9 minit bacaan

Cosmos ialah ekosistem rangkaian dan alatan (networks and tools) untuk mewujudkan blockchain yang saling beroperasi. Chain utamanya iaitu Cosmos Hub berfungsi sebagai lejar pusat untuk blokchain serasi (compatible blockchain) yang dipanggil Zone. Setiap Zone sangat boleh diubahsuaikan (customizable), membolehkan pembangun untuk mereka bentuk mata wang kripto mereka sendiri dengan penggunaan tetapan pengesahan blok (custom block validation settings) dan ciri-ciri lain.

Zone dicipta menggunakan Cosmos SDK yang menyediakan asas yang diperlukan untuk membangunkan blockchain Cosmos. Lapisan konsensus (consensus layer) tetap Cosmos SDK iaitu Tendermint Core menyediakan mekanisme konsensus berasaskan pengesah yang boleh digunakan merentasi pelbagai blockchain Cosmos. Walau bagaimanapun, setiap Zone boleh memilih dengan terperinci cara pengesahnya dipilih.

Untuk mainnet Cosmos Hub, blockchain Cosmos memilih 100 pengesah daripada set teratas nod (top set of nodes) yang stake ATOM iaitu coin utiliti blockchain Cosmos. Kuasa mengundi diberikan kepada setiap pengesah berdasarkan jumlah ATOM yang distake. Ketua pengesah kemudian mencadangkan blok baharu untuk diundi oleh orang lain. Blok yang berjaya akan memberikan ganjaran blok kepada pengesah dan dikongsi dengan pengguna yang stake ATOM di bawah pengesah pilihan mereka.

Selain daripada mekanisme konsensus Cosmos Hub, ATOM juga digunakan untuk membayar yuran transaksi dan mengambil bahagian dalam perundian tadbir urus (governance vote). Pengesah juga mesti mengambil bahagian dalam proses cadangan atau penghadapan hukuman.

Pengenalan

Bersama-sama dengan skalabiliti, saling beroperasi (interoperability) sentiasa menjadi masalah utama untuk diselesaikan dalam dunia blockchain. Selepas lebih sedekad sejak blockchain Bitcoin pertama, kita kini mempunyai pelbagai pilihan apabila ia berkaitan dengan rangkaian blockchain yang saling beroperasi. Cosmos mungkin menjadi salah satu pilihan paling popular di luar sana bersama dengan mekanisme konsensus Tendermint dan alat pembangun sumber terbukanya (open-source developer tools). Mari kita terokai dengan terperinci mengapa Cosmos kekal sebagai pilihan popular dan bagaimana ia membolehkan blokchain bekerjasama dengan mudah.

Bagaimana Cosmos (ATOM) berfungsi?

Cosmos ialah projek yang menumpukan pada penciptaan rangkaian blockchain berbeza yang boleh saling beroperasi (interoperable). Diasaskan pada tahun 2014 oleh Ethan Buchman dan Jae Kwon, rangkaian Cosmos terdiri daripada mainnet blockchain Proof of Stake dan blockchain yang boleh diubah suai (customized blockchain) dikenali sebagai Zone.

Chain utama Cosmos iaitu Cosmos Hub memindahkan aset dan data antara Zone yang disambungkan dan menyediakan lapisan keselamatan yang dikongsi (shared layer of security). Ini semua berfungsi bersama menggunakan Tendermint iaitu penggunaan mekanisme konsensus blockchain Cosmos dan interface aplikasi umum. Yuran dalam rangkaian blockchain Cosmos perlu dibayar menggunakan ATOM.

Rangkaian Cosmos dibahagikan kepada tiga lapisan berbeza:

1. Rangkaian (networking) – Membenarkan pengesahan transaksi dan mesej konsensus lain untuk berkomunikasi dengan blockchain hub.

2. Aplikasi (application) – Mengemas kini rangkaian mengenai keadaan baru transaksi dan baki.

3. Konsensus (consensus) – Menyusun nod dalam cara bagaimana mereka bersetuju untuk menambah transaksi baharu.

Tiga lapisan ini digabungkan melalui koleksi alat dan aplikasi sumber terbuka (collection of open-source tools and applications). Sebagai contoh, Tendermint mempakej lapisan rangkaian (networking) dan konsensus (consensus) ke dalam enjin yang sedia untuk digunakan (ready-to-use engine). Pembangun Blockchain yang menggunakan Tendermint hanya perlu memfokuskan pada lapisan aplikasi di mana dapat menjimatkan masa dan sumber mereka.

Contoh perhubungan antara Zone dan Hub

Apa itu Cosmos Hub?

Cosmos Hub adalah blockchain utama Cosmos yang menghubungkan blockchain yang boleh diubahsuai yang lain dikenali sebagai Zone. Ia melakukan ini dengan memantau keadaan setiap Zone melalui Inter-Blockchain Communication Protocol (IBCP). Melalui protokol ini, maklumat boleh bergerak dengan mudah antara mana-mana Zone yang disambungkan ke Cosmos Hub.

