Adakah kejatuhan Bitcoin adalah baik untuk industri kripto? Adakah kejatuhan ini membolehkan pasaran kripto dibina semula agar ia menjadi lebih kukuh?

Harga Bitcoin sekarang dilihat berlegar-legar di atas paras $20,000. Tetapi dapatkah anda bayangkan harga raja kripto itu merudum ke paras $5000. Bolehkah ini dianggap satu malapelaka bagi pasaran kripto? Sama seperti peristiwa Black Monday pada tahun 1987 yang telah menyebabkan seluruh pasaran saham di Amerika tersungkur dan negara-negara gergasi ekonomi yang lain merasai impak yang teruk.

Mungkin ia nampak seperti tak masuk akal kerana untuk Bitcoin turun sehingga $10,000 juga seakan mustahil. Tetapi mungkin juga menarik jika ia benar-benar berlaku. Jika Bitcoin mencecah kembali harga $5000, nilai pasaran kripto akan mengalami kejatuhan yang amat teruk kerana Bitcoin mewakili 40% nilai pasaran kripto secara keseluruhan.

Sehingga kini sebanyak 19.1 juta Bitcoin berada dalam edaran. Dengan mengambil kira harga Bitcoin yang didagangkan pada harga sekitar $21,000 maka jumlah 19.1 juta BTC ini bersamaan dengan nilai $401 billion. Jika Bitcoin kembali ke harga $5000, nilaiannya akan jatuh menjadi $96.52 billion. Pada masa itu, ramai orang yang akan kehilangan banyak wang. Ramai juga yang akan berhenti melihat dan memantau pergerakan harga Bitcoin. Mungkin juga ramai yang akan terus hilang minat pada Bitcoin.

Bagus juga Bitcoin kembali ke harga $5000. Tapi kenapa? Jom kita tengok sebabnya.

Masih pening kepala nak pilih platform perdagangan kripto? LUNO adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. CLICK untuk mendaftar

Mengubah Naratif Tentang Bitcoin dan Industri Kripto

Salah satu masalah terbesar dalam industri kripto hari ini ialah orang ramai berpusu-pusu memasuki pasaran tanpa ilmu pengetahuan asas. Cuba tanya diri anda sendiri. Adakah cryptocurrency ini sama dengan matawang digital (digital currency)? Secara amnya, apabila orang bercakap berkenaan digital currency, mereka akan mula bercakap tentang harga. Apabila mereka bercakap tentang harga, maka mereka mula bercakap tentang spekulasi.

Pada tahun lepas, ramai orang yang begitu ghairah apabila mendengar tentang harga Bitcoin yang naik melambung tinggi. Jadi mereka memasuki pasaran agar mereka dapat jadi cepat kaya. Ini adalah satu pemikiran yang SALAH!!!!

Sekiranya pasaran Bitcoin benar-benar crash, tumpuan terhadap cryptocurrency akan pudar. Orang ramai akan mula meninggalkan industri kripto dan berhenti berfikir tentang menjadi kaya dengan cepat dengan Bitcoin. Pada masa itu, industri boleh bermula kembali dari awal dan mengubah naratif tentang Bitcoin dan industri kripto kerana ia bukan sekadar matawang digital.

Keadaan ini akan memberi peluang kepada industri kripto untuk kembali kepada janji asal iaitu untuk membina sistem kewangan alternatif bagi mendemokrasikan kewangan agar ia dapat diakses oleh semua orang di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.

Para pembangun pula akan dapat fokus kepada membangunkan produk dan perkhidmatan yang mempunyai fundamental yang kukuh terutamanya dari segi sekuriti. Dari sudut perundangan, badan pengawal selia tidak perlu bertindak seperti anjing dan kucing terhadap pemain dan leader industri kripto kerana kedua-dua belah pihak memiliki ruang dan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik.

Anda ingin melabur dalam kripto tetapi masih ragu-ragu?

Tak tahu bagaimana nak mula?

Jom belajar kripto di Portal Pendidikan Beranikripto

CLICK untuk mendaftar

Sistem Kewangan Untuk Semua

Luc Olinga, seorang journalist telah melakukan lawatan ke Afrika pada penghujung tahun 2021 dan berpeluang berbual dengan beberapa anak muda di sana. Beliau menjangkakan anak-anak muda ini hanya tahu serba sedikit tentang Bitcoin atau mungkin Ethereum. Tetapi beliau amat terkejut kerana mereka mempunyai pengetahuan yang amat baik tentang industri kripto. Mereka bercakap tentang bagaimana industri kripto mengubah kehidupan mereka. Sistem perbankan adalah satu perkhidmatan yang mewah (luxury) di kebanyakan negara Afrika dan hanya boleh diakses oleh golongan kaya. Sebaliknya industri kripto memberi mereka akses kepada perkhidmatan kewangan dan membolehkan mereka berurusan secara terus dengan dunia luar.

Industri kripto memberi sinar baru dalam kehidupan ramai orang untuk terlibat sama dalam dunia ekonomi baru ini. Cuba lihat kembali tujuan asal Bitcoin dicipta. Ia berjaya mewujudkan satu sistem kewangan bagi semua orang dan memberi peluang kepada golongan yang disisihkan oleh sistem kewangan yang tidak adil. Jika Bitcoin jatuh ke harga $5000, ia adalah masa untuk memahami semula tujuan asal Bitcoin dicipta.

Tiada Lagi Rahsia

Ketelusan adalah asas kepercayaan. Kurangnya ketelusan akan menimbulkan keraguan, syak wasangka dan rasa bahawa ada sesuatu yang dirahsiakan. Adakalanya terdapat kesukaran untuk mengetahui orang yang bertanggungjawab dalam sesebuah projeck kripto jika dibandingkan dengan mereka yang bekerja di institusi kewangan tradisional.

Luc Olinga pernah berbual dengan satu syarikat pemberi pinjaman kripto (kita namakan Syarikat A) yang ingin membeli syarikat pemberi pinjaman kripto lain (kita namakan Syarikat B) yang sedang bergelut dengan masalah. Syarikat B tidak mahu menyatakan di mana ibu pejabat mereka. Luc Olinga dan Syarikat A melakukan penyelidikan dan akhirnya Syarikat B berjaya ditemui, tetapi jurucakap Syarikat B meminta agar maklumat lokasi mereka tidak didedahkan. Lebih menghairankan, Syarikat A juga mahu maklumat tersebut dirahsiakan.

Ia tidak seharusnya berlaku. Perkara yang paling teruk dalam sistem kewangan arus perdana ialah kerahsiaan dan tiada ketelusan. Jadi, jika industri kripto melakukan perkara yang sama, maka ia hanya meneruskan legasi sedia ada.

Akhir sekali, jika Bitcoin mencecah kembali ke harga $5000, banyak projek yang tiada kualiti dan tidak berguna (meme project) dapat dihapuskan. Menurut CoinGecko, terdapat lebih 13,000 coin yang disenaraikan dan lebih separuh daripadanya adalah ibarat tin kosong.

Sudah tiba masanya bagi projek-projek sebegini dihapuskan bagi mengelakkan para pelabur baru yang naif ditipu. Jika aktiviti-aktiviti scam kripto ini berleluasa, para pelabur baru tidak akan berani memasuki pasaran dan mereka akan menyalahkan industri kripto secara keseluruhan. Industri kripto tidak memerlukan publisiti sebegini kerana kripto punya misi penting untuk masyarakat dunia.

sumber: thestreet.com

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier sebagai Pelabur Kripto Berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan kripto

error: Content is protected !!