5 minit bacaan

Beberapa NFT tertua yang pernah ada sekarang adalah yang paling diingini (dan mahal) untuk dijadikan sebagai koleksi kripto. Inilah mereka dan bagaimana anda boleh membelinya sendiri.

Pasaran untuk koleksi kripto yang dikeluarkan sebagai non-fungible tokensĀ (NFT) melonjak pada tahun 2021, dengan jumlah transaksi $2.5 bilion dalam enam bulan pertama ketika NFT memasuki arus perdana (mainstream).

Lonjakan itu juga menyaksikan peminat NFT menemui semula beberapa NFT terawal, melonjakkan nilai koleksi kripto ini ke tahap tertinggi yang tidak diketahui sehingga kini.

Salah satu projek terawal NFT adalah CryptoPunks, satu set avatar berasaskan piksel (pixel-based) yang dihasilkan secara rawak. Beberapa CryptoPunks yang paling terhad dan paling dikehendaki telah dijual dengan harga berjuta-juta dolar!

Inilah yang perlu anda ketahui mengenai salah satu koleksi NFT yang paling popular pada masa ini.

Apa itu CryptoPunks?

Dicipta oleh studio pembangunan Larva Labs, CryptoPunks adalah siri 10,000 gambar yang ditokenize sebagai NFT di blockchain Ethereum. NFT secara efektif merupakan hak pemilikan item digital dan dalam hal ini, memiliki NFT CryptoPunks bermaksud bahawa anda adalah pemilik tunggal avatar piksel (pixel avatar) yang lain daripada yang lain.

Setiap CryptoPunk dihasilkan secara rawak daripada senarai puluhan jenis, yang bermaksud terdapat pelbagai reka bentuk seperti orang, zombi, kera, dan juga makhluk asing. Makhluk asing dan zombi adalah antara avatar paling popular yang telah menguasai beberapa harga jualan tertinggi setakat ini.

Dari mana CryptoPunks berasal?

Percaya atau tidak, CryptoPunks dikeluarkan secara percuma pada tahun 2017. Standard non-fungible token (NFT) ERC-721 Ethereum bukanlah sesuatu yang bernilai pada ketika itu, dan pasukan dianggotai dua orang di Larva Labs mengeluarkannya sebagai satu eksperimen. Pemilik wallet Ethereum membeli 9,000 CryptoPunks yang dikeluarkan kepada umum, sementara Larva Labs memegang CryptoPunks yang lain.

Volume NFT meningkat secara beransur-ansur dalam tempoh tiga tahun selepas itu tetapi tidak sehingga akhir tahun 2020 dan terutamanya pada awal tahun 2021, permintaan melonjak untuk koleksi digital yang sukar didapati ini. Nilai pasaran sekunder untuk CryptoPunks melonjak tinggi yang membawa kepada penjualan dan lelongan NFT berjuta-juta dolar di Christie dan Sotheby’s dan banyak CryptoPunks yang digunakan sebagai gambar profil Twitter.

Adakah kamu tahu?

CryptoPunks telah bertanggungjawab untuk volume dagangan lebih daripada $1.18 bilion pada 1 September 2021.

Apa yang istimewa tentangnya?

Salah satu sebab utama permintaan yang banyak untuk CryptoPunks adalah kerana mereka adalah salah satu projek NFT tertua pada masa ini, dan merupakan set kumpulan gambar profil yang pertama dapat dihasilkan secara rawak untuk benar-benar sesuai dengan komuniti kripto.

Mereka telah memberi inspirasi kepada beberapa projek gambar profil NFT lain yang semakin meningkat seperti Bored Ape Yacht Club, Pudgy Penguins dan banyak lagi di mana masing-masing hanya memperkuatkan pengaruh dan legasi sumber projek. CryptoPunks juga mempunyai beberapa pemilik berprofil tinggi seperti rapper Jay-Z dan influencer serta pelabur Gary Vaynerchuk.

Di samping itu, terdapat pembezaan jelas yang menjadikan CryptoPunks tertentu lebih diinginkan dan berharga bagi pengumpul. Avatar makhluk asing adalah gambar rawak yang paling terhad dan dengan demikian, CryptoPunks makhluk asing adalah antara NFT termahal yang dijual setakat ini.