Cosmos Hub bertindak sebagai lejar pusat untuk ekosistem di mana Zone bertukar mesej IBC. IBC menggunakan dua jenis transaksi iaitu IBCBlockCommitTx dan IBCPacketTx. IBC pertama menyampaikan hash blok terbaharu dalam mana-mana Zone tertentu. IBC kedua membolehkan Zone membuktikan bahawa satu paket maklumat adalah sah dan diterbitkan oleh applikasi pengirim.

Bayangkan dua DApp di dua Zone berbeza ingin berkomunikasi antara satu sama lain. Untuk merealisasikan perkara ini, mesej IBC dihantar ke Cosmos Hub yang merekodkan interaksi tersebut. Mesej disampaikan melalui Cosmos Hub dan setiap Zone juga merekodkan hasil interaksi mereka pada blockchain mereka sendiri. Kemudian, terhasillah bukti di tiga blockchain berasingan berkenaan aktiviti tersebut. Keupayaan untuk blockchain berinteraksi antara satu sama lain telah memberikan Cosmos nama samaran “The Internet of Blockchains.”

Apa itu Cosmos Zone?

Blockchain Cosmos yang boleh diubahsuai dikenali sebagai Zone digunakan untuk pelbagai jenis aplikasi yang berbeza. Istilah ini ialah nama alternatif untuk sidechain yang anda mungkin sudah biasa dengar contohnya seperti projek blockchain Polygon. Setiap Zone boleh mengesahkan transaksinya sendiri, mencetak token dan melaksanakan pembangunan tersuai (custom development). Walaupun dengan perbezaan ini, semua Zone masih boleh berinteraksi dengan mana-mana Zone lain dalam sistem Cosmos selagi mereka mempunyai kebenaran untuk berbuat demikian.

Zone menggunakan seni bina Hub & Spoke yang mana Hub bertindak seperti penghala untuk Zone yang berbeza. Cosmos Hub ialah salah satu Hub yang paling popular tetapi Hub lain juga wujud. Sesiapa sahaja boleh membuat blockchain Hub atau Zone kerana rangkaian tersebut tanpa kebenaran (permissionless) sepenuhnya. Tetapi, setiap Zone atau Hub mempunyai kuasa untuk menolak blockchain lain yang ingin berhubung dengan mereka.

Apabila membuat perhubungan dengan Hub, blockchain boleh menyambung ke mana-mana Zone yang disambungkan ke Hub yang sama. Hub juga boleh bersambung antara satu sama lain. Selain itu, sesiapa sahaja boleh fork Cosmos Hub dan melancarkan versi mereka sendiri seperti yang dilakukan oleh Binance Chain pada tahun 2019.

Apa itu Cosmos SDK?

Cosmos SDK ialah kit pembangunan perisian sumber terbuka (open-source software development kit) yang membolehkan pengguna mencipta custom blockchain. Protokol konsensus tetap Cosmos SDK ialah Tendermint Core tetapi terdapat pelbagai modul pra-bina (pre-built module) yang berbeza yang boleh anda gunakan. Menggunakan Cosmos SDK memudahkan proses dengan ketara dan menawarkan semua standard yang anda harapkan semasa membina blockchain.

Ia sangat boleh diubahsuai dengan plug-in, jadi pengguna boleh mereka bentuk ciri dan sifat baharu. Kedua-dua blockchain Proof of Stake awam (public Proof of Stake) dan blockchain Proof of Authority yang dibenarkan (permissioned Proof of Authority) boleh dibuat dengan Cosmos SDK. Binance Chain hanyalah satu contoh blockchain yang dibuat menggunakan Cosmos SDK.

Baca juga: Apa Itu Near Protocol? | Apa Itu Polygon (MATIC)? | Pakar Mengatakan Pelaburan Kripto Akan Mengatasi Pelaburan Tradisional Dalam 10 Tahun

Apa itu ATOM?

ATOM ialah coin asli (native coin) Cosmos yang mempunyai tiga kes penggunaan utama:

1. Pengguna mesti membayar yuran transaksi mereka menggunakan ATOM, berkadar dengan kuasa pengiraan (computational power) yang diperlukan.

2. ATOM juga digunakan untuk mengambil bahagian dalam sistem tadbir urus Cosmos Hub. Lebih banyak ATOM yang anda miliki, lebih banyak kuasa mengundi yang anda ada dalam keputusan platform.

3. Coin distake di bawah pengesah untuk ganjaran apabila mengambil bahagian dalam algoritma konsensus.

ATOM telah diedarkan melalui Initial Coin Offering (ICO) dan ia tidak mempunyai had bekalan, menjadikannya coin inflasi. Ini disebabkan oleh Tendermint Core memberi ganjaran kepada staker dengan ATOM yang baru dicetak. Kadar inflasi diselaraskan dalam masa nyata berdasarkan jumlah yang distake dan jumlah staker.

Bagaimana untuk membeli ATOM?

