12 minit bacaan
Projek kripto Polkadot ialah blockchain generasi akan datang yang cuba mempromosikan rangka kerja pelbagai rantaian yang berbeza (heterogeneous multi-chain framework). Ia telah mendapat perhatian yang tinggi daripada seluruh komuniti pelabur, pembangun dan pengguna serta dianggap sebagai salah satu projek paling inovatif dalam dunia mata wang kripto.
Dikuasakan oleh DOT iaitu coin asli (native coin) rangkaian tersebut, ekosistem Polkadot cuba menyelesaikan pelbagai batasan yang ada pada teknologi blokchain buat masa ini seperti kebolehskalaan (scalability) dan keselamatan. Polkadot berfungsi sebagai penyelesaian yang melaksanakan ciri-ciri tersendiri pada teknologinya secara bersama.
Projek itu dirangka pada tahun 2016 dan mengambil masa beberapa tahun untuk dilancarkan. Token DOT tidak dijual di pasaran sehingga Ogos 2020 dan pengiktirafan muktamadnya telah diberikan pada Jun 2021 apabila Polkadot disenaraikan di Coinbase.
Mengapa Polkadot dianggap inovatif? Secara umumnya sifat unik blockchain ialah desentralisasi, kelajuan dan keselamatan dalam persekitaran tanpa memerlukan amanah (trustless environment) pada mana-mana pihak. Walaupun kebanyakan blokchain cenderung menawarkan satu atau hanya beberapa sahaja sifat yang dipertikaikan tetapi seni bina semasa mereka tidak dibina untuk mengekalkan semua sifat sekaligus.
Ethereum sebagai contoh adalah platform paling popular untuk DApp. Namun pada masa ini, ia tidaklah begitu berskala dan mengenakan bayaran yang sangat tinggi terutamanya apabila trafik pada platform tersebut sangat sibuk. EOS sebaliknya, menjamin transaksi yang pantas dan tanpa bayaran dengan mengorbankan desentralisasi.
Semua rangkaian ini diasingkan antara satu sama lain dengan sedikit atau tiada maklumat bertukar antara mereka. Sebagai contoh, anda boleh fikirkan pelbagai bank yang berbeza yang tidak dibenarkan berinteraksi dan ini menyebabkan kita tidak akan dapat memindahkan wang dengan lancar dari satu bank ke bank yang lain.
Tetapi sebaliknya pula dengan e-mail. Kebolehoperasian (interoperability) mereka membolehkan kita memindahkan maklumat daripada Yahoo ke akaun Gmail. Buat masa sekarang, kekurangan kebolehoperasian pada teknologi blockchain menghalang penggunaan besar-besaran. Polkadot dilancarkan bertujuan untuk mengisi kekurangan ini.
Apa itu rangkaian Polkadot dalam kripto?
Secara ringkas, Polkadot (DOT) ialah blockchain yang mempunyai rangkaian teras (core network) iaitu relay chain di mana pelbagai blockchain berbeza mampu berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. Dengan menjadi ‘tuan rumah’ kepada blockchain-blockchain tersebut, relay chain juga mengendalikan keselamatan dan transaksi mereka serta membolehkan kebolehoperasian cross-chain (komunikasi antara blockchain yang berbeza) berfungsi dengan lancar.
Selain menghantar token DOT merentasi blockchain yang berbeza, Polkadot juga membenarkan mereka berkomunikasi dan bertukar data sebenar.
Oleh itu, kebolehoperasian (interoperability) adalah masalah besar yang cuba diselesaikan oleh Polkadot. Sebaliknya menjadi entiti berasingan yang berfungsi secara bebas, blockchain harus menjadi sebahagian daripada ekosistem yang sama di mana maklumat dan wang boleh ditukar dengan selamat dalam cara berskala (scalable way).
Walaupun blockchain swasta (private blockchain) mempunyai protokol teknikal yang agak berbeza daripada blockchain awam (public blockchain), Polkadot juga menyelesaikan komunikasi antara dua jenis rangkaian yang berbeza ini.
