6 minit bacaan

The Sandbox ialah permainan play-to-earn yang menggabungkan teknologi blockchain, deFi dan NFT dalam metaverse 3D. Dunia mayanya membolehkan pemain mencipta dan menyesuaikan permainan dan aset digital mereka dengan alatan reka bentuk percuma (free design tools). Barangan maya yang dicipta kemudiannya boleh digunakan untuk menjana pendapatan sebagai barangan NFT dan dijual untuk token SAND di The Sandbox Marketplace.

Token SAND ialah token asli (native token) The Sandbox. Ia digunakan sebagai asas kepada semua transaksi dan interaksi dalam permainan. SAND boleh diperoleh melalui permainan dan pertandingan dalam The Sandbox atau dibeli di bursa (exchange) mata wang kripto seperti Binance.

Pengenalan

Industri permainan melabur lebih banyak sumber dalam membawa projek mereka pada blockchain terutamanya dalam mencipta metaverse untuk meningkatkan pengalaman permainan. Berikutan penjenamaan semula Facebook menjadi “Meta” pada Oktober 2021, permainan metaverse semakin popular. Metaverse pada blockchain mengubah cara orang berinteraksi antara satu sama lain dan mendefinisikan semula pemilikan aset digital dalam permainan.

Salah satu projek permainan blockchain paling hangat yang menawarkan pemain pengalaman maya yang unik ialah The Sandbox. Ia melancarkan kreativiti pemain dengan membenarkan mereka menyumbang kepada item permainan dan tanah maya, semuanya berdasarkan non-fungible token (NFT).

Apa Itu The Sandbox?

The Sandbox ialah permainan blockchain play-to-earn yang membolehkan pemain membina dunia maya menggunakan non-fungible token (NFT) pada blockchain Ethereum. Pemain boleh mereka bentuk avatar mereka sendiri untuk mengakses permainan, persekitaran dan hab yang berbeza pada metaverse The Sandbox. Anda boleh menganggap permainan ini sebagai versi DeFi Minecraft pada blockchain.

Dilancarkan pada tahun 2011 oleh Pixowl, The Sandbox pada mulanya merupakan platform permainan mudah alih (mobile gaming) yang bertujuan untuk menyaingi Minecraft. Ia menjadi popular dan menjana lebih daripada 40 juta muat turun di seluruh dunia. Tetapi pada tahun 2018, pengasas bersama The Sandbox iaitu Arthur Madrid dan Sebastien Borget memutuskan untuk meneroka potensi mencipta metaverse 3D pada blockchain. Matlamat mereka adalah untuk membenarkan pengguna benar-benar memiliki ciptaan mereka sebagai NFT dan memperoleh ganjaran semasa mengambil bahagian dalam ekosistem. Projek Sandbox baharu telah dikeluarkan pada tahun 2020 dan menjadi salah satu permainan yang paling pesat berkembang di dunia crypto bersama-sama dengan Axie Infinity dan Decentraland.

Pada November 2021, The Sandbox telah mengumpul dana sebanyak $93 juta daripada pelabur yang diketuai oleh gergasi mudah alih (mobile giant) Jepun, SoftBank. Permainan ini juga menarik perhatian lebih 50 perkongsian (partnership) termasuk Atari iaitu sebuah syarikat permainan terkenal, CryptoKitties, The Walking Dead dan bintang hip-hop Snoop Dogg.

Bagaimana The Sandbox berfungsi?

The Sandbox ialah dunia maya yang dinamik dengan ciptaan yang dijana pengguna. Pemain boleh membina dan mencipta NFT mereka sendiri termasuk avatar, barangan maya dan juga permainan menggunakan VoxEdit dan Game Maker. Mereka bukan sahaja boleh menggunakan barangan maya untuk berinteraksi dengan pemain lain, tetapi mereka juga boleh mengewangkan (monetize) NFT ini dengan berdagang di Sandbox Marketplace.

