NFT virtual land ialah tanah maya atau kawasan tanah digital yang boleh dimiliki dalam platform metaverse. Projek tanah maya yang popular adalah termasuk Decentraland, The Sandbox dan Axie Infinity. NFT dilihat amat sesuai untuk mewakili pemilikan tanah kerana setiap satu pemilikan itu adalah unik. NFT mudah dijadikan bukti pemilikan digital. Tanah NFT boleh digunakan untuk tujuan seperti pengiklanan, aktiviti sosial, permainan (gaming) dan pekerjaan.
Pemilik tanah boleh menganjurkan aktiviti secara online, berkongsi content menarik atau memperoleh kelebihan dan keseronokan dalam permainan. Jenama besar dan selebriti popular termasuk Adidas dan Snoop Dogg juga mula melabur dan menggunakan tanah NFT.
Nilai tanah selalunya dipengaruhi oleh utilitinya sendiri, kehebatan sesuatu projek dan spekulasi pasaran. Anda boleh membeli tanah NFT terus daripada projek penjualan tanah atau di pasaran sekunder seperti Binance NFT Marketplace atau OpenSea. Sebelum membeli anda haruslah faham tentang risiko dan penggunaan serta projek yang berkaitan dengan tanah NFT ini. Dalam sesetengah kes, mungkin lebih baik untuk anda menyewa daripada membeli tanah NFT.
Perkembangan metaverse telah mewarnai kemajuan dalam teknologi blockchain. Memandangkan tahun 2020 merupakan tahun tercetusnya fenomena bagi metaverse dan NFT, jadi tidak hairanlah jika topik tentang virtual land (tanah maya) menjadi topik hangat. Sesetengah harga jualan tanah NFT melebihi harga hartanah di dunia sebenar. Nampak seperti tidak masuk akal bukan? Tetapi sebenarnya terdapat persamaan antara tanah NFT dan hartanah di dunia nyata. Sebenarnya tanah NFT amat menarik untuk diterokai memandangkan ia merupakan aset digital dalam blockchain dan memiliki keunikan tersendiri.
Apa yang menarik sangat tentang NFT Virtual Land ni. Jom kita tengok.
Masih pening kepala nak pilih platform perdagangan kripto? LUNO adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. CLICK untuk mendaftar
Apa Itu Dunia Metaverse?
Metaverse adalah satu dunia alam maya dalam talian yang seakan-akan dunia nyata kerana ia menggabungkan pelbagai aspek kehidupan sebenar dan digital termasuk pekerjaan, sosial dan rekreasi. Tahun 2021 menyaksikan banyak gergasi teknologi termasuk Meta (dulu dikenali sebagai Facebook), Microsoft dan Epic Games mula membangunkan dan meneroka ruang dalam dunia metaverse. Teknologi blockchain memainkan peranan yang amat penting kerana pemilikan digital, identiti dan ekonomi merupakan konsep utama dalam metaverse. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang metaverse, anda boleh membaca artikel seperi di link di bawah.
https://mycryptoversity.com/apa-itu-metaverse/
Apa itu NFT Virtual Land?
Projek metaverse adalah dunia digital yang mana pengguna menggunakan 3D avatar untuk meneroko dunia terserbut. Contohnya SecondLive menawarkan tempat dan kawasan untuk melakukan konsert, konferen dan pameran. Namun begitu, SecondLive tidak membenarkan pengguna membeli ruang maya itu secara kekal. Terdapat projek metaverse lain yang membolehkan pengguna memiliki ruang maya secara kekal. Pembangun projek akan membangunkan peta tanah yang besar yang kemudiannya dibahagikan kepada petak-petak kecil untuk dijual di pasaran.
Pemilikan setiap bidang tanah itu adalah unik kerana pengguna akan membeli NFT yang dipautkan pada tanah-tanah tersebut. Anda boleh membeli tanah NFT melalui pembelian secara terus dari projek tersebut atau di pasaran sekunder.
Apakah Kegunaan Tanah Metaverse?
Apakah yang boleh anda lakukan dengan tanah NFT yang telah dibeli? Pemilik tanah boleh menggunkan tanah mereka untuk beberapa tujuan berikut:
1. Pengiklanan β Jika lokasi tanah anda berasa dalam kawasan yang popular dan menarik ramai pengunjung, anda boleh mengenakan bayaran untuk ruang pengiklanan.
