang melintasi ambang STH-ke-LTH selama 155 hari telah mengekalkan kadar yang sangat positif sejak bulan Mei. Seseorang boleh menjangkakan ia akan perlahan secara mendadak apabila banyak coin yang pada mulanya dibeli pada Q2 2021, dalam purata $50k hingga $64k, dijual pada kerugian pada bulan Mei dan Jun.

Walau bagaimanapun, carta di atas, dan perubahan Kedudukan Bersih Pemegang Jangka Panjang (Long-Term Holder Net Position) sebenarnya menunjukkan bahawa sebahagian besar bekalan yang terkumpul dalam purata puncak (topping range) itu, masih belum dibelanjakan, dan dipegang dengan kukuh hingga ke hari ini.

Pada masa ini, coin melintasi ambang usia pemegang jangka panjang (LTH) pada kadar yang kuat iaitu 421 ribu BTC sebulan. Memandangkan kami telah menunjukkan bahawa lebih daripada 16.8% bekalan terkumpul dalam purata $29 ribu hingga $40 ribu baru-baru ini, ada baiknya trend ini akan berterusan hingga Oktober-Disember (155 hari setelah konsolidasi Mei-Julai).

Carta Langsung LTH Net Position Change

Akhir sekali, kami mengkaji bekalan coin Kecairan (Liquid) dan Kecairan Yang Tinggi (lihat metodologi di sini) pada skala makro yang menunjukkan betapa uniknya kedudukan kitaran pasaran semasa. Pada sebahagian besar jangka hayat bitcoin, terdapat peningkatan pada volume coin yang diedarkan secara bebas dan sering dibelanjakan secara on-chain. Selepas penyerahan penjualan (sell-off) terakhir untuk pasaran bear 2018, bekalan kecairan mulai tempoh dengan perubahan kecil, satu trend yang berterusan sehingga Mac 2020.

Berikutan penjualan (sell-off) pada bulan Mac, peningkatan trend struktural tidak kecairan (illiquidity) coin telah mendominasi dinamik bekalan on-chain, apabila lebih banyak coin beralih keluar dari baki pertukaran, dan masuk ke dalam wallet pelabur jangka panjang.

Selepas aliran kemasukan pertukaran yang sederhana pada bulan Mei 2021, trend menurun dalam bekalan kecairan coin (peningkatan tingkah laku mengHODL) telah kembali, menunjukkan keyakinan makro untuk memegang BTC kekal menjadi kekuatan dominan di pasaran. Nampaknya walaupun terdapat turun naik (volatility) yang ketara hingga tahun 2021, pelabur Bitcoin jangka panjang terus mengumpul dan menyimpan coin dalam simpanan sejuk (cold storage).

Carta Langsung Liquid and Illiquid Supply

Sumber daripada glassnodeinsights, coinmarketcap dan mycryptoversity

Penafian: Laporan ini tidak memberikan sebarang nasihat pelaburan. Semua data disediakan untuk tujuan maklumat sahaja. Tidak ada keputusan pelaburan sepatutnya dilakukan berdasarkan maklumat yang diberikan di sini dan anda bertanggungjawab sepenuhnya atas keputusan pelaburan anda sendiri.

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai seorang Coiner berjaya seperti 16 orang student kami yang sudah menjadi jutawan crypto.

error: Content is protected !!