8 minit bacaan
Minggu 39, 2021
Meneroka kes bull dan bear untuk struktur pasaran semasa, serta mendalami metrik Lightning Network baru di glassnode.
Pasaran Bitcoin mengalami penurunan turun naik (volatile downside) pada tindakan harga (price action) minggu ini, dibuka dengan $47,328 pada hari Isnin dan turun ke paras terendah $39,876. Penjualan (sell-off) itu datang bersama tekanan berterusan terhadap industri ini berpunca daripada pengawal selia, penjualan (sell-off) di pasaran ekuiti, keadaan yang mencabar di pasaran hutang China dan satu lagi larangan Bitcoin di China.
Di samping ketidakpastian (uncertainty) ini, minggu ini penuh dengan berita menarik dan positif yang berkaitan dengan kedua-duanya iaitu penerapan El Salvador, dan pelaksanaan Bitcoin Lightning Network di Twitter. Untuk pengetahuan, glassnode baru-baru ini melancarkan rangkaian carta (network charts) dan papan pemuka (dashboards) Lightning Network untuk mengesan prestasi dan penggunaan protokol LN.
Dalam analisa on-chain bitcoin minggu ini, kami akan meneroka kedua-dua sisi bull dan bear dari keadaan pasaran semasa secara on-chain, serta medalami metrik Lightning Network baru glassnode.

Hanya HODLers yang Tinggal
Penggunaan ruang blok (block-space) Bitcoin yang agak rendah telah banyak dibincangkan akhir-akhir ini, dengan kes yang akan dibuat di kedua-dua belah pihak sama ada bullish, bearish, atau kedua-duanya:
- Kes bull adalah hasil daripada peningkatan penggunaan teknik transaksi yang efisien seperti SegWit, batching transaksi, dan penggunaan Lightning Network.
- Kes bear adalah pembetulan (correction) 50%+ pada bulan Mei mengakibatkan pengeluaran yang banyak daripada pedagang runcit dan pelabur, dan dengan demikian minat terhadap protokol telah berkurang sejak awal 2021.
- Kes yang paling mungkin berlaku (bull atau bear) ialah kedua-duanya sedang berlaku.
Carta di bawah menunjukkan bahawa jumlah transaksi telah menurun sejak Mei, kembali kepada apa yang boleh dipertimbangkan sebagai ‘siaran aktiviti on-chain menurun’. Jumlah transaksi yang lebih tinggi adalah ciri keadaan kenaikkan harga ketika pendatang baru memasuki rangkaian dan permintaan untuk ruang blok (block-space) meningkat dengan sewajarnya. Sebaliknya, permintaan transaksi yang lebih rendah dapat memberi isyarat bahawa lebih sedikit peserta pasaran aktif dan minat relatif kurang terhadap aset tersebut.
Jumlah transaksi pada masa ini sekitar 175k hingga 200k transaksi sehari di mana ia serupa dengan paras yang dilihat di pasaran bear 2018.

Carta Langsung Transaction Counts (EA)
Oleh kerana pertukaran semakin banyak menggunakan teknik pengelompokan transaksi (memproses pengeluaran beberapa pelanggan dalam satu transaksi), jumlah transaksi sahaja boleh mengelirukan. Oleh itu, kita juga mesti menilai jumlah entiti on-chain yang aktif.
Walau bagaimanapun kita dapat lihat bahawa, corak yang sangat serupa sedang berlaku yang membicarakan kes bearish pengurangan penyertaan menjadi pendorong yang dominan. Ini menambah bebanan kepada hujah bahawa pasaran mungkin dikuasai oleh HODLers dan pedagang, dengan penyertaan yang lebih sedikit oleh peserta baru dan spekulator runcit.

Carta Langsung Active Entities
Kita boleh mengesahkannya dengan melihat metrik Entitties Net Growth yang menerangkan perbezaan antara peserta baru on-chain (memegang coin baru), dan mereka yang keluar dari rangkaian (membelanjakan semua coin mereka). Di sini kita dapat lihat dengan setiap kitaran pasaran (market cycle) peningkatan ‘nilai minimum’ entiti baru. Ini menggambarkan Bitcoin mencapai khalayak yang lebih ramai dari masa ke masa, dan saiz pangkalan HODLer (HODler base) yang secara konsisten membeli. Kita juga dapat lihat bahawa pasaran bull mengalami peningkatan mendadak dalam peserta baru, yang kebanyakannya perlahan selepas puncak pasaran.
Pasaran semasa telah kembali ke sempadan atas garis dasar (baseline) pasaran bear 2018-20, sekitar 13k entiti baru setiap hari.