VoxEdit

VoxEdit ialah perisian mesra pengguna untuk artis dan pemain mencipta, melengkapkan dan menghidupkan NFT berasaskan voxel mereka. Voxel ialah piksel 3D segi empat sama (square 3D pixel) yang kelihatan seperti blok lego. Ia boleh diedit dengan cepat pada VoxEdit untuk membentuk rekaan yang berbeza. Sebagai contoh, pengguna boleh mencipta peralatan berorientasikan avatar seperti pakaian atau senjata, atau mereka bentuk haiwan, kehijauan (greenery), alatan permainan dan barangan untuk digunakan dalam The Sandbox. Barangan maya ini kemudiannya boleh dieksport dan didagangkan di Sandbox Marketplace sebagai NFT.

Game Maker

Game Maker membenarkan pengguna membina dan menguji permainan 3D unik mereka dalam metaverse Sandbox. Ia adalah program mudah yang tidak memerlukan sebarang pengetahuan pengekodan untuk digunakan. Pengguna boleh mereka bentuk dan menyusun elemen dan objek yang berbeza termasuk NFT yang dicipta dengan VoxEdit dalam persekitaran yang dipanggil LAND. Contohnya, mereka boleh mengedit tanah, meletakkan watak dan bangunan serta mengatur pencarian (quest) daripada perpustakaan sumber yang dibangunkan komuniti. Mereka juga boleh berkongsi ciptaan mereka dengan komuniti Sandbox.

The Sandbox Marketplace

Dilancarkan pada April 2021, The Sandbox Marketplace ialah pasaran NFT untuk pengguna berdagang aset dalam permainan (ASSETS) dengan SAND, mata wang kripto asli (native cryptocurrency) The Sandbox. ASSETS yang diperoleh kemudiannya boleh dimasukkan ke dalam LAND menggunakan Game Maker untuk mencipta permainan unik. NFT ini boleh menjadi entiti, bangunan, boleh pakai dan banyak lagi, semuanya boleh digunakan dalam The Sandbox.

Seperti yang dinyatakan, The Sandbox menggunakan beberapa token berbeza dalam ekosistemnya untuk pemain berinteraksi dengan platform termasuk SAND, LAND dan ASSETS.

Baca juga: Apa Itu Avalanche?

Apa itu Sandbox (SAND)?

Sandbox (SAND) ialah token asli (native token) The Sandbox. Ia adalah token ERC-20 dengan jumlah bekalan sebanyak 3 bilion SAND.

Sebagai token utiliti, SAND digunakan untuk melaksanakan sebarang jenis transaksi dan interaksi dalam ekosistem The Sandbox. Ini bermakna pemain perlu memiliki SAND untuk bermain permainan, menyesuaikan (customize) avatar mereka, membeli LAND atau berdagang ASSETS di Sandbox Marketplace. SAND juga merupakan token tadbir urus (governance token). Pemegang SAND boleh mencadangkan dan mengundi mengenai perubahan pada platform melalui struktur Decentralized Autonomous Organization (DAO).

Sebagai tambahan, pemegang boleh stake SAND dalam permainan untuk memperoleh ganjaran, termasuk bahagian dalam hasil daripada semua transaksi dalam token SAND. Yang paling penting sekali, stake SAND boleh meningkatkan peluang untuk mencari GEM dan CATALYST berharga iaitu sumber permainan yang diperlukan untuk mencipta ASSETS dengan keunikan yang lebih tinggi.

SAND boleh diperoleh melalui bermain permainan dan pertandingan yang berbeza dalam The Sandbox atau dibeli di bursa (exchange) mata wang kripto seperti Binance.

Apa itu ASSETS?

ASSETS ialah NFT yang dijana pengguna. Ia adalah aset voxel yang dicipta dengan VoxEdit, yang kemudiannya dimuat naik ke The Sandbox Marketplace dan ditukar kepada NFT untuk dijual.

