APA ITU dApps?
DApps merupakan aplikasi terdesentralisasi (tidak berpusat) yang berasaskan blockchain dan mampu melakukan apa jua yang web atau aplikasi mudah alih biasa yang mampu lakukan sambil mengekalkan privasi, menjaga rekod yang tidak berubah dan tanpa melibatkan perantaraan orang tengah.
Dari perspektif pengguna, terdapat beberapa perbezaan antara DApps iaitu aplikasi terdesentralisasi yang beroperasi pada blockchain dan aplikasi tradisional biasa yang beroperasi di web atau sistem operasi.
Perbezaan utamanya ialah aplikasi yang terdesentralisasi (DApps) beroperasi pada rangkaian blockchain yang diedarkan dan tidak berubah daripada sistem operasi yang dikawal secara berpusat. Ini menjadikan mereka pada dasarnya tidak mungkin untuk ditapis.
Dari segi apa yang ia mampu lakukan, DApps menjalankan segala-galanya dari permainan, pasar jual-beli hinggalah ke platform pinjaman kewangan terdesentralisasi (DEFI).
Walaubagaimanapun, DApps secara umumnya berkongsi beberapa ciri asas yang membezakannya dari aplikasi yang berpusat iaitu:
Pertama, DApps mestilah sumber terbuka, yang bermaksud sentiasa tersedia untuk dilihat oleh sesiapa sahaja dan juga sebarang kemaskini serta perubahan yang diputuskan melalui mekanisme konsensus yang berjumlah beberapa bentuk undi majoriti dan bukan oleh pemaju.
Kedua, DApps mestilah didesentralisasi secara nyata. Ini bermakna semua data dan rekod yang dihasilkan oleh DApps disimpan pada blockchain awam yang tidak berubah.
Ketiga, DApps mestilah memberi insentif, menjana dan menggunakan token untuk memberi ganjaran kepada validator (pengesah).
Dengan definisi ini, Bitcoin sendiri layak dikategorikan sebagai DApps, walaupun Blockchainnya terbina di dalamnya sendiri.
Baca juga : Apa Itu DeFi
Kontrak Pintar
Hampir kesemua DApps mempunyai kontrak pintar di teras mereka. Ini merupakan terma perjanjian kendiri yang terlaksana antara pembeli dan penjual yang ditulis ke dalam kod. Kontrak pintar diselesaikan secara automatik apabila syarat yang telah ditetapkan dipenuhi iaitu menghapuskan pengantara yang menyuntikkan kos dan risiko ke dalam transaksi.
Lebih penting lagi, kontrak pintar adalah “ketidakperlunya kepercayaan” iaitu istilah dalam dunia Blockchain / Crypto yang bermaksud bahawa pihak tanpa nama boleh mempercayai kontrak kerana mereka tidak perlu mempercayai satu sama lain untuk menjalankan transaksi. Ini boleh dilakukan secara terus contohnya, melalui perdagangan yang melibatkan satu kripto ke kripto yang lain ataupun secara kompleks contohnya membeli sekeping hasil karya seni di pasaran NFT.
Antara manfaat yang dibawa oleh DApps ialah tiada waktu henti (zero downtime) kerana kontrak pintar akan tersedia pada setiap nod dalam blockchain dan juga integriti data. Terima kasih kepada rekod transaksi yang tidak berubah pada blockchain. Itu juga membuatkan penapisan data menjadi sangat sukar tanpa sumber yang keterlaluan di sepanjang tembok besar di China.
Kontrak pintar juga boleh ditulis dan dilaksanakan secara persendirian, tanpa perlu mengenal pasti mana – mana pihak.
Selain itu, dikatakan kekuatan yang ada pada DApps dan kontrak pintarnya juga turut mewujudkan kelemahannya : iaitu apa jua kesilapan dalam menulis kontrak atau eksploitasi yang didapati oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab tidak akan dapat diterbalikkan.
Ini bermakna bahawa kontrak pintar mestilah atau sekurang-kurangnya – harus – dianalisis untuk menjamin ianya akan dilaksanakan dengan cara yang dimaksudkan.
Baca Juga : Apa Itu Smart Contract (Kontrak Pintar)
Pembunuh Ethereum – ETHEREUM KILLER
Walaupun Ethereum masih jauh dari mendominasi platform DApps, ia mengalami kesan buruk yang semakin meningkat pada tahun 2020, dengan adanya saingan DApps dari dua pencabar yang berkembang pesat yang sering membuatkan transaksinya menjadi perlahan dan sangat mahal.
Pencabar pertama yang berpotensi untuk mengatasi Ethereum adalah Defi, dengan DApps dari protokol seperti Compound, Aave dan Uniswap yang menjadi perintisnya. Pencabar seterusnya ialah NON FUNGIBLE TOKEN, atau dikenali sebagai NFT yang digunakan dalam bidang yang berkaitan seni digital seperti NBA Top Shots, Beeple (kolaj yang bernilai hampir$ 70 juta ) , hartanah dan juga komoditi.
Walaupun Ethereum cuba untuk menyelesaikan masalahnya dengan berpindah dari mekanisme konsensus Proof Of Work ke Proof Of Stake – lebih dikenali sebagai Ethereum 2.0 – Ianya adalah proses yang panjang dan lambat yang telah membenarkan beberapa blockchains lain untuk bersaing sebagai platform DApps, Terutama Cardano, EOS, Polkadot dan baru-baru ini pula Binance Smart Chain (BSC).
Malah, BSC telah melepasi Ethereum dalam bilangan dompet (wallet) aktif yang unik pada Q1 2021, iaitu sebanyak 105,000 berbanding Ethereum, iaitu sebanyak 75,000 menurut Datpradar.
Namun, Ethereum adalah pendahulu yang jelas, menggandakan jumlah nilai yang dikunci (TVL) kepada $ 54 bilion dalam tiga bulan pertama tahun 2021. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa faedah sekiranya ia terlibat dengan DApps, iaitu ianya menjanjikan kepantasan dan juga bahasa yang mantap bagi Menulis Dapps untuk Mesin Virtual Ethereum (EVM). EVM adalah Turing lengkap, bermakna ia boleh melaksanakan apa jua operasi komputer biasa.
Sekian.
Sumber : https://coinmarketcap.com