Carta Langsung Entities Net Growth
Penilaian yang boleh kita ambil daripada ini adalah, kemungkinan besar bahawa majoriti peserta pasaran masa kini, adalah HODLers jangka panjang dan pengumpul. Persoalannya adalah, bolehkah mereka bertahan dan memberikan sokongan beli yang mencukupi?
Sekiranya kita melihat peratus entiti dalam keuntungan, kita boleh membuat dua pemerhatian:
- Sekitar 9.6% entiti memegang coin, yang terkumpul pada bulan Ogos dan September dan kini berada di underwater (ditahan pada kerugian yang belum direalisasikan). Ini mewakili penurunan semula 58% dari tinggi Ogos, menunjukkan jumlah pembeli yang tidak remeh (non-trivial) dari bulan Mei-Julai mengambil keuntungan dalam perjalanan ke atas.
- Fraktal ini sangat mirip dengan pemulihan bulan Julai-Oktober selepas penjualan (sell-off) Mac 2020.

Kami juga melihat fraktal pemulihan Mac 2020 ini dalam Pemegang MVRV Jangka Pendek. Metrik ini akan didagangkan pada 1.0 apabila harga sama dengan asas kos (cost basis) STH on-chain. Selepas peristiwa penyerahan (MVRV <1.0) dan kenaikan lega (MVRV> 1.0), STH yang mengumpul dalam perjalanan ke atas sedang diuji keyakinan mereka untuk hold.
Harga telah kembali ke asas kos (cost basis) bagi pemegang jangka pendek. Memandangkan kami menganggarkan ~58% daripadanya sudah berada di underwater, persoalan utamanya ialah adakah pembeli dari bulan Ogos dan September ini akan mlenjual coin mereka dengan kerugian dan mendorong harga lebih rendah. Persoalan lain ialah adakah HODLers yang masih ada dapat memberikan sokongan buy side yang mencukupi jika mereka melakukannya?

Keyakinan untuk HODL
Untuk menjawab sebahagian lagi soalan ini, kami menilai keyakinan untuk HODL oleh pemegang coin yang ada di tengah-tengah turun naik yang cukup bersejarah (dan banyak gulungan dadu FUD).
Kita mula dengan metrik Coin-days Destroyed 90 (CDD-90) yang mengira jumlah kumulatif jangka hayat yang dibelanjakan selama 90 hari terakhir. Metrik ini akan meningkat apabila sejumlah besar coin lama dibelanjakan (biasanya di pasaran bull), dan menurun semasa tempoh pengumpulan dan HODLing.
CDD-90 kini didagangkan pada paras yang sangat rendah iaitu sekitar 150k CDD. Paras ini bertepatan dengan tempoh pengumpulan skala besar, termasuk pasaran awal bull (early bull markets) dan pasaran peringkat kemudian bear (later stage bear markets).

Kita juga dapat lihat bahawa bekalan relatif yang dipegang oleh Pemegang Jangka Pendek telah mencapai paras terendah sepanjang masa iaitu 20% dari bekalan yang beredar. Ini adalah kejadian yang jarang berlaku yang secara historis menggambarkan tempoh pengumpulan peringkat akhir pasaran bear oleh wang yang lebih pintar (smarter money).

Ini juga dapat dilihat sebagai paras rendah bertahun-tahun (multi-year low) dalam bekalan Kecairan Tinggi (Highly Liquid), satu metrik yang kembali ke paras Disember 2018. Coin yang kecairan tinggi (highly liquid) adalah coin yang terletak di pertukaran dan tempat lain di mana coin boleh dengan mudahnya bertukar pemilik dengan hanya satu klik button.

Carta Langsung Liquid and Illiquid Supply
Kami dapat mengesahkan aliran menurun ini dipengaruhi oleh pengeluaran coin dari pertukaran, yang berlanjutan pada kadar yang ketara. Metrik exchange net position change menunjukkan perubahan yang jelas dalam watak dan pilihan pasaran selepas bulan Mac 2020. Pasaran beralih dari penguasaan aliran masuk yang dominan, ke salah satu aliran keluar. Julai hingga September merupakan tempoh aliran keluar bersih (net outflows) yang signifikan dari segi sejarah, antara 80k hingga 100k BTC/bulan.

