Layer 1 adalah merujuk kepada rangkaian asas seperti Bitcoin, BNB Chain atau Ethereum dan infrastruktur asasnya. Blockhain Layer 1 boleh membuat pengesahan dan memuktamadkan transaksi tanpa memerlukan rangkaian lain. Agak sukar untuk melakukan penambahbaikan pada kebolehskalaan (scalability) pada rangkaian Layer 1, seperti yang kita lihat dengan Bitcoin. Sebagai penyelesaian, pembangun mencipta protokol Layer 2 yang bergantung kepada rangkaian Layer 1 untuk tujuan keselamatan dan konsesus. Bitcoin Lightning Network merupakan salah satu contoh protokol Layer 2 yang membolehkan pengguna membuat transaksi secara bebas sebelum merekodkannya ke dalam rantaian utama.

Layer 1 dan Layer 2 adalah istilah yang membantu kita memahami seni bina sesuatu blockchain dan projek. Anda mungkin tertanya-tanya tentang apakah hubungan antara Polygon dan Ethereum? Bagaimana Polkadot dan parachain dalam rangkaiannya berhubung? Pening bukan? Jadi, memahami tentang lapisan (layer) dalam blockhain akan dapat membantu anda.

Jom kita kenali apa yang dimaksudkan dengan Layer 1 blockchain.

Apa Itu Layer 1?

Rangkaian Layer 1 ialah nama lain untuk blokchain asas. BNB Smart Chain (BNB), Ethereum (ETH), Bitcoin (BTC) dan Solana adalah semua protokol Layer 1 kerana mereka adalah rangkain utama dalam ekosistem masing-masing. Selain itu, terdapat penyelesaian luar rantaian (off-chain) dan Layer 2 yang dibina di atas rantaian utama.

Dalam erti kata lain, sesuatu protokol itu dipanggil Layer 1 apabila ia memproses dan memuktamadkan urus niaga pada blockchain sendiri. Mereka juga mempunyai native token sendiri yang digunakan untuk membayar yuran transaksi.

Masih pening kepala nak pilih platform perdagangan kripto? LUNO adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. CLICK untuk mendaftar

Kebolehskalaan Dalam Layer 1

Kebolehskalaan dalam Layer 1 adalah masalah utama yang sering menjadi perdebatan. Bitcoin dan blockchain-blockchain besar yang lain bergelut untuk memproses urus niaga apabila permintaan meningkat. Bitcoin menggunakan mekanisme konsensus Proof of Work (PoW) yang memerlukan banyak sumber pengiraan.

Walaupun PoW memastikan desentralisasi dan keselamatan, rangkaian PoW juga cenderung menjadi perlahan apabila volume urus niaga terlalu tinggi. Ini meningkatkan masa pengesahan transaksi dan menjadikan yuran lebih mahal.

Pembangun blockchain telah mengusahakan penyelesaian kebolehskalaan selama bertahun-tahun, tetapi masih terdapat banyak perbincangan mengenai alternatif terbaik. Untuk penskalaan Layer 1, terdapan beberapa pilihan penyelesaian termasuk:

  • Meningkatkan saiz blok bagi membolehkan lebih banyak transaksi diproses dalam setiap blok.
  • Mengubah mekanisme konsensus yang digunakan, seperti yang dilakukan dalam kemas kini Ethereum 2.0 yang akan datang.
  • Melaksanakan sharding. Satu bentuk pembahagian pangkalan data.

Penambahbaikan Layer 1 bukan satu kerja yang mudah. Dalam banyak kes, tidak semua pengguna rangkaian tersebut akan bersetuju dengan perubahan itu. Ini boleh membawa kepada perpecahan komuniti atau berlakunya hard fork, seperti yang berlaku pada Bitcoin dan Bitcoin Cash pada 2017.

SegWit

SegWit adalah singkatan kepada Segregated Witness. Ia adalah satu contoh penyelesaian penskalaan untuk Layer 1. SegWit meningkatkan daya pengeluaran Bitcoin dengan mengubah cara data blok disusun. Tandatangan digital tidak lagi diperlukan. Perubahan ini membolehkan lebih banya ruang untuk transaksi berlaku tanpa menjejaskan faktor keselamatan. SegWit dilaksanakan melalui backward-compatible soft fork. Ini bermakna walaupun nod Bitcoin belum menerima kemas kini SegWit, proses transaksi tetap boleh berlaku.