Seni bina rangkaian Polkadot yang fleksibel dan adaptif memudahkan pembinaan teknologi baharu di atasnya serta membolehkan pembangun memanfaatkan kebolehskalaan, kebolehoperasian dan keselamatan yang ditawarkan. Oleh itu, rangkaian Polkadot juga mewakili satu kejayaan yang besar untuk pembangun dan usahawan yang ingin membina blockchain baharu dari awal.
Apabila cuba mencipta blockchain baharu, pembangun perlu membina mesin keadaan (state machine) yang unik dan algoritma konsensus (consensus algorithm) di mana kedua-dua perkara ini tidak mudah untuk dilaksanakan dan memerlukan banyak usaha dan masa. Seni bina asas (fundamental architecture) Polkadot bertujuan untuk menyelesaikan masalah ini kerana ia menghapuskan keperluan untuk membina blockchain dari awal.
Blockchain yang dibina dalam Polkadot menggunakan rangka kerja modular Substrate (Substrate modular framework) yang membolehkan pengguna memasangkan ciri yang mereka perlukan sambil membenarkan mereka mengubahnya mengikut keperluan. Selain itu, ia juga membolehkan pembangun menyesuaikan seni bina blockchain (blockchain architecture), memilih komponen spesifik yang sesuai dengan keperluan mereka dan menghubungkan blockchain dengan rangkaian lain termasuk Ethereum dan Bitcoin.
Sejarah rangkaian Polkadot
Nama rangkaian ini pun sudah unik iaitu Polkadot. Untuk pengetahuan umum, corak polka dot pada fabrik terdiri daripada pelbagai bulatan berisi besar dengan saiz yang sama. Bulatan tersebut kemungkinan melambangkan blockchain yang berbeza dan corak keseluruhan iaitu dunia kripto Polkadot.
Sejarah Polkadot berkait rapat dengan Ethereum. Pengasasnya ialah Dr. Gavin Wood yang merupakan ketua pegawai latihan (chief training officer) dan pembangun teras (core developer) Ethereum. Dia membangunkan bahasa pengaturcaraan (programming language) smart contract Ethereum iaitu Solidity. Pembangun utama (Dr. Gavin Wood) meninggalkan Ethereum pada 2016 untuk membangunkan seni bina blockchain yang berbeza dan pada bulan Oktober tahun yang sama beliau telah menerbitkan white paper Polkadot.
Semasa masih di Ethereum, Wood mengasaskan Syarikat Teknologi Blockchain EthCore yang kemudiannya bertukar menjadi Parity Technology. Syarikat itu membangunkan teknologi infrastruktur blockchain yang penting seperti rangka kerja pembangunan Substrate (Substrate development framework) dan rangkaian Polkadot.
Pada tahun 2017, Wood turut mengasaskan WEB3 Foundation iaitu sebuah entiti non-profit yang ditubuhkan untuk menyokong penyelidikan dan pembangunan Polkadot serta menyelia usaha pengumpulan dananya.
Pada bulan Julai tahun yang sama, kejadian buruk pertama berlaku dalam organisasi tersebut. Seorang penggodam mengeksploitasi kelemahan dalam kod wallet multisig Parity dan mencuri 153 ribu ETH (kira-kira 33 juta USD pada masa itu) daripada tiga wallet berbeza.
Pada bulan Oktober, yayasan itu menganjurkan tawaran coin permulaan (initial coin offering, ICO) dan mengumpul $145 juta dalam masa kurang dari dua minggu lalu menjadikannya salah satu ICO terbesar pada masa tersebut.
Hanya beberapa hari selepas penjualan token, Parity Technology mengalami insiden penggodaman baharu. Smart contract ICO telah digodam dan 66% daripada dana yang diperoleh ($150 juta) telah dibekukan. Peristiwa itu tidak dapat dipulihkan dan tidak dapat dielakkan serta memperlahankan pembangunan awal projek.
Pada bulan-bulan berikutnya, melalui jualan peribadi (private sale) pasukan WEB3 Foundation berjaya mengumpul dana yang mencukupi untuk terus memenuhi matlamat pembangunannya dan apabila tiba 2019 semuanya kembali seperti biasa.
Bagaimanakah Polkadot berfungsi?

