8 minit bacaan

Rangkaian Avalanche cuba meningkatkan kebolehskalaan tanpa menjejaskan desentralisasi. Tiga blockchain membentuk mainnet Avalanche: X-Chain, C-Chain dan P-Chain.

X-Chain digunakan untuk mengurus aset dan menggunakan protokol konsensus Avalanche. C-Chain adalah untuk penciptaan smart contract dan P-Chain untuk penyelarasan pengesah (validator). Kedua-dua blockchain ini menggunakan protokol konsensus Snowman.

Protokol konsensus Avalanche mempunyai semua nod berfungsi secara selari untuk menyemak pengesahan transaksi pengesah (validator) yang lain secara rawak. Selepas perulangan rawak subsampel yang mencukupi, sesuatu transaksi secara kebarangkalian akan ditentukan sebagai benar. Ini meningkatkan daya pemprosesan transaksi kepada 6500 TPS (Transaction Per Second) dan menyediakan masa akhir sub-satu saat. Snowman adalah serupa tetapi berfungsi dalam proses linear dengan blok.

Avalanche juga membolehkan penciptaan blockchain saling beroperasi (interoperable blockchain) yang disesuaikan (customize). Tiada had pada jumlahnya, tetapi anda perlu membayar yuran langganan untuk mengendalikannya (blockchain yang disesuaikan) dalam token asli Avalanche AVAX.

Pengenalan

Apabila teknologi blockchain semakin berkembang, ia menyediakan penyelesaian baharu kepada masalah-masalah lama iaitu kebolehskalaan (scalability), kebolehoperasian (interoperability) dan kebolehgunaan (usability). Avalanche telah mengambil pendekatan unik dengan penggunaan tiga blokchain berasingan dalam platformnya. Dikuasakan oleh token aslinya AVAX dan pelbagai mekanisme konsensus, Avalanche mendakwa sebagai “platform smart contract terpantas dalam industri blockchain, seperti yang diukur mengikut masa ke akhir (time to finality)”. Dalam artikel ini, kita akan melihat faktor-faktor yang membawa kepada tuntutan ini dan penyelesaian yang diberikannya.

Bilakah Avalanche dilancarkan?

Blockchain Avalanche telah dilancarkan pada September 2020 oleh pasukan Ava Labs di AS. Ava Labs mengumpul $6 juta (dolar AS) dalam pusingan pembiayaan mereka (financing round) dan diikuti dengan jualan token peribadi dan awam berjumlah $48,000,000. Pasukan yang dianggotai tiga orang di belakang Avax Labs terdiri daripada Kevin Sekniqi, Maofan “Ted” Yin dan Emin Gün Sirer.

Apakah masalah yang diselesaikan oleh Avalanche?

Terdapat tiga masalah utama yang cuba diselesaikan oleh Avalanche. Ini berkaitan dengan kebolehskalaan, yuran transaksi dan kebolehoperasian

Kebolehskalaan vs desentralisasi

Blockchain secara tradisinya bergelut untuk mendapatkan keseimbangan antara skalabiliti dan desentralisasi. Rangkaian dengan pengguna yang semakin meningkat dan aktiviti yang tinggi boleh gagal menjana konsensus pada transaksi yang sah dengan cepat. Bitcoin (BTC) ialah satu contoh pengisuan yang baik, oleh kerana transaksi dalam rangkaian Bitcoin kadangkala mengambil masa berjam-jam atau bahkan berhari-hari untuk diproses sewaktu rangkaian mengalami kesesakan.

Satu cara untuk memerangi ini adalah untuk menjadikan rangkaian lebih terpusat (centralize) dengan memberikan lebih sedikit orang lebih kuasa (more authority) untuk mengesahkan aktiviti rangkaian. Jika lebih sedikit orang yang perlu menyemak dan mengesahkan transaksi, ianya (transaksi) boleh disahkan dengan lebih cepat. Walau bagaimanapun, desentralisasi adalah aspek penting yang dikehendaki dalam teknologi blockchain. Blockchain baharu sentiasa cuba menyelesaikan masalah ini dengan kemajuan teknologi dan Avalanche telah mencipta pendekatan unik di mana kami akan bincangkan kemudian.

