6 minit bacaan
Apa itu Cryptoeconomics?
Dalam terma mudah, kriptoekonomi (atau biasanya disebut sebagai cryptoeconomics) menyediakan cara untuk menyelaraskan tingkah laku peserta rangkaian dengan menggabungkan kriptografi dengan ekonomi.
Lebih khusus lagi, cryptoeconomics adalah bidang sains komputer yang cuba untuk menyelesaikan masalah koordinasi peserta dalam ekosistem digital melalui kriptografi dan insentif ekonomi.
Ia adalah penting untuk mempertimbangkan cryptoeconomics ketika membina rangkaian yang terdesentralisasi kerana mekanisme inilah yang menyediakan cara untuk menyelaraskan insentif peserta tanpa memerlukan pihak ketiga yang dipercayai (trusted third parties).
Daripada menjadi sebahagian daripada ekonomi tradisional, cryptoeconomics adalah gabungan teori permainan, reka bentuk mekanisme, matematik, dan metodologi lain dari bidang ekonomi. Matlamat utama adalah untuk memahami bagaimana membiayai, mereka bentuk, membangun, dan memudahkan operasi rangkaian yang terdesentralisasi.
Artikel ini akan mendalami asal-usul cryptoeconomics dan peranannya dalam reka bentuk Bitcoin dan rangkaian terdesentralisasi yang lain.
Apakah masalah yang diselesaikan oleh cryptoeconomics?
Sebelum kemunculan Bitcoin, dipercayai adalah amat mustahil untuk membuat rangkaian peer-to-peer di mana konsensus dicapai tanpa pendedahan yang signifikan terhadap serangan dan kesalahan (attacks and faults).
Masalah ini sering disebut sebagai Byzantine General’s Problem. Ia adalah dilema logik yang menunjukkan bagaimana, dalam sistem yang diedarkan adalah sangat penting untuk pelaku (actors) yang berlainan mencapai persetujuan. Masalah tersebut beranggapan bahawa disebabkan beberapa pelaku (actors) mungkin tidak boleh diharapkan, persetujuan tidak akan pernah dapat dilakukan dan rangkaian tidak dapat berfungsi seperti yang diharapkan.
Dengan penciptaan Bitcoin, Satoshi Nakamoto memperkenalkan insentif ekonomi kepada rangkaian peer-to-peer dan menyelesaikan masalah ini.
Sejak itu, rangkaian yang terdesentralisasi terus bergantung pada kriptografi untuk mencapai kata sepakat (consensus) mengenai keadaan rangkaian dan sejarah sebelumnya. Kebanyakan rangkaian juga telah memasukkan insentif ekonomi yang mendorong peserta rangkaian untuk berkelakuan dengan cara tertentu.
Sinergi protokol kriptografi dengan insentif ekonomi ini membolehkan ekosistem rangkaian terdesentralisasi yang sepenuhnya baru mampu untuk berdaya tahan dan selamat.
Peranan cryptoeconomics dalam perlombongan Bitcoin
Matlamat Bitcoin adalah untuk mewujudkan rangkaian pemindahan nilai yang mengesahkan pemindahan nilai dengan tepat serta tidak berubah dan tahan penapisan (censorship-resistant).
Perkara ini boleh dicapai melalui proses perlombongan, di mana pelombong yang berjaya mengesahkan satu blok transaksi diberi ganjaran dalam bitcoin. Insentif ekonomi seperti itu mendorong pelombong untuk bertindak denagn jujur, menjadikan rangkaian lebih dipercayai dan selamat.
Proses perlombongan melibatkan penyelesaian masalah matematik yang sukar berdasarkan algoritma hash kriptografi. Dalam konteks ini, hash digunakan untuk menyambung setiap blok ke blok berikutnya dan secara asasnya membuat catatan cap masa (timestamped record) transaksi yang diluluskan yang disebut sebagai blockchain.
Hash juga digunakan dalam persaingan teka-teki pengiraan (computational puzzles) yang diselesaikan oleh pelombong. Selain itu, salah satu peraturan konsensus yang harus dipatuhi oleh transaksi adalah bahawa bitcoin hanya dapat dibelanjakan jika tandatangan digital (digital signature) yang sah dihasilkan dari kunci peribadi.
Peraturan teknologi yang berkaitan dengan perlombongan ini selaras dengan keperluan keselamatan rangkaian Bitcoin, termasuk mencegah pelaku jahat (malicous actors) mengambil alih kawalan.
Baca juga: Bagaimana Untuk Menyertai Projek Kripto Di Peringkat Awal?
Bagaimana cryptoeconomics meningkatkan keselamatan Bitcoin?
Model keselamatan Bitcoin dibina berdasarkan prinsip peraturan majoriti. Ini bermaksud bahawa pelaku jahat (malicious actors) berpotensi menguasai blockchain dengan merampas sebahagian besar kawalan kuasa pengkomputeran rangkaian dalam serangan yang biasanya disebut sebagai serangan 51% (51% attack).
Dalam senario seperti itu, penyerang akan dapat mencegah transaksi baru untuk mendapatkan pengesahan atau malah membalikkan transaksi (reverse transaction) sepenuhnya. Walau bagaimanapun,untuk mengawal sejumlah kuasa hashing (hashing power) ini memerlukan kos yang sangat mahal, dengan memerlukan perkakasan yang besar dan penggunaan elektrik yang banyak.