Reka bentuk kera dan zombie juga turut mendapat permintaan. Sebahagian besar CryptoPunks hanya kelihatan seperti manusia dengan pelbagai ciri dan aksesori. Namun begitu, avatar CryptoPunks yang kelihatan ‘kosong’ adalah avatar yang mencecah harga minimum dari segi harga yang diminta di pasaran NFT.

Cara membeli CryptoPunks

Walaupun anda boleh melihat semua CryptoPunks di OpenSea, (pasaran sekunder terkemuka untuk NFT)Ā anda juga boleh membelinya melalui laman web Larva Labs.

Anda perlu log masuk dengan wallet kripto Ethereum seperti MetaMask dan kemudian anda boleh membeli, menawar dan menjual CryptoPunks melalui laman web rasmi. Untuk pengetahuan umum, Larva Labs mempunyai tracker berguna yang membolehkan anda melihat semua Punks yang tersenarai mengikut urutan harga, dari rendah hingga tinggi.

Adakah kamu tahu?

CryptoPunk paling mahal yang dijual setakat iniĀ dibeli denganĀ ETH bernilai $11.8 juta pada bulan Jun 2021 dalam lelongan Sotheby kepada Shalom Meckenzie, pemegang saham terbesar DraftKings.

Masa depan

Apa yang seterusnya untuk CryptoPunks? Ianya berkemungkinan akan terus bertukar pemilik di pasaran sekunder, berpotensi menghasilkan pulangan besar bagi pelabur yang membeli sebelum lonjakan.

Tidak ada cara untuk mengetahui sama ada tahap permintaan semasa akan berterusan, tetapi harga tahap permulaan untuk Punks terus meningkat. Harga minimum mencecah $100,000 pada awal Ogos 2021 dan mencapai $150,000 hanya beberapa hari kemudian. Ianya lebih daripada $200,000 sekarang, sewaktu penulisan ini.

Perkhidmatan kewangan terkenal Visa tidak disangka-sangka menjadi pemilik CryptoPunk pada hujung Ogos 2021, memanggil NFT sebagai “artifak perdagangan bersejarah” dan mengatakan bahawa “NFT akan memainkan peranan penting dalam masa depan peruncitan, media sosial, hiburan, dan perdagangan.” Hampir selepas sahaja pengumuman itu, pasaran CryptoPunks meroket dengan koleksi NFT bernilai lebih daripada $101 juta dijual pada hari itu juga (rekod satu hari), sewaktu penulisan ini.

Nampaknya Larva Labs tidak akan mengeluarkan lebih banyak CryptoPunks, memandangkan sebahagian besar daya tarikan mereka adalah kerana ia kekurangan bekalan dan merupakan antara NFT tertua pada masa ini. Sebaliknya, syarikat itu mula beralih ke projek lain seperti Meebits pada tahun 2021. Meebits adalah satu set 20,000 avatar voxel 3D yang banyak dihasilkan dengan tujuan yang sama seperti CryptoPunks.

Walaupun begitu, masih ada pembangunan selanjutnya untuk CryptoPunks. Sebagai contoh pada bulan Ogos 2021, Larva Labs mengumumkan bahawa mereka telah meletakkan semua karya seni untuk CryptoPunks yang ada secara on-chain di blockchain Ethereum. Ini adalah langkah yang diminta oleh pengumpul untuk membantu memastikan jangka hayat NFT, supaya ianya suatu hari nanti tidak akan hilang dari laman web. Walaupun mahal untuk meletakkan semuanya on-chain, langkah itu dapat menambah “ketahanan” pada pelaburan CryptoPunks.

Kita juga pada akhirnya dapat turut melihat CryptoPunks di layar perak. Larva Labs telah menandatangani perjanjian dengan United Talent Agency untuk mewakili firma itu ketika ia menjelajah dengan membawa projeknya ke filem, televisyen, permainan video, dan banyak lagi. Bolehkah kartun CryptoPunks pergi jauh? Kita boleh tunggu dan lihat.

Sumber daripada decrypt, coinmarketcap dan mycryptoversity

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai seorang Coiner berjaya seperti 16 orang student kami yang sudah menjadi jutawan crypto.

error: Content is protected !!