Anda boleh membeli ATOM dengan mudah di pertukaran Binance. Jika anda belum mendaftar untuk akaun Binance atau melengkapkan KYC (Know Your Customer) dan AML (Anti-Money Laundering), pastikan anda berbuat demikian sebelum membeli ATOM. Langkah-langkahnya mudah sahaja seperti berikut:

1. Log masuk ke akaun Binance anda dan pergi pada tab [Trade]. Pilih sama ada paparan dagangan [Classic] atau [Advanced].

2. Pergi pada pasangan dagangan yang dipaparkan di sebelah kiri, cari ATOM dan pilih pasangan dagangan yang sesuai. Dalam contoh ini, kami akan menggunakan [ATOM/BUSD].

3. Pilih jenis order yang anda mahu dan masukkan jumlah yang anda ingin beli. Di sini kami telah memilih market order. Semak semula butiran pesanan anda dan klik [Buy ATOM] untuk menyerahkan pembelian anda.

Apa itu Tendermint?

Tendermint ialah protokol yang menyediakan kedua-dua mekanisme konsensus blockchain (Tendermint Core) dan alat (Tendermint ABCI) yang membolehkan aplikasi menyambung ke enjin konsensus Tendermint Core. Tendermint Core ialah protokol konsensus tetap Cosmos yang juga Byzantine Fault Tolerant (BFT). BFT dalam terma mudah bermaksud mengesahkan transaksi baharu masih boleh dilakukan dengan peserta yang tidak bekerjasama atau peserta yang berniat jahat.

Dengan Tendermint Core, pengesah mengurus node yang mengekalkan salinan data blockchain. Bukan setiap full node adalah pengesah kerana terdapat had 100 pengesah sahaja pada Cosmos Hub. Pengesah yang mengesahkan transaksi mengundi blok baharu yang akan ditambah pada chain.

Pengesah mendapat kedudukan mereka dengan stake ATOM sebagai node. 100 nod teratas mengikut nilai stake kemudian menjadi pengesah dengan kuasa mengundi berkadar dengan ATOM yang distake. Pengguna juga boleh mewakilkan ATOM mereka di bawah pengesah sebagai balasan untuk sebahagian daripada ganjaran blok.

Mekanisme ini memberi insentif kepada pengesah untuk berkelakuan kerana pengguna boleh stake ATOM mereka dengan mudah di bawah pilihan yang lebih dipercayai. Untuk menambah blok baharu, satu set 100 pengesah mencapai kata sepakat pada setiap blok melalui pengundian. Pengundian berlaku secara pusingan berdasarkan cadangan blok daripada seorang ketua.

Mengapa Tendermint penting?

Tendermint (BFT) telah terbukti popular kerana:

1. Kesesuaian untuk blockchain public dan private. Tendermint (BFT) hanya berurusan dengan lapisan rangkaian (networking) dan konsensus (consensus) blockchain Cosmos. Ia menggariskan cara pengesah bersetuju dengan transaksi dan berkongsi maklumat, tetapi pembangun masih boleh mengubahsuai lapisan aplikasi (application layer). Setiap Zone boleh memilih cara pengesahnya dipilih dan jika blockchain itu awam (public) atau dibenarkan (permissioned).

2. Prestasi tinggi. Tendermint (BFT) mempunyai masa blok sekitar 1 saat dan juga boleh memproses beribu-ribu transaksi sesaat.

3. Finality transaksi dengan serta-merta. Transaksi disahkan sebaik sahaja blok dicipta (selagi majoriti pengesah rangkaian jujur). Berbanding dengan blockchain seperti Ethereum (ETH) atau Bitcoin (BTC), pengguna Cosmos dengan yakin boleh menerima transaksi dengan pengesahan blok yang lebih sedikit.

4. Keselamatan. Jika blockchain melakukan fork dan membuat dua sejarah transaksi yang berbeza, adalah mudah untuk memegang akauntabiliti dan mendapatkan sebab mengapa ia berlaku.

Kesimpulan

Cosmos ialah salah satu daripada penyelesaian pertama yang tersedia untuk mencipta blockchain yang saling beroperasi dan kekal sebagai pilihan popular. Tendermint (BFT) dan Cosmos SDK masih merupakan kedua-dua tool berkuasa yang digunakan dalam penciptaan blockchain hari ini. Walau bagaimanapun, sejak 2017 kami telah melihat lebih banyak tumpuan pada sidechain yang berfungsi dengan blockchain trafik tinggi seperti Ethereum. Sama ada trend ini akan berterusan masih belum dapat dilihat. Namun begitu, Cosmos mempunyai rancangan untuk mengembangkan trend semasa termasuk NFT, cagaran DeFi ( DeFi collateralization) dan interchain staking memberikannya peluang untuk meningkatkan populariti mereka pada masa hadapan.

Sumber bacaan daripada binance academy, coinmarketcap, mycryptoversity, blockchain council dan cryptoslate

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai seorang Coiner berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan crypto.

error: Content is protected !!