9 minit bacaan
Minggu 9, 2022
Sewaktu kehangatan konflik yang sedang berlaku di Ukraine, para pelabur yang membeli Bitcoin di sekitar paras tertinggi sepanjang masa (ATH, all time high) hampir menyerah kalah (capitulate). Sebaliknya, kumpulan para HODL terus mengumpul dan nampaknya mereka tidak terpengaruh dengan risiko makro dan geopolitik.
Pasaran global telah menghadapi minggu yang sangat menyedihkan apabila konflik bersenjata meletus antara Rusia dan Ukraine. Sebagai aset makro global dan dengan pasaran yang tidak pernah tutup, tindak balas dari harga Bitcoin agak tidak menentu. Minggu ini pasaran didagangkan turun kepada paras rendah $34,474, sebelum naik dengan pantas kepada paras tertinggi $39,917.
Harga Bitcoin kini berada jauh daripada paras tertinggi sepanjang masanya pada bulan November selama 138 hari dan ini menyebabkan keyakinan ramai pelabur Bitcoin, kebanyakannya mereka yang beli berhampiran paras tertinggi telah dicabar dengan ketara pada minggu ini. Dalam edisi analisa on-chain Bitcoin pada minggu ini, kami akan menganalisa perkara yang kelihatan seperti flush out daripada pembeli di atas (top buyer) dan membuat perbandingan antara struktur pasaran semasa dan tempoh Mei-Julai 2021.
Apa yang akan kami perhatikan ialah pembeli di atas (top buyer) telah hampir menyerah (capitulate) sepenuhnya sekarang. Walau bagaimanapun, pengedaran pemegang yang selebihnya nampaknya mempunyai keazaman yang jauh lebih tinggi, boleh dikatakan mencerminkan keyakinan yang tidak berbelah bagi pembeli pilihan terakhir iaitu para HODL Bitcoin.

Kami akan memulakan analisa ini dengan penerangan metrik URPD yang menunjukkan pengedaran bekalan coin pada harga terakhir yang digerakkan secara on-chain. Perkara yang ingin kami terokai di sini ialah persamaan dan perbezaan antara tingkah laku pelabur semasa penurunan ini, dengan skala yang sama pada Mei-Julai 2021.
Kami akan menganalisa metrik URPD daripada empat tarikh:
1. 10-Mei-2021 sejurus sebelum peristiwa penjualan lata pencairan (liquidation cascade sell-off).
2. 20-Julai-2021 pada paras terendah $29k sebelum naik ke ATH (all time high) pada akhir 2021.
3. 9-Nov-2021 sewaktu pasaran berada pada paras tertinggi sepanjang masa.
4. 27-Feb-2022 pada masa penulisan.

Bermula dengan tempoh Mei-Julai, pengedaran coin telah condong menjadi sangat tinggi (top-heavy) dengan sebahagian besar bekalan coin dipegang antara $54k dan $60k. Walaupun ini menunjukkan tahap permintaan pada harga yang lebih tinggi, ia juga dibuat untuk pasaran yang rapuh dengan ramai ‘pembeli di atas’ yang akan sensitif terhadap sebarang pembetulan harga utama (major price correction).

Apa yang berlaku ialah penyerahan pasaran utama (major market capitulation). Kedua-dua pasaran spot dan derivatif telah hilang dari ‘kemeriahan’, aktiviti on-chain pada rangkaian Bitcoin runtuh dan boleh dikatakan secara munasabah bahawa ini adalah permulaan pasaran bear semasa.
Dalam tempoh penyatuan (consolidation) selama 2.5 bulan ini, banyak bekalan telah dipindahkan oleh pembeli di atas (top buyer) ke dalam pertukaran untuk jualan. Bekalan ini kemudiannya diserap secara beransur-ansur oleh pembeli yang berkeyakinan lebih tinggi, dengan asas kos coin ini menjadi lebih berat berwajaran antara dalam julat harga $29k hingga $40k.
Tingkah laku ini menerangkan peristiwa pengagihan semula weak hand skala luas kepada strong hand.

Carta Langsung (20-Julai-2021)
Beralih kepada pembetulan pasaran semasa, kita dapat lihat pengedaran bekalan coin yang sangat sekata telah diwujudkan semasa kenaikan dari Julai 2021 ke ATH (all time high) November. Pengedaran ini menunjukkan perkara berikut:
- Ramai pelabur yang mengumpul (accumulate) dalam pembetulan Mei-Julai mengambil keuntungan dalam perjalanan naik semula. Ini mencipta nod volum sekitar $35k, $47k dan $62k.
- Pembeli melihat nilai dan memasuki pasaran sepanjang kenaikan Ogos hingga November. Walaupun aktiviti on-chain ini menunjukkan bahawa majoriti ‘pelancong pasaran’ telah pergi, dan hanya tinggal para HODL.

