kredit gambar: cryptochronicle
Apa Itu Verasity
Verasity yang diasaskan pada 18 Mei 2018 adalah bertujuan untuk mewujudkan sistem yang adil kepada para penerbit video dan pengiklan agar mereka memperoleh hasil yang setimpal daripada penat lelah mereka. Verasity adalah satu protokol dan platfrom lapisan produk (product layer) yang dicipta untuk meningkatkan penglibatan dan hasil pendapatan penerbit dan pengiklan menerusi penggunaan teknologi blockchain. Misi Verasity adalah untuk meningkatkan hasil pengiklanan yang diterbitkan oleh para penerbit video dengan menggunakan satu mekanisme unik yang dipatenkan iaitu Proof of View (PoV).
Verasity menawarkan Proof of View bagi mengatasi masalah dalam pengiklanan video dan penipuan NFT. Barisan produk Verasity merangkumi pelbagai industri tetapi semuanya dibina atas platfrom Proof of View. Ianya menawarkan VeraWallet yang mana token VRA digunakan sebagai matawang utama dalam ekonomi permainan online dan video.
Bagaimana Verasity Berfungsi
Verasity adalah protokol dan product layer untuk esports, hiburan video dan pengurusan digital content. Antara produk Verasity adalah termasuk tindanan iklan yang khas dan sistem ganjaran VRA yang telah diintegrasikan ke dalam SDK untuk YouTube, Twitch, Vimeo dan semua platform video utama. Teknologi Proof of View yang telah dipatenkan ini bertujuan menghapuskan penipuan iklan dalam talian menerusi penggunaan blockchain yang dikuasakan oleh AI, ketelusan (transparency) dan rekod yang tidak boleh diubah. Proof of View akan memastikan setiap view yang direkodkan pada lejar adalah sahih. Ia membolehkan para stakeholder memiliki sumber tunggal yang boleh dipercayai dalam menangkap (capture) tontonan real-time oleh manusia yang sebenar (verified human).
Verasity membantu memperkasakan industri esport dan komuniti gaming yang berkembang pesat dengan menawarkan infrastruktur yang mampan, fungsi keselamatan Proof of View dan VeraPlayer.
Pada 8 November, Verasity telah melakukan penjenamaan semula platform Esports Fight Club dan sekarang ia dikenali sebagai VeraEsports. Ini selaras dengan visi terbaru Verasity yang telah dikemaskini termasuk penawaran terkini “Watch & Earn”. Ini membolehkan pengguna melakukan penstriman kandungan, memperoleh ganjaran dan bersaing dalam laman web VeraEsports. Sementara itu, pengiklan masih mendapat manfaat daripada teknologi Proof of View.
Solusi yang ditawarkan oleh Verasity dilihat dapat menjadi jambatan menghubungkan peminat esports kepada industri kripto, di samping meningkatkan pendapatan para pengiklan dan peminat esport. VeraEsport menawarkan akses untuk melakukan penstriman daripada beberapa nama besar dalam industri permainan seperti Valorant, Riot Games dan Axie Infinity. Ia juga ada memberi gambaran untuk memulakan marketplace bagi NFT dengan kandungan yang berkaitan dan bukan berkaitan permainan untuk penggunanya.
Verasity turut tidak ketinggalan dalam penawaran NFT yang semakin popular. Produk yang ditawarkan membolehkan pasaran dan pembeli keupayaan untuk mengesahkan ketulenan dan ketepatan NFT semasa pencetakan (minting) dan penjualan.
Masih pening kepala nak pilih platform perdagangan kripto? LUNO adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. CLICK untuk mendaftar
Team Verasity
Verasity diasaskan oleh RJ Mark, seorang usahawan dan ahli teknologi. Individu-individu penting dalam team Verasity adalah termasuk:
David Archer – Pengarah dan Perundangan. Beliau memiliki pengalaman lebih 30 tahun dalam litigasi, perundangan amanah, entiti not-for-profit, pematuhan (compliance) dan tadbir urus.
Rober Keogh – Pengarah Kewangan. Pakar dalam digital media untuk perniagaan kecil & sederhana, blockchain dan matawang kripto.
Justin Wenczka – CRO. Memiliki pengalaman lebih 10 tahun dalam teknologi pengiklanan yang memfokuskan kepada sekuriti dan prestasi pengiklanan.
Maryam Mahjoub – CMO. Berpengalaman 17 tahun dalam bidang pemasaran. Pernah bekerja untuk HL7, ConsenSys dan Cardano Foundation.
Sergey Molybog – CTO. Memiliki pengalaman 15 tahun dalam membangunkan solusi teknikal untuk industri pemain video dan blockchain.
Olena Buyan – CPO. Seorang yang result-oriented. Memiliki rekod prestasi cemerlang dalam menghasil produk yang scalable, insight-driven dan user-centric.
Anda ingin melabur dalam kripto tetapi masih ragu-ragu?
Tak tahu bagaimana nak mula?
Jom belajar kripto di Portal Pendidikan Beranikripto. CLICK untuk mendaftar.
Hala Tuju Verasity
Verasity mempunyai pelan hala tuju yang sangat jelas dan khusus bagi mencapai objektif perniagaan dalam setiap pasaran. Sehingga kini, pelan kerja yang dirancang untuk setiap suku tahun telah berjaya dilaksanakan. Senarai kerja atau objektif untuk setiap suku tahun yang mendatang juga telah dimuktamatkan.
Pencapaian yang terbaharu adalah termasuk memperkenalkan VeraWallet, integrasi untuk referral, penyenaraian di pelbagai bursa kripto, kempen pengiklanan yang semakin berkembang, menganjurkan kejohanan esports dan melancarkan pengubahsuaian tapak kejohanan.
