Pengenalan

Seni bina Bitcoin telah menyebabkan kelajuan transaksinya menjadi perlahan seterusnya kos transaksi turut menjadi tinggi. Para penyelidik, pembangun dan komuniti kripto telah mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi Bitcoin. Usaha gigih mereka telah membuahkan hasil apabila berjaya mencipta suatu rangkaian yang dipanggil Lighting Network.

Lightning Network adalah penyelesaian Layer 2 yang membolehkan urus niaga Bitcoin dipercepatkan di samping mengurangkan kos transaksi. Adakah Lightning Network ini mampu menyelesaikan masalah penskalaan dalam cryptocurrency?

Jom kita kenali apa itu Lightning Network dan keupayaannya.

Apakah Masalah Utama Yang Dihadapi Bitcoin

Terdapat 2 masalah utama yang perlu kita tahu mengenai rangkaian Bitcoin ini.

Isu 1: Kelajuan

Dalam blockchain, secara asasnya sejumlah transaksi dikumpulkan bersama dalam satu blok. Ini bermakna terdapat banyak transaksi yang ditetapkan jumlahnya boleh dimasukkan dalam blok tersebut. Sekiranya transaksi anda tidak dapat dimasukkan ke dalam blok semasa, ia akan berada dalam queue untuk dimasukkan ke dalam blok seterusnya. Queue tersebut mungkin boleh mengambil masa beberapa minit atau boleh jadi juga anda terpaksa tunggu selama seharian atau beberapa hari bergantung kepada bilangan transaksi lain yang perlu diproses mengikut turutan.

Keterbatasan ini dilihat telah menghadkan penggunaa blockchain sebagai medium untuk memproses transaksi dengan pantas. Cuba anda bayangkan anda ingin membeli secawan kopi dan membuat pembayaran menggunakan Bitcoin. Sekiranya pada ketika itu, rangkaian Bitcoin sedang sesak. Sanggupkah anda atau penjual kopi tersebut menunggu?

Isu 2: Kos

Rangkain Bitcoin dan beberapa rangkain lain dibina menggunakan protokol konsensus yang dipanggil Proof of Work (PoW). Dalam konsensus PoW, terdapat mereka yang dipanggil pelombong (miner) yang akan menyelesaikan dan mengesahkan urusan transaksi anda. Pelombong perlu mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk peralatan melombong. Jadi sebagai upah menyelesaikan urusan transaksi, para pelombong ini akan mengenakan caj yang dipanggil yuran transaksi.

Dalam satu sistem yang berskala kecil, bilangan transaksi mungkin sedikit. Jadi proses menyelesaikan dan mengesahkan transaksi akan menjadi lebih pantas dan kosnya juga lebih murah. Tetapi apabila sesuatu rangkain mula berkembang, jumlah transaksi juga akan bertambah. Walhal saiz blok masih tetap sama. Maka terjadilah kesesakan. Akibatnya, hanya transaksi yang menawarkan yuran yang tinggi akan diproses terlebih dahulu.

Kebolehskalaan Bitcoin menjadi topik utama menjelang akhir tahun 2017, apabila populariti Bitcoin semakin meningkat yang menyebabkan berjuta-juta orang mula membanjiri pasaran Bitcoin. Rangkain Bitcoin mula sesak. Pada Disember 2017, kadar purata yuran transaksi adalah sebanyak $37 (sama ada untuk transaksi $1 atau $1,000). Ini menjadikan Bitcoin tidak ekonomik sebagai matawang kerana yuran transaksinya begitu mahal terutamanya untuk transaksi yang kecil, malah lebih tinggi daripada pembayaran menggunakan sistem pembayaran wang fiat.

Masih pening kepala nak pilih platform perdagangan kripto? LUNO adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekiriti Malaysia. CLICK untuk mendaftar

Apa Itu Lightning Network

Lightning Network adalah solusi Layer 2 yang dibina di atas rangkaian Bitcoin. Ini bermakna ia dibina secara berasingan tetapi boleh berinteraksi dengan rangkaian Bitcoin. Lightning Network terdiri daripada sistem saluran yang membolehkan pengguna memindahkan wang ke pengguna yang lain tanpa perlu menggunakan blockchain untuk pengesahan transaksi.

