8 minit bacaan

Mainnet Ethereum tidak lama lagi akan beralih daripada Proof of Work kepada mekanisme konsensus Proof of Stake dalam naik taraf yang dipanggil The Merge. The Merge adalah sebahagian daripada siri naik taraf utama ekosistem Ethereum termasuk juga The Surge, The Verge, The Purge, dan The Splurge. Matlamat naik taraf ini adalah untuk menjadikan Ethereum lebih berskala dan lebih efisien dalam penggunaan tenaga. The Merge akan menggabungkan mainnet Ethereum dengan Proof of Stake Beacon Chain dan dijangka berlaku pada pertengahan bulan September 2022.

Pengenalan

Sejak dilancarkan pada tahun 2015, Ethereum telah menempatkan dirinya dalam industri blockchain sebagai platform pengkomputeran terdesentralisasi (decentralized computing) yang popular di mana membolehkan beribu-ribu projek dibina pada blockchainnya. Walaupun ia kekal sebagai salah satu blokchain yang paling relevan tetapi infrastruktur semasa Ethereum tidak dapat menskalakan operasinya dengan cara yang dapat memenuhi permintaan global yang semakin meningkat. Oleh itu untuk memerangi kekurangan skalabilitinya, pasukan Ethereum telah mencadangkan satu set naik taraf yang akan membawa kepada satu evolusi dalam blockchain Ethereum. Penaik tarafan ini dikenali sebaagi Beacon Chain, The Merge, The Surge, The Verge, The Purge dan The Splurge.

Mengapa Ethereum dinaik taraf?

Blockchain biasanya dibina dengan prinsip utama desentralisasi dan bukannya bergantung pada pusat pihak berkuasa. Antara faedah blockchain terdesentralisasi termasuk juga tanpa memerlukan kebenaran (permissionless), tanpa amanah (trustless) dan lebih selamat dengan tidak terjejas terhadap satu titik kegagalan.

Apabila teknologi blockchain semakin popular, setiap platform mesti memastikan bahawa ia boleh menandingi keperluan global untuk kelajuan pemprosesan transaksinya yang juga dikenali sebagai permintaan skalabiliti. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan kesesakan kepada rangkaian apabila kapasiti blockchain dipenuhi oleh jumlah transaksi yang belum selesai. Selalunya ini boleh membawa kepada yuran transaksi yang lebih tinggi.

Walau bagaimanapun, mencapai keselamatan dan kebolehskalaan boleh menjadi rumit jika blockchain ingin mengekalkan sifat terdesentralisasinya. Masalah ini dijelaskan dalam konsep trilemma skalabiliti (scalibility trilemma) seperti yang dicadangkan oleh Vitalik Buterin. Blockchain trilemma menghuraikan cabaran untuk mengimbangi tiga sifat penting blockchain iaitu skalabiliti, keselamatan dan desentralisasi.

Seperti yang diakui Vitalik Buterin, rangkaian pre-Merge Ethereum tidak dapat memenuhi kriteria untuk skalabiliti kerana mekanisme konsensus semasanya iaitu Proof of Work. Blockchain Proof of Work cenderung lebih sukar untuk berskala oleh kerana beberapa sebab iaitu pertama, jumlah transaksi yang boleh disahkan oleh blok dalam setiap blok adalah terhad. Kedua, blok perlu dilombong pada kadar yang tetap.

Sebagai contoh, Bitcoin direka bentuk untuk mempunyai blok yang dilombong pada setiap 10 minit secara purata berdasarkan kesukaran perlombongan (mining difficulty) yang diselaraskan secara automatik oleh protokol. Walaupun reka bentuk Bitcoin sangat selamat, masa blok (block time) digabungkan dengan had transaksi setiap blok boleh menyebabkan kesesakan kepada rangkaian apabila permintaan meningkat dan ini boleh menyebabkan yuran transaksi dan masa pengesahan meningkat dengan ketara.

Untuk mengatasi had penggunaan PoW (proof of Work), pasukan Ethereum telah mencadangkan satu set naik taraf yang dikenali sebagai Ethereum 2.0 (ETH 2.0).

Gambaran Besar Naik Taraf Ethereum

Naik taraf Ethereum 2.0 terdiri daripada Beacon Chain yang sedia ada (telah dilaksanakan), The Merge (akan datang) serta The Surge, The Verge, The Purge dan The Splurge. Apabila semua naik taraf telah dijalankan, blockchain Ethereum yang baharu dijangka akan menjadi lebih berskala, selamat dan kekal sementara ianya masih terdesentralisasi.

