5 minit bacaan
Definisi node mungkin berbeza mengikut konteks. Apabila ia berkaitan dengan komputer atau rangkaian telekomunikasi, node boleh bertindak sama ada sebagai titik pengagihan semula (redistribution point) atau sebagai titik akhir komunikasi (communication endpoint). Biasanya, node terdiri daripada peranti rangkaian fizikal, tetapi terdapat beberapa kes di mana node maya digunakan.
Node rangkaian ialah satu titik di mana mesej boleh dicipta, diterima atau dihantar. Dengan ini kami akan membincangkan pelbagai jenis node Bitcoin iaitu full node, supernode, node pelombong (miner node) dan klien SPV (SPV client).
Bitcoin node
Mendalami ke dalam konteks blockchain di mana ia direka bentuk sebagai sistem diedarkan, rangkaian node komputer adalah perkara yang membolehkan Bitcoin digunakan sebagai mata wang digital peer-to-peer (P2P) terdesentralisasi. Oleh itu, ia tahan penapisan (censorship-resistant) berdasarkan reka bentuknya dan tidak memerlukan orang tengah untuk penggunaan transaksi dari satu pengguna ke pengguna yang lain (tidak kira sejauh mana mereka berada di dunia).
Oleh itu, node blockchain bertanggungjawab untuk bertindak sebagai satu titik komunikasi yang berkemungkinan melaksanakan fungsi yang berbeza. Mana-mana komputer atau peranti yang bersambung ke interface Bitcoin boleh dianggap sebagai node dalam erti kata mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Node ini juga boleh menghantar maklumat tentang transaksi dan blok dalam rangkaian komputer yang diedarkan dengan menggunakan protokol peer-to-peer Bitcoin. Walau bagaimanapun, setiap node komputer definisikan mengikut fungsi tertentu, jadi terdapat pelbagai jenis Bitcoin node.
Full node
Full node adalah node yang benar-benar menyokong dan menyediakan keselamatan kepada Bitcoin dan ia amat diperlukan untuk rangkaian. Node ini juga boleh dirujuk sebagai node yang mengesahkan sepenuhnya (fully validating node) kerana ia terlibat dalam proses mengesahkan transaksi dan blok berdasarkan peraturan konsensus sistem. Selain itu, full node dapat menyampaikan transaksi dan blok baharu kepada blockchain.
Biasanya, full node memuat turun salinan blockchain Bitcoin dengan setiap blok dan transaksi, tetapi ini bukan satu keperluan untuk dianggap sebagai full node (salinan blockchain yang dikurangkan boleh digunakan sebaliknya).
Full Bitcoin node boleh ditubuhkan melalui pelaksanaan perisian yang berbeza, tetapi yang paling banyak digunakan dan popular ialah Bitcoin Core. Ini adalah keperluan minimum untuk menjalankan full node Bitcoin Core:
- Desktop atau komputer riba dengan versi terbaru Windows, Mac OS X atau Linux.
- 200GB ruang cakera kosong (free disk space).
- 2GB memori (RAM).
- Sambungan internet berkelajuan tinggi dengan kelajuan muat naik sekurang-kurangnya 50 kB/s.
- Sambungan tidak bermeter atau sambungan dengan had muat naik yang tinggi. Full node dalam talian mungkin mencapai atau melebihi penggunaan muat naik sebanyak 200 GB/bulan dan penggunaan muat turun sebanyak 20 GB/bulan. Anda juga perlu memuat turun ~200GB apabila anda baru memulakan full node anda.
- Full node anda harus berjalan sekurang-kurangnya 6 jam sehari. Ianya lebih baik jika anda menjalankannya secara berterusan (24/7).
Banyak organisasi sukarelawan dan pengguna menjalankan full Bitcoin node sebagai cara untuk membantu ekosistem Bitcoin. Sehingga 2018, terdapat kira-kira 9,700 node awam (public node) yang berjalan pada rangkaian Bitcoin. Untuk pengetahuan, nombor ini hanya termasuk node awam (public node) yang merujuk kepada listening Bitcoin node yang boleh dilihat dan boleh diakses (juga dikenali sebagai listening node).
Selain node awam, terdapat banyak node tersembunyi lain yang tidak kelihatan (non-listening node). Node ini biasanya beroperasi di belakang ‘tembok api’, melalui protokol tersembunyi seperti Tor atau hanya kerana ia dikonfigurasikan untuk tidak mendengar kepada sebarang sambungan.