Cryptoeconomics adalah salah satu sebab Bitcoin telah berjaya dibangunkan. Satoshi Nakamoto melaksanakan andaian untuk menggalakkan insentif tertentu untuk kelas peserta yang berbeza dalam rangkaian. Jaminan keselamatan sistem banyak bergantung pada keberkesanan andaian ini tentang bagaimana peserta rangkaian bertindak balas terhadap insentif ekonomi tertentu.
Jika tidak ada kompleks dalam protokol kriptografi ini, tidak akan ada unit akaun (unit of account) yang selamat untuk memberi ganjaran kepada pelombong. Tanpa pelombong, tidak akan ada keyakinan dalam kesahihan sejarah transaksi lejar diedarkan kecuali jika disahkan oleh pihak ketiga yang dipercayai, di mana akan mengurangkan salah satu kelebihan utama Bitcoin (terdesentralisasi).
Berdasarkan andaian cryptoeconomics, hubungan simbiotik antara pelombong dan rangkaian Bitcoin memberikan keyakinan. Walau bagaimanapun, ini bukan jaminan bahawa sistem ini akan berterusan pada masa akan datang.
Bulatan cryptoeconomic
Bulatan cryptoeconomic adalah model cryptoeconomic secara holistik. Ia diterbitkan oleh Joel Monegro dan menggambarkan aliran nilai abstrak melalui kelas peserta yang berbeza dalam ekonomi peer-to-peer.

Model ini mewakili tiga bahagian pasaran antara pelombong (bahagian bekalan), pengguna (bahagian permintaan), dan pelabur (bahagian modal). Setiap kumpulan bertukar nilai antara satu sama lain menggunakan sumber cryptoeconomic yang sukar didapati (token).
Dalam hubungan pengguna-pelombong dalam bulatan, pelombong diberi pampasan untuk pekerjaan mereka melalui token yang digunakan oleh pengguna. Protokol konsensus rangkaian menyeragamkan proses ini, manakala model cryptoeconomic mengawal bila dan bagaimana pelombong dibayar.
Mencipta seni bina rangkaian yang dikekalkan oleh bahagian bekalan yang diedarkan (pelombong) adalah wajar selagi kelebihannya melebihi keburukan. Kelebihan tersebut selalunya merangkumi ketahanan penapisan (censorship resistance), transaksi tanpa sempadan, dan kebolehpercayaan yang lebih tinggi. Tetapi, sistem desentralisasi cenderung mempunyai prestasi yang lebih rendah apabila dibandingkan dengan model berpusat.
Peranan pelabur dalam model ini merangkumi dua perkara: menyediakan kecairan (liquidity) bagi pelombong untuk menjual token mereka dan memanfaatkan rangkaian dengan menyokong harga token yang melebihi kos perlombongan.
Model tersebut menunjukkan dua peranan ini dengan membahagikan pelabur kepada dua kumpulan: pedagang (pelabur jangka pendek) dan hodler (pelabur jangka panjang).
Pedagang mencipta kecairan untuk token supaya pelombong dapat menjual token mereka yang dilombong dan menampung kos operasi, sementara holders memanfaatkan rangkaian untuk pertumbuhan dengan menyokong harga token. Hubungan pelombong-pedagang berfungsi dengan aliran langsung nilai (direct flow of value), sementara hubungan pelombong-holder berfungsi dengan aliran tidak langsung nilai (indirect flow of value).
Ini bermaksud bahawa semua peserta dalam ekonomi seperti itu saling bergantung antara satu sama lain untuk mencapai tujuan ekonomi mereka. Reka bentuk sedemikian mewujudkan rangkaian yang kuat dan selamat. Pematuhan terhadap set peraturan insentif (incentivized ruleset) lebih bermanfaat bagi setiap peserta daripada aktiviti jahat (yang sebaliknya menjadikan rangkaian lebih kuat).
Kesimpulan
Walaupun konsep yang agak baru muncul dengan kelahiran Bitcoin, cryptoeconomics adalah salah satu faktor (building block) penting untuk dipertimbangkan ketika mereka bentuk rangkaian yang terdesentralisasi.
Mengasingkan peranan yang berbeza dalam model cryptoeconomic membantu menganalisis kos, insentif, dan aliran nilai untuk setiap kumpulan peserta. Ia juga dapat membantu memikirkan kuasa relatif dan mengenal pasti titik berpusat yang berpotensi, iaitu penting untuk merancang model pemerintahan dan pengedaran token yang lebih seimbang.
Bidang cryptoeconomics dan penggunaan model cryptoeconomic boleh menjadi sangat bermanfaat semasa pembangunan masa depan rangkaian. Dengan mempelajari model cryptoeconomic yang sudah dicuba dan diuji dalam persekitaran hidup, masa depan rangkaian dapat direka untuk menjadi lebih efisien dan lestari lalu menghasilkan ekosistem ekonomi terdesentralisasi yang lebih bagus.
Sumber bacaan daripada binance academy, mycryptoversity dan coinmarketcap
“Sy join batch April ni. Best class ni.. pada sy satu benda yg baru utk sy explore. Selama ni dgr mcm susah nak percaya. Tp bila masuk kelas cikgu Mayee dan experience sendiri mmg alhamdulillah… nak percaya ke percaya sgt. Nak dpt plg2 pun 💯 % untung tu inshaallah.. yg penting kena buat research dan tahu strategi serta matlamat kita.
Sy berminat nk tahu sbb sy percaya crypto ni akan diguna pakai utk masa depan ganti fiat. 🚀🚀🚀”