Apa Itu Layer 1 Sharding?

Sharding ialah penyelesaian penskalaan Layer 1 yang popular digunakan untuk meningkatkan pemprosesan transaksi. Teknik ini adalah satu bentuk pembahagian pangkalan data yang boleh digunakan pada lejar yang diedarkan dalam blokchain. Rangkaian dan nodnya dibahagikan kepada pecahan (shard) yang berbeza untuk berkongsi beban kerja dan meningkatkan kelajuan transaksi. Setiap pecahan menguruskan subset keseluruhan aktiviti rangkaian, bermakna ia mempunyai transaksi, nod dan blok berasingannya sendiri.

Dengan sharding, tidak ada keperluan untuk setiap nod mengekalkan salinan penuh keseluruhan blockchain. Sebaliknya, setiap nod melaporkan kembali kerja yang telah disiapkan kepada rantaian utama untuk berkongsi keadaan data setempat mereka, termasuk baki alamat dan metrik utama yang lain.

Layer 1 vs Layer 2

Apabila bercakap tentang penambahbaikan, tidak semuanya isu dalam Layer 1 boleh diselesaikan. Disebabkan oleh kekangan teknologi, perubahan tertentu menjadi sukar atau hampir mustahil dilakukan pada rangkaian blockchain utama. Ethereum, sebagai contoh, sedang menaik taraf kepada Proof of Stake (PoS), tetapi proses ini telah mengambil masa bertahun-tahun.

Sesetengah kes penggunaan tidak boleh berfungsi dengan Layer 1 kerana isu kebolehskalaan. Permainan blockchain misalnya, tidak dapat menggunakan rangkaian Bitcoin kerana masa transaksi yang panjang. Walau bagaimanapun, permainan ini mungkin masih mahu menggunakan keselamatan dan desentralisasi dari Layer 1. Pilihan terbaik ialah membina penyelesaian Layer 2 di atas rangkaian Layer 1.

Lightning Network

Penyelesaian Layer 2 dibina atas Layer 1 dan boleh memuktamadkan urus niaga. Satu contoh yang paling popular ialah Lightning Network. Rangkaian Bitcoin yang sesak mengakibatkan proses transaksi mengambil masa berjam-jam. Lightning Network membolehkan pengguna melakukan transaksi dalam masa yang singkat di luar rantaian utama dan baki akhir akan direkodkan kembali ke dalam rantaian utama. Secara asasnya, ia menggabungkan transaksi semua orang ke dalam satu rekod akhir bagi menjimatkan masa dan sumber sedia ada.

Anda ingin melabur dalam kripto tetapi masih ragu-ragu?

Tak tahu bagaimana nak mula?

Jom belajar kripto di Portal Pendidikan Beranikripto

CLICK untuk mendaftar

Contoh Layer 1 Blockchain

Sekarang kita telah tahu serba sedikit tentang Layer 1. Mari kita lihat beberapa contoh Layer 1 blockchain. Terdapat pelbagai jenis Layer 1 blockchain dan masing-masing memiliki keunikannya. Layer 1 tidak terhad kepada Bitcoin dan Ethereum. Setiap rangkaian mempunyai cara penyelesaian yang berbeza bagi mengatasi trilema dalam teknologi blockchain iaitu desentralisasi, sekuriti dan kebolehskalaan.

Elrond

Elrond ialah rangkaian Layer 1 yang diasaskan pada 2018 yang menggunakan sharding untuk meningkatkan prestasi dan kebolehskalaannya. Blockchain Elrond boleh memproses lebih 100,000 transaksi sesaat. Dua ciri utamanya yang unik ialah protokol konsensus Secure Proof of Stake (SPoS) dan Adaptive State Sharding.

Adaptive State Sharding melalui pemisahan pecahan (shard) dan bergabung apabila rangkaian kehilangan atau memperoleh pengguna. Keseluruhan seni bina rangkaian dipecahkan, termasuk keadaan (state) dan transaksinya. Validator juga bergerak antara pecahan dan ini mengurangkan peluang pengambilalihan yang berniat jahat ke atas sesuatu pecahan.