Yuran yang tinggi

Satu lagi isu yang biasa dilihat dengan blockchain yang lebih besar seperti Ethereum ialah yuran gas mereka. Trafik yang tinggi dan peningkatan pengguna menyumbang kepada masalah tersebut. Ini akhirnya tidak menggalakkan pengguna untuk menggunakan blockhain tersebut tetapi persaingan yang ditawarkan berkenaan yuran gas mempunyai ekosistem yang kurang bagus. Sebagai contoh, populariti Ethereum dan kekurangan alternatif telah menyebabkan trafik dan bayaran yang hampir kekal tinggi tanpa pelepasan. Pada waktu-waktu tertentu, pemindahan kecil berharga lebih daripada $10 dan interaksi smart contract yang kompleks adalah lebih mahal.

Kebolehoperasian

Projek dan perniagaan yang berbeza mempunyai keperluan mereka sendiri apabila berkaitan dengan blockchain. Sebelum ini, projek perlu berfungsi sama ada dengan Ethereum, blockchain individu lain yang tidak disesuaikan dengan keperluan mereka, atau blockchain peribadi. Walau bagaimanapun, mencari keseimbangan antara kebolehubahsuaian dan kerjasama antara pelbagai blockchain adalah mencabar. Avalanche menawarkan penyelesaiannya kepada masalah tersebut dengan subnet dan penggunaan blockchain yang berkongsi keselamatan, kelajuan dan keserasian rangkaian.

Bagaimanakah Avalanche berfungsi?

Untuk menyelesaikan masalah yang digariskan, Avalanche menggunakan gabungan kaedah yang menjadikannya agak unik. Sebagai permulaan, Avalanche sebenarnya terdiri daripada tiga blockchain yang saling beroperasi (interoperable) iaitu X-Chain, C-Chain dan P-Chain.

1. Chain Pertukaran (X-Chain). Chain ini digunakan untuk mencipta dan menukar token AVAX dan aset digital yang lain. Aset ini mempunyai peraturan yang boleh diubah suai yang mengawal tingkah laku mereka, sama seperti standard token Ethereum. Yuran transaksi dibayar dalam AVAX dan blockchain menggunakan protokol konsensus Avalanche.

2. Chain Kontrak (C-Chain). C-Chain ialah tempat di mana pembangun boleh mencipta smart contract untuk DApps. Chain ini melaksanakan contoh seperti Ethereum Virtual Machine (EVM), membenarkan para pengekod untuk menggantikan (fork) DApps yang serasi dengan EVM. Ia menggunakan versi protokol konsensus Avalanche yang diubah suai yang dipanggil Snowman.

3. Chain Platform (P-Chain). Chain ini menyelaraskan pengesah rangkaian, menjejaki subnet aktif dan membenarkan penciptaan subnet baharu. Subnet ialah kumpulan pengesah yang menyediakan konsensus untuk blockchain tersuai (custom blockchain). Blockchain boleh disahkan oleh hanya satu subnet, tetapi setiap subnet boleh mengesahkan pelbagai blockchain. P-Chain juga menggunakan protokol konsensus Snowman.

Dengan setiap blockchain mengambil peranan yang berbeza, Avalanche meningkatkan kelajuan dan kebolehskalaan berbanding menjalankan semua proses pada satu chain sahaja. Para pembangun telah menggabungkan aspek ini dengan dua mekanisme konsensus berbeza yang disesuaikan dengan keperluan setiap blok. Menghubungkan semua blockchain ini bersama-sama ialah token utiliti asli Avalanche AVAX. Pengguna memerlukan token untuk stake dan membayar yuran rangkaian, memberikan ekosistem aset yang boleh digunakan bersama antara subnet Avalanche yang berbeza.

Bagaimanakah mekanisme konsensus Avalanche berfungsi?

Terdapat banyak persamaan antara dua protokol konsensus Avalanche. Walau bagaimanapun, setiap satu disesuaikan dengan blockchain-blockchain tertentu. Sistem dwi ini merupakan sebab utama untuk kebolehskalaan rangkaian dan kelajuan pemprosesan transaksi yang lebih baik.

