Hurm….minggu lepas tengok ETH dah BO UTL da. Tapi tengok minggu ni dia buat u-turn pulak, turun macam tak mau naik balik da….uhuuu
Stop uhuuu…. lihat, baca dan fahamkan analisa pergerakan pasaran ETH/USDT untuk minggu 2 bulan Julai 2021 kat bawah ni dulu.
Analisa ini berdasarkan pada chart di Binance (Timeframe Daily).

Apa yang bakal anda baca nanti membolehkan anda mengetahui 2 kebarangkalian pergerakan pasaran ETH/USDT ini bagi minggu kedua bulan Julai 2021.

Singkatan nama yang akan digunakan didalam penerangan analisa pergerakan pasaran :
Price Action (PA)
Breakout (BO)
High (H)
Higher High (HH)
Higher Low (HL)
Low (L)
Lower High (LH)
Lower Low (LL)
Resistance (R)
Resistance Become Support (RBS)
Support (S)
Support Become Resistance (SBR)
Trendline (TL)
Upper Trendline (UTL)
Lower Trendline (LTL)

Secara kasarnya, ETH/USDT masih lagi mengekalkan pembentukan Bearish Market Structure.
Tapi telah nampak PA cuba untuk membentuk reversal pattern ke arah Bullish.
masih lagi pada 4,372 dan LL masih kekal pada 1,700

Kebarangkalian Pertama (Bertukar kepada arah Bullish)

– Minggu lepas PA telah berjaya BO pada zon UTL.
– 
Dimana selepas ia berjaya BO zon UTL, PA terus menuju ke zon Fibo 23 dan R1 dan telah membentuk HH yang baru.
– Dimana HH yang baru terbentuk ini adalah lebih tinggi dari H yang sebelum ini.
– Zon R yang telah berjaya BO kini dikenali sebagai RBS.
– Kebiasaannya apabila PA telah BO sesuatu zon, maka ia cenderung untuk menguji kembali zon tersebut iaitu zon RBS (UTL) tadi.
– Dan inilah yang sedang berlaku pada minggu ini, dimana zon RBS (UTL) ini sedang diuji dengan agak agresif.
Apabila telah terbentuknya HL yang baru tadi, PA akan meneruskan perjalanan Bullish ke zone R2 bagi membentuk HH yang baru.
– Bagi membolehkan PA menukar Bearish Market Structure kepada Bullish Market Structure ia perlu ada ciri-ciri berikut:
* W structure
* Pembentukan yang jelas L, H, HL & HH
Dimana, kita boleh perhatikan ciri-ciri penukaran market structure telah pun ada (Cuma lokasi kedudukan HL yang tetap masih belum wujud lagi).
– Kebarangkalian ini masih boleh digunapakai seandainya L (1700) sedia ada tidak diuji atau BO.

Kebarangkalian Kedua (Mengekalkan arah Bearish)

– Minggu lepas PA berjaya membuat False BO pada zone UTL.
Dimana ia telah gagal utk meneruskan perjalanan dengan membuat BO pada zon R1.
– Dengan kegagalan ini, maka PA berpatah balik menuju ke arah zone LTL.
– Seandainya ia telah berjaya BO zon LTL ini, maka ia mengesahkan pembentukan chart jenis Descending Triangle.
Zon S iaitu LTL yang telah berjaya BO kini dikenali sebagai SBR.
PA akan meneruskan perjalanan Bearish ke zon S1 bagi membentuk LL yang baru.
– Kebiasaannya apabila PA telah BO sesuatu zon, maka ia cenderung untuk menguji kembali zon tersebut iaitu zone SBR tadi.
– Terujinya zone SBR tadi akan membentuk LH yang baru.
PA kembali meneruskan perjalanan Bearish ke zone S2 bagi membentuk LL yang baru.

PENAFIAN
Analisa ini merupakan satu bentuk pandangan peribadi dan tujuan untuk pembelajaran semata-mata. Ia bukannya satu bentuk analisa yang mendorong untuk anda menjual atau membeli di dalam pasaran.
Sebarang bentuk kerugian yang dialami ekoran analisa ini tidak akan ditanggung.
Sebarang bentuk keuntungan yang diperolehi ekoran analisa ini tidak akan dituntut.

error: Content is protected !!