Kredit gambar: ETFinance

Stop-limit order adalah kombinasi stop-loss order dan limit order. Stop-limit order membolehkan para pedagang menetapkan jumlah keuntungan dan kerugian sama ada minimum atau maksimum mengikut trading plan masing-masing. Setelah stop-limit order ditetapkan dan trigger price dicapai, limit order akan dilaksanakan secara automatik walaupun anda telah log keluar atau di luar talian (offline). Anda boleh menetapkan stop-limit order setelah mempertimbangkan tahap resistance dan support serta turun naik harga sesuatu aset.

Dalam stop-limit order, stop price bertindak sebagai trigger price yang mengarahkan platform pertukaran untuk melaksanakan limit order. Limit price adalah harga yang mana order anda akan dimasuk dalam queue pada harga buy or sell. Anda boleh menetapkan sendiri harga limit price yang pada kebiasaannya ia ditetapkan lebih tinggi dari stop price jika anda membuat buy order dan sekiranya anda membuat sell order, limit price biasanya ditetapkan lebih rendah dari stop order.

Sekiranya anda adalah seorang pedagang yang aktif dan jarang HODL aset anda, anda pasti lebih memerlukan stop-limit order berbanding penggunaan market order. Untuk kebanyakan beginner mungkin fungsi stop-limit order agak memeningkan.

Jom kita fahami terlebih dahulu perbezaan antara limit order, stop-loss order dan stop-limit order.

Limit Order

Apabila anda telah menetapkan limit order, anda telah memilih membeli pada harga maksimum atau menjual pada harga minimum. Platform pertukaran secara automatik akan cuba untuk execute limit order anda apabila harga pasaran mencecah harga limit price yang anda tetapkan. Limit order ini sangat berguna apabila anda mempunyai target harga entry atau exit.

Pada kebiasaannya, para pedagang akan meletakkan harga sell limit lebih tinggi dari harga pasaran semasa dan harga buy limit lebih rendah dari harga pasaran semasa. Jika anda meletakkan limit order sama seperti harga pasaran semasa, kemungkinan order anda akan dipenuhi dalam beberapa saat sahaja.

Sebagai contoh, jika harga semasa untuk Bitcoin adalah $32,000, anda boleh menetapkan buy limit order anda pada harga $31,000 dan order anda akan dipenuhi apabila harga semasa mencapai $31,000. Sekiranya anda ingin menjual pada harga $33,000, anda perlu buat sell limit order pada harga tersebut. Apabila harga semasa mencapai $33,000, platform pertukaran akan menjual BTC anda.

Stop-Loss Order

Stop-loss order akan memberitahu platform pertukaran untuk membeli atau menjual aset anda apabila harga pasaran semasa mencapai harga tertentu atau bergerak melepasi harga tersebut. Apabila harga tersebut dicapai aset anda akan dijual pada harga market order, jadi terdapat sedikit perbezaan pada harga jualan/belian terakhir anda.

Sebagai contoh, anda ingin menjual BTC menggunakan stop-loss jika harga pasaran jatuh ke harga $29,000. Stop order akan trigger apabila harga mencecah $29,000 tetapi platform pertukaran akan menjual BTC anda mengikut harga market order secepat mungkin.

Para pedagang boleh meletakkan stop-loss order lebih rendah dari harga pasaran semasa dan take-profit order lebih tinggi dari harga pasaran. Stop-loss order dapat menghalang para pedagang mengalami kerugian yang besar dan membolehkan mereka mengunci keuntungan sekiranya mereka tidak dapat memerhatikan pergerakan pasaran semasa.

Stop-Limit Order

Cara terbaik untuk memahami stop-limit order adalah dengan memahami memecahkannya kepada beberapa bahagian. Stop Price bertindak sebagai pencetus (trigger) untuk melaksanakan Limit Order. Apabila harga pasaran mencecah harga stop price, secara automatik limit order akan dilaksanakan mengikut harga yang telah ditetapkan.

Anda boleh menetapkan harga stop price sama dengan harga limit price. Walau bagaimanapun, untuk sell order adalah lebih selamat jika anda menetapkan stop price lebih tinggi berbanding limit price. Sekiranya anda ingin melakukan buy order, anda boleh menetapkan stop price lebih rendah berbanding limit price. Penetapan sebegini akan meningkatkan peluang limit order anda dipenuhi jika berlaku trigger pada stop price.

Contoh Pembelian dan Penjualan Menggunakan Stop-Limit Order

Pembelian Menggunakan Stop-Limit

Anda ingin membeli coin BNB dan harga semasa adalah $300. Anda bercadang untuk membeli apabila harga memulakan bull trend. Setelah melakukan analisa teknikal, anda menjangkakan harga akan memulakan fasa uptrend jika harga berjaya memecahkan paras $310. Anda ingin membuat pembelian menggunakan stop-limit order jika harga berjaya membuat breakout. Anda menetapkan stop price pada harga $310 and limit price pada harga $315. Apabila harga semasa mencecah $310, limit order anda akan dimasukkan ke queue buy pada harga $315. Sekiranya harga pasaran meningkat secara pantas, order anda mungkin tidak dapat dipenuhi sepenuhnya.

