7 minit bacaan
NEAR ialah blockchain berkemampuan smart contract yang direka untuk menjadi platform generasi akan datang untuk dapps, dengan penyelesaian penskalaan (scaling solution) uniknya sendiri.
Blockchain yang boleh menjalankan smart contract bukanlah sesuatu yang baharu. Blockchain-blockchain tersebut telah wujud sejak 2015 dengan pelancaran mainnet Ethereum dan kini terdapat lebih daripada sedozen platform yang serupa beroperasi pada hari ini.
Tetapi di sebalik permintaan yang semakin meningkat untuk aplikasi terdesentralisasi (dapps) dan perincian dapps yang semakin terperinci dan berkebolehan, beberapa titik halangan utama masih mengehadkan penggunaannya.
Adakah anda tahu?
Aplikasi terdesentralisasi atau dapps ialah aplikasi yang beroperasi di blockchain terdesentralisasi, contohnya seperti Ethereum atau NEAR Protocol.
NEAR ialah blockchain baru yang ingin menangani batasan sistem lama melalui platform blockchain sharded yang ditadbir komuniti dengan kebolehoperasian (interoperability) dan kebolehskalaan (scalability) pada terasnya.
Apa itu Near Protocol?
NEAR ialah platform pembangunan terdesentralisasi yang direka untuk menyediakan persekitaran yang ideal untuk dapps dengan mengatasi beberapa batasan sistem bersaing, contohnya seperti daya pemprosesan rendah (low throughput), kelajuan rendah dan keserasian silang (cross-compatibility) yang lemah.
Ia beroperasi di NEAR Protocol iaitu satu blockchain proof-of-stake (POS) mesra pembangun (developer-friendly) yang menggabungkan beberapa inovasi untuk meningkatkan kebolehskalaan dan mengurangkan kos untuk pembangun dan pengguna akhir. Inovasinya termasuk pengambilan unik tentang sharding dan mekanisme konsensus baharu yang berkuasa dikenali sebagai ‘Doomslug’.
Ia sedang dibina oleh NEAR Collective iaitu satu komuniti penyelidik, pembangun dan pemikir sedunia yang menulis kod awal untuk NEAR Protocol dan terus menyokong projek itu dengan mengeluarkan pembetulan pepijat (bug fixes), kemas kini dan membina ekosistem NEAR di sekelilingnya. Memandangkan kod untuk NEAR ialah sumber terbuka (open source), sesiapa sahaja boleh menyertai koleksi (collectible) itu dan mula menyumbang ke arah pembangunannya.
Bagaimanakah Near Protocol Berfungsi?
Sama seperti Ethereum, Cardano dan TRON, NEAR boleh digambarkan sebagai blockchain “base-layer” yang bermaksud ia adalah asas di mana aplikasi lain dibina dan digunakan.
NEAR menggunakan teknologi yang dikenali sebagai Nightshade untuk mencapai keupayaan daya pemprosesannya (throughput) yang besar. Penyelesaian penskalaannya menunjukkan set pengesah individu memproses transaksi secara selari merentasi pelbagai sharded chain untuk menambah baik keseluruhan transaksi yang membawa kapasiti blockchain Near Protocol. Penyelesaian ini agak berbeza daripada sistem sharding yang digunakan oleh blockchain lain di mana setiap shard menghasilkan sebahagian kecil daripada blok seterusnya iaitu dikenali sebagai “chunk”. Ia diproses dan disimpan secara kekal pada blockchain NEAR untuk memuktamadkan (finalize) transaksi yang terkandung di dalamnya.
Adakah anda tahu?
NEAR memperkenalkan mekanisme konsensus baru yang dikenali sebagai Doomslug untuk meningkatkan kecekapan, sambil memastikan blok mencapai muktamad (finality) dalam beberapa saat dengan meminta pengesah (validator) bergilir-gilir menghasilkan blok dan bukannya bersaing secara langsung berdasarkan stake mereka.
