Apa itu Cryptocurrency? 

Bitcoin bermula pada tahun 2009 dan telah mengubah sistem kewangan dunia untuk selama-lamanya. Ini adalah bentuk wang internet pertama untuk menyelesaikan masalah perbelanjaan berganda dalam sistem yang terdesentralisasi. Penemuan baru ini menghasilkan gelombang kejutan besar di dunia kewangan dan ekonomi secara amnya (Fintech). Hari ini kita masih memikirkan akibat penemuan terhebat ini dan hasil atau kesan nya tidak akan dapat dilihat dalam beberapa dekad yang akan datang.

Ianya dicipta untuk kegunaan dan keperluan generasi akan datang.

 

Seperti mana kita generasi hari ini mendapat tuah menikmati hasil penciptaan bersejarah oleh generasi sebelum ini seperti penciptaan mentol lampu, telepon, kenderaan, elektrik, kamera dan bermacam lagi, dimana pada masa semua ini dicipta generasi dulu tidak sempat menikmati seperti mana kita nikmati hari ini, hasil dari cetusan ideal mereka.

Setelah Bitcoin wujud, dunia kripto mula dibanjiri kemunculan Altcoin (alternative coin) yang menyalin reka bentuk asli ciptaan Satoshi Nakamoto. Yang kemudian munculnya Ethereum dengan rantaian blok (blockchain) yang dapat diprogramkan semula yang mana telah mewujudkan ledakan ICO pada tahun 2017 dan 2018. Sekarang, fenomena Kewangan Terdesentralisasi melanda segenap ruang kehidupan kita.

Dalam lebih dari satu dekad, crypto & blockchain telah mengalami perubahan besar, walaupun ia masih belum mula diperluaskan adopsi asasnya.

Melihat kembali kepada semua perkembangan ini, adalah penting untuk kita undur kembali dan mengajukan soalan asas.

Apakah Sebenarnya Cryptocurrency?

Hari ini jawapannya telah menjadi lebih kompleks sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi ini juga adalah teka-teki yang menentukan teras teknologi. Kerana pada akhirnya, matawang crypto yang terdesentralisasi ini akan mengubah kehidupan di dunia ini buat selamanya.

Baca juga : Apa itu Airdrop Cryptocurrency?

Photo : DigiCash Team

PERMULAAN KEPADA KEWUJUDAN CRYPTOCURRENCY

Mari kita lihat permulaan sejarah ‘online payment’,  bagaimana ideal ini terhasil, apakah cabaran dan apakah pencapaian dan menyelesainnya.

Pada awalnya impian usahawan internet adalah untuk memindahkan sepenuhnya wang mereka ke laman web, laman web yang tidak hanya mempunyai sistem pembayaran yang berfungsi menggunakan 1 mata wang nasional seperti USD semata-mata. Ideanya adalah mempunyai wang tunai digital yang dapat berfungsi dan dikeluarkan melalui internet di mana-mana tempat diseluruh dunia tanpa bergantung pada bank pusat dan pihak berkuasa.

Terdapat banyak percubaan telah dilakukan untuk mencapai ideal ini, seperti DigiCash (foto di atas) dan e-gold. Kedua-duanya kampeni ini dimulakan pada awal 90-an, dan mati pada dekad yang sama.

Banyak penyebab yang menyebabkan kematian perkhidmatan ‘online payment’ ketika itu seperti ketiadaan teknologi, kekurangan infrastruktur, penggunaan yang buruk, dan lain-lain. Sudah tentu semua ini dapat diatasi, tetapi di dalam perlaknaannya cabaran yang paling utama adalah maslaah untuk mendapatkan pihak ketiga yang boleh dipercayai. Semua percubaan awal ini mempunyai sistem pusat yang mengawal keseimbangan pengguna.