Seperti yang dinyatakan dalam penulisan sebelum ini, Polkadot menyediakan rangkaian teras (core network) iaitu relay chain dan blockchain selari (parallel blockchain) yang dipanggil parachain.
Mari kita kenal dengan lebih jelas seni bina rangkaian, komponen teknikal sistem dan cara ia berfungsi bersama.
Protokol relay chain menentukan keselamatan perkongsian (shared security) rangkaian, konsensus dan kebolehoperasian cross-chain. Ia adalah enjin yang memastikan keseluruhan infrastruktur bekerjasama dengan menghubungkan peserta rangkaian lain dan menyediakan kemuktamadan (finality) transaksi.
Relay chain sengaja dibina untuk menyediakan fungsi yang minimum. Sebagai contoh, smart contarct tidak disokong dan tanggungjawab utama relay chain terletak pada penyelarasan sistem secara keseluruhan termasuk juga parachain.
Istilah parachain adalah singkatan untuk parallel chain. Mereka adalah blockchain berdaulat (sovereign blockchain) dengan mempunyai token dan tadbir urus mereka tersendiri serta menawarkan kes penggunaan yang spesifik (specific use case).
Walau bagaimanapun, parachain menggunakan dan mengambil kesempatan daripada keselamatan dan kebolehoperasian relay chain untuk kemuktamadan transaksi. Penggunaan relay chain membolehkan sistem parachain berfungsi dengan lancar manakala pembangun dan pengguna boleh menumpukan pada matlamat khusus lain seperti privasi atau kebolehskalaan dan aplikasi khusus mereka.
Pada dasarnya, parachain dapat menikmati salah satu kelebihan rangkaian yang paling signifikan iaitu menggunakan keselamatan Polkadot yang telah ditetapkan dan kelajuan transaksi yang pantas serta berskala.
Parachain perlu memajak slot yang terhad kepada seratus dalam Polkadot untuk mengambil bahagian dalam rangkaian. Oleh kerana slot yang terhad, peruntukan slot parachain kemungkinan pada masa hadapan menjadi agak kompetitif dan mencabar untuk diperolehi. Terdapat tiga cara untuk mendapatkan peruntukan slot:

Parathread mempunyai fungsi yang sama dengan parachain. Walau bagaimanapun, ia dijalan menggunakan model pay-as-you-go yang membolehkan mereka bekerja apabila diperlukan dan tidak perlu disambungkan kepada relay chain pada setiap masa.
Parathread mengambil bahagian buat sementara waktu tanpa perlu memajak slot parachain. Parathread akan mempunyai masa blok (block time) yang lebih perlahan daripada parachain tetapi mempunyai tahap keselamatan dan ciri kebolehoperasian yang sama. Selain itu, bergantung pada ketersediaan dan keperluan slot relay chain, mana-mana blockchain boleh bertukar antara menjadi parachain atau parathread.
Akhir sekali, jambatan (bridge) membenarkan parachain dan parathread untuk berkomunikasi dengan rangkaian luar seperti Bitcoin dan Ethereum lalu mengembangkan lagi kebolehoperasian blockchain Polkadot. Bridge juga membolehkan token dan coin yang berbeza ditukar tanpa memerlukan pertukaran pusat (central exchange).
Baca juga: Apa Itu Cosmos (ATOM)?
Tadbir urus (Governance)
Tadbir urus dalam blockchain ialah cara peraturan pengesahan transaksi dan block diputuskan, dilaksanakan dan dikuatkuasakan. Ia boleh dimaksudkan sebagai integrasi norma dan kod, rakyat dan institusi yang memudahkan kewujudan organisasi tertentu.
Tadbir urus Polkadot adalah berdasarkan protokol proof of stake dan matlamat utamanya adalah untuk memastikan majoriti pegangan (stake) sentiasa boleh mengawal rangkaian. Proof of stake yang digunakan oleh Polkadot adalah nominated proof of stake (sistem NPoS) di mana pencalon (nominator) menyokong pengesah dengan stake mereka sebagai tanda kepercayaan terhadap tingkah laku mereka yang baik. Jika pencalon memilih pengesah yang tidak baik, mereka berkemungkinan untuk kehilangan pegangan.