Ia dibina untuk memudahkan kerja para pembangun, sambil turut memberikan mereka toolkit yang berkuasa untuk membina aplikasi generasi akan datang. Oleh kerana NEAR menggunakan model akaun berasaskan kontrak (contract-based account model), pembangun boleh membina aplikasi lanjutan yang boleh menandatangani transaksi bagi pihak pengguna serta membolehkan mereka melaksanakan perjanjian tanpa pengguna perlu hadir secara fizikal untuk mengesahkan tindakan tersebut.
Apakah keistimewaan Near Protocol?
NEAR direka bentuk untuk menjadi platform generasi akan datang untuk dapps. Untuk mencapai matlamat ini, ia menangani beberapa isu yang telah lama wujud dalam dunia blokchain serta beberapa isu yang baru-baru ini kelihatan jelas secara relatifnya.
Pertama sekali, NEAR adalah sangat pantas. Ia dapat memproses kira-kira dalam susunan 100,000 transaksi sesaat (tps) dan mencapai kemuktamadan transaksi (transaction finality) hampir serta-merta oleh kerana ukuran blok 1 saatnya. Menurut NEAR, berdasarkan kemampuan teknologinya bermakna ia boleh mencapai yuran transaksi yang 10,000x lebih rendah daripada yang ada pada Ethereum di mana menjadikan ia (yuran transaksi) di blockchain Near Protocol pada dasarnya boleh diabaikan.
Sharding vs no-sharding debate with @AlexSkidanov of NEAR & @aeyakovenko of @solana – https://t.co/5yVuTPQHrW
— NEAR Protocol (@NEARProtocol) December 28, 2019
Walaupun kelebihan teknikalnya boleh dikatakan sebagai punca jualan terbesarnya, NEAR juga bertujuan untuk mudah didampingi oleh mereka yang mempunyai sedikit atau tiada pengetahuan tentang blokchain hasil daripada apa yang dipanggil sebagai “common sense onboarding”. Ini bermakna pengguna biasa akan dapat mengakses dapps yang dibina pada NEAR dengan aliran pendaftaran serupa yang telah mereka alami. Ini boleh membantu pembangun mencapai khalayak yang lebih luas, di samping mengurangkan halangan bagi mereka yang sudah biasa menggunakan dapps.
NEAR menyediakan pembangun dengan pelbagai komponen modular untuk membantu mereka menjejaki pembangunan mereka dengan pantas dan mengeluarkan projek dengan cepat. Ini termasuk contoh pelaksanaan non-fungible token (NFT), faucet, token contract, guest book dan banyak lagi. Pelbagai jenis contoh dan kodnya boleh didapati pada repositori rasmi NEAR Github.
Siapa yang membina di NEAR?
Walaupun pelancaran mainnetnya kurang dari setahun yang lalu, terdapat sejumlah besar projek yang telah dibina di platform NEAR. Sebahagian daripada ini termasuk:
- Flux: Protokol pasaran terbuka terdesentralisasi yang dilancarkan di NEAR pada Ogos 2020.
- Mintbase: Platform yang menjadikan pengeluaran dan penjualan NFT mudah dan murah.
- Paras: Pasaran NFT yang memfokuskan pada karya berkualiti tinggi berdasarkan oleh artis terpilih.
NEAR Foundation kini mengendalikan NEAR Grants Program (NGP) di mana ia menyokong projek-projek yang membantu mengembangkan ekosistem NEAR dan komunitinya. Sejumlah geran bernilai $1 juta akan diberikan pada H1 2021.
Apa itu token NEAR?
Seperti kebanyakan blockchain yang lain, NEAR juga mempunyai token utiliti aslinya (native utility token) sendiri yang dinamakan ‘NEAR’. Ia adalah token yang digunakan untuk memberi insentif pada node di rangkaian NEAR dan juga digunakan untuk mengukuhkan transaksi dan pelbagai smart contract NEAR.
