Apa Itu Kusama $KSM

Dalam segmen crypto kali ini saya nak sembang pasal salah satu aset di bawah ecosystem Polkadot (DOT).

Kusama diasaskan oleh Dr. Gavin Wood,pengasas Polkadot,Web3 Foundation,dan juga bekas CTO Ethereum ia ditubuhkan untuk Polkadot,sebagai”canary network” atau rangkaian kenari
Kusama dilancarkan pada 2019.Ciri-ciri utama Kusama lebih kurang seperti Polkadot.

Kusama menggunakan 2 jenis blockchains:

1-Rangkaian utama (relay chain) di mana berlakunya transaksi kekal.

2-Rangkaian yang dihasilkan pengguna atau user-generated network (parachain).

Relay Chain

Ia merupakan Blockchain utama Kusama,tempat dimana berlakunya penyelesaian transaksi di dalam rangkaian.
Ia menggunakan variasi Proof-of-Stake (PoS), Nominated Proof-of-Stake(NPoS).Dimana pengguna yang stake Kusama dan menjalankan dua peranan iaitu: Validator (pengesah) dan Nominator (pencalon) berpeluang untuk menerima ganjaran Kusama.

Parachains

Merupakan custom blockchains atau ringkasnya-blockchains yang boleh diubah atau ditetapkan mengikut kesesuaian kita.
Menggunakan relay chain untuk computerized sumber bagi memastikan ketepatan transaksi.Sehingga ke hari ini sebanyak 8 parachains atau projek yang sudah ditubuhkan di Kusama iaitu Statemine,Karura,Bifrost Finance,Shiden Network,Calamari Network,Moonriver,Khala Network,dan KILT Protocol.

Kusama (KSM) dan Polkadot (DOT) adalah 2 aset yang berbeza:

Perbezaan dua rangkaian ini dapat diperincikan melalui gelaran Kusama sebagai platform eksperimen sebelum mana-mana projek atau produk yang belum dilancarkan sepenuhnya di Polkadot.

Ringkasnya macam ni,di Kusama jika ada sebarang projek contohnya seperti aplikasi decentralized (DApps) yang baru akan ditempatkan di Kusama bagi pengujian kestabilan produk sebelum dilancarkan di rangkaian utama (kebiasaanya akan menganbil masa selama 7 hari untuk pengundian keputusan dan 8 hari untuk membuat perubahan)

Manakala di Polkadot,ia mengambil masa sehingga sebulan bagi setiap fasa.Rangkaian ini banyak menfokuskan kepada pendekatan yang memastikan kestabilan dan sekuriti berkaitan projek hebat dan berisiko rendah seperti aplikasi kewangan.

Token Kusama $KSM

Token ini memainkan peranan sebagai alat untuk mengesahkan rangkaian,mencalonkan pengesah,menggabungkan parachains atau parathreads dan pengundian.

KSM boleh dikatakan antara aset kripto yang mencatatkan kegemilangan pada 2020-2021, pada awal tahun 2020 aset ini didagangkan pada $1.50 dan ketika saya menulis artikel ini,nilainya sudah mencecah $338!

Sudahkah anda memiliki token Kusama $KSM?

Photo-CoinQuora

Terima kasih tak terhingga diatas ilmu yang dikongsi kepada kami. Dengan ilmu yang dipelajari alhamdulillah dapatlah kami ‘joran’ untuk kami belajar survive sendiri. Tapi dalam masa yang sama cikgu Mayee masih bersama kami dan tak jemu2 membantu apa yang tak faham. Saya rasa bersyukur berada di bawah circle cikgu, kerana rakan-rakan lain pun sporting berkongsi antara satu sama lain

Ungku Amir Izzad

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai seorang Pelabur Crypto Berjaya seperti 16 orang student kami yang sudah menjadi jutawan crypto.

error: Content is protected !!