3 minit bacaan  

Potensi blockchain untuk menambah baik proses perniagaan, menyediakan ketelusan transaksi dan keselamatan dalam nilai rantaian, dan mengurangkan kos operasi adalah jelas bagi ramai orang. Walaupun begitu, jangkaan untuk penggunaan orang ramai masih belum berlaku lagi setakat ini. Apa yang menghalang untuk perkara ini direalisasikan? Beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa isu telah menghalang penggunaan blockchain secara meluas. Tetapi setakat ini, masalah yang paling dikenali adalah saling kebolehoperasian (interoperability) atau dengan lebih tepat, kekurangannya.

Sebelum memasuki masalah saling kebolehoperasian (interoperability), mari kita fahamkan mengapa ini dianggap sebagai masalah. Bilangan projek blockchain semakin meningkat, sebahagiannya kerana pembangun sentiasa menginovasi kes penggunaan baru dan menambah baik untuk meneroka kemampuan teknologi tersebut. Perkembangan blockchain yang pesat telah melahirkan pelbagai jenis chains yang dibuat untuk menjalankan fungsi yang berbeza. Tetapi bagaimana blockchain yang berbeza ini akan saling berkomunikasi antara satu sama lain? Di sini saling kebolehoperasian (interoperability) mula memainkan peranan.

Apa itu keserasian cross-chain?

Cross-chain adalah saling kebolehoperasian (interoperability) antara dua secara relatifnya, blockchain yang bebas. Dengan kata lain, ini membolehkan blockchain berkomunikasi antara satu sama lain kerana ia dibina secara standard. Keserasian cross-chain selalunya diwakili oleh pertukaran aset dan pemindahan aset, yang merupakan bahagian yang sangat penting dalam dunia blockchain. Penggunaan cross-chain dapat mengelakkan batasan single chains.

Kenapa keserasian cross-chain penting?

Di dunia di mana perniagaan bergantung pada tahap kolaborasi dan interaksi yang semakin meningkat, mudah untuk difahami mengapa keserasian cross-chain blockchain bukan sahaja berguna tetapi penting. Saling kebolehoperasian (interoperability) akan membenarkan pertukaran maklumat yang lebih lancar, pelaksanaan smart contract yang lebih mudah, pengalaman yang lebih mesra pengguna, peluang untuk mengembangkan perkongsian, dan pertukaran penyelesaian.

Kunci untuk Diterima Pakai Orang Ramai: Kestabilan + Keserasian cross-chain

Di mana pemindahan wang memerlukan beberapa hari untuk memindahkan wang dari satu negara ke negara lain, cryptocurrency bersifat universal dan dapat dipindahkan dengan cepat dan telus menjadikannya penggunaan yang ideal untuk menyelesaikan masalah pembayaran global untuk orang ramai. Walau bagaimanapun, sisi lain daripada coin adalah kestabilannya. Cryptocurrency sangat tidak menentu (volatile) yang menyukarkan pembayaran cryptocurrency menjadi mata wang internet. Token pembayaran adalah alat pembayaran berdasarkan blockchain, bertujuan untuk mencapai kestabilan harga yang diperlukan untuk pembayaran pengguna akhir.

Gabungan token pembayaran dan saling kebolehoperasian cross-chain berpotensi untuk merevolusikan landskap pembayaran global dan muncul sebagai mata wang internet.

Artikel lain: Apakah Penyelesaian Skala Lapisan 2 Cryptocurrency?

USDR: Lapisan Internet Pembayaran Eropah

USDR, rangkaian pembayaran Eropah, sedang membangunkan penyelesaian pembayaran dengan menggabungkan teknologi generasi berikutnya dan kaedah yang terbukti. Penyelesaian pembayaran USDR bertujuan untuk menyelesaikan masalah sistem pembayaran semasa dengan teknologi cross-chain dan stabil yang dapat memproses transaksi rentas sempadan (cross-border) dengan pantas dan berpatutan menggunakan simpanan sebenar.

Bagaimana USDR mengganggu sistem pembayaran:

  • Sistem perbankan tradisional melambatkan dan tidak menggalakkan transaksi antarabangsa. Token terapung (floating token) dengan kelajuan yang sesuai mempercepatkan pembayaran dan mengurangkan kos.
  • Kebanyakan aset digital turun naik (volatile) harganya dan tidak dapat digunakan untuk transaksi harian. USDR disambungkan ke emas untuk mengatasi masalah turun naik (volatile).
  • Kebanyakan token pembayaran yang ada pada hari ini tidak mempunyai simpanan hampir dengan nilai token yang beredar (circulating tokens). Simpanan USDR sekurang-kurangnya 1:1 dan disokong oleh emas fizikal dari Brothers International GmbH, dengan simpanan awal 10 tan bersamaan 6 kali terbitan token.

Ciri-ciri utama USDR

  • Penyelesaian pembayaran yang sempurna: Transaksi yang cepat dan selamat dengan bayaran rendah.
  • Keserasian cross-chain: USDR boleh digunakan di Ethereum dan Binance smart chains. Kemampuan teknologi ini membenarkan penggunaan yang lebih luas dan lebih fleksibel.
  • Pengawalan Swiss: USDR adalah token pembayaran yang diisukan dalam pematuhan undang-undang Swiss.
  • Pertukaran Fiat: USDR dapat dibeli dan dijual dengan sejumlah mata wang fiat.

Pencarian mata wang internet akhirnya berakhir dengan kenaikan USDR. USDReserve (USDR) adalah token pembayaran antarabangsa yang direka untuk menjadi mata wang pembayaran internet yang disokong oleh sepuluh tan emas pada harga pasaran semasa bernilai $600 juta.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai USDR, lawati https://usdreserve.org/.

Sumber daripada btcmanager, Mycryptoversity dan usdreserve.

error: Content is protected !!