Ia mempunyai persamaan dengan sistem penyelesaian semasa yang digunakan oleh syarikat seperti Visa dan Mastercard. Apabila anda melakukan pembayaran, ianya tidak berlaku secara serta-merta. Sebaliknya apa yang berlaku ialah transaksi hanya akan diproses apabila pembeli mengesahkan dana yang ada atas permintaan daripada penjual. Pembayaran dana akan berlaku kemudian dan beberapa kes ia mungkin mengambil masa beberapa hari atau minggu.

Lightning Network dikendalikan oleh rangkaian nod yang memproses pembayaran. Transaksi biasanya dibuat menggunakan kod QR dan bukan public key yang kompleks. Tetapi yang penting ia membolehkan pembayaran dilakukan dengan lebih pantas denagn yuran yang lebih rendah.

Secara teorinya, Lighting Network membolehkan beribu malah beratus-ribu transaksi dilakukan dengan serta-merta. Ini menjadikan ia amat sesuai untuk transaksi-transaksi kecil.

Siapakah Yang Mencipta Lightning Network

Whitepaper tentang Lightning Network telah diterbitkan oleh dua orang penyelidik Joseph Poon dan Thaddeus Dryja pada 14 Januari 2016. Mereka berpendapat bahawa rangkaian saluran pembayaran mikro dapat menyelesaikan isu kebolehskalaan dalam rangkaian Bitcoin tanpa mengubah rangkaian Bitcoin sedia ada.

Lightning Labs, sebuah makmal kejuruteraan blockchain bersama-sama sekumpulan individu dan beberapa syarikat lain termasuk ACINQ dan Blockstream telah membantu melancarkan versi beta bagi Lightning Network pada Mac 2018. Di peringkat permulaan, projek ini mendapat pembiayaan pelaburan berjumlah $2.5 juta dan Jack Dorsey merupakan salah seorang pelabur. Versi pertama Lightning Network telah dilancarkan pada Mac 2018.

Bagaimana Lightning Network Berfungsi

Lightning Network lebih pantas dan murah kerana rangkaiannya boleh mengelak dari menggunakan blockchain utama Bitcoin. Terdapat rangkaian yang tidak berstruktur yang mengelilingi Lightning Network. Saluran terbina secara tidak dirancang (ad hoc) dan melalui sambungan peer-to-peer. Maklumat pembayaran akan disalurkan melalui saluran tersebut.

Lightning Network ini diselenggara oleh nod-nod. Nod dijalankan oleh orang perseorangan atau syarikat melalui program yang dijalankan oleh desktop, laptop atau Raspberry Pi. Ini memastikan Lightning Network beroperasi secara terdesentralisasi.

Untuk menggunakan Lightning Network, sejumlah BTC diperlukan dan akan dikunci dalam saluran pembayaran. Kemudian ia boleh dibelanjakan merentasi Lightning Network sehingga saluran tersebut ditutup.

Apabila anda ingin menerima transaksi, anda akan mencipta invois dalam format alphanumeric yang panjang yang sering diwakili menggunakan kod QR. Rakan anda yang ingin melakukan pembayaran kepada anda akan mengimbas kod QR tersebut menggunakan Lightning Network miliknya dan melakukan pengesahan pembayaran menggunakan digital signature.

Setelah pembayaran dibuat, pengesahan dihantar merentasi rangkaian kepada anda (kerana anda adalah requester). Ini dikenali sebagai rangkaian peer-to-peer dan tidak memerlukan “orang tengah”. Biasanya ia akan berlaku dalam masa beberapa saat sahaja. Psssst…sebab itu namanya “lightning”.

Memandangkan pembayaran tidak dibuat dalam blockchain Bitcoin, proses transaksi tidak mengambil masa menunggu yang lama. Yuran transaksi tidak mahal. Ini bermakna pembayaran yang kecil atau micropayment sekecil 1 satoshi boleh dilakukan.

Setelah anda selesai menggunakan Lightning Network, mereka boleh menutup saluran dan keluar. Kemudian anda boleh menggunakan BTC anda semula pada rangkaian Bitcoin yang standard.

Anda ingin melabur dalam kripto tetapi masih ragu-ragu?

Tak tahu bagaimana nak mula?