ASSETS boleh digunakan dalam permainan dengan cara yang berbeza. Ia boleh menjadi aset alam sekitar seperti bangunan, haiwan bergerak atau kereta. Mereka juga boleh dipasang pada avatar sebagai pakaian atau senjata. Bagi mereka yang mencipta permainan mereka di Game Maker, ASSETS boleh direka bentuk untuk memberikan pengalaman permainan yang unik.

Apa itu Land?

LAND ialah digital hartanah dalam platform The Sandbox. Ia adalah token ERC-721 yang unik pada blockchain Ethereum. Pemain boleh membeli LAND untuk membina versi permainan mereka sendiri di atas LAND dengan ASSETS menggunakan alat Game Maker. Mereka juga boleh menggabungkan beberapa LAND untuk membentuk ESTATE.

LAND membolehkan pemain menjana pendapatan melalui pengalaman permainan mereka. Contohnya, mereka boleh mengenakan bayaran kepada pemain lain yang melawat LAND mereka atau bermain permainan mereka, memperoleh ganjaran dalam SAND dengan menganjurkan kandungan dan acara atau berpotensi menjual atau menyewa LAND tersuai (customized LAND) mereka.

Terdapat sebanyak 166,464 LAND di The Sandbox. Mereka boleh dibeli dengan LAND dan ether (ETH) melalui jualan LAND awam. Anda boleh menemui senarai jualan dan tarikh awam yang disahkan dalam gitbook Sandbox. Sebagai alternatif, anda boleh membeli LAND daripada pengguna lain di The Sandbox Marketplace dan platform NFT seperti OpenSea tetapi ianya mungkin akan lebih mahal daripada jualan awam rasmi.

Bagaimana untuk membeli SAND di Binance?

Anda boleh membeli SAND di bursa crypto seperti Binance.

1. Log masuk ke akaun Binance anda dan klik [Trade] di bar atas untuk pergi ke halaman perdagangan classic atau advance. Dalam tutorial ini, kami akan memilih [Classic].

2. Pergi ke sebelah kanan skrin, taip “SAND” pada bar carian untuk membuka senarai pasangan dagangan SAND yang tersedia. Mari gunakan SAND/BUSD sebagai contoh. Klik pada “SAND/BUSD” untuk membuka halaman dagangannya.

3. Scroll ke bawah ke kotak [Spot] dan masukkan jumlah SAND yang anda ingin beli. Anda boleh memilih jenis order yang berbeza untuk membeli SAND (contohnya seperti stop-limit order). Klik [Buy SAND] untuk membuat pesanan. SAND yang anda beli akan dikreditkan ke Spot Wallet anda.

“Kbetulan jdi student cg Mayee Nazrich, dpt jugk tempias kbetulan SAND akk pn 3000% giler mnngis bucu katil nengok profit 😅. Sape student cg batch Jan-Mac tgh hrpi giler kbetuln dpt durin runtuh 🤲🤲🤲. Sape nk bagi sikp kbetuln cg kami follow now tgh raih hasilnye, Subhanallah..
Jgn jelos org d luar sana still lum trlambat invest kripto. Nk belajar cari lah MyCryptoversity.com – since 2016…😍😍😍

Rudziah Abu Hassan

Kesimpulan

Sandbox ialah platform kandungan yang dijana pengguna yang membolehkan pengguna mencipta dan menyumbang kepada metaverse. Tidak seperti permainan play-to-earn popular yang lain, The Sandbox tidak mempunyai dunia permainan yang telah ditetapkan. Ia menggunakan pendekatan yang fleksibel untuk pengguna menyesuaikan (customize) segala-galanya dengan alatan percuma dan mudah digunakan. Kandungan yang dibuat oleh pengguna juga boleh dijadikan sebagai NFT untuk menjana pendapatan atau digunakan untuk meningkatkan pengalaman permainan mereka.

Sumber bacaan daripada binance academy, coinmarketcap dan mycryptoversity

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai seorang Coiner berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan crypto.

error: Content is protected !!