Mari kita lihat, baca dan fahamkan analisa pergerakan pasaran BTC/USDT untuk minggu 1 bulan Julai 2021.
Analisa ini berdasarkan pada chart di Binance (Timeframe Daily).
Apa yang bakal anda baca nanti membolehkan anda mengetahui 2 kebarangkalian pergerakan pasaran BTC/USDT ini bagi minggu pertama bulan Julai 2021.
Singkatan nama yang akan digunakan didalam penerangan analisa pergerakan pasaran :
Price Action (PA)
Breakout (BO)
High (H)
Higher High (HH)
Higher Low (HL)
Low (L)
Lower High (LH)
Lower Low (LL)
Resistance (R)
Resistance Become Support (RBS)
Support (S)
Support Become Resistance (SBR)
Trendline (TL)
Upper Trendline (UTL)
Lower Trendline (LTL)
Secara kasarnya, BTC/USDT masih lagi mengekalkan pembentukan Bearish Market Structure.
Ini disebabkan LH pada 36,600 (29/6/2021) masih lagi kekal.
Dan H masih lagi pada 64,854 dan LL masih kekal pada 28,805.
Kebarangkalian Pertama (Bertukar kepada arah Bullish)
– PA berjaya BO pada zon UTL.
– Apabila ia telah berjaya BO zon UTL, maka akan terbentuk H yang baru pada zon Fibo 23 dan R1.
– Dimana H yang baru terbentuk ini adalah lebih tinggi dari LH yang sebelum ini.
– Zon R yang telah berjaya BO kini dikenali sebagai RBS.
– Kebiasaannya apabila PA telah BO sesuatu zon, maka ia cenderung untuk menguji kembali zon tersebut iaitu zone RBS tadi.
– Terujinya zone RBS tadi akan membentuk HL yang baru.
– PA akan meneruskan perjalanan Bullish ke zone R2 atau R3 bagi membentuk HH yang baru.
– Bagi membolehkan PA menukar Bearish Market Structure kepada Bullish Market Structure ia perlu ada ciri-ciri berikut:
* W structure
* Pembentukan yang jelas L, H, HL & HH
Kebarangkalian Kedua (Mengekalkan arah Bearish)
– PA berjaya BO pada zone LTL.
– Apabila ia telah berjaya BO zon LTL tadi, maka ia mengesahkan pembentukan chart jenis Descending Triangle.
– Zon S yang telah berjaya BO kini dikenali sebagai SBR
– PA akan meneruskan perjalanan Bearish ke zon S1 bagi membentuk LL yang baru.
– Kebiasaannya apabila PA telah BO sesuatu zon, maka ia cenderung untuk menguji kembali zon tersebut iaitu zone SBR tadi.
– Terujinya zone SBR tadi akan membentuk LH yang baru.
– PA kembali meneruskan perjalanan Bearish ke zone S2 bagi membentuk LL yang baru.
PENAFIAN
Analisa ini merupakan satu bentuk pandangan peribadi dan tujuan untuk pembelajaran semata-mata. Ia bukannya satu bentuk analisa yang mendorong untuk anda menjual atau membeli di dalam pasaran.
Sebarang bentuk kerugian yang dialami ekoran analisa ini tidak akan ditanggung.
Sebarang bentuk keuntungan yang diperolehi ekoran analisa ini tidak akan dituntut.