Carta Langsung (9-November-2021)
Ini membawa kita ke hari ini, di mana kita dapat lihat bahawa sebahagian besar daripada bekalan yang diagihkan sama rata dari November masih ada. Walaupun terdapat pembetulan 50%+, para pelabur ini tidak mencairkan kedudukan mereka.
Tambahan pula, pengagihan semula utama (primary redistribution) nampaknya datang daripada pelabur yang membeli julat $60k+ iaitu sekitar paras tertinggi sepanjang masa, yang telah menemui pemilik baharu sekitar julat harga semasa $35k hingga $38k.
Tingkah laku perbelanjaan ini menerangkan pasaran yang dikuasai oleh para HODL yang tidak sensitif pada harga, yang kelihatan tidak mahu mencairkan coin mereka walaupun berada dalam kerugian. Sementara itu, pembeli pada paras atas (top buyer) telah dikeluarkan (flush out) dengan signifikan dan mewakili bahagian yang jauh lebih kecil daripada kumpulan pelabur jika dibandingkan dengan Mei-Julai 2021.

Pembeli Di Atas Mungkin Sudah Menyerah
Peristiwa berita minggu ini mampu mengubah dunia. Sekiranya ada masa untuk pelabur Bitcoin menyerah (capitulate), terutamanya mereka yang melihatnya sebagai aset berisiko, tercetusnya perang kinetik (kinetic war) akan menjadi pemangkin.
Walau bagaimanapun, tahap penyerahan secara on-chain yang berlaku semasa penjualan minggu ini adalah kurang memberangsangkan untuk dikatakan. Malah ia mempamerkan ciri-ciri yang serupa dengan penjualan 20-Julai-2021 kepada $29k (Petunjuk 3 di bawah) yang langsung tidak mempunyai tindak balas menurun untuk memecahkan harga ke paras terendah baharu.
Minggu ini menyaksikan kerugian yang direalisasikan bersih (net realized losses) sebanyak $713M yang jauh lebih rendah daripada peristiwa penyerahan (capitulation) $2.0B+ yang dialami lebih awal dalam pembetulan.

Kami juga telah melihat penurunan berterusan dalam jumlah pelabur yang mendepositkan ke pertukaran (merah jambu), jatuh daripada 74k/hari di ATH November lalu turun kepada 41k/hari pada hari ini. Sementara itu, pengeluaran pertukaran (exchange withdrawal) adalah sangat stabil di sekitar 40k hingga 48k/hari, sekali lagi menunjukkan kumpulan para HODL yang konsisten mengeluarkan (withdraw) tidak kira apa yang berlaku di pasaran.

Sudah tentu jumlah deposit atau pengeluaran pertukaran hanyalah sebahagian daripada gambaran dan volume yang dibawa oleh setiap satu yang bantu mewujudkan keseimbangan antara bekalan dan permintaan.
Carta di bawah menunjukkan aliran bersih pertukaran EMA 30 hari (30-day EMA) dan kita dapat lihat bahawa sejak bulan Julai, pasaran telah mengutamakan pengeluaran coin (merah, aliran keluar). Trend aliran keluar pertukaran telah berkurangan pada masa ini, namun kami masih belum melihat aliran masuk yang hampir sama dengan situasi yang dialami pada Mei-Julai tahun lepas walaupun dengan semua halangan (headwind) makro yang sedang berlaku.
Pasaran semasa nampaknya tidak kehilangan keyakinan terhadap Bitcoin sebagai aset makro.

Kita juga boleh lihat perkara ini dalam metrik bekalan yang dihidupkan semula (revived supply metric) memerhati volume coin yang lebih lama daripada 1 tahun yang dibelanjakan minggu ini. Sekiranya terdapat kehilangan keyakinan yang meluas di kalangan kumpulan para HODL Bitcoin, kami menjangkakan metrik ini akan menunjukkan peningkatan yang ketara.
Walau bagaimanapun, ini belum berlaku lagi dan bekalan yang dihidupkan semula (revived supply) kekal di bawah 5k BTC/hari, di mana agak biasa bagi tempoh pengumpulan sebelumnya.

Terdapat satu kumpulan yang telah mendominasi perbelanjaan secara on-chain kepada pertukaran (on-chain spending to exchange) sejak beberapa minggu lepas iaitu pelabur yang membeli penurunan (dip), hanya untuk mengetahui bahawa terdapat banyak lagi penurunan yang akan datang. Pelabur dengan coin berumur di bawah 3 bulan telah mendominasi perbelanjaan kerugian sepanjang 30 hari yang lalu. Perbelanjaan coin muda (<3 bulan) ini telah merealisasikan kerugian kolektif sebanyak -0.05% daripada modal pasaran sehari (market cap per day) untuk bulan lepas, dengan paras terendah pasaran menurun pada separuh pertama 2018.
Kecuali pada Jun-Julai tahun lepas, bahagian bawah pasaran yang meluas biasanya disebabkan oleh pengeluaran besar-besaran kedua-dua pelabur baharu dan lama, oleh kerana ketakutan berskala luas berlaku.
Memandangkan kita belum melihat penyerahan (capitulate) pemegang jangka panjang yang serupa lagi, kemungkinan para HODL Bitcoin ‘dibina’ secara berbeza kali ini? Atau kemungkinan terdapat satu lagi penurunan yang menyakitkan akan datang untuk menghapuskan semua penjual yang tinggal keluar daripada pasaran.

