Berita tentang “keruntuhan” Silicon Valley Bank (SVB) tidak hanya memberi kesan langsung terhadap kebanyakan firma start-up tetapi tempias hebat turut dirasai oleh dunia kripto. Paling terkesan ialah stablecoin USDC kerana modal sokongannya berada di SVB dan tidak dapat dicairkan selama beberapa hari ini.
Jurucakap Circle, pengeluar USDC berkata SVB adalah salah satu daripada 6 rakan kongsi perbankan (banking partner) yang menguruskan kira-kira 25% rizab USDC yang dipegang dalam bentuk tunai. Sementara menunggu kenyataan dari Federal Deposit Insurance Corporation (FDIC) tentang cara pembayaran balik kepada semua pendeposit, Circle dan USDC akan terus beroperasi seperti biasa.
USDC kehilangan tambatan dolarnya dan merudum ke harga all-time-low pada hari Sabtu sejurus selepas Circle mengumumkan bahawa 3.3 bilion daripada 40 bilion rizab USDC disimpan di SVB. USDC memecahkan tambatan 1:1 dolarnya dan jatuh serendah $0.88 sejurus selepas 0800 GMT pada hari Sabtu menurut CoinGecko. Ia pulih sedikit untuk didagangkan sekitar $0.90 menjelang 1120 GMT.
Menurut laporan pengesahan atau Proof of Reserve untuk bulan Januari, Circle mempunyai kira-kira $9.88 bilion tunai yang didepositkan di bank-bank yang dikawal selia (regulated banks). Antaranya ialah Bank of New York Mellon, Citizens Trust Bank, Bank Pelanggan, Bank Komuniti New York (bahagian Flagstar Bank, N.A.) Signature Bank dan termasuk juga Silicon Valley Bank dan Silvergate. Walau bagaimanapun, peruntukan (allocation) yang dipegang oleh setiap bank tidak didedahkan.
Nak labur dalam kripto tapi takut kena scam
Belajar ilmu kripto dengan BETUL di beranikripto.com
CLICK untuk sertai kami
Kebimbangan para pelabur timbul setelah dua bank iaitu Silicon Valley Bank dan Silvergate Bank telah menjadi topik hangat pada minggu ini. Pada Jumaat baru-baru ini, SVB mengambil keputusan menutup operasinya dan telah diambil alih oleh FDIC selepas bank itu mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia kerugian $1.8 bilion atas penjualan perbendaharaan A.S. dan sekuriti bersandarkan gadai janji yang dilaburkannya disebabkan oleh kenaikan kadar faedah. Usahanya untuk mengumpul lebih banyak modal dan membentuk semula profil modalnya bagi meningkatkan pendapatan faedahnya gagal mengekalkan keyakinan para pelabur.
Manakala Silvergate, sebuah institusi kewangan mesra kripto yang didagangkan di bursa saham menyatakan pada hari Rabu lepas bahawa ia akan menghentikan operasi dan membubarkan bahagian bank (bank division). Circle bagaimanapun berkata peratusan kecil rizab yang didepositkan di Silvergate telah dipindahkan ke bank lain dan proses pemindahan telah berlaku sejak tahun lepas setelah melihat masalah yang mula timbul.
Sementara itu, pihak Circle amat komited berkongsi perkembangan terkini menerusi laman webnya. Circle turut menyatakan bahawa USDC akan kekal boleh ditebus (redeemable) 1:1 dengan Dolar Amerika. Pada hari Khamis, Circle telah memulakan pemindahan dana $3.3 bilion rizab tunai USDC, tetapi proses pemindahan tersebut tidak dapat diteruskan akibat penutup operasi oleh SVB pada hari Jumaat. Namun begitu, Circle tetap yakin dengan pengurusan FDIC dalam menangani isu ini.
Sumber: kitko.com, techcrunch.com, circle.com
Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai Pelabur Kripto Berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan kripto