Apabila coin berpindah keluar dari baki pertukaran yang kecairan tinggi (highly liquid) dan masuk ke dalam wallet pelabur, mereka mula matang. Pada mulanya, coin ini kemungkinan besar akan dibelanjakan semula sebagai tindak balas terhadap turun naik pasaran tetapi lama-kelamaan, coin ini dianggap tidak cair, tidak aktif, dan cenderung disimpan dalam simpanan sejuk (cold storage). Coin peralihan ini disebut sebagai bekalan Kecairan yang dapat kita lihat telah menurun secara makro sejak 2016.
Sekiranya kita mempertimbangkan jumlah bekalan coin Tinggi Kecairan dan Kecairan (Highly Liquid and Liquid), kita mempunyai 3.117M (HL) + 1.229M (L) = 4.346M BTC bebas beredar (~23% bekalan beredar).

Carta Langsung Liquid and Illiquid Supply
Sebaliknya pula dari carta di atas adalah bahawa pemegang jangka panjang kini memegang melebihi 80% BTC yang beredar iaitu yang tertinggi sepanjang masa. Yang perlu diperhatikan dalam kitaran 2021, adalah pengedaran coin yang agak kecil yang berlaku pada bull Q1-2021 berbanding kitaran sebelumnya. Bekalan LTH menurun kepada hanya 67.7% bekalan di mana kitaran sebelumnya antara 54% dan 58%.
Kita juga dapat perhatikan kelajuan pemulihan yang menunjukkan bahawa 12.3% bekalan yang beredar terkumpul di pasaran bull 2020-21, dan masih belum habis dibelanjakan hari ini.
Walaupun aktiviti on-chain yang agak rendah dan sejumlah fraktal pasaran menyerupai keadaan penurunan (bearish) harga, masih terdapat tingkah laku HOLDing dan pengumpulan yang terkawal. Ini agak unik untuk kitaran pasaran dan merupakan dinamik bernilai untuk diawasi.

Penerapan Lightning Network
Dalam tajuk utama minggu ini adalah penerapan Bitcoins Lightning Network (LN), terutamanya oleh El Salvador, dan oleh Twitter sebagai ciri pembayaran berintegrasi. Glassnode juga telah mengeluarkan rangkaian metrik Lightning Network ke Glassnode Studio yang membantu menggambarkan pertumbuhan protokol yang luar biasa sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Jumlah nod LN adalah salah satu daripada banyak metrik pada paras tertinggi sepanjang masa )all-time-high), mencapai 15.6k nod minggu ini.

Carta Langsung Lightning Node Count
Jumlah saluran LN telah mencapai paras tertinggi 73k, mewakili rata-rata 4.6 saluran setiap nod. Jumlah ini hampir dua kali ganda dari jumlah saluran yang disiarkan secara langsung sepanjang tahun 2019-20, dengan sebahagian besar pertumbuhan ini berlaku sejak Mei 2021.

Carta Langsung Lightning Channel Count
Jumlah kapasiti BTC di saluran LN telah menyaksikan pertumbuhan luar biasa sejak sembilan bulan terakhir, meningkat 170% pada tahun 2021 hingga mencapai 2,904 BTC (~$ 127 juta). 514 coin ini ditambahkan ke saluran LN pada bulan September sahaja.

Carta Langsung Lightning Capacity
Akhirnya, saiz saluran mean dan median telah meningkat dengan stabil seiring dengan penerapan dan keyakinan terhadap protokol meningkat. Purata kapasiti saluran meningkat lebih tinggi dari garis dasar stabil ~0.028 BTC pada 2019-20 hingga 0.040 BTC hari ini. Saiz saluran median juga meningkat menjadi 0.01 BTC, meningkat terutamanya pada bulan Julai dan Ogos.
Penerapan dan pertumbuhan Lightning Network, sama ada melalui penyesuaian di El Salvador, dan pelaksanaan dalam Twitter, merupakan cabaran yang menarik bagi industri ini. Pastikan anda melihat metrik dan papan pemuka (dashboard) Lightning glassnode untuk mengikuti penerapan dan prestasi LN dalam beberapa bulan akan datang.

Carta Langsung Lightning Mean and Median Size
Sumber daripada glassnode, coinmarketcap dan mycryptoversity
Penafian: Laporan ini tidak memberikan sebarang nasihat pelaburan. Semua data disediakan untuk tujuan maklumat sahaja. Tidak ada keputusan pelaburan sepatutnya dilakukan berdasarkan maklumat yang diberikan di sini dan anda bertanggungjawab sepenuhnya atas keputusan pelaburan anda sendiri.