The Beacon Chain

Sebelum ini dikenali sebagai Phase 0, Beacon Chain merupakan naik taraf pertama dalam siri naik taraf utama Ethereum. Ia telah dilancarkan pada 1 Disember 2020 dan memperkenalkan penggunaan Proof of Stake dalam ekosistem Ethereum. Pengguna boleh berinteraksi dengan Beacon Chain menggunakan dua cara iaitu stake ETH atau menjadi pelanggan konsensus (consensus client) untuk menjaga rangkaian. Ia kini berjalan selari dengan mainnet Ethereum.

The Merge

The Merge ialah langkah serius seterusnya untuk Ethereum dalam menangani isu kebolehskalaan. Secara ringkasnya, ia mengintegrasikan dua chain bebas (independant chain) yang sedia ada dalam ekosistem Ethereum iaitu lapisan pelaksanaan (execution layer) dan lapisan konsensus (Beacon Chain).

Mainnet Ethereum dijangka bergabung ke dalam sistem Proof of Stake yang diselaraskan oleh Beacon Chain pada pertengahan bulan September 2022. Selepas The Merge, ekosistem Ethereum hanya akan menggunakan mekanisme Proof of Stake untuk menjaga rangkaiannya.

Mekanisme konsensus

Sebaik sahaja The Merge berlaku, Proof of Work Ethereum akan digantikan dengan mekanisme konsensus Proof of Stake. Sebaliknya menggunakan perlombongan, blok akan dicetak (atau dipalsukan) oleh nod yang dipanggil sebagai para pengesah (validators). Satu nod dilantik secara rawak dan berkala untuk mengesahkan blok calon (candidate block). Para pengesah ini diberi insentif untuk berbuat demikian disebabkan oleh tip yuran transaksi dan ganjaran staking. Memandangkan tiada nod bersaing untuk menambah blok baharu, PoS (Proof of Stake) menggunakan sumber yang jauh lebih sedikit daripada PoW (Proof of Work) dan ini menjadikannya ia lebih kekal.

Transaksi mainnet

Buat masa sekarang, Beacon Chain hanya memproses sebahagian daripada transaksi rangkaian. Dengan The Merge, Beacon Chain akan menjadi tempat utama untuk konsensus.

“Selepas The Merge, Beacon Chain akan menjadi enjin konsensus untuk semua data rangkaian termasuk transaksi lapisan pelaksanaan (execution layer) dan baki akaun.” – Ethereum.org

Token

Sejarah transaksi Ethereum akan digabungkan dengan Beacon Chain tetapi mata wang ether (ETH) akan kekal seperti sedia ada. Dana ETH akan kekal boleh diakses selepas The Merge dan pengguna token ETH tidak perlu mengambil sebarang tindakan sebagai persediaan untuk naik taraf tersebut.

Model semasa mempunyai sistem pengeluaran token yang mengedar kira-kira 13,000 ETH sehari dalam ganjaran perlombongan dan staking. Selepas The Merge dilaksanakan, tidak akan ada lagi ganjaran perlombongan dan ini mengurangkan pengeluaran ETH baharu kepada kira-kira 1,600 ETH sehari dalam ganjaran staking.

Baca juga: Apa Itu Interchain Security Dan Mengapa Ianya Penting Untuk Ekosistem Cosmos (ATOM)?

Apa yang ada selepas The Merge?

Walaupun tiada pengumuman rasmi mengenai penaik tarafan Ethereum yang lain iaitu The Surge, The Verge, The Purge dan The Splurge, Sharding pastinya sedang diusahakan dan dijadualkan berlangsung pada tahun 2023 selepas The Merge.

Sharding

Ethereum akan meningkatkan kebolehskalaan dengan bantuan sharding untuk meningkatkan daya pengeluaran (throughput) dan berkemungkinan mengurangkan kos dan masa transaksi. Sharding memperkenalkan shard chain di mana serupa dengan blockchain-blockchain yang lain (kecuali sekiranya setiap blockchain tersebut hanya mengandungi sebahagian daripada data blockchain). Oleh kerana subset data tertentu yang disediakan oleh shard chain, para nod boleh mengesahkan transaksi dengan lebih cekap.

Sharding ialah penyelesaian penskalaan yang memerlukan banyak masa dan usaha untuk dilaksanakan. Walau bagaimanapun, ia boleh menjadi salah satu pencapaian terbesar blockchain dari segi skalabiliti jika dilakukan dengan baik dan membolehkan Ethereum menyimpan dan mengakses data dengan lebih baik.

Proses Sharding akan menjadi proses pelbagai fasa dengan shard chain versi 1 menyediakan lebih banyak data kepada rangkaian dan shard chain versi 2 menyimpan dan melaksanakan kod. Komunikasi silang  (cross-communication) antara kedua-dua versi akan dibolehkan.

