Pengenalan
Bitcoin (BTC) Dominance adalah nisbah pasaran modal (market capitalization) Bitcoin berbanding pasaran modal keseluruhan matawang kripto. Sebahagian pelabur dan pedagang kripto menggunakan BTC Dominance ini sebagai panduan untuk melakukan adjustment dalam strategi pelaburan dan aktiviti trading mereka.
Walaupun kini terdapat beribu-ribu altcoin yang wujud, Bitcoin masih kekal sebagai raja kripto. Melihat kepada dinamik nilai Bitcoin secara keseluruhan dalam pasaran kripto, para pedagang dan pelabur telah menyaksikan terdapat pattern tertentu yang berulang dalam pasaran. Bagi sesetengah pedagang, BTC Dominance digunakan sebagai panduan dalam menyusun strategi trading mereka. BTC dominance boleh dikatakan gambaran keadaan pasaran secara keseluruhan.
Jadi apa yang menarik tentang Bitcoin Dominance ini? Jom kita tengok.
Cara Kira BTC Dominance
Pasaran modal mewakili jumlah nilai sesuatu aset dalam edaran. Untuk Bitcoin, pasaran modal dikira dengan mendarabkan harga semasa dengan bilangan BTC yang telah dilombong.
Jadi anda boleh mengira BTC Dominance menggunakan formula ini:
Pasaran Modal BTC = Harga semasa BTC x Bilangan BTC yang telah dilombong
BTC Dominance = Pasaran Modal BTC / Jumlah Keseluruhan Pasaran Modal Cryptocurrency
Anda masih pening kepala nak pilih platform perdagangan kripto? LUNO adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. CLICK untuk mendaftar
Faktor Yang Mempengaruhi BTC Dominance
Pertukaran Trend
Sebelum altcoin membanjiri pasaran, BTC telah mendominasi pasaran kripto lebih daripada 90%. Setelah banyak altcoins wujud, para pelabur dan pedangan mula beralih minat kepada altcoin disebabkan harga yang lebih murah, pergerakan harga altcoin yang lebih besar dan use case yang lebih menarik.
Walaupun tujuan asal Bitcoin dicipta adalah untuk mengubah cara transfer of value dilakukan, tetapi dunia kripto dilihat semakin berkembang pesat setelah wujud projek-projek kripto yang baharu. Kebanyakan altcoin terlibat dalam pelbagai sektor seperti gaming, kesenian dan perkhidmatan kewangan terdesentralisasi. Bergantung kepada trend semasa, minat dan aktiviti perdagangan kripto selalunya akan terarah kepada projek-projek tertentu. Contohnya, kegilaan terhadap NFT mungkin telah menyebabkan BTC Dominance jatuh kerana ramai orang akan tertumpu kepada token-token berkaitan NFT.
Dari semasa ke semasa, Bitcoin telah meletakkan dirinya sebagai aset kripto yang lebih “stabil”. Bitcoin Dominance dipengaruhi oleh minat pedagang yang cenderung memilih aset kripto yang mempunyai perubahan harga yang lebih besar (more dramatic price swing) untuk mengaut keuntungan yang dilihat berpotensi lebih tinggi. Ini kerana kebanyakan pedagangan yang melakukan active trading tidak lagi menghiraukan tentang fundamental sesuatu aset kerana mereka lebih mementingkan potensi keuntungan untuk jangka masa singkat sehingga menyebabkan Bitcoin Dominance menurun akibat pengaliran dana ke aset-aset yang lebih berisiko.
Keadaan Pasaran – Bull atau Bear
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan dalam populariti stablecoins dan ia menjadi antara faktor yang memberi tekanan terhadap BTC Dominance. Stablecoin menjadi pilihan para pedagang dan pelabur kerana mereka ingin melindungi dana ketika pasaran merudum. Stablecoin adalah sejenis altcoin yang dicipta untuk mengekalkan nilai yang sama dan lebih stabil seperti matawang fiat atau barangan komoditi. Para pedagang dan pelabur kripto selalunya menggunakan stablecoin untuk lock profit mereka tanpa perlu menukarkan aset kripto mereka terus ke matawang fiat. Oleh itu, apabila dana bergerak keluar dari pasaran BTC dan memasuki stablecoin, BTC Dominance akan menurun.
Apabila pasaran kripto mula memasuki fasa bull, para pedagang akan mula menggerakkan dana mereka dari stablecoin ke aset-aset yang lebih volatile (seperti Bitcoin) yang menawarkan peluang perdagangan yang lebih berpotensi. Tetapi terdapat juga, pedagang yang lebih berani yang memilih untuk pump liquidity ke dalam altcoin yang lebih volatile berbanding Bitcoin. Jadi, secara keseluruhannya boleh disimpulkan bahawa BTC Dominance dipengaruhi oleh keadaan pasaran semasa.
Penggunaan Stablecoin Di Platform Pertukaran Kripto
Stablecoin menawarkan cara yang lebih mudah untuk mengakses pelbagai jenis matawang kripto berbanding matawang fiat. Ini kerana walaupun terdapat platform pertukaran yang menawarkan fiat-to-crypto, tetapi aset-aset kripto yang ditawarkan adalah terhad kepada aset yang lebih popular. Manakala platform pertukaran crypto-to-crypto seperti Binance, Kucoin, Poloniex dan Huobi menawarkan pemilihan aset yang lebih komprehensif menggunakan stablecoin tertentu. Jadi, ramai pedagang dan pelabur akan memasuki pasaran kripto melalui pembelian stablecoin terlebih dahulu. Jika dana mengalir masuk melalui stablecoin dan bukan Bitcoin, maka nilai pasaran kripto akan meningkat tetapi BTC Dominance akan menurun.