Struktur atau modal seni bina reka bentuk ini bermaksud bahawa seseorang atau sesuatu perniagaan harus meletakkan semua kepercayaannya pada sebuah syarikat (pihak ke-3). Entiti ini yang dapat mengubah atau memindahkan dana sesuka hati, ini boleh memyebabkan risiko besar dimana kemungkinan ledger boleh diubah jika sipelaku tidak jujur. Kemudiannya beberapa teknologi baru muncul untuk menyelesaikan masalah ini tetapi peristiwa Dotcom Buble 1998 telah mengakhiri kitaran ini dan impian wang tunai yang sepenuhnya didigitalkan hilang begitu saja.

Sehingga lah pada tahun 2009 sejarah dibuat dengan ‘White Paper’ Bitcoin: Sistem Tunai Elektronik Peer-to-Peer. Dokumen tersebut menerangkan rangkaian komputer yang saling berkaitan membentuk lejar terdesentralisasi yang mampu mengesan transaksi dan menjaga keseimbangan dalam rangkaian global. Sistem ini akan melaksanakannya tanpa perlu pihak berkuasa berpusat (central authority) mengawasi semua pergerakan transaksi kewangan.

Dalam ‘White Paper’ tersebut matawang yang akan digunakan dinamakan Bitcoin yang akan dihasilkan secara progresif oleh komputer yang terlibat dalam rangkaian perlombongan. Proses intensif komputer digunakan untuk mengesahkan setiap transaksi dan menjamin integriti dalam rangkaian. Dengan ini, pada tahun 2009 seorang yang misteri bernama Satoshi Nakamoto telah menyelesaikan masalah perbelanjaan yang berganda ini dan mereka bentuk model pihak ketiga yang boleh dipercayai.

Dua perkara utama yang diselesaikan disini, iaitu yang pertama Bitcoin dapat menghapuskan penggunaan dana yang sama yang menggunakan 2 kali transaksi berbeza dan yang kedua menghapuskan kuasa pusat (central authority) atau kerajaan sesebuah negara yang sebelum ini dianggap satu-satunya cara atau pihak berkuasa mampu mencegah penipuan jenis ini.

Jelas sekali, dengan wujudnya teknologi desentralisasi ini, Dunia kita kini tidak akan pernah sama.

 Baca juga : PayPal secara Rasmi Membenarkan Urusniaga Bitcoin dan Crypto

“Usaha saya untuk belajar tentang Bitcoin dan Blockchain bermula apabila saya hadiri seminar yang Tuan Mayee anjurkan di Shah Alam (2019). Terima kasih juga kerana memberi tunjuk ajar cara membeli Bitcoin pertama kepada saya yang sangat naif waktu itu. Alhamdulillah hari ini saya sudah menikmati pelaburan Bitcoin dan Crypto lain.. Perjalanan masih panjang tetapi setiap kejayaan bermula dari langkah pertama yang tepat. Syabas Tuan Mayee..!

Mohd Ridzuan Amin - Subang Jaya

 

Ciri-Ciri Cryptocurrency

Cryptocurrency adalah bentuk wang digital yang dihasilkan secara kriptografi yang menjadikannya hampir mustahil untuk dipalsukan. Ledgernya tidak bergantung kepada mana-mana pihak berkuasa pusat untuk terus diperbaharui. Kebanyakan cryptocurrency semasa bergantung pada struktur data yang dikenali sebagai blockchain. Di mana urus niaga, atau perhitungan, disusun dalam kumpulan yang dikenal sebagai blok, di mana setiap penambahan baru merujuk kepada blok yang sebelumnya dengan mencantumkan maklumat yang terdapat di blok sebelumnya, jika maklumat dari blok sebelumnya adalah salah, maka penambahan baru di blok seterusnya tidak akan berlaku dan apa yang menariknya ialah proses ini berlaku dengan sendirinya di dalam rangkaian blok (blockchain) tanpa perlu dikawal oleh seseorang atau pihak berkuasa.

