Ramai yang keliru diantara Bitcoin dengan Blockchain, kebanyakkan nya ingat bahawa Blockchain itu adalah Bitcoin, hakikat sebenarnya ialah Bitcoin adalah salah satu produk yang terhasil daripada Teknologi Blockchain.
Segala kehebatan dan kelebihan Bitcoin sebenarnya adalah ciri-ciri yang terdapat didalam teknologi Blockchain.
Blockchain pertama kali diimplementasikan pada tahun 2009, dan direvolusi dengan Blockchain 2.0 pada tahun 2014. Teknologi Blockchain terdiri dari blok yang menampung transaksi, di mana setiap blok saling terkait melalui kriptografi, sehingga membentuk jaringan.
Bagaimana Blockchain Berfungsi?
Sistem Blockchain terdiri dari dua jenis record, transaksi dan blok. Transaksi ini disimpan secara bersama-sama dalam satu blok. Apa yang unik dari teknologi Blockchain adalah setiap blok ‘hash‘ kriptografi sehingga membentuk jaringan. Fungsi hash kriptografi adalah mengambil data dari blok sebelumnya dan mengubahnya menjadi compact string. String ini tidak boleh boleh ditiru atau diubah, pada masa yang sama dijamin privasinya dan menjadikan teknologi ini tidak boleh di sabotaj kerana ia “decentralized system” dan “open ledger system”.
Blockchain berfungsi sebagai pengkalan data (database) terbuka yang mana semua dan setiap maklumat dikongsi dan melalui setiap rantai penyertaan yang dipanggil “node”. Inilah yang dipanggil “decentralized system”. Tiada central server, tiada pemilik sistem dan tiada pengawal sistem.
Maka segala maklumat atau data dapat dilihat dan disemak oleh mereka yang berada dalam rantaian tersebut. Tiada kerahsiaan di dalam perjalanan sistem Blockchain. Inilah yang digelar “open ledger system’.
Tidak seperti sistem berpusat (centralized system) seperti yang diguna pakai dalam sistem perbankan sekarang ini. Duit yang kita simpan di dalamnya, adakah ia benar-benar telus dan selamat? Adakah ia tidak dicuri atau digunakan di tempat lain? Inilah kelemahan sistem “ledger” berpusat, diubah oleh entiti yang menjaganya tanpa pengetahuan kita. Sistem itu dikawal mereka dan sudah tentu mudah untuk dimanipulasi.

Kesimpulannya Teknologi Blockchain ini merangka sebuah legasi sistem yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
- Boleh dikawal dan diselia oleh semua orang di dalam jaringan tersebut “open source”
- Telus dan Tidak Boleh Diubah
- Mustahil untuk gagal walaupun ‘local server musnah, kerana ia bileh di ekses di tempat lain tanpa ada perubahan pada ledger
- Mampu melawan korupsi
- Sangat-sangat selamat.
Harap perkongsian ini dapat membuka minda anda berkenaan Teknologi Blockchain, kita jumpa lagi di perkongsian seterusnya mengenai teknologi Blockchain 2.0 & 3.0i .
Video penerangan Teknologi Blockchain :
>> Penerangan Asas Blockchain
>> Penerangan Lengkap Teknologi Blockchain
Kepada Yang Berminat Belajar dan Menjana Pendapatan Melalui Kripto Secara Santai, boleh lah sertai bengkel 2 hari (face to face) Beranikripto di Kuala Lumpur.
>> Video Testimoni Pelajar MyCryptoversity
>> Hubungi admin @Blockversity