Penjualan Menggunakan Stop-Limit

Anda telah membeli BNB pada harga $285 dan harga semasa ialah $300. Untuk mengelakkan kerugian, anda bercadang untuk menggunakan stop-limit sekiranya harga turun ke harga belian anda. Anda menetapkan stop price pada harga $289 and limit price pada harga $285. Sekiranya harga mencecah $289, stop order anda akan trigger dan limit order anda akan dimasukkan ke queue sell pada harga $285.

Bilakah Anda Perlu Guna Stop-Limit Order

Stop-loss order adalah pilihan yang baik jika anda berkeinginan untuk membeli atau menjual sesuatu aset dengan hati dan fikiran yang lebih tenang. Jika anda menggunakan stop-loss order, aset anda akan dijual pada harga market order yang akan menyebabkan anda rugi ataupun terpaksa membayar lebih dari harga yang anda inginkan terutamanya jika pergerakan turun naik harga terlalu pantas atau pasaran aset tersebut kekurangan kecairan.

Apabila anda menggunakan stop-limit order, anda akan dapat membeli/menjual aset pada harga yang anda inginkan. Stop-limit order membolehkan anda mengaut keuntungan apabila harga pasaran meningkat atau membeli apabila pasaran menurun. Walaupun limit order anda tidak semestinya dipenuhi (fulfilled), kebiasannya anda akan dapat harga belian/jualan yang anda kehendaki ataupun pada harga yang lebih baik.

Kebaikan Menggunakan Stop-Limit Order

Stop-limit order membolehkan anda menetapkan sendiri dan merancang aktiviti trading anda. Anda tidak akan dapat memerhatikan pergerakan harga terutamanya pasaran kripto kerana ia beroperasi selama 24jam sehari 365 hari setahun. Selain itu, stop-limit order membolehkan anda menetapkan keuntungan yang anda inginkan. Tanpa menggunakan limit order, aset anda akan dijual pada harga pasaran semasa. Sesetengah pedagang lebih suka memegang (hold) aset yang dibeli pada jangka masa panjang.

Kekurangan Menggunakan Stop-Limit Order

Stop-limit order mempunyai kekurangan yang sama seperti limit order kerana tiada jaminan order anda akan dipenuhi (fulfilled). Limit order akan dipenuhi apabila harga mencecah harga yang anda tetapkan atau pada harga yang lebih baik. Namun begitu, terdapat kemungkinan harga tersebut tidak akan pernah tercapai. Walaupun anda telah menetapkan harga yang berbeza antara stop price dan limit price, perbezaan tersebut mungkin tidak memadai kerana pergerakan harga yang terlalu volatile akan melangkau perbezaan tersebut.

Tokenize

Strategi Menggunakan Stop-Limit Order

1. Membuat Kajian Pergerakan Harga Aset

Anda boleh menetapkan perbezaan yang kecil antara stop order dan limit order untuk meningkatkan peluang limit order anda dipenuh. Tetapi, jika pergerakan harga terlalu volatile, anda boleh menetapkan perbezaan yang sedikit besar.

2. Mengetahui Kecairan Aset

Stop-limit order sesuai digunakan jika anda ingin berdagang aset yang mempunyai perbezaan harga bid-ask yang tinggi atau aset yang mempunyai kecairan yang rendah.

3. Menggunakan Analisa Teknikal Bagi Menentukan Harga Jual/Beli Yang Diingini

Menggunakan analisa teknikal dapat membantu anda menentukan stop price pada paras harga support dan resistance.

Kesimpulannya, stop-limit order adalah satu fitur yang amat berguna dan memudahkan aktiviti perdagangan. Para pedagang tidak perlu lagi untuk sentiasa memerhatikan pergerakan harga pasaran. Apabila anda telah menetapkan stop-limit order, anda tidak akan risau dengan aset pegangan anda sekiranya harga turun atau naik.

“Terima kasih byk Cikgu Mayee atas perkongsian ilmu utk kelas semalam. Pada saya kelas semalam pengisiannya sgt menyeluruh. Cikgu cover dari basic blockchain itu sendiri, basic cryptocurrency, pemilihan coin/token, portfolio setup hingga kepada penggunaan exchange dan wallet. Pada saya turutan topik yg cikgu kongsikan sepanjang kelas juga amat tersusun. Cikgu Mayee punya pengalaman luas dlm bidang investment dan trading berdasarkan kpd cara penyampaian ilmu dan latar belakang kerjaya cikgu sblm ini. Saya yakin kita tak salah memilih guru. Sekali lagi saya nak ucap terima kasih kpd Cikgu Mayee. Semoga kita semua dpt sama2 manfaatkan ilmu yg cikgu kongsikan semalam dan berjaya dlm pelaburan crypto 😊”

Salha MSaid

Dapatkan 36 video panduan lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai seorang Coiner berjaya seperti 16 orang student kami yang sudah menjadi jutawan crypto.

error: Content is protected !!