Beberapa mekanisme pengundian on-chain mesti bersetuju dengan perubahan pada protokol contohnya seperti referenda dengan ambang majoriti super yang fleksibel (flexible super-majority threshold) dan undian kelulusan (batch approval) kelompok.
Model tadbir urus pelbagai lapisan Polkadot membenarkan pelaksanaan kemas kini protokol tanpa menggunakan hard fork.

Peranan tadbir urus: GRANDPA
Tadbir urus dalam blockchain dicapai melalui konsensus iaitu kaedah untuk bersetuju dengan keadaan bersama (shared state of affairs). Untuk blockchain terus membina dan bergerak maju ke hadapan, semua node dalam rangkaian mesti bersetuju dan mencapai kata sepakat.
Polkadot mengambil pendekatan berbeza terhadap mekanisme konsensus dengan memperkenalkan GRANDPA (GHOST-based Recursive Ancestor Deriving Prefix Agreement) yang menyediakan Polkadot rangkaian yang lebih selamat, berskala dan berdaya tahan. Secara khusus, ia membenarkan rangkaian untuk mengumpulkan keselamatan (pool security). Perlindungan tambahan kemudiannya digabungkan dan digunakan untuk semua.
Peranan konsensus

Pencalon (Nominator) – Pencalon mesti menjaga relay chain dengan memilih pengesah yang boleh dipercayai dan stake DOT dalam ekosistem.
Pengesah (Validator) – Pengesah juga mesti menjaga relay chain tetapi mereka melakukannya dengan stake DOT, mengesahkan bukti daripada pengumpul dan mengambil bahagian dalam konsensus dengan pengesah lain pada rangkaian.
Pengumpul (Collator) – Pengumpul mesti mengekalkan shard dengan mengumpul transaksi shard daripada pengguna dan menghasilkan bukti untuk pengesah.
Fisherman – Fisherman ditugaskan untuk memantau rangkaian dan melaporkan tingkah laku buruk kepada pengesah. Kedua-dua pengumpul dan mana-mana full node parachain boleh melaksanakan peranan fisherman dalam rangkaian Polkadot.
Pelan hala tuju — lima fasa pembangunan
Polkadot menggunakan strategi pelancaran pelbagai fasa untuk pelancaran mainnet-nya. Block Genesis bagi relay chain-nya dengan pengesah yang di-stake telah dilancarkan pada Mei 2020 semasa Fasa 1. Semasa versi awal ini, Polkadot dikendalikan sebagai proof of authority (PoA) yang bermaksud enam pengesah daripada Web3 Foundation sedang menguruskan rangkaian.
Kebanyakan pengguna dapat menuntut token mereka daripada kontrak Ethereum, token yang di-stake dan mengisytiharkan niat mereka untuk mengesahkan transaksi dan mencalonkan pengesah.
Fasa kedua pada Jun 2020 memasukkan sekali pelaksanaan nominated proof of stake dengan pemilihan pengesah pertama. Fasa ini memberi lesen kepada pemilik DOT untuk menuntut slot pengesah dan membuka ganjaran stake.
Fasa 3 dan 4 pada akhir Julai 2020 membenarkan sistem tadbir urus Polkadot. Buat pertama kalinya, jawatankuasa Majlis (Council) dan Teknikal (Technical) telah dipilih dan cadangan awam (public proposal) telah diterima.
Pada Ogos 2020, fasa terakhir meluluskan pemindahan baki token DOT. Fasa semasa membentuk pelancaran parachain yang diuji dan dioptimumkan pada Kusama dan testnet parachain. Setelah proses penuh selesai dan parachain berjalan lancar di Kusama, tadbir urus Polkadot boleh mengukuhkan parachain dan memulakan lelongan pajakan slot mereka.
Tokenomik
Token DOT berfungsi untuk mengukuhkan rangkaian serta menjadi peranan sebagai coin asli (native coin) Polkadot. Ia digunakan untuk pembayaran yuran rangkaian, pengundian dalam tadbir urus dan hak pengesahan untuk kebolehoperasian.