Untuk naik taraf yang lain, tiada apa-apa lagi yang ditetapkan. Vitalik Buterin telah menyatakan pendiriannya dengan jelas dalam satu tweet bahawa penaik tarafan di atas tidak boleh dianggap sebagai berperingkat kerana ia adalah naik taraf yang berjalan selari dengan The Merge.

Mengapakah terdapat begitu banyak penyelesaian penskalaan?

Nampaknya Ethereum sedang bersiap sedia untuk menjadi bukti masa depan (future-proof) dan menerima beban transaksi besar-besaran bersesuaian dengan jumlah permintaan yang besar pada masa hadapan. Lebih banyak penyelesaian yang ada, lebih besar kemungkinan keseluruhan kesesakan rangkaian dapat dikurangkan. Di samping itu, ini juga boleh menghalang satu titik kegagalan sekiranya satu penyelesaian penskalaan tidak mencukupi. Mempunyai beberapa penyelesaian penskalaan bukan sahaja menyediakan rangkaian untuk meningkatkan kelajuan transaksi dan pemprosesan tetapi juga membantu pengguna mengelak yuran transaksi yang tinggi.

Kesan The Merge pada ETH

Sebagai salah satu projek blockchain generasi kedua yang paling terkemuka, Ethereum dilancarkan dengan bekalan awal sebanyak 72 juta ether (ETH). Di bawah model PoW (Proof of Work) asalnya, peratusan besar bekalan token ini digunakan untuk memberi insentif kepada pelombong supaya menjamin rangkaian.

Selepas peralihan kepada PoS (Proof of Stake), ganjaran perlombongan tidak akan diberikan lagi. Akibatnya, akan terdapat pengurangan bersih (net reduction) dalam terbitan tahunan ETH kira-kira 90%. Jika undang-undang penawaran dan permintaan berlaku, ini mungkin boleh menyebabkan kenaikan pada harga ETH. Walau bagaimanapun, pasaran kewangan tidak dapat diramal dan tidak menentu (volatile) serta terdapat banyak faktor lain yang perlu dipertimbangkan.

Kesan The Merge pada BETH

BETH ialah versi token ETH yang distake pada Binance. Berdasarkan The Merge, pelombong tidak lagi akan dapat memperoleh ganjaran Proof of Work. Sebaliknya, pengesah akan diberi ganjaran dengan ganjaran staking serta yuran transaksi yang ditawarkan kepada pelombong sebelum The Merge. Selain itu, pengesah akan mendapat sebahagian daripada ganjaran Maximum Extractable Value (MEV) selepas The Merge dan akan terdapat peningkatan APR apabila BETH menerima pakai konsep ini. Oleh itu, kadar peratusan tahunan (Annual Percentage Rate, APR) dijangka meningkat dengan ketara.

Kesan The Merge terhadap pengguna dan produk Binance

Bagi pemilik token ETH dan pengguna Binance, produk Binance akan kekal tidak terjejas untuk sebahagian besarnya. Hanya terdapat penyahsenaraian (delisting) ETH daripada perkhidmatan perlombongan Binance dan pemberhentian seketika bagi peminjaman, deposit dan pengeluaran ETH.

Jika anda salah seorang pemilik ETH, anda boleh membaca blog ini untuk persediaan The Merge.

Kesimpulan

The Merge adalah yang kedua dalam siri penaik tarafan signifikan kepada rangkaian Ethereum. Ia dicadangkan untuk persediaan melaksanakan penyelesaian penskalaan baharu untuk kebolehskalaan yang lebih baik. Selepas melengkapkan semua naik taraf yang tersenarai, Ethereum berkemungkinan bersedia untuk menerima lebih banyak transaksi tanpa menjejaskan keselamatan atau desentralisasi.

Sumber bacaan daripada binance academy, mycryptoversity, blockchain council, ethereum.org dan investopedia

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada risiko pasaran yang tinggi dan turun naik harga. Nilai pelaburan anda boleh turun atau naik dan anda mungkin tidak dapat kembali jumlah yang dilaburkan. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk keputusan pelaburan anda dan MyCryptoversity tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang mungkin anda alami. Prestasi masa lalu bukanlah peramal yang boleh dipercayai bagi prestasi masa hadapan. Anda sepatutnya perlu melabur dalam produk yang anda biasa gunakan dan di mana anda memahami risikonya. Anda harus mempertimbangkan dengan teliti pengalaman pelaburan anda, situasi kewangan, objektif pelaburan dan toleransi risiko dan berunding dengan penasihat kewangan bebas sebelum membuat sebarang pelaburan. Bahan ini tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat kewangan. 

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai seorang pelabur kripto yang berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan kripto.

error: Content is protected !!