Native token bagi Elrond ialah EGLD digunakan untuk yuran transaksi, menggunakan DApps dan memberi ganjaran kepada pengguna yang mengambil bahagian dalam mekanisme pengesahan rangkaian. Selain itu, rangkaian Elrond diperakui Karbon Negatif, kerana ia mengimbangi lebih banyak CO2 daripada mekanisme PoS.

Harmony

Harmony menggunakan konsensus Effective Proof of Stake (EPOS), rangkaian Layer 1 dengan sokongan sharding. Mainnet bagi blockchain Harmony mempunyai 4 pecahan, setiap satunya akan mencipta dan mengesahkan blok baru secara serentak. Setiap pecahan boleh memproses transaksi pada kelajuan sendiri. Ini bermakna semua pecahan boleh mempunyai ketinggian block yang berbeza.

Harmony pada masa ini menggunakan strategi “Kewangan Rentas Rantaian” untuk menarik pembangun dan pengguna. Trustless bridge ke Ethereum dan Bitcoin memainkan peranan penting yang membolehkan pengguna menukar token mereka tanpa risiko custodial yang biasa terdapat apabila menggunakan bridge. Visi utama Harmony untuk penskalaan Web 3 bergantung kepada Decentralized Autonomous Organization (DAO) dan pembuktian zero-knowledge.

Perkhidmatan bridge yang ditawarkan Harmony menjadi daya penarik utama kepada pengguna kerana Decentralized Finance (DeFi) pada masa hadapan berpotensi berfungsi dalam multi-chain dan cross-chain. Infrastruktur NFT, DAO tooling dan bridge untuk inter-protocol akan menjadi bidang tumpuan utama oleh Harmony.

Native token Harmony, ONE digunakan untuk membayar yuran transaksi. Pengguna juga boleh melakukan staking jika ingin mengambil bahagian dalam mekanisme konsensus dan tadbir urus Harmony. Ini membolehkan validator memperoleh ganjaran block dan yuran transaksi.

Celo

Celo ialah rangkaian Layer 1 yang bercabang (forked) daripada Go Ethereum (Geth) pada 2017. Walau bagaimanapun, ia telah membuat beberapa perubahan ketara, termasuk melaksanakan PoS dan sistem alamat yang unik. Ekosistem Celo Web3 termasuk DeFi, NFT dan penyelesaian pembayaran, dengan lebih daripada 100 juta transaksi disahkan. Celo membolehkan sesiapa sahaja menggunakan nombor telefon atau alamat e-mel sebagai kunci awam. Blockchain ini beroperasi menggunakan komputer standard dan tidak memerlukan perkakasan khas.

Native token Celo ialah CELO, token utiliti standard untuk urus niaga, keselamatan dan ganjaran. Rangkaian Celo juga mempunyai cUSD, cEUR dan cREAL sebagai stablecoin. Ini dijana oleh pengguna dan menggunakan mekanisme sandaran yang serupa dengan DAI MakerDAO. Selain itu, transaksi yang dibuat dengan stablecoin Celo boleh dibayar dengan mana-mana aset Celo yang lain.

Sistem alamat CELO dan stablecoin bertujuan untuk menjadikan kripto lebih mudah diakses dan meningkatkan penggunaannya. Ini kerana pasaran kripto tidak lekang dari ketidaktentuan dan pendatang baru sering menghadapi kesukaran dari segi pengadoptasian yang boleh menimbulkan kekecewaan.

THORChain

THORChain adalah decentralized exchange (DEX) yang bercirikan cross-chain permissionless. Ia adalah rangkaian Layer 1 yang dibina menggunakan Cosmos SDK. Ia juga menggunakan mekanisme konsensus Terdermint untuk mengesahkan transaksi. Matlamat utama THORChain adalah untuk membenarkan kecairan rentas rantaian terdesentralisasi tanpa perlu menambat aset atau melakukan asset wrapping. Bagi pelabur multi-chain, pegging dan wrapping akan menambah risiko pelaburan.

Sebenarnya, THORChain bertindak sebagai pengurus bilik kebal yang memantau aktiviti deposit dan pengeluaran. Ini membantu mewujudkan kecairan dan menghapuskan pengantara terpusat. RUNE ialah native token bagi THORChain, digunakan untuk membayar yuran transaksi dan juga dalam tadbir urus, keselamatan dan pengesahan.