Sebagai platform yang ditadbir komuniti, pemegang token NEAR boleh mengambil bahagian dalam tadbir urus on-chain platform NEAR atau mereka boleh mendapatkan pengesah untuk mengundi bagi pihak mereka.
Perbincangan mengenai pembangunan dan pemasaran produk NEAR serta ekosistem NEAR di sekelilingnya sedang diadakan di forum tadbir urus. Pengguna juga boleh mengemukakan cadangan mereka ke NEAR Enhancement Proposals repository (NEPs) di Github.
Di mana dan bagaimana untuk membeli NEAR?
Jika anda ingin terlibat dengan NEAR atau mula menggunakan mana-mana dapps yang dibina pada platform NEAR, maka anda perlu mendapatkan beberapa token NEAR.
Walaupun anda mungkin memperolehnya dengan mengambil bahagian dalam ganjaran pembangunan (development bounties), staking dan mengendalikan komuniti NEAR, cara paling mudah untuk mendapatkan NEAR ialah dengan membelinya daripada platform pertukaran (exchange) yang disokong contohnya seperti Binance, Huobi Global atau OKEx.
Di bawah, kami akan membincangkan cara membeli NEAR dengan Tether (USDT) di Binance iaitu pada masa ini merupakan pertukaran (exchange) paling liquid untuk NEAR.
Langkah 1: Daftar di Binance dan tambah nilai akaun anda dengan USDT atau aset lain yang disokong. Pada masa ini, Binance menyokong penukaran untuk NEAR terhadap Tether (USDT), Bitcoin (BTC), Binance USD (BUSD) dan Binance Coin (BNB).
Langkah 2: Pergi ke pasaran NEAR yang telah ditetapkan di pertukaran spot Binance, contohnya seperti NEAR/USDT atau NEAR/BTC.
Langkah 3: Di sini, anda akan menemui interface dagangan Binance. Di bahagian bawah halaman, pilih pilihan ‘Market’ daripada panel pesanan.
Langkah 4: Masukkan amaun USDT yang anda mahu belanjakan dan klik ‘Buy NEAR’ dan ini akan melaksanakan pesanan anda secara automatik pada harga terbaik yang tersedia. NEAR anda kemudiannya akan didepositkan ke baki akaun Binance anda di mana ia sudah sedia untuk dikeluarkan atau didagangkan.
Masa depan Near Protocol
Awal bulan ini, NEAR telah mengeluarkan bridge Ethereum-ke-NEAR yang telah lama ditunggu-tunggu yang dikenali sebagai Rainbow Bridge. Ini membenarkan pengguna untuk bridge token Ethereum ERC-20 mereka ke NEAR untuk digunakan dalam ekosistem dapp NEAR. Ini merupakan satu langkah besar dalam perancangan NEAR untuk menjadikan platform yang boleh diakses semudah yang mungkin.
📢ICYMI: Interoperability isn’t just #NEAR, it’s HERE with the launch of the #NEARRainbowBridge. 🌈 The first of its kind, a universal and fully trustless asset bridge that doesn’t rely on any external authorities.
➡️https://t.co/KvgmcOdxpJ #NEARProtocol #blockchaintechnology pic.twitter.com/GtXDtjNyom— NEAR Protocol (@NEARProtocol) April 6, 2021
Untuk langkah seterusnya, NEAR sedang berusaha untuk melaksanakan sokongan untuk Ethereum Virtual Machine (EVM) iaitu satu susunan perisian yang digunakan oleh Ethereum untuk menjalankan aplikasi terdesentralisasi (decentralized applications, dapps). Apabila selesai, pembangun akan dapat menggunakan semula dapps Ethereum mereka pada NEAR dengan sedikit atau tiada perubahan yang diperlukan serta menghapuskan halangan utama untuk melancarkan cross-chain.
Sumber bacaan daripada binance academy, decrypt, coinmarketcap dan mycryptoversity