5 minit bacaan
Wrapped token adalah token cryptocurrency yang ditetapkan dengan nilai kripto yang lain. Ia dipanggil wrapped token kerana aset asalnya dimasukkan ke dalam wrapper, sejenis peti besi digital yang membolehkan versi yang diwrap dicipta pada blockchain lain.
Apakah kegunaannya? Untuk pengetahuan umum, blokchain yang berbeza menawarkan fungsi yang berbeza dan mereka tidak dapat berkomunikasi antara satu sama lain. Blockchain Bitcoin tidak tahu apa yang berlaku di blockchain Ethereum. Walau bagaimanapun, dengan wrapped tokens, terdapat lebih banyak lagi ‘jambatan’ (bridges) antara blockchain yang berbeza.
Pengenalan
Pernah merasa kecewa kerana anda tidak dapat menggunakan BTC di Ethereum? ETH pada Binance Smart Chain? Coin yang wujud di blockchain tertentu tidak boleh dengan mudahnya dipindahkan ke blockchain yang lain.
Wrapped tokens adalah cara untuk mengatasi batasan ini dan menggunakan non-native asset pada blockchain.
Apa itu wrapped token?
Wrapped token adalah versi tokenize cryptocurrency yang lain. Ia ditetapkan (pegged) dengan nilai aset yang diwakilinya dan selalunya dapat ditebus untuk aset tersebut (unwrapped) pada bila-bila masa. Ia biasanya mewakili aset yang tidak hidup secara native (natively live) di blockchain di mana aset tersebut dikeluarkan.
Anda boleh menganggap wrapped token serupa dengan stablecoin kerana ia memperoleh nilainya dari aset yang lain. Dalam kes stablecoin, ia selalunya ditetapkan (pegged) dengan mata wang fiat. Dalam kes wrapped token, ia selalunya merupakan aset yang hidup secara native (natively living) di blockchain lain.
Oleh kerana blockchain adalah sistem yang berbeza, tidak ada cara yang bagus untuk memindahkan maklumat antara mereka. Wrapped token mampu meningkatkan kebolehoperasian (interoperability) antara blockchain yang berbeza di mana token yang mendasari (underlying token) pada asasnya mampu untuk cross-chain (dari blockchain ke blockchain yang lain).
Perlu diingat bahawa jika anda seorang pengguna biasa, anda tidak perlu risau tentang proses wrapping dan uwrapping. Anda boleh jual beli sahaja wrapped token ini seperti cryptocurrency lain. Contohnya, ini adalah pasaran WBTC/BTC di Binance.
Bagaimana wrapped token berfungsi?
Mari kita gunakan Bitcoin Wrapped (WBTC) sebagai contoh iaitu versi tokenize Bitcoin di Ethereum. WBTC adalah token ERC-20 yang sepatutnya memegang penetapan satu-ke-satu (one-to-one peg) kepada nilai Bitcoin yang membolehkan anda menggunakan BTC secara efektif di rangkaian Ethereum.
Wrapped token biasanya memerlukan penjaga (custodian) iaitu satu entiti yang menyimpan jumlah aset bersamaan dengan jumlah yang diwrap. Custodian ini boleh menjadi pedagang, wallet multisig, DAO, ataupun smart contract. Jadi, dalam kes WBTC, penjaga (custodian) perlu memegang 1 BTC untuk setiap 1 WBTC yang dicetak (minted). Bukti simpanan wujud dalam on-chain.
Tetapi bagaimana proses wrapping berfungsi? Seorang pedagang menghantar BTC untuk penjaga mencetak (mint). Penjaga (custodian) kemudian mencetak WBTC di Ethereum berdasarkan jumlah BTC yang dihantar. Apabila WBTC perlu ditukar kembali ke BTC, pedagang mengemukakan permintaan pembakaran kepada penjaga dan BTC dibebaskan dari simpanan. Anda boleh menganggap penjaga sebagai wrapper dan unwrapper. Dalam kes WBTC, penambahan dan pembuangan penjaga (custodian) dan pedagang (merchant) dilakukan secara DAO.
Walaupun ada di kalangan komuniti yang mengatakan Tether (USDT) sebagai token yang diwrap (wrapped token), ini sebenarnya tidak betul. Walaupun USDT umumnya berdagang secara satu-untuk-satu (one-for-one) dengan USD, Tether tidak memiliki jumlah USD fizikal yang sebenar untuk setiap USDT yang beredar dalam simpanan mereka. Sebaliknya, simpanan (atau rizab) ini terdiri daripada wang tunai dan bersamaan wang tunai dunia nyata (real-world cash equivalents) yang lain, aset, dan belum terima daripada pinjaman. Walau bagaimanapun, idea tersebut sangat serupa. Setiap token USDT bertindak sebagai jenis versi yang diwrap (wrapped token) fiat USD.
Wrapped tokens di Ethereum
Wrapped token di Ethereum adalah token dari blockchain lain yang dibuat untuk mematuhi standard ERC-20. Ini bermaksud bahawa anda boleh menggunakan aset yang bukan berasal dari Ethereum di Ethereum. Seperti yang anda jangkakan, wrapping dan unwrapping token di Ethereum memerlukan pembiayaan gas.
Pelaksanaan token ini boleh menjadi sangat berbeza. Anda boleh baca mengenai perkara tersebut dengan lebih terperinci dalam artikel ini (tokenized Bitcoin).