Ini adalah pandangan awal pada carta yang belum dikeluarkan dari Glassnode Engine Room.
Strong Hand Terus Mengumpul
Dengan para pembeli di atas (top buyer) sebahagian besarnya dikeluarkan (flush out) daripada rangkaian dan bukti bahawa ia adalah pasaran yang didominasi para HODL, kami akan menutup edisi kali ini dengan tiga carta yang bantu menerangkan perkara yang mungkin dilakukan oleh kumpulan berpengalaman jangka panjang (long-time horizon) ini.
Pertama ialah Illiquid Supply, yang menjejaki jumlah coin yang disimpan dalam wallet dengan sedikit atau tiada sejarah perbelanjaan. Ini selalunya mewakili cold storage dan wallet para HODL yang menarik diri secara baik sambil menjalankan strategi gaya purata kos dolar (dollar-cost average).
Sebagai sebahagian daripada bekalan edaran (circulating supply), Illiquid Supply kini telah melepasi puncak Mei 2021, mencapai 76.3%. Ini telah kembali ke paras yang sama seperti pasaran teratas 2017, membalikkan peningkatan empat tahun dalam kecairan coin wallet (coin wallet liquidity). Walau bagaimanapun, ambil perhatian bahawa kedua-dua kejadian ini mendahului peristiwa penjualan besar dan oleh itu ia masih perlu dilihat jika coin ini benar-benar berada dalam cold storage.

Menggambarkan perkara yang sama, kumpulan Realized Cap HODL wave yang lebih lama daripada 3 bulan sedang melonjak ke paras tertinggi tempatan baharu sebanyak 72%. Ini bermakna 72% daripada nilai USD ‘disimpan dalam Bitcoin’, dipegang oleh coin 3 bulan dan lebih lama.
Ini adalah kebiasaan sewaktu pasaran bear di mana pelabur jangka panjang melihat nilai dan pada masa yang sama memperlahankan perbelanjaan mereka (seperti yang dilihat dalam Revived Supply di atas). Ambil perhatian bahawa kebanyakan peningkatan baru-baru ini didorong oleh kumpulan umur 3 bulan-6 bulan yang berwarna oren di bahagian bawah. Ini ialah coin yang sedang menghampiri atau dalam proses melintasi sempadan Short-to-Long-Term Holder selama 155 hari (~5 bulan).

Dan akhir sekali, untuk menunjukkan betapa banyak volume coin yang telah diserap oleh para HODL sepanjang 3 bulan yang lalu, kami melihat kepada volume coin yang melepasi ambang umur 3 bulan+ sepanjang 30 hari yang lalu.
Pada masa ini, lebih 335k BTC sedang melalui kematangan kepada umur 3 bulan+ setiap 30 hari, iaitu 12.2x pengeluaran coin harian kepada pelombong. Magnitud tingkah laku HODL yang serupa diperhatikan pada pertengahan 2020 dan Jun-Sept 2021, di mana kedua-duanya mendahului pergerakan menaik yang kuat.

Rumusan dan Kesimpulan
Pasaran semasa sangat menarik dari perspektif on-chain dan makro. Memandangkan besarnya ketidakpastian dan risiko yang timbul dalam konflik kinetik, para pelabur mestilah berhati-hati dengan jangkaan untuk mengurangkan risiko selanjutnya, panik pelabur dan penyerahan selanjutnya. Walau bagaimanapun, setakat ini kami tidak melihat peristiwa penyerahan yang meluas kecuali pemegang jangka pendek yang membeli pada paras ATH atau penurunan pramatang semasa pengeluaran ini. Perlu diingat bahawa banyak isyarat ‘permintaan hype’ kekal jauh di bawah paras pasaran bull (edisi minggu lepas).
Walaupun latar belakang makro dan geopolitik yang sangat tidak menentu ini, tingkah laku para HODL Bitcoin mengekalkan keyakinan yang sangat bullish. Coin terus dikeluarkan daripada pertukaran, beralih kepada wallet yang semakin tidak cair dan melalui pematangan untuk menjadi kumpulan umur yang semakin senior pada kadar yang tinggi. Ini kelihatan seperti coin Pemegang Jangka Panjang dalam pembuatan.
Ia kini penting untuk diperhatikan sekiranya trend koheren ini mula berbalik, di mana kemungkinan menandakan kehilangan keyakinan secara meluas. Walau bagaimanapun, sebagai ganti pembalikan sedemikian, pemerhatian ini terus menggambarkan masa depan yang menggalakkan dan membina untuk Bitcoin di suatu tempat di luar horizon.
Sumber bacaan daripada glassnode, investopedia, corporatefinanceinstitute, coinmarketcap dan mycryptoversity
Penafian: Laporan ini tidak memberikan sebarang nasihat pelaburan. Semua data disediakan untuk tujuan maklumat pembelajaran sahaja. Tidak ada keputusan pelaburan sepatutnya dilakukan berdasarkan maklumat yang diberikan di sini dan anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk keputusan pelaburan anda sendiri.