Apabila menghantar mesej atau bertukar data antara dua block dalam rangkaian, DOT digunakan untuk membayar yuran transaksi. Pengundian pada kemas kini atau pembetulan protokol juga berlaku melalui pembayaran DOT.
Nominator juga membuat ikatan token DOT mereka kepada pengesah khusus (dedicated validator) yang mereka sandarkan. Token yang telah diikat membantu meningkatkan kos serangan rangkaian dan membenarkan pemilik DOT memperoleh token yang baru dicetak sebagai ganjaran stake.
Substrate — alat pembangunan (development tool)
Substrate ialah alat pembangunan yang kukuh daripada Polkadot yang menjadikan pembinaan blockchain baharu lebih mudah. Ia direka bentuk untuk membantu pembangun membina blockchain unik mereka sambil menyambung kepada relay chain serta menikmati keselamatan, kelajuan dan kecekapannya. Reka bentuk ini membolehkan pembangun memberikan tumpuan untuk menambah nilai kepada projek mereka dan bukannya membelanjakan sumber dan dana untuk membina infrastruktur dari awal.
Semua blockchain yang menggunakan Substrate adalah serasi (compatible) dengan Polkadot serta mempunyai akses lancar kepada kebolehoperasian ekosistem parachain, aplikasi dan sumber.
Pembangun utama industri blockchain yang mencipta Substrate membayangkan sistem yang boleh mengatasi had rangkaian generasi sebelumnya dan bertujuan untuk menawarkan pembangun alat binaan (building tool) yang mengelak membangunkan dan mengoptimumkan blockchain daripada asasnya.
Walaupun bekerja sekali, Polkadot dan Substrate tidak bergantung antara satu sama lain. Parachain Polkadot boleh dibina dan diselenggara dengan pilihan perisian alternatif (alternative software option) yang lain daripada Substrate manakala blockchain yang dibuat dengan Substrate tidak perlu disambungkan kepada Polkadot atau Kusama.
Kusama — platform pembangunan untuk kegunaan eksperimen
KUSAMA ialah platform pembangunan ujian untuk Polkadot di mana pembangun boleh mencuba idea dan projek baharu sebelum disiarkan secara langsung di Polkadot.
Kusama mempunyai kemasukan halangan ekonomi yang lebih rendah daripada Polkadot dan oleh itu melancarkan parachain atau menjadi pengesah adalah lebih mudah dan memerlukan kurang stake token DOT.
Kelemahan penggunaan Kusama ialah parameter tadbir urus yang kurang ketat yang memberikan peningkatan yang lebih lancar dan pantas. Walau bagaimanapun, Kusama adalah sehingga empat kali lebih pantas daripada Polkadot. Apa yang diperlukan ialah tujuh hari untuk pemegang token mengundi pada referendum diikuti dengan tempoh pengesahan lapan hari dan selepas itu referendum akan disahkan pada chain.
Namun begitu, kadar kelajuan ini berlaku dengan mengorbankan kestabilan dan keselamatan yang bermakna stakeholder mesti sentiasa berwaspada untuk membuat susulan ke atas semua cadangan, referenda dan naik taraf. Pada masa yang sama, pengesah pada Kusama selalunya perlu mengemas kini dalam masa yang singkat.
Perbezaan Polkadot dan Bitcoin
Rangkaian Polkadot dan Bitcoin agak berbeza dalam fungsi dan matlamat yang ingin dicapai. Walaupun Bitcoin sedang dalam perjalanan untuk menjadi rangkaian terdesentralisasi global pertama untuk pembayaran, Polkadot berusaha untuk berkembang menjadi platform multi-chain yang membolehkan kebolehoperasian antara blockchain untuk memanfaatkan pertukaran token, data dan komunikasi.
Perniagaan Polkadot mencari protokol rangkaian blockchain untuk membolehkan data sewenang-wenangnya dipindahkan merentasi blockchain-blockchain yang berbeza. Walau bagaimanapun, perniagaan Bitcoin berminat dengan rangkaian pembayaran yang inovatif dan jenis wang baharu yang dikuasakan oleh blockchain.