Oleh itu, boleh kita simpulkan bahawa Cryptocurrency adalah:

  • Dijamin dengan sifat kriptografi
  • Menjalankan sistem dalam edaran.
  • Tidak bergantung pada pihak berkuasa pusat.
  • Gunakan lejar yang dikemas kini sendiri.
  • Boleh diakses dari mana sahaja di dunia dengan sambungan internet.

Ini adalah sebilangan dari ciri- ciri yang banyak digunakan oleh cryptocurrency yang muncul dalam dekad lalu. Banyak juga Cryptocurrency yang melakukan pengubahsuaian dan penambahbaikan dari reka bentuk asal.

Baca juga : Pelabur ‘Tua’ Memilih Emas, Bitcoin Pilihan Pelabur Muda – JPMorgan

Jenis Cryptocurrency

Terdapat banyak cara untuk mengklasifikasikan jenis cryptocurrency. Di sini saya gunakan pendekatan generasi.

Generasi Pertama: generasi cryptocurrency pertama berdasarkan reka bentuk Bitcoin menggunakan contoh blockchain dan Proof of Work selain Bitcoin, cryptocurrency lain adalah seperti: Litecoin, Bitcoin Gold, Bitcoin Cash, Monero, dll. Crypto ini terdiri daripada ‘Hard Fork’ rangkaian bitcoin dan beberapa coin persendirian.

Insya Allah saya akan kongsikan artikel berkenaan Bitcoin Hard Fork dalam posting akan datang.

Generasi Kedua: Crypto generasi ini dikenali sebagai blockchain yang dapat diprogramkan. Di sini cryptocurrency utama rangkaian tidak hanya digunakan sebagai wang, tetapi juga sebagai cara untuk membayar rangkaian bagi menjalankan kontrak pintar (Smart Contract). Program kecil yang dapat digunakan untuk melakukan operasi yang berjalan di atas blockchain ini. Dalam generasi ini juga, kita dapat melihat coin pertama yang tidak menggunakan blockchain sebagai struktur data. Contoh utama tentunya Ethereum, Tron, IOTA, dll.

Generasi Ketiga: Crypto ini adalah projek enovasi yang di pertingkatkan dari generasi kedua. Secara amnya ia menggunakan Proof of Stake (PoS) sebagai mekanisme konsensus – generasi pertama dan kedua menggunakan Proof of Work (PoW). Walau bagaiimana pun cryptocurrency gen-3 ini belum beroperasi sepenuhnya, jadi agak sukar bagi saya untuk membuat tuntutan spesifik mengenai mereka. Tapi saya bagi beberapa contoh adalah Cardano, Tezos, Cosmos, dll.

Dunia cryptocurrency telah berubah dengan cepat dalam jangka masa yang sangat singkat. Dengan awal permulaannya yang sederhana, kini ia telah menguasai dunia maya dan mula mengubah sistem kewangan dan ekonomi dunia. Masa depan teknologi yang dibawakan oleh cryptocurrency ini baru saja mula terbentuk, tetapi pada peringkat awal ini ia telah memberikan kesan yang sangat besar kepada dunia hari ini.

Cryptocurrency ada bersama kita di sini hari ini adalah untuk kekal. Tidak ada cara untuk menghapus teknologinya sekarang kerana ia telah digunakan oleh begitu banyak orang diseluruh dunia.

Perubahan yang akan datang akan menjadikannya lebih cepat dan lebih ramah untuk digunakan, tetapi pembinaan rangkaian blok masa depan ini, disusun diolah di sini, hari ini, saat ini.

Apa pendapat korang? Adakah korang mempunyai idea untuk dikongsi?

Sila komen di bawah

 Ikuti Kami di : Telegram | Facebook

Baca juga : Apakah Itu ALTCOINS ?

Dapatkan Percuma RM25BTC dengan pembelian pertama RM250 aset Crypto di Luno (klik photo)

<<< Back

error: Content is protected !!