Contoh menarik wrapped token di Ethereum adalah wrapped ether (WETH). Imbasan kembali, ETH (ether) diperlukan untuk membayar transaksi di rangkaian Ethereum, manakala ERC-20 adalah standard teknikal untuk mengeluarkan token di Ethereum. Sebagai contoh, Basic Attention Token (BAT) dan OmiseGO (OMG) adalah token ERC-20.
Walau bagaimanapun, oleh kerana ETH dibangunkan sebelum standard ERC-20, ia tidak sesuai dengannya. Ini menimbulkan satu masalah kerana banyak DApps memerlukan anda menukar antara ether dan token ERC-20. Inilah sebabnya mengapa wrapped ether (WETH) diciptakan. Ia adalah versi ether yang diwrap (wrapped version) yang mematuhi standard ERC-20. Pada dasarnya ia adalah versi tokenize ether di Ethereum.
Baca juga: Apa Itu Audius? – Perkhidmatan Perkongsian dan Penstriman Muzik Terdesentralisasi
Wrapped token di Binance Smart Chain (BSC)
Sama seperti wrapped token di Ethereum, anda boleh wrap Bitcoin dan banyak lagi kripto lain untuk digunakan di Binance Smart Chain (BSC).
Binance Bridge membolehkan anda wrap aset kripto anda (BTC, ETH, XRP, USDT, BCH, DOT, dan banyak lagi) untuk digunakan di Binance Smart Chain dalam bentuk token BEP-20. Sebaik sahaja membawa aset anda ke BSC, anda boleh dagangkannya atau gunakannya dalam pelbagai aplikasi yield farming.
Wrapping dan unwrapping memerlukan pembiyaan gas. Walau bagaimanapun, setakat ini di BSC anda dapat menjangkakan kos gas yang jauh lebih rendah daripada blockchain yang lain. Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai Binance Bridge dengan lebih terperinci di sini.
Kelebihan menggunakan wrapped token
Walaupun banyak blockchain mempunyai standard token mereka sendiri (ERC-20 untuk Ethereum atau BEP-20 untuk BSC), standard ini tidak dapat digunakan merentasi beberapa chain yang lain. Wrapped token membolehkan non-native token digunakan pada blockchain tertentu.
Sebagai tambahan, wrapped token dapat meningkatkan kecairan (liquidity) dan kecekapan modal (capital efficiency) sama ada untuk pertukaran berpusat dan terdesentralisasi. Keupayaan untuk wrap aset terbiar dan gunakannya pada chain lain dapat mewujudkan lebih banyak hubungan antara kecairan yang terasing (isolated liquidity).
Akhir sekali, antara kelebihan lain adalah masa dan yuran transaksi. Walaupun Bitcoin mempunyai beberapa sifat yang hebat, ia bukanlah yang terpantas dan kadangkala mahal untuk digunakan. Walaupun itu baik oleh kerana ianya sebegitu, kadang-kadang perkara ini boleh menimbulkan masalah kepada pengguna. Masalah-masalah ini dapat dikurangkan dengan menggunakan versi yang diwrap (wrapped version) di blockchain dengan waktu transaksi yang lebih cepat dan yuran yang lebih rendah.
Batasan dalam penggunaan wrapped token
Sebahagian besar pelaksanaan semasa wrapped token memerlukan kepercayaan kepada penjaga (custodian) yang memegang dana tersebut. Berkenaan dengan teknologi yang ada sekarang, wrapped token tidak dapat digunakan untuk transaksi cross-chain yang sebenar (ia selalunya perlu melalui custodian).
Walau bagaimanapun, beberapa pilihan yang lebih terdesentralisasi sedang dijalankan dan mungkin boleh didapati pada masa akan datang untuk pencetakan dan penebusan wrapped token yang tidak boleh dipercayai sepenuhnya.
Proses pencetakan juga agak mahal kerana yuran gas yang tinggi dan boleh menyebabkan beberapa gelinciran (slippage).
“Saya hadir ke kelas Mycryptoversity setelah perhatikan perkongsian cikgu Mayee Nazrich di channel Telegram dan page facebook MyCryptoversity. Dah banyak saya ikuti seminar/talk berkenaan bitcoin dan blockchain, tapi apa yang cikgu Mayee sampaikan sangat mudah difahami dan saya rasa komprehensif. Kita akan diajar berkenaan asas blockchain, seterusnya pemahaman berkenaan teknologi cryptocurrency. Pemahanan inilah yang sebenar-benarnya jadi asas untuk berjaya dalam bidang cyrpto. Dan semestinya telah ubah mindset saya, bukan hanya trader (baik intraday mahupun weekly trader) tapi investor sebenarlah yang lebih santai, dan lebih masyuk dan lebih berilmu sebab memahami fundamental di sebalik aset digital yang dimiliki. Terima kasih cikgu, halalkan ilmu untuk kami. InsyaAllah, sama-sama berjaya.”
Kesimpulan
Wrapped token bantu mewujudkan lebih banyak hubungan (bridges) antara blockchain yang berbeza. Wrapped token adalah bentuk tokenize dari aset yang secara semula jadi berada di blockchain lain.
Ini membantu kebolehoperasian (interoperability) dalam ekosistem cryptocurrency dan Decentralized Finance (DeFi). Wrapped token membentuk satu perkara baru di mana modal lebih cekap, dan aplikasi dengan mudahnya berkongsi kecairan antara satu sama lain.
Sumber daripada binance academy, coinmarketcap dan mycryptoversity