Avalanche

Protokol konsensus Avalanche tidak memerlukan pemimpin untuk mencapai konsensus seperti Proof of Work (PoW), Proof of Stake (PoS) atau Delegated Proof of Stake (DPoS). Faktor ini meningkatkan desentralisasi rangkaian Avalanche tanpa mengorbankan skalabiliti. Sebaliknya, PoW, PoS dan DPoS akhirnya mempunyai satu aktor memproses transaksi, yang kerjanya kemudian disahkan oleh orang lain.

Avalanche menggunakan semua nod untuk memproses dan mengesahkan transaksi dengan melaksanakan protokol konsensus yang dioptimumkan directed acylic graph (DAG). DAG membenarkan rangkaian memproses transaksi secara selari. Pengesah meninjau pengesah lain secara rawak untuk menentukan sama ada transaksi baharu adalah sahih. Selepas jumlah tertentu subsampel rawak berulang ini, ia terbukti secara statistik bahawa hampir mustahil untuk transaksi menjadi palsu.

Semua transaksi dimuktamadkan serta-merta tanpa pengesahan lain diperlukan. Ini bermakna tiada block seperti yang dilihat dalam blockchain tradisional tetapi sebaliknya transaksi induk yang dikenali sebagai vertices. Menjalankan nod pengesah dan mengesahkan transaksi mempunyai keperluan perkakasan yang rendah dan boleh diakses, yang membantu dengan prestasi dan desentralisasi.

Snowman

Protokol konsensus Snowman dibina pada protokol konsensus Avalanche tetapi transaksi disusun secara linear. Pemilikan ini bermanfaat apabila berurusan dengan smart contract. Tidak seperti protokol konsensus Avalanche, Snowman mencipta block.

Baca juga: Apa Itu Harmony (ONE)?

Token AVAX

AVAX ialah token asli Avalanche dengan bekalan terhad sebanyak 720 juta. Semua yuran yang dibayar pada rangkaian dibakar sebagai mekanisme deflasi. Token tersebut mempunyai tiga kes penggunaan utama:

1. Anda boleh stake AVAX anda untuk menjadi pengesah atau mewakilkannya di bawah pengesah. Pengesah boleh memperoleh sehingga 11% Hasil Peratusan Tahunan (Annual Percentage Yield, APY) dan tetapkan yuran peratusan tersuai (custom percentage fee) ganjaran yang mereka dapat daripada pewakil yang menyokong mereka.

2. AVAX berfungsi sebagai unit akaun biasa untuk semua subnet, meningkatkan kebolehoperasian.

3. Yuran transaksi dan langganan subnet perlu dibayar dalam AVAX.

Bagaimanakah anda stake AVAX?

Pemegang AVAX boleh memperoleh ganjaran dengan stake token mereka dengan rangkaian. Anda boleh memperoleh ganjaran dengan menjadi pengesah atau dengan stake token dengan pengesah. Untuk menjadi pengesah (validator) anda perlu stake sebanyak 2000 AVAX.

Keperluan perkakasan adalah cukup rendah sehinggakan kebanyakan komputer riba atau desktop standard sepatutnya sesuai untuk mulakan pengesahan. Anda juga boleh stake token di bawah pengesah dan menerima ganjaran apabila pengesah berjaya mengesahkan transaksi.

Blokchain Avalanche yang boleh disesuaikan

Pada peringkat asasnya, Avalanche menawarkan fungsi yang sama seperti Ethereum. Pembangun boleh mencipta token dan NFT baharu, smart contract dan DApps. Pengguna boleh stake, mengesahkan transaksi dan menggunakan DApps. Faedah Avalanche menurut mereka, datang daripada penambahbaikan yang dibuat untuk tindakan ini. Sebagai ciri tambahan, Avalanche juga membenarkan penciptaan blockchain yang boleh dikendalikan dan disesuaikan.