Automated Market Maker (AMM) dalam THORChain menggunakan RUNE sebagai pasangan asas (base pair) yang mana anda boleh menukar RUNE untuk mana-mana aset lain dalam sokongan. Dari satu segi, projek ini berfungsi seperti cross-chain Uniswap dengan RUNE menjadi aset penyelesaian dan keselamatan untuk liquidity pool.

Kava

Kava ialah blockchain Layer 1 yang menggabungkan kelajuan dan kebolehoperasian Cosmos dengan sokongan pembangun Ethereum. Menggunakan seni bina “co-chain”, rangkaian Kava menampilkan blockchain yang berbeza untuk kedua-dua persekitaran pembangunan EVM dan Cosmos SDK. Ditambah dengan sokongan IBC dalam co-chain Cosmos, ini membolehkan pembangun melancarkan aplikasi terdesentralisasi yang saling beroperasi antara ekosistem Cosmos dan Ethereum.

Kava menggunakan mekanisme konsensus Tendermint PoS yang membolehkan kebolehskalaan kepada aplikasi dalam EVM co-chain. Dibiayai oleh KavaDAO, rangkaian Kava turut menampilkan insentif kepada pembangun on-chain. Ganjaran ini terbuka kepada 100 projek teratas dalam setiap rantaian berdasarkan penggunaan.

Kava mempunyai token utiliti dan tadbir urus iaitu KAVA dan stablecoin yang disandarkan kepada US-dollar, USDX. KAVA digunakan untuk membayar yuran transaksi dan digunakan oleh validator untuk stake bagi menjana konsensus rangkaian. Pengguna juga boleh mewakilkan KAVA yang mereka staked kepada validator untuk memperoleh sedikit ganjaran. Staker dan validator juga boleh mengundi dalam cadangan tadbir urus bagi menentukan parameter rangkaian.

IoTeX

IoTeX merupakan rangkain Layer 1 yang diasaskan pada tahun 2017 yang menumpukan kepada penggabungan blockchain dan Internet of Things (IoT). Ia memberikan pengguna kuasa untuk mengawal data yang dijana oleh peranti mereka dengan membenarkan “machine-backed” bagi DApps, aset dan perkhidmatan. Maklumat peribadi anda mempunyai nilai tersendiri dan anda dapat menguruskannya melalui blockchain bagi tujuan pemilikan yang selamat.

IoTeX menggabungkan perkakasan dan perisian yang dapat menyediakan penyelesaian baru kepada pengguna bagi mengawal privasi dan data mereka tanpa mengganggu pengalaman pengguna. Sistem ini membolehkan pengguna memperoleh aset digital daripada data dunia sebenar mereka dipanggil MachineFi.

IoTeX mengeluarkan dua produk perkakasan terkenal yang dikenali sebagai Ucam dan Pebble Tracker. Ucam ialah kamera keselamatan rumah canggih yang membolehkan pengguna memantau rumah mereka dari mana-mana sahaja dengan privasi lengkap. Pebble Tracker ialah GPS pintar dengan sokongan 4G dengan keupayaan track-and-trace. Ia bukan sahaja boleh menjejaki data GPS, tetapi juga data alam sekitar dalam masa nyata, termasuk suhu, kelembapan dan kualiti udara.

Dari segi seni bina blockchain, IoTeX mempunyai beberapa protokol Layer 2 yang dibina di atasnya. Blockchain digunakan sebagai alat untuk mencipta rangkaian yang menggunakan IoTeX. Rantaian-rantaian ini akan berinteraksi sesama sendiri dan berkongsi maklumat melalui IoTeX. Para pembangun boleh membuat sub-chain yang baru bagi memenuhi keperluan khusus peranti IoT mereka.

Token IoTeX, IOTX digunakan untuk yuran transaksi, staking, tadbir urus dan pengesahan rangkaian.

Kesimpulan

Ekosistem blockchain hari ini mempunyai beberapa rangkaian Layer 1 dan protokol Layer 2. Ya ia agak mengelirukan. Tetapi apabila anda dapat memahami konsep asas, ia menjadi lebih mudah untuk memahami keseluruhan struktur dan seni bina. Pengetahuan ini amat berguna apabila anda ingin mengkaji projek blockchain yang baharu, terutamanya apabila ia memberi tumpuan kepada kebolehoperasian rangkaian dan penyelesaian rentas rantaian.

sumber: binance academy

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier sebagai Pelabur Kripto Berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan kripto

error: Content is protected !!