Dari perspektif teknologi, perbezaan utama adalah dalam proses perlombongan dan algoritma konsensus (consensus algorithm). Bitcoin menggunakan proof of work dan Polkadot menggunakan nominated proof of stake.
Perbezaan Polkadot dan Ethereum
Ethereum ialah platform smart contract dan berusaha untuk menjadi blockchain untuk kewangan yang diedarkan (distributed finance). Sebaliknya, Polkadot menawarkan struktur untuk membina blockchain tertentu dengan mudah dan keupayaan untuk menyambung rangkaian yang berbeza.
Kedua-dua platform direka bentuk untuk pembangun yang ingin membina aplikasi terdesentralisasi (DApps) dan kedua-duanya berusaha untuk membetulkan kebolehskalaan berdasarkan pelaksanaan selari (parallel execution). Walau bagaimanapun, Ethereum cuba mencapainya dengan penggunaan sharding manakala Polkadot dengan parachain dan parathread.
Dari perspektif teknologi, Ethereum kini baru sahaja berpindah kepada sistem proof of stake yang mungkin berbeza daripada NPoS Polkadot.
Perbezaan Polkadot dengan Cardano
Kedua-dua Cardano dan Polkadot direka untuk menangani beberapa had yang wujud dalam Ethereum. Mereka juga berkongsi sejarah dengan Ethereum kerana kedua-duanya adalah penyumbang terkemuka kepada Ethereum.
Cardano (ADA) ialah platform blockchain generasi ketiga yang memfokuskan pada pembangunan DApp. Ia adalah platform blockchain proof of stake dan yang pertama diasaskan pada penyelidikan semakan rakan sebaya (peer-reviewed research) dan dibangunkan melalui kaedah berasaskan bukti (evidence-based method). Ia menggabungkan teknologi perintis (pioneering technology) untuk menyediakan keselamatan dan kelestarian kepada aplikasi terdesentralisasi, sistem dan masyarakat.
Kita telah mengetahui sekarang bahawa Polkadot sebaliknya ialah ekosistem aplikasi multi-chain, blockchain dan mata wang kripto. Rangkaian ini dibina untuk menyelaraskan kebolehoperasian cross-chain dengan matlamat keseluruhan untuk menggerakkan pembangunan DApp generasi akan datang.

3 benda ni diperlukan utk semua org yg nk mahir ttg sesuatu perkara:
1. Ilmu asas sampai advance.
2. Guru yg berpengalaman. Bukan cakap kosong dan hanya teori tapi dah lalui pelbagai cycle dlm bidang yg ingin diceburi dan guru yang sentiasa upgrade ilmunya dari semasa ke semasa sesuai dgn keadaan terkini.
3. Praktikal sampai faham ilmu yg diajar.
Semua perkara ini ada pada tuan Mayee Nazrich. Pegilah berguru dgn beliau. Tak sesat. All covered. In sha Allah.
100%, 200%, 1000% profit. Sy dah tgk semua tu dlm portfolio sy.
Masa depan untuk Polkadot
Memandangkan manfaat keseluruhan untuk usahawan, pembangun, pengguna dan pelabur, nampaknya evolusi Polkadot akan menarik untuk diikuti.
DOT yang berfungsi sebagai token tadbir urus protokol, penggunaan staking supaya dapat menjamin rangkaian dan mengikat blockchain baharu adalah petunjuk jelas bahawa projek itu bertujuan untuk memberi insentif kepada penggunaan dengan memberi ganjaran kepada peserta. Stake DOT telah menjadi salah satu insentif paling berharga dalam dunia kripto dengan hasil tahunan sebanyak 10% secara purata.
Rangkaian platform yang stabil dan boleh dipercayai bersama dengan ketepatan pada peta jalannya (roadmap) menyumbang kepada senario yang menjanjikan untuk projek itu. Dari perspektif teknologi dan nilai ekonomi, Polkadot adalah antara inovasi paling bijak dalam industri blockchain dan beberapa tahun akan datang adalah penting untuk menganggarkan keupayaan sebenar rangkaian tersebut.
Sumber bacaan daripada cointelegraph, coinmarketcap, mycryptoversity, investopedia, binance academy, alexandria, blockchain 101 dan wiki.polkadot