Listening node (supernode)
Pada asasnya, listening node atau super node ialah full node yang boleh dilihat secara umum. Ia berkomunikasi dan memberikan maklumat kepada mana-mana node lain yang memutuskan untuk mewujudkan sambungan dengannya. Oleh itu, super node pada asasnya adalah titik peredaran semula yang boleh bertindak sebagai sumber data dan sebagai jambatan komunikasi.
Super node yang boleh dipercayai biasanya berjalan 24/7 dan mempunyai beberapa sambungan yang dikenali, menghantar sejarah blockchain dan data transaksi ke pelbagai node di seluruh dunia. Untuk tujuan itu, super node mungkin memerlukan lebih banyak kuasa pengkomputeran dan sambungan internet yang lebih baik jika dibandingkan dengan full node yang tersembunyi.
Baca juga: Apa Itu Avalanche?
Node pelombong (Miners’ node)
Untuk dapat melombong Bitcoin dalam senario persaingan semasa, seseorang itu perlu melabur dalam perkakasan dan program perlombongan khusus. Program perlombongan (perisian) ini tidak berkaitan secara langsung dengan Bitcoin Core dan dilaksanakan secara selari untuk mencuba dan melombong blok Bitcoin. Seorang pelombong boleh memilih untuk bekerja sendiri (solo miner) atau dalam kumpulan (pool miner).
Sementara full node solo miner menggunakan salinan blockchain mereka sendiri, pool miner bekerjasama dengan setiap satu menyumbang kepada sumber pengkomputeran sendiri (hashpower). Dalam mining pool, hanya pentadbir pool diperlukan untuk menjadi full node di mana boleh juga dirujuk sebagai full node pool miner.
Pelanggan lightweight atau SPV
Juga dikenali sebagai klien Simplified Payment Verification (SPV), klien lightweight ialah mereka yang menggunakan rangkaian Bitcoin tetapi tidak benar-benar bertindak sebagai full node. Oleh itu, klien SPV tidak menyumbang kepada keselamatan rangkaian kerana mereka tidak menyimpan salinan blokchain dan tidak mengambil bahagian dalam proses mengesahkan transaksi.
Secara ringkasnya, SPV ialah kaedah di mana pengguna boleh menyemak sama ada beberapa transaksi telah dimasukkan atau tidak dalam blok, tanpa perlu memuat turun keseluruhan data blok. Oleh itu, klien SPV bergantung pada maklumat yang diberikan oleh full node lain (supernode). Klien lightweight berfungsi sebagai titik akhir komunikasi dan digunakan oleh banyak wallet mata wang kripto.
Klien vs mining node
Adalah penting untuk mengetahui bahawa menjalankan full node tidak sama dengan menjalankan full mining node. Sementara pelombong perlu melabur dalam perkakasan dan perisian perlombongan yang mahal, sesiapa sahaja boleh menjalankan nod yang mengesahkan sepenuhnya (fully validating node).
Sebelum cuba melombong blok, pelombong perlu mengumpulkan transaksi yang belum selesai yang sebelum ini diterima sebagai sah oleh full node. Seterusnya, pelombong mencipta blok calon atau candidate block (dengan sekumpulan transaksi) dan cuba melombong blok itu. Jika pelombong berjaya mencari penyelesaian yang sah untuk candidate block mereka, mereka menyiarkannya ke rangkaian supaya full node lain boleh mengesahkan kesahihan blok itu. Oleh itu, peraturan konsensus ditentukan dan dijamin oleh rangkaian pengedaran nod pengesahan (distributed network of validating nodes) dan bukan oleh pelombong.
Kesimpulan
Bitcoin node berkomunikasi antara satu sama lain melalui protokol rangkaian Bitcoin P2P dan dengan berbuat demikian, ia menjamin integriti sistem. Node yang salah laku (misbehave) atau cuba menyebarkan maklumat yang tidak betul dikenali dengan cepat oleh node yang jujur dan diputuskan sambungan daripada rangkaian.
Walaupun pada hakikatnya menjalankan nod yang mengesahkan sepenuhnya tidak memberikan ganjaran kewangan, ia amat disyorkan kerana ia memberikan kepercayaan, keselamatan dan privasi kepada pengguna. Full node memastikan bahawa peraturan dipatuhi. Mereka melindungi blockchain daripada serangan dan penipuan (seperti double spend). Di samping itu, full node tidak perlu mempercayai orang lain dan ia membolehkan pengguna mengawal sepenuhnya wang mereka.
Sumber bacaan daripada binance academy, coinmarketcap dan mycryptoversity