Jom belajar kripto di Portal Pendidikan Beranikripto

CLICK untuk mendaftar

Bagaimana Anda Boleh Mengguna Lightning Network

Katakan anda ingin membeli secawan kopi di Warung Kopi Pak Abu berdekatan rumah anda dan membayarnya menggunakan BTC. Pertama anda perlu menghantar sedikit BTC ke dompet yang memerlukan lebih daripada satu tandatangan atau kunci untuk memindahkan BTC tersebut.

Biasanya dompet jenis ini dipanggil multisig. Dalam kes Lightning Network, dompet multisign membolehkan pengguna membuat perjanjian pembayaran bagi memastikan transaksi diterima seterusnya dapat mencipta kunci kira-kira.

Setiap kali anda ingin membeli secawan kopi, kunci kira-kira yang baharu akan dicipta. Anda perlu menandatanganinya dengan kunci awam (public key) anda untuk mengimbangi baki yang terdapat dalam dompet anda dengan jumlah yang telah dipindahkan ke dompet Warung Kopi Pak Abu.

Jika anda tidak mahu membeli kopi lagi dari Warung Kopi Pak Abu, anda boleh menutup saluran pembayaran dan rekod kunci kira-kira akan kekal dalam blockchain. Pertikaian pembayaran juga boleh diselesaikan dengan merujuk kepada kunci kira-kira terakhir yang ditandatangani antara kedua-dua pihak.

Apa yang berlaku jika anda tidak mempunyai saluran langsung dengan kedai lain? Lightning Network akan mencari laluan terpendek antara anda dan kedai tersebut melalui orang lain yang berada dalam rangkaian.

Adakah Lightning Network Punya Masa Hadapan​

Populariti cryptocurrency menyebabkan jumlah urus niaga menggunakan matawang digital ini semakin meningkat sehingga memberikan tekanan kepada blockchain. Walaupun terdapat penambahbaikan seperti melakukan fork untuk membantu rangkaian menangani isu permintaan dengan lebih baik, Lightning Network (jika berjaya) dilihat mampu membantu membuka pintu yang luas terhadap pengadoptasian dan aplikasi penggunaan matawang kripto.

Pada Ogos 2020, Lightning Network telah melakukan kemaskini dengan memasukkan sokongan untuk fungsi Wumbo. Pada peringkat awal, pembangun Lightning Network telah menghadkan jumlah Bitcoin yang boleh disimpan dalam saluran pembayaran. Jumlah Bitcoin yang dibenarkan hanyalah sebanyak 0.1677 BTC. Tetapi saluran Wumbo membolehkan nod menyediakan perkhidmatan untuk transaksi yang lebih besar pada volume yang lebih tinggi.

Semakin banyak platform pertukaran kripto kini menyokong Lightning Network termasuk Kraken, OKEx, Bitstamp dan Bitfinex serta aplikasi perdagangan kewangan Robinhood. Walau bagaimanapun, dua bursa utama iaitu Binance dan Coinbase masih belum memperkenalkannya.

Pada Jun 2021, El Salvador telah meluluskan undang-undang yang menjadikan Bitcoin sebagai legal tender di negara tersebut. Lightning Network turut menjadi sebahagian daripada revolusi kewangan di negara tersebut kerana ia juga digunakan bagi memudahkan pembayaran yang kecil. Dompet Chivo (dompet tajaan kerajaan) telah disertakan dengan Lightning Network. Menurut co-founder AlphaPoint (pembangun dompet Chiva), mungkin ini boleh menjadi penanda aras pertama penggunaan Bitcoin secara meluas bagi transaksi harian.

Pada bulan April yang lalu, Lightning Lab telah berjaya mengumpulkan dana sebanyak $70 juta bagi membiayai pembangunan protokol Taro. Protokol ini membolehkan transaksi stablecoin dilakukan di Lightning Network.

Lightning Network semakin berkembang bagi memenuhi keperluan semasa pengguna kripto. Sebagai contoh, Blockstream membangunkan versi Lightning Network yang tersendiri yang dipanggil sebagai c-Lightning dengan menggunakan C programming language. Contoh lain ialah Litecoin juga memiliki versi lain yang dinamakan Litecoin Lightning Network dan ia lebih kecil berbanding versi asal Lightning Network tetapi ianya tetap berkembang perlahan-lahan.

Sumber: decrypt.co

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier sebagai Pelabur Kripto Berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan kripto

error: Content is protected !!