Dalam suku ke-4 2021, Verasity berhasrat untuk melancarkan marketplace bagi NFT. Turut dilancarkan adalah VeraViews, sebuah platform pengiklanan full-stack serta beberapa produk lagi. Untuk senarai penuh, anda boleh dapatkannya di roadmap rasmi dalam laman web Verasity (https://www.verasity.io/#roadmap)
Ciri-Ciri Unik Verasity
Proof of View
PoV dilihat mampu menyelesaikan masalah tentang manipulasi dan penipuan dalam dunia pengiklanan video dalam talian. Lebih 65% tontonan video telah dimanupulasi dengan penggunaan bot. Jadi penerbit, pengiklan dan content creator sangat berharap isu penipuan sebegini dapat diatasi. PoV membolehkan setiap tontonan disahkan tulen (genuine) dan barulah akan direkodkan ke pangkalan data blockchain.
VeraEsports
VeraEsports direka untuk menjadi platform generasi baru. Platform ini membolehkan pengguna mengakses kandungan (content) dari pembangun global dan memperoleh ganjaran dengan menonton, menyertai dan menganjurkan kejohanan. Melalui program “Watch and Earn”, VeraEsports mencipta peluang sosial dan ekonomi baru untuk industri esports yang merangkumi para pemain, pasukan, penganjur kejohanan, penonton dan jenama. “Watch and Earn” ini membolehkan penonton memperoleh mata boleh tebus (redeemable point) dengan menonton kejohanan kegemaran mereka secara penstriman.
VeraWallet
VeraWallet berfungsi sebagai storan matawang kripto dan kaedah pembayaran dengan membenarkan pengguna menyimpan, melakukan staking dan memperdagangkan token VRA. VeraWallet memanfaatkan prinsip cold-storage untuk memaksimumkan sekuriti dan membenarkan pengguna untuk melakukan staking untuk memperoleh ganjaran. Kini wallet ini mempunyai lebih 250,000 pengguna dan terus berkembang seiring populariti Verasity dan permainan dalam talian.
Pembelian Balik (Buyback) dan Pembakaran (Burn) VRA
Verasity telah menetapkan jadual pembelian balik dan pembakaran VRA. Ini dilakukan bagi mengurangkan bekalan keseluruhan token VRA dan secara tidak langsung meningkatkan permintaan dari semasa ke semasa.
Tahukah anda TOKENIZE adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. CLICK untuk mendaftar
Kegunaan Token VRA
Staking
Pemegang token VRA boleh melakukan staking. Ganjaran yang diperoleh adalah berkadar langsung dan berdasarkan bilangan token yang di stake. Pada masa ini, platform ini menawarkan kadar 25.5% APY pada token yang di stake sehingga Mac 2022 (walaupun ini mungkin dilanjutkan).
Ganjaran
Pengguna yang menyertai aktiviti yang ditawarkan oleh rangkaian VRA akan memperoleh ganjaran. Contohnya, pengguna akan diberi ganjaran berupa token VRA apabila mereka menonton video dalam domain penerbit atau di laman web VeraEsports, berkongsi kandungan bersama rakan dan melakukan promosi untuk meningkatkan populariti domain.
Berbelanja
Pengguna mempunyai pilihan untuk menukar token VRA kepada matawang kripto yang lain di bursa kripto. Mereka juga boleh menggunakan VeraWallet untuk membeli dan menjual VRA menggunakan wang fiat.
Tokenomics VRA
Jumlah keselurahan bekalan token VRA adalah sebanyak 10,368,525,869 dan bekalan dalam edaran kini berjumlah 4.47 bilion.
Harga VRA
Pada 20 November 2021, VRA didagangkan pada harga sekitar $0.06178. Jumlah volume dagangan dalam masa 24 jam adalah sekitar $76.5 juta
Ramalan Harga dan Masa Depan VRA
Industri esports telah berkembang 50% daripada tahun lepas dan pakar percaya bahawa ia boleh mencecah $1.62 bilion pada tahun 2024. Secara amnya, Verasity membolehkan esports dan industri hiburan video melakukan penstriman pada platformnya dan token VRA digunakan sebagai matawang dalam permainan dalam talia. Jadi harga token VRA mempunyai potensi untuk menembusi paras $0.1 dan tidak mustahil mencecah $1 pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, untuk mencapai harga $1, VRA perlu memiliki sekurang-kurangnya $800 juta nilai pasaran modal yang mana ianya boleh dicapai berdasarkan pelbagai pencapaian dan perancangan yang dilakukan oleh team Verasity.
Beberapa minggu lalu, Bitcoin (BTC) telah mencapai paras tertinggi. Ini bermakna pasaran matawang kripto berada dalam fasa bull. Jika pasaran menunjukkan prestasi yang serupa ketika fasa bull yang lepas, altcoin yang mempunyai asas (fundamental) yang kukuh berpotensi melakukan kenaikan secara parabolik.
A Rising Tide Lifts All Boats. Keadaan ini sering berlaku dalam pasaran kripto kerana pergerakan Bitcoin selakunya akan mempengaruhi pergerakan altcoin.
Anda boleh memiliki token VRA di beberapa platform pertukaran utama kripto seperti KuCoin, Gate.io, Bittrex, Bithumb, Uniswap (V2) & (V3), OKEx dan beberapa platform pertukaran yang lain.
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih mendalam berkenaan Verasity, anda boleh dapati informasi lengkap dengan memuat turun white paper Verasity di pautan berikut:
https://verasity.io/documents/verasity_whitepaper_eng.pdf
Sumber: coinmarketcap
Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai seorang Pelabur Kripto Berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan crypto