5 minit bacaan

Ethereum London Hard Fork adalah kemas kini yang mengubah model yuran (fee model) transaksi blockchain dan waktu (difficulty bomb) kesukaran bom. Rangkaian Ethereum akan menetapkan yuran transaksi dengan yuran asas untuk setiap blok dan bukannya menawar harga gas.

Kebetulan pula dengan keluaran yang dirancang iaitu Ethereum 2.0, pembangun juga menangguhkan peristiwa yang dibuat secara sengaja yang dikenali sebagai kesukaran waktu bom (difficulty bomb). Ini akan mendorong pelombong beralih dari Proof-of-Work (PoW) ke Proof-of-Stake (PoS).

Pengenalan

Ethereum London Hard Fork adalah kemas kini untuk blockchain Ethereum selepas Berlin Hard Fork pada April 2021. Kemas kini London membuat perubahan ketara pada sistem yuran transaksi Ethereum, yang telah lama menjadi topik perbalahan. Kemas kini itu juga membuat persiapan untuk kedatangan Ethereum 2.0 yang telah dirancang dengan membuat penyesuaian terhadap model konsensusnya (consensus mechanism).

London, bagaimanapun, dianggap kontroversi oleh beberapa orang kerana perubahan ketara pada yuran transaksi dan perlombongan kripto. Kesan sebenar perubahan yang akan berlaku kepada pengguna dan pelombong tidak diketahui sepenuhnya, tetapi ia akan menjadi sementara kerana Ethereum 2.0 akan datang tidak lama lagi.

Apa yang baru dalam kemas kini Ethereum London?

Kemas kini Ethereum London adalah hard fork yang memperkenalkan dua Proposal Penambahbaikan Ethereum (Ethereum Improvement Proposal, EIP) yang baru. Dengan keluaran Ethereum 2.0 (Serenity) yang dirancang pada tahun 2022, kemas kini London membuat beberapa persiapan untuk berpindah ke Proof-of-Stake konsensus mekanisme. Pelombong akan mengalami kelembapan dalam peningkatan kesukaran perlombongan (difficulty of mining) untuk bertepatan dengan Serenity. Oleh kerana London adalah hard fork, semua nod mesti menggunakan peraturan baru dan versi terkini untuk meneruskan perlombongan dan pengesahan.

Perubahan yang paling ketara adalah kepada bayaran transaksi, termasuk mekanisme deflasi baru. Sebelum ini, pengguna membuat tawaran untuk membayar kos gas mereka. Pelombong akan mengutamakan transaksi berdasarkan yuran yang ditambah dan menggunakan yuran sebagai ganjaran untuk menambah transaksi ke dalam blok. Sekarang, sebaliknya setiap blok akan mempunyai yuran tetap dan berkaitan (fixed and associated). Perubahan ini berlaku akibat EIP-1559, termasuk dalam kemas kini London bersama dengan EIP-3238.

Apa itu EIP?

Proposal Penambahbaikan Ethereum (Ethereum Improvement Proposal, EIP) adalah spesifikasi teknikal yang menggariskan ciri baru untuk blockchain Ethereum. Pembangun membuat proposal mereka di samping cadangan daripada komuniti Ethereum. Sesiapa sahaja boleh membuat EIP dan menyerahkannya untuk perbincangan sebelum komuniti menerima cadangan tersebut.

Setiap EIP mengikuti garis panduan yang dinyatakan dalam EIP1:

EIP harus menyediakan secara ringkas spesifikasi teknikal ciri tersebut dan sebab untuk ciri tersebut. Pengarang EIP bertanggungjawab untuk membina konsensus dalam komuniti dan mendokumentasikan perbezaan pendapat.

Seorang pengarang EIP perlu mengikuti proses yang ditetapkan sebelum meluluskan EIP, yang melibatkan tinjauan rakan dan draf. Setelah komuniti berpuas hati dengan cadangan itu, mereka kemudian dapat menambahkannya ke pengeluaran.

Apa itu EIP-1559?

EIP-1559 adalah cadangan perubahan kepada cara pengguna membayar yuran gas di rangkaian Ethereum. EIP ini dibuat oleh pengasas Ethereum, Vitalik Buterin, dan sekumpulan pembangun yang lain.

Lama kelamaan, purata yuran yang dibayar oleh pengguna Ethereum menjadi terlampau mahal untuk transaksi kecil. Sebagai contoh, jika yuran rangkaian adalah sekitar $20 (USD), menghantar Ether bernilai $20 atau aset digital lain, ianya tidak berbaloi. Bayaran yang tinggi ini menjadikan rangkaian kurang menarik, terutama untuk pemula.

EIP-1559 mencadangkan mekanisme penetapan harga transaksi baru yang sebaliknya akan mewujudkan yuran asas untuk setiap blok. Blockchain akan membakar kos dan mengurangkan bekalan Ether secara keseluruhan (ETH). Kesan ini akan menimbulkan tekanan deflasi pada cryptocurrency.

Yuran asas berubah untuk setiap blok bergantung pada permintaan rangkaian. Sekiranya blok menjadi lebih daripada 50% penuh dengan transaksi, yuran asas akan meningkat dan sebaliknya. Mekanisme ini cuba mengekalkan tahap keseimbangan separuh penuh (half-full) untuk sebahagian besar blok.

Anda juga boleh menambah tip kepada pelombong sebagai insentif untuk mengutamakan transaksi anda daripada transaksi yang lain. Walau bagaimanapun, Ethereum cuba untuk mengekalkan blok sekitar 50% penuh, walaupun tanpa sebarang tip. Dengan banyak ruang yang tersedia di setiap blok, tip kemungkinan besar hanya diperlukan dalam jumlah kecil sahaja untuk sampai ke barisan hadapan transaksi.

Apa itu EIP-3238?

Terbina di dalam Ethereum adalah kesukaran waktu bom (difficulty time bomb) yang menjadikan perlombongan Ethereum semakin sukar. Apabila kita mencapai kesukaran waktu bom, waktu yang diperlukan untuk melombong blok baru akan menjadi sangat lama sehingga keuntungan bagi pelombong akan turun, dan transaksi akan menjadi terlalu lambat. Pembangun ingin memastikan bahawa pelombong tidak mempunyai pilihan, selain menghentikan perlombongan Ethereum 1.0 dan beralih ke Ethereum 2.0 semasa dikeluarkan.

Walau bagaimanapun, blockchain akan sampai ke tahap ini juga tidak lama lagi. Untuk memastikan rangkaian memberi insentif kepada pengesah (validator) untuk model konsensus Proof of Stake Ethereum 2.0 pada waktu yang tepat, EIP-3238 akan melambatkan waktu bom.

Tanpa insentif ini, ada kemungkinan pelombong terus menggunakan Ethereum 1.0, sama dengan situasi perbelahan yang dilihat pada Ethereum dan Ethereum Classic. Melambatkan waktu bom akan menyebabkan 30 saat waktu blok ice age sekitar Q2 tahun 2022. Pada masa ini, penggabungan Ethereum 1.0 dengan Ethereum 2.0 sepatutnya lengkap.

Baca juga: Apa Itu Ethereum Plasma?

Apa pendapat komuniti?

Terdapat perasaan bercelaru apabila berkenaan dengan naik taraf rangkaian London, terutamanya mengenai yuran transaksi. Walaupun pelombong sedang bersiap untuk mengakhiri Proof-of-Work dengan Ethereum 2.0, kemas kini ini secara signifikan mengubah bayaran yang diterima oleh pelombong. Pengurangan ini berpotensi menyebabkan penurunan keuntungan yang dibuat oleh pelombong. Antara kebimbangan lain ialah perlombongan Ethereum akan menjadi lebih berpusat (centralize). Ada yang berpendapat bahawa hanya pelombong terbesar dengan kos tenaga terendah yang dapat beroperasi dengan keuntungan.

Walaupun tiada kepastian, mekanisme deflasi dijangkakan dapat menaikkan harga ETH. Jangkaan tersebut mungkin berkaitan dengan kenyataan bahawa, setelah kemas kini, Ethereum akan membakar yuran asas ETH dari semua transaksi blockchain.

Apa maksud kemas kini London untuk pengguna?

Serupa seperti Bitcoin, mekanisme semasa berfungsi sama dengan membuat tawaran. Semakin banyak anda membayar yuran transaksi (atau kos gas), semakin besar kemungkinan transaksi anda akan dipilih dengan cepat dan disahkan oleh pelombong. Tetapi setelah kemas kini London, anda tidak perlu lagi memilih harga gas yang anda bayar semasa membuat transaksi Ethereum.

Sebaliknya, anda hanya akan melihat yuran asas, ditambah dengan pilihan untuk memberi tip kepada pelombong. Namun yuran asas dapat berubah, antara apabila anda menghantar transaksi dan apabila transaksi ditambahkan ke blok. Untuk mengelakkan perkara ini, anda boleh menetapkan had yuran (fee cap) maksimum yang anda mahu bayar. Sekiranya pelombong memasukkan transaksi anda ke dalam blok di mana yuran asasnya lebih kecil daripada had yuran anda, rangkaian akan mengembalikan perbezaannya (had yuran – yuran asas = yuran dikembalikan kepada pengguna).

Kesimpulan

London akan menjadi salah satu kemas kini signifikan yang telah kita lihat mengenai bagaimana pengguna berinteraksi dengan Ethereum. Banyak kemas kini sebelumnya telah memberi banyak perubahan pada sistem yang biasanya tidak kita lihat ketika menggunakan Ethereum. Sekarang, kemungkinan untuk penurunan harga dan masa transaksi lebih besar, tetapi ianya masih belum terjamin lagi.

Walaupun begitu, peralihan PoS – Proof-of-Stake – Ethereum 2.0 dirancang pada tahun 2022, jadi pelaksanaan hard fork London masih terhad dari segi masa dan sementara.

Sumber daripada binance academy, mycryptoversity dan coinmarketcap

error: Content is protected !!