Kemunculan Coin Baharu
Kadang-kadang, coin baharu yang memasuki pasaran akan mencetuskan hype sehingga menyebabkan BTC Dominance menurun. Bitcoin masih perlu “bertarung” dengan semua aset kripto yang ada dalam pasaran. Jadi, sudah tentu kemunculan banyak coin baharu akan menjejaskan BTC Dominance. Namun begitu, selalunya hype bagi coin baharu akan berlaku dengan sangat pantas. Selepas tempoh hype tersebut berakhir, dana akan kembali mengalir keluar dari coin tersebut dan dipindahkan ke BTC atau mungkin dibawa keluar terus dari pasaran kripto. BTC Dominance kembali meningkat semula.
Anda ingin melabur dalam kripto tetapi masih ragu-ragu?
Tak tahu bagaimana nak mula?
Jom belajar kripto di Portal Pendidikan Beranikripto
CLICK untuk mendaftar
Penggunaan BTC Dominance Dalam Trading
Wyckoff Method
Cara ini dicipta pada awal tahun 1930, Wyckoff Method adalah satu set prinsip yang direka untuk kegunaan para pedagang dan pelabur dalam pasaran kewangan tradisional. Beberapa prinsip seperti law of cause and effect boleh digunapakai semasa mencari peluang keuntungan menggunakan BTC Dominance. Menurut Wyckoff, terdapat 4 fasa dalam trading behavior iaitu accumulation, markup, distribution dan markdown.
Ramai pedagang dan pelabur menggunakan Wyckoff Method untuk mengenal pasti trend pasaran, menganggarkan trend reversal dan masa perdagangan. Mengenal pasti di mana dan bila berlakunya aliran dana adalah penting bagi sesetengah pedagang yang gemar bergantung kepada timing pasaran untuk membuat keputusan perdagangan. Selain itu, pendekatan ini juga digunakan untuk memilih arah trend yang lebih kuat.
Guna BTC Dominance Untuk Memantau Altcoin Season
Peningkatan bilangan altcoin yang membanjiri pasaran telah menyebabkan BTC Dominance semakin berkurangan. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sesetengah altcoin telah berjaya memperoleh populariti sehingga kita dapat menyaksikan jumlah pasaran modal bagi altcoin telah melebihi pasaran modal Bitcoin. Apabila altcoin mengatasi prestasi Bitcoin, tempoh ini dipanggil “altcoin season” atau “alt season”.
Dalam prinsip Wyckoff Method, pergerakan dana dari Bitcoin ke altcoin adalah satu kitaran pasaran yang biasa berlaku. Ini kerana ketika pasaran memasuki kitaran altcoin season, penguasaan Bitcoin adalah lemah berbanding altcoin. Jadi, para pedagang yang trade Bitcoin dan altcoin biasanya akan memantau BTC Dominance kerana mereka akan melakukan adjustment terhadap strategi perdagangan mereka.
Guna BTC Dominance Untuk Tentukan Keadaan Pasaran
Sesetengah pedagang dan pelabur akan memantau harga Bitcoin bersama-sama dengan BTC Dominance dalam membantu mereka membuat keputusan perdagangan dan pelaburan. Walaupun ia bukanlah satu signal yang tepat, terdapat beberapa indikasi yang baik dalam menentukan keadaan pasaran semasa.
1. Apabila harga BTC dan BTC Dominance tinggi, ia menandakan potensi pasaran Bitcoin berada dalam fasa bullish.
2. Apabila harga BTC tinggi tetapi BTC Dominance rendah, ia menandakan potensi pasaran altcoin berasa dalam fasa bullish.
3. Apabila harga BTC rendah tetapi BTC Dominance tinggi, ia menandakan potensi pasaran altcoin berasa dalam fasa bearish.
4. Apabila harga BTC dan BTC Dominance rendah, ia menandakan potensi seluruh pasaran kripto berasa dalam fasa bearish.

Walaupun hubungkait antara harga BTC dan Dominance masih belum dapat dipastikan kesahihannya, tetapi setelah diamati oleh para penganalisa pasaran berdasarkan sejarah pergerakan antara kedua-duanya, terdapat korelasi yang boleh dijadikan indikasi dalam menentukan keadaan pasaran semasa.
Kesimpulan
BTC Dominance adalah satu alat yang membantu para pedagang dan pelabur dalam memantau perubahan market cycle. Sesetengah pedagang dan pelabur menggunakannya untuk melakukan adjustment dalam strategi perdagangan mereka. Manakala sesetengah pelabur pula menggunakannya dalam menguruskan portfolio pelaburan mereka. Sungguhpun begitu, BTC Dominance bukanlah jaminan dalam menentukan prestasi Bitcoin atau mana-mana aset kripto, tetapi ia hanyalah panduan dalam melakukan aktiviti perdagangan atau penyusunan portfolio pelaburan.
Sumber: Binance Academy
Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai Pelabur Kripto Berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan kripto