Blockchain tersuai (customized blockchain) menggunakan platform yang sangat berskala sangat sesuai dengan keperluan perusahaan besar. Ia lebih mudah untuk blockchain tersuai untuk berinteraksi dengan orang lain dalam ekosistem dan memanfaatkan keselamatan mereka. Avalanche mempunyai Avalanche Virtual Machine (AVM) sendiri yang juga serasi dengan (EVM). Pembangun yang biasa dengan bahasa pengekodan Solidity Ethereum boleh menggunakan Avalanche dengan mudah dan juga membawa projek sedia ada.

Setiap blockchain boleh mempunyai token asli tersuai (custom native token) dan yuran transaksi boleh dibayar dengannya. Terdapat yuran penciptaan yang dibayar dalam AVAX untuk mencipta subnet dan blockchain. Penyelenggara subnet juga mesti mengesahkan dalam subnet utama untuk mengesahkan subnet tersuai (custom subnet).

Bagaimanakah Avalanche berbeza daripada blockchain berskala yang lain?

Masalah dan penyelesaian yang telah kami bawa tidak unik untuk Avalanche. Malah, Avalanche sedang bersaing dengan platform berskala lain dan blockchain saling beroperasi (interoperable) seperti Polkadot, Polygon dan Solana. Jadi apakah yang menjadikan Avalanche berbeza daripada alternatif?

Mekanisme konsensus

Setakat ini, perbezaan yang paling ketara ialah mekanisme konsensus Avalanche yang dioptimumkan oleh DAG. Walau bagaimanapun, Avalanche bukan satu-satunya blockchain dengan mekanisme konsensus baru. Solana mempunyai Proof of History yang didakwa boleh mengendalikan sehingga 50,000 TPS (Transactions Per Second) mengatasi 6,500 TPS tuntutan Avalanche. Namun, kesahihan kedua-dua tuntutan ini dalam penggunaan kehidupan sebenar tidak pasti.

Kelajuan transaksi dan penyelesaian

Satu lagi perbezaan yang ketara ialah masa akhir Avalanche iaitu sub 1 saat. Apakah maksud ini sebenarnya? TPS hanyalah satu metrik apabila mengukur kelajuan. Kita juga perlu mengambil kira masa yang diperlukan untuk menjamin bahawa transaksi dimuktamadkan dan tidak boleh diterbalikkan atau diubah. Anda boleh memproses 100,000 transaksi dalam satu saat, tetapi jika terdapat kelewatan dalam pemuktamadkan, rangkaian masih akan menjadi lebih perlahan untuk pengguna.

Desentralisasi

Salah satu tuntutan terbesar Avalanche ialah komitmennya terhadap desentralisasi. Berbanding dengan saiz dan umurnya, ia mempunyai bilangan pengesah yang besar kerana keperluannya yang agak minimum. Walau bagaimanapun, apabila harga AVAX telah meningkat, ia menjadi lebih mahal untuk menjadi pengesah (validator).

Blockchain yang boleh saling beroperasi

Blockchain saling beroperasi (interoperable) Avalanche juga tidak terhad dalam jumlah. Ini adalah dalam persaingan langsung dengan Polkadot, salah satu projek paling terkenal yang menawarkan blockchain tersuai dan boleh saling beroperasi (interoperable). Polkadot mempunyai ruang terhad yang dilelong dalam lelongan Slot Parachain, manakala Avalanche berfungsi dengan yuran langganan yang mudah.

Kesimpulan

Dengan platform Decentralized Finance (DeFi) yang mencari alternatif Ethereum, blockchain seperti Avalanche adalah menarik disebabkan keserasian EVM mereka dan yuran yang rendah. Walau bagaimanapun, platform DeFi sudah mempunyai senarai panjang platform alternatif apabila berkaitan dengan kebolehskalaan dan kelajuan. Avalanche telah meningkat dalam populariti sejak dikeluarkan, tetapi sama ada ia akan dapat bersaing dengan blockchain lain seperti Solana atau Polygon masih belum dapat dilihat.

Sumber daripada binance academy, coinmarketcap dan mycryptoversity

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai seorang Coiner berjaya seperti 16 orang student kami yang sudah menjadi jutawan crypto.

error: Content is protected !!