2. Bersosial β Anda boleh menganjurkan acara seperti konsert, konferen dan perjumpaan komuniti di tanah anda
3. Gaming β Tanah anda mungkin mempunyai kegunaan dalam permainan video NFT. Contohnya, tanah di Axie Infinity boleh menyediakan sumber tambahan, token dan bahan pembuatan.
4. Kerja β Tanah yang boleh diterokai dengan 3D avatar boleh digunakan sebagai ruang pejabat maya atau untuk menyediakan perkhidmatan digital.
Syarikat Terkemuka Juga Membeli Tanah NFT
Selebriti dan jenama terkenal juga tidak mahu ketinggalan dan mula membeli tanah di metaverse. Contohnya, Snoop Dog mencipta Snoop Dog Metaverse Experience dalam The Sandbox. Adidas turut membeli ruang untuk dijadikan Adiverse Metaverse Experience. Syarikat dan jenama besar ini memberi peluang kepada pengguna untuk berinteraksi dengan mereka melalui servis, permainan dan produk yang mereka tawarkan dalam dunia metaverse.
Tanah NFT telah menarik minat bukan hanya pelabur runcit tetapi pelabur institusi. Contohnya, The Metaverse Group telah membeli hartanah digital dengan jumlah yang besar dan mereka berpengkalan secara maya di Decentraland Crypto Valley. Firma konsultansi, PwC juga membeli beberapa bidang tanah di Decentraland pada Disember 2021 sebagai sebahagian daripada servis khidmat nasihat Web 3.0
Apakah Faktor Yang Mempengaruhi Harga Tanah NFT?
Sama seperti aset-aset fizikal lain, harga tanah NFT juga ada yang murah dan ada yang mahal. Terdapat 3 faktor utama yang mempengaruhi harga tanah NFT.
Utiliti
Terdapat perbezaan antara virtual land dan lain-lain NFT kerana ia mempunyai pelbagai kegunaan. Ia juga berbeza berdasarkan kepada platform ianya dibina. Contohnya, Decentraland membolehkan pengguna untuk membina dan mereka tanah mengikut kehendak pengguna.
Jika tanah anda berada dalam kawasan yang popular dan menerima ramai pelawat, anda boleh mengenakan bayaran untuk pengiklanan. Tanah anda juga mungkin mempunyai manfaat dalam permainan video blockchain. Anda mungkin boleh mendapat kelebihan dari segi staking bonus atau memiliki keunikan dalam in-game event seperti Axie Infinity.
Platform
Harga tanah NFT di platform yang popular seperti Decentraland, The Sandbox atau My Neighbour Alice biasanya lebih tinggi. Harga tanah bergantung kepada bekalan dan permintaan (supply & demand). Ini kerana platform yang popular mempunyai pengguna yang ramai dan daya tarikan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan projek yang kecil.
Spekulasi
Jualan yan tinggi untuk tanah NFT telah menimbulkan pelbagai spekulasi. Contohnya, syarikat hartanah NFT, Metaverse Group membelanjakan sekitar $2.43 juta pada November 2021 untuk membeli 116 bidang tanah di Decentraland. Setiap bidang berukuran 16 meter persegi dan mereka memiliki 1,856 meter persegi tanah di daerah Fashion Street.
Anda ingin melabur dalam kripto tetapi masih ragu-ragu?
Tak tahu bagaimana nak mula?
Jom belajar kripto di Portal Pendidikan Beranikripto
CLICK untuk mendaftar
Di Manakah Tanah NFT Boleh Dibeli?
Terdapat 2 cara jika anda berminat untuk membeli tanah NFT.
Cara 1: Anda boleh mengambil bahagian dalam penjualan tanah dan beli secara terus dari projek tersebut
Cara 2: Anda boleh beli dari pengguna lain dalam pasaran sekunder
Pembelian terus dari projek adalah cara yang lebih baik kerana harganya lebih murah. Harga tanah NFT akan mengalami kenaikan harga di kebanyakan projek metaverse yang besar. Sesetengah projek akan menjual kesemua bidang tanah mereka secara serentak. Terdapat juga projek yang menjual bidang-bidang tanah mereka secara berperingkat.
Platform pertukaran NFT adalah salah satu cara yang paling selamat dan dipercayai untuk membeli tanah di pasaran sekunder. Dengan cara ini, kedua-dua pihak (pembeli dan penjual) akan dilindungi oleh kontak pintar yang memastikan dagangan berlaku dengan lancar. Binance NFT Marketplace dan OpenSea adalah dua platform yang paling popular. Binance NFT Marketplace menyokong Ethereum dan Binance Smart Chain, manakala OpenSea menyokong Ethereum, Polygon dan Klayn.
Tip Untuk Beli Tanah NFT
Pembelian tanah NFT di metaverse seharusnya dilakukan sama seperti anda melakukan mana-mana pelaburan. Pastikan anda melakukan penyelidikan dan pertimbangan beberapa perkara seperti berikut:
1. Belilah dari sumber yang boleh dipercayai dan mempunyai reputasi yang baik. Sekiranya anda membeli tanah melalui penjualan projek, pastikan anda mempunyai pautan rasmi yang betul. Jika anda membeli daripada orang lain, jangan sekali-kali membuat sebarang pemindahan terus ke wallet mereka. Anda hendaklah sentiasa melakukan jualan/belian melalui pasaran yang dipercayai, bereputasi baik atau platform pertukaran kripto. Seperti yang telah dinyatakan, Binance NFT Marketplace dan OpenSea adalah pilihan yang baik.
2. Anda perlu membuat keputusan untuk sama ada membeli atau menyewa tanah NFT. Bergantung kepada keperluan anda, mungkin anda tidak perlu membeli tanah. Contohnya, anda hanya perlu menganjurkan satu acara dalam kawasan yang popular. Jika platform yang anda gunakan menyediakan perkhidmatan sewaan, anda boleh menyewa sahaja. Harga sewaan akan bergantung kepada trafik pengguna, lokasi dan saiz.
3. Anda harus membuat pertimbangan yang berhati-hati terhadap projek yang ingin anda labur. Projek yang dipilih akan menentukan utiliti dan sebahagiannya kos NFT itu sendiri. Sekiranya anda ingin mencetuskan spekulasi dan menjual tanah anda, lihat semula kepada asas projek seperti, populariti, bilangan pengguna dan team. Jika anda ingin menjual ruang iklan atau mengambil bahagian dalam kes penggunaan yang lain, selidik terlebih dahulu platform metaverse yang sesuai dengan keperluan anda. Bukan semua projek NFT akan berjaya, jadi anda mesti mempertimbangkan risiko kewangan sebelum membeli tanah NFT. Jika anda membeli tanah yang tiada kegunaan atau permintaan, anda mungkin terpaksa memegangnya selama-lamanya.
Tahukah anda TOKENIZE adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. CLICK untuk mendaftar
Kesimpulan
Bagi kebanyakan orang, idea penjualan tanah maya mungkin kelihatan tidak masuk akal. Walau bagaimanapun, anda perlu melihat peningkatan NFT, koleksi digital dan metaverse untuk memahami bagaimana tanah NFT boleh berkembang.
Idea ini tidak jauh berbeza dengan memiliki website atau ruang maya lain. Sebagai contoh, nama domain popular telah dijual dengan harga ratusan ribu dolar. Tetapi terdapat keunikan dalam pemilikan tanah NFT yang mungkin sedikit berbeza. Teknologi masa kini sedang bersedia menuju ke arah dunia metaverse. Jadi jangan terkejut jika terdapat lebih banyak tanah NFT akan dijual pada masa akan datang.
Sumber: Binance Academy
“Selepas saya join kelas mycryptoversity.com aset digital saya berkembang 100%-400%, Isu yuran bagi saya amat rendah kalau nak dibandingkan dgn ilmu cikgu Mayee yg Sgt mahal tentang Dunia kripto dan profit yg berkali-kali ganda. Klu Tuan x dpt grow tu bukan masalah ilmu, cuma tindakan Tuan yang x de.”
Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai seorang Pelabur Kripto Berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan kripto