Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat follower MyCryptoversity yang dirahmati Allah semua.
Diharapkan korang semua dalam keadaan sihat.
Kali ni kita sembang mengenai F.O.M.O.
Tentunya korang pernah dengar terma ni kan?
Kepada yang belum pernah dengar terma ini, jom baca perkongsian dari Dato Ismael Ibrahim
FOMO (Fear Of Missing Out !)

KENAPA INI TERJADI ?
RASA CEMBURU DAN RENDAH DIRI
Kita akan punyai rasa cemburu melihat orang lain yang sempat melabur dan sering menggunakan sosial media untuk menunjuk-nunjuk kejayaan mereka. Kita akan mula rasa rendah diri kerana kita tidak punyai kejayaan yang orang lain miliki tambahan pula sekiranya komuniti sekeliling yang kita kenal kebanyakannya bercerita tentang kejayaan mereka.
Tahukah anda nilai sebenar yang mereka sedang pegang? Tahukah anda betapa stresnya mereka yang sedang dalam position hold pelaburan tersebut memikirkan spekulasi tentang pasaran instrumen yang mereka sedang HOLD. Mereka sendiri perlu menyedapkan hati dengan memberikan gambaran bahawa ia akan terus naik dan naik! Menafikan kemungkinan ia adalah dalam bubble yang akan pecah!
Ini akan membuatkan mereka yang tidak bersama masuk ke dalam KAPAL akan rasa tidak bijak sekiranya ia akan terus meroket ke bulan! Takut diejek kemudian hari… “Haaa, kan dah bagitahu ko dulu degil !”
MELAYAN KISAH KEJAYAAN DI SOSIAL MEDIA
Terpandang mamat posing berdiri atas LAMBO sambil caption – JUTAWAN BITCOIN!! Di kelilingi aweks ala2 model di atas Cruise !
Adei teringin nak ada macam tu ! Aku kena cepat join ni .. Baru dapat I Sinar , mungkin ini sinaran yang ku cari selama ini !
Pastikah anda bahawa mereka benar2 kaya oleh kerana memiliki Bitcoin atau hanya scammer yang sedang memasang jerat ? Perlu ingat ketika ini macam2 jenis orang akan ambil peluang!
Apa yang anda perlu buat untuk atasi rasa FOMO ini ?

Mudah jer…
SABAR kerana setiap orang punyai rezeki masing2 :
Menjadi seorang pedagang ataupun pelabur yang boleh membuat keputusan berdasarkan Rasional dan Kesabaran. Sekiranya menghadapi ujian dalam pasaran, mereka akan tetap bersabar dan mengawal Emosi supaya boleh bertindak Rasional. Pasaran adalah sangat lincah bergerak dan memasuki pasaran tanpa mempunyai perancangan yang baik akibat dari tidak mempunyai kesabaran akan merisikokan modal anda.
SANTAI kerana masa kita akan tiba :
Santai bukan bermaksud bersenang lenang atau goyang kaki. Ia menekankan kepada anda untuk tidak terlalu memikirkan tentang pasaran samada anda telahpun memasuki pasaran atau belum lagi memasuki pasaran. Kebanyakan pedagang akan rasa kerugian apabila mereka melihat pasaran telahpun bergerak dan meninggalkan peluang untuk mereka memasuki pasaran tersebut. Sedangkan dengan tidak memasuki pasaran juga merupakan salah satu strategi didalam melakukan dagangan ataupun pelaburan. Maka anda harus lebih Santai.
SYUKUR Alhamdulillah dengan hikmahNya:
Sebagai seorang Islam pastinya kita perlu sentiasa bersyukur walau diberi apa juga bentuk ujian, samada kita telahpun kerugian ataupun untung dari pasaran. Sekiranya kita diberikan pengalaman kerugian dalam pasaran, maka jadikan ia suatu Tauladan atau Panduan untuk kita menghadapi pasaran akan datang. Kita perlu mempunyai Journal sebagai rujukan akan datang. Apabila kita telahpun untung dalam pasaran, maka pastikan sebahagian dari keuntungan kita mendapat keberkatan melalui Sedekah, Infaq ataupun Zakat.
Baca Juga : Apa itu Cryptocurrency?
“Syukur alhamdulillah tq kelas. Kelas mantap n trbaek. Penerngn yg jelas sesuai utk newbies n jugk org lama kripto…Plaburn trbaek utk long term.
Kpd yg lum memiliki bitcoin dll coin anda rugi tapi msih lum trlmbat utk bljr, Tq Cgu Mayee cari cgu yg betul jgn kena scam..”
Wokey harap dah boleh cool down ya !
Sementara itu tunggu peluang dan fahamkan dahulu instrumen tersebut dari segi teknikal dan fundimental. Apakah anda mahu terus pening membuat andaian spekulasi semata-mata atau anda ingin melabur dengan ilmu!!
SABAR SANTAI SYUKUR !
Tudia….semoga korang belajar sesuatu dari perkongsian ini, semoga kita berjumpa lagi di posting akan datang.
Ikuti kami di : Telegram | facebook
Photo : medium
saya baru dlm